Anda di halaman 1dari 48

634 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KEPENTINGAN PENERAPANNYA DALAM PROGRAM BAKTISISWA PERDANA UniMAP Hanum Hassan 39 Razli Ahmad

40 Lt. Kol. (B) Azuddin Bahari 41 Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat kerja disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Hal ini kerana Kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek. Selain pencapaian akademik cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan keusahawanan. Pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan (in-house training). Proses pembangunan Soft Skills ini boleh dilaksanakan kepada semua pelajar meliputi di dalam dan di luar bilik kuliah. Sempena program Baktisiswa Perdana UniMAP (2008) yang telah dilaksanakan, satu kajian telah dilakukan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran insaniah. Selain itu kajian ini juga diadakan untuk mengkaji apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar dalam program bakti siswa perdana serta objektif ketiga adalah untuk mengkaji persepsi pelajar berdasarkan jantina terhadap penerapan kemahiran insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana. Responden kajian ini terdiri daripada 270 orang pelajar UniMAP. Mereka telah mengikuti program Baktisiswa Perdana yang telah diadakan pada penghujung Julai 2008 selama 4 hari. Borang soal selidik telah diedarkan kepada respondean kajian dengan menggunakan kaedah Skala Likert. Data-data telah dianalisis

menggunakan SPSS Versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan tanggapan yang baik terhadap program Bakti Siswa Perdana serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Hasil kajian juga mendapati bahawa elemen berkomunikasi dilihat sebagai elemen utama tertinggi diperolehi pelajar berbanding elemen-elemen lain yang dikemukakan. Agak menarik ialah hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan tanggapan daripada pelajar berbeza terhadap kemahiran insaniah yang mereka perolehi sepanjang mengikuti program Bakti Siswa Perdana yang diadakan. Kajian ini akan mencadangkan beberapa pendekatan yang akan memantapkan lagi aspek kemahiran insaniah di kalangan pelajar UniMAP melalui program Bakti Siswa Perdana dimasa akan datang. 1. Pengenalan

39 Hanum Hassan : Pusat Kemahiran Komunikasi Dan Keusahawanan, UniMAP 40 Razli Ahmad 41 Lt. Kol. (B) Azuddin Bahari : Pusat Kemahiran Komunikasi Dan Keusahawanan, UniMAP 635 : Pusat Kemahiran Komunikasi Dan Keusahawanan, UniMAP

Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat pekerjaan disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Malah terdapat rungutan dan kebimbangan yang disuarakan oleh para majikan sejak akhir-akhir ini bahawa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak menyediakan pelajarnya dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan. Hal ini kerana kebolehpasaran setiap graduan dinilai dalam pelbagai aspek dan pihak majikan pula lebih cenderung mencari bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan Haslinda, Muhammad Nubli dan Zarina (2005). Kajian yang dilakukan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CADE) UPM mendapati isu-isu berkaitan dengan kemahiran insaniah berada di tangga ke sepuluh

semasa sesi temuduga dijalankan berbanding dengan isu berkaitan akademik yang berada di tangga ke lapan belas (Mohamad Shatar dan Azali Mohamad, 2008). Ini menunjukkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan pembentukan kemahiran insaniah pelajar perlu diberi perhatian yang serius terutama di peringkat Institut Pengajian Tinggi di negara kita. Selain pencapaian akademik cemerlang, siswazah perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, keusahawanan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta etika dan moral profesional. Bertepatan dengan senario ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan Program Bakti Siswa Perdana yang juga merupakan salah satu program dalam 7 pillars yang diperkenalkan di UniMAP iaitu Program Bersama Komuniti. Program 7 pillars ini merangkumi kursus patriotik, berjalan kaki 50 km, bersama komuniti, wacana sosial, kursus kemahiran berkomunikasi dan kursus etiket sosial. Pada tahun 2008, seramai 1400 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun satu dan 700 buah keluarga yang melibatkan 30 buah kampung di negeri Perlis telah menyertai program ini. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam, di mana setiap keluarga akan menerima 2 orang peserta untuk menjadi anak angkat mereka. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa dan masyarakat yang berfikiran dinamik, berbudaya dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara di samping memupuk kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan dan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatlkan perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum yang menyertainya. 2. Pernyataan Masalah Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed, kegagalan siswazah mendapat kerja adalah disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Beliau berkata selain daripada lemah penguasaan bahasa

Inggeris, siswazah didapati berfikiran sempit, tiada ciri kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada kemahiran berkomunikasi. Dalam dialog di antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan majikan di negara ini, ramai mengatakan graduan universiti tidak diambil kerja kerana tidak memiliki kemahiran insaniah (Bernama, 2007). 636 Senario hari ini menunjukkan bahawa IPTA atau IPTS yang berperanan sebagai pembekal sumber manusia untuk mengisi tempat pekerjaan semata-mata tidak lagi dianggap memadai. Hari ini universiti terpaksa "mengejar" kepesatan perubahan supaya proses pembelajaran dan pengajaran pelajar lebih relevan dengan perkembangan terkini. Dalam keadaan yang sedemikian, aspek lain seperti kematangan berfikir, perkembangan sahsiah, daya kepimpinan, budaya intelektual, kemahiran insaniah di kalangan pelajar yang seharusnya terangkum dalam pendidikan yang bersepadu itu kadangkala tidak menonjol sepanjang pengajian di universiti (Melati, 2007). Menurut Hussey (dalam Haslinda, Muhammad Nubli dan Zarina, 2005) soft skills dianggap kemahiran yang sangat diperlukan dalam bidang industri, maka program-program latihan amat dititikberatkan oleh pihak majikan. Oleh itu industri amat mengharapkan agar peranan dan tanggungjawab memberi pendedahan asas ini diambil alih oleh institusi pendidikan. Kemunculan isu mengenai penguasaan kemahiran oleh graduan telah mendorong Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghasilkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk IPT Malaysia sebagai rujukan kepada IPT di Malaysia (Universiti Malaysia Perlis, 2007). Modul yang diperkenalkan ini adalah hasil usaha dan komitmen banyak pihak di kementerian bagi melahirkan modal insan berkualiti, berketerampilan dan mampu bersaing bukan sahaja di pasaran kerja tempatan, malah peringkat antarabangsa (Yulpisman, 2006). Negara akan rugi jika aset negara yang bakal menjadi pewaris masa depan terumbang ambing mencari pekerjaan tanpa kemahiran di dada. Negara amat memerlukan modal insan yang berkualiti, berketerampilan dan mampu bersaing bukan sahaja di pasaran kerja tempatan malah di peringkat antarabangsa. Seharusnya siswazah wajar

melengkapkan diri dengan memiliki pelbagai kemahiran yang tinggi, berketerampilan, di samping bersahsiah terpuji demi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan bangsa dan negara. 3. Objektif Kajian Secara umumnya kajian adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran insaniah dalam program Bakti Siswa Perdana UniMAP. Secara khususnya kajian ini dilakukan adalah untuk: i. Mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran insaniah. ii. Mengkaji apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperoleh oleh pelajar dalam program Bakti Siswa Perdana. iii. Mengkaji persepsi pelajar berdasarkan jantina terhadap penerapan kemahiran insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana. 4. Kepentingan Kajian 637 Kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak UniMAP mempertingkatkan penerapan kemahiran Insaniah dalam kalangan pelajarnya. Dapatan daripada kajian ini sudah pasti akan digunakan untuk penambahbaikkan dalam perlaksanaan program Bakti Ssiswa Perdana di masa akan datang. 5. Batasan Kajian Kajian hanya dilakukan di kalangan pelajar-pelajar baru yang mendaftar diri sebagai pelajar UniMAP pada sesi pengambilan pelajar Jun 2008/2009. Kajian ini tidak melibatkan pelajar-pelajar lama UniMAP. Tumpuan kajian dilakukan adalah untuk meninjau aspek Kemahiran Insaniah sahaja. 6. Metodologi Kajian Populasi kajian adalah seramai 1400 orang. Sehubungan dengan itu pengkaji hanya menggunakan seramai 270 orang sahaja daripada jumlah tersebut sebagai responden kajian (Sekaran, 1992). Mereka dipilih secara rawak di lokasi di mana mereka menjalani program Bakti Siswa Perdana. Soalan yang dikemukakan terdiri daripada enam bahagian. Bahagian A yang berkaitan

dengan demografi responden dan berskala nominal, manakala empat bahagian lagi iaitu terdiri daripada bahagian elemen kemahiran insaniah iaitu berkomunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan pemikiran kreatif dibina berasaskan sklala Likert 1 5. Pengkaji meletakkan satu lagi bahagian iaitu Kemahiran Insaniah sebagai pembelehubah bersandar dalam kajian ini. Setiap bahagian mengandungi lapan soalan yang berskala likert. Soalan-soalan telah dianalisis mengunakan SPSS Versi 13.0 . 7. Kajian Literatur Menurut Haslinda, Muhammad Nubli dan Zarina (2005) dalam satu kajian ke atas Program Soft Skills diperkenalkan di Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) terhadap 373 orang pelajar dan 49 orang kakitangan akademik mendapati program Soft Skills merupakan satu program bersepadu yang mampu menghasilkan bakal jurutera untuk memenuhi kehendak industri dan aspirasi negara yang memerlukan tenaga kerja yang trampil dalam kedua-dua aspek kemahiran teknikal mahupun kemahiran insaniah. Manakala menurut Abd Rahim, Ariza, Mohd Noor dan Azizah (2007) menerusi kajian yang dibuat ke atas Program Keterampilan Graduan yang dilaksanakan terhadap 293 638 orang pelajar tahun akhir program diploma dan ijazah sarjana muda mendapati mereka amat berpuas hati dengan program yang dijalankan dan program ini telah banyak memberi manfaat, pengetahuan dan menambahkan keyakinan diri dalam komunikasi, etika dan moral profesional, kerja berpasukan dan kepimpinan, kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah, keusahawanan dan Bahasa Inggeris. Noreen, Mohd Nihra, Mohamad Said dan Mohd Fadzli (2007) pula dalam kajian mereka terhadap Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar Tahun Akhir Yang Mengambil Mata Pelajaran Fizik Di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan kepada tujuh kemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM mendapati majoriti responden berada pada tahap kesediaan yang tinggi berdasarkan kepada tujuh kemahiran generik yang dinilai. Hasil kajian juga mendapati bahawa pelajar sangat bersetuju untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Menurut Rohanida Abd. Manaf dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2002) dan Mohd. Hamidi Bin Abdul Hamid (2002) melihat peranan ko-kurikulum dalam membangunkan kemahiran kepimpinan individu. Menurut mereka, aktiviti kokurikulum lebih banyak menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari segi aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Esa, Abd. Hadi dan Mohd Salleh (2007) telah menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti sama ada ko-kurikulum yang dilaksanakan di politeknik Malaysia, menerapkan kemahiran generik bagi menyediakan pelajar sebagai bakal pekerja yang berpotensi memenuhi keperluan pihak industri di Malaysia. Hasil kajian mendapati graduan politeknik yang menguasai kemahiran generik setelah mempelajarinya menerusi kokurikulum dapat memenuhi keperluan pihak industri di Malaysia. 8. Penemuan dan Perbincangan Jadual 1:Demografi Responden ________________________________________________________ Jantina M Lelaki 114 Bangsa C 44 71 I 8 30 S/S 0 1 2

Perempuan

________________________________________________________ Kelayakan Masuk SPM 13 Dip 70 Mat STPM 111 76

_________________________________________________________ Pengajian Diikuti 21 Diploma 249 Ijazah

__________________________________________________________ 639 Berdasarkan Jadual 1 di atas, didapati bilangan responden lelaki melebihi responden

perempuan. Sebahagian besar responden kajian terdiri daripada keturunan Melayu (185 orang). Manakala dari segi kelayakan untuk memasuki universiti pula didapati pelajar lepasan Matrikulasi mengatasi pelajar lepasan SPM, Diploma serta STPM. Sementara itu, tahap pengajian yang diikuti oleh responden pula menunjukan bahawa mereka yang mengikuti peringkat Ijazah mengatasi peringkat Diploma. Menjawab Objekif Kajian 1

Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran insaniah melalui Program Bakti Siswa Perdana yang dilaksanakan. Pengkaji telah menggunakan ujian regresi berganda untuk mengkaji samada pelajar memperolehi kemahiran insaniah melalui program yang dilaksanakan. Dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 1 dan 2 dibawah. Jadual 1: Ringkasan Model ________________________________________________ Model R R Sq Adjusted R Square Std. Error of the estimate

________________________________________________ 1 934(a) .872 870 2.09159

________________________________________________ Dapatan ini menunjukkan bahawa 87.2% daripada variasi dalam kemahiran insaniah dapat diterangkan oleh keempat-empat angkubah bebas yang dimasukkan kedalam kajian ini. Bakinya sebanyak lebih kurang 13% lagi aspek yang mempengaruhi pembentukan kemahiran insaniah tidak dapat diterangkan melalui kajian ini, tetapi mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain diluar kajian ini. Bagi mengkaji apakah model ini dapat menerangkan samada pelajar memperolehi kemahiran insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana UniMAP maka pengkaji menggunakan ujian ANOVA (Jadual 2). Jadual 2; Analisis Varians

_________________________________________________ Model Sum of square df Mean square F Sig

_________________________________________________

Reg 7912.012

1978.003 265 269

452.142 .000(a) 4.375 640

1159.307 9071.319

_________________________________________________ Jadual ini menunjukkan bahawa nilai F yang diterbitkan ialah 452.142 > 265 (4.d.k). Apa yang dapat disimpulkan ialah model ini berjaya menerangkan fenomena yang dikaji iaitu pelajar sememangnya memperolehi kemahiran insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana UniMAP dengan memuaskan. Paras keertian yang didapati juga sangat baik (p <.01 (Sig.-.000). Menjawab Objektif Kajian 2 Ujian statistik diskriptif juga dibuat untuk mengkaji apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar dalam program Bakti Siswa Perdana. Jadual 3: Analisis Diskriptif _________________________________________ Dimensi KI N Mean Sis. Piawai

_________________________________________ Berkomunikasi Kerja berpasukan Kepimpinan Pemikiran Kreatif 270 270 270 270 33.1 21.1 32.3 30.4 5.21 4.46 5.83 5.67

__________________________________________ Berdasarkan Jadual diatas, didapati nilai mean untuk komunikasi (33.1) lebih tinggi berbanding dengan nilai mean untuk dimensi-dimensi lain. Berada di tempat kedua

ialah nilai mean untuk Kepimpinan (32.3). Dapatan ini juga menunjukkan bahawa komunikasi merupakan elemen kemahiran insaniah yang paling tinggi diperolehi oleh pelajar yang menyertai Program Bakti Siswa Perdana UniMAP, ini diikuti oleh elemen kepimpinan, pemikiran keatif dan akhir sekali elemen kerja berpasukan. Menjawab Objektif Kajian 3 Akhir sekali kajian mendapati bahawa tidak terdapat sebarang perbezaan tanggapan pelajar berdasarkan jantina yang berbeza terhadap dimensi penerapan kemahiran insaniah dalam program Bakti Siswa Perdana. Dalam hal ini, ujian ANOVA telah dilakukan untuk mengkaji samada wujud perbezaan tanggapan berkenaan. Jadual 4: Analisis Varians ______________________________________________ Model Sum of square df Mean square 641 F Sig

______________________________________________ Reg 148.701 8922.618 9071.319 3 266 269 49.567 33.544 1.478 .221

______________________________________________ Berdasarkan Jadual 4 di atas, didapati nilai F yang muncul ialah 1.478 < daripada 266 (3.d.k). Paras keertian yang diperolehi p > .01 (.221). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan diantara pelajar pelbagai kaum dalam kajian ini terhadap kemahiran insaniah yang mereka perolehi. Pengesahan kepada kenyataan ini juga Ujian Post - Hoc (Scheffe dan Bonferroni) turut dijalankan. Hasil kajian menujukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara persepsi pelajar dengan kemahiran insaniah yang mereka perolehi semasa menjalani program Bakti Siswa Perdana UniMAP. 9. Rumusan dan Perbincangan Memenuhi objektif kajan pertama, dapatan menunjukkan bahawa pelajar telah

memperolehi kemahiran insaniah melalui Program Bakti Siswa Perdana. Dapatan ini hampir sama dengan dapatan kajian Haslinda, Muhammad Nubli dan Zarina (2005) bahawa program-program bersepadu yang dilaksanakan oleh pihak universiti merupaya menghasilkan pelajar-pelajar kejuruteraan yang terampil dalam pelbagai aspek. Dapatan ini membuktikan bahawa program-program bersifat bersepadu seperti Program Bakti Siswa Perdana yang melibatkan pelajar mampu melahirkan nilai kemahiran insaniah kepada pelajar berkenaan. Sehubungan dengan itu, program seperti ini perlu digalakkan di universiti kerana hasilnya terbukti positif serta seperti yang diharapkan berlaku. Tidaklah sukar untuk melaksanakan program ini kerana di Universiti sendiri mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang dikehendaki untuk melaksanakannya. Satu isu yang mungkin perlu diberi perhatian penting dalam hal ini ialah untuk mengenalpasti apakah modul yang sesuai dilaksanakan yang mampu membentuk kemahiran insaniah kepada para pelajar yang menyertainya. Tanpa modul yang serasi atau sesuai digunakan, kita khuatir program seumpama itu akan dilihat sebagai program syok sendiri sahaja. Menarik untuk dilihat ialah mengapa elemen berkomunikasi disifatkan sebagai elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar sebagaimana ditunjukkan melalu dapatan kajian ini. Namun apa yang jelas ialah dapatan kajian ini adalah seperti yang selalu dibayangkan oleh ramai bahawa program seperti Bakti Siswa Perdana akan meningkatkan tahap komunikasi dalam kalangan peserta yang terlibat dengan keluarga angkat serta masyarakat di sekitar. Semakin ramai peserta terlibat maka aspek komunikasi dikatakan semakin terbuka dan meluas. Jika ini merupakan satu lumrah maka dapatan kajian ini juga hampir menyamai dengan dapatan kajian yang dlakukan 642 oleh Abd Rahim, Ariza, Mohd Noor dan Azizah (2007) yang menyatakan bahawa program-program seperti keterampilan graduan yang dilaksanakan telah banyak memberi munafaat kepada pelajar dalam pelbagai aspek termasuk aspek berkomunikasi. Selain daripada bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan

pelajar yang menyertai program Bakti Siswa Perdana, program ini juga bertujuan untuk meningkatlkan perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum yang menyertainya. Oleh itu dapatan kajian yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan tanggapan dikalangan pelajar pelbagai kaum dalam konteks kemahiran insaniah yang mereka perolehi adalah satu petanda yang positif. Memperolehi kemahiran insaniah dalam persekitaran pelbagai kaum seperti di Malaysia adalah sangat penting ini kerana secara realitinya masyarakat di Malaysia terpaksa menerima hakikat bahwa mereka hidup dalam ruang sosial yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sudah tentu kemahiran insaniah dalam konteks ini akan membantu meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 10. Cadangan Kajian Lanjutan Berdasarkan dapatan kajian ini, maka kajian-kajian akan datang wajar dilakukan bagi meningkatkan lagi pengetahuan kita tentang kemahiran insaniah yang diperolehi oleh para pelajar yang menyertai sesuatu program anjuran IPT. Kajian yang telah dijalankan ini hanya menumpukan kepada empat daripada tujuh elemen Kamahiran Insaniah (yang diperakukan olek KPT). Sehubungan dengan itu kajian-kajian di masa akan datang wajar juga untuk meninjau tiga lagi elemen kemahiran insaniah yang tidak dimasukkan dalam kajian ini seperti kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Adalah diharapkan jika kajian-kajian yang menyentuh tiga lagi aspek kemahiran insaniah dapat dilakukan maka pengetahuan kita dalam hal ini akan dapat ditingatkan, justeru pelbagai lagi idea serta modul dapat diaplikasikan dalam usaha meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT. 11. Kesimpulan Keupayaan pelajar untuk berada dalam pasaran pekerjaan dalam kalangan lepasan IPT Di Malaysia merupakan satu isu utama yang sering diperkatakan. Banyak teori serta rumusan telah dibuat berkaitan hal ini. Namun satu perkara yang sahih dan jelas dalam konteks ini ialah perbincangan kita tidak lari daripada memperkatakan tentang

kemahiran insaniah dikalangan pelajar. Sehubungan dengan itu pendekatanpendekatan yang tersendiri atau berstruktur perlu dilakukan oleh pihak IPT dalam usaha meningkatkan kemahiran insaniah kepada pelajarnya. Dalam konteks ini Program Bakti Siswa Perdana yang telah dilaksanakan di UniMAP telah berupaya meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terutamanya kemahiran- 643 kemahiran seperti berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan serta pemikiran kreatif patutlah dihargai oleh pelajarnya sendiri. Namun begitu, kesedaran pelajar tentang perlunya memiliki kemahiran insaniah perlu di terapkan lagi setelah mereka melalui program seperti ini. Program-program lain yang bersifat mengukuhkan serta memantapkan lagi kemahiran insaniah perlu dilaksanakan agar kemahiran insaniah secara berterusan wujud serta diamalkan oleh setiap individu pelajar. Rujukan 1. A. Esa, M.Y. Abd Hadi, Dan B. Mohd Salleh. Peranan Ko-Kurikulum Di Politeknik Dalam Memenuhi Keperluan Pihak Industri Di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. 2. Abd Rahim Ramli, Ariza Ibrahim, Mohd Noor Che A. Rahman Dan Azizah Endut.

Program Ketrampilan Graduan Untuk Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia Tahun 2007. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. 3. Haslinda @ Robita Hashim, Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali

(2005). Pembangunan Sahsiah Mahasiswa Bersepadu: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Kolej Universiti Kejuruteraan . Kertas kerja yang dibentang di Seminar Kebangsaan Kursus Sokongan Kejuruteraan, Di Hotel Aseania, Langkawi 17-18 Disember 2005.

4. Melati Mohd Ariff 2007). Menggilap Kecemerlangan Menara Gading di laman web www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php?id=277666 5. Mohamad Shatar dan Azali Mohamad (Prof Dr), (2008), The University Industri Linkage: The Role Of Student Development Services Profesional. Paper Presented in Regional Convention On Student Development, Phuket, Thailand ) October 29th 31th, 2008, Organized by Universiti Utara Malaysia. 6. Mohd. Hamidi Abdul Hamid (2002). Pengurusan Sekolah Cemerlang Menurut Islam Maran: Perniagaan Qomarul Roihan. 7. Noreen Mohd Esam, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Mohd Fadzli Ali (2007). Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar Tahun Akhir Yang Mengambil Mata Pelajaran Fizik Di Fakulti Pendidikan Utm, Skudai. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 644 12-14 Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. 8. Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). Kepentingan Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan. Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. 9. Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business: A Skill Building Approach (2 nd Edition). New York: John Wiley & Sons, Inc. 10. Yulpisman Asli (2006) Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah. di laman web http://blis.bernama.com/mainHome.do 11. Bernama News (2007). Ketiadaan Kemahiran Insaniah Punca Siswazah Menganggur, Kata Mustapa. Di laman web http://blis.bernama.com/mainHome.do

Pembangunan Profil Kemahiran Generik Terhadap Graduan Hospitaliti Tan King Hiyang Khalid Husseine Bin Tuah Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tankh@uthm.edu.my Abstrak - Kajian ini dilakukan untuk membangunkan profil kemahiran generik terhadap graduan hospitaliti berdasarkan kehendak majikan sektor perhotelan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan majikan sektor perhotelan yang berdaftar di bawah Malaysian Association of Hotels (MAH) di zon utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah temu bual semi struktur turut digunakan bagi menyokong data kuantitatif yang diperolehi. Daripada 11 domain kemahiran generik yang dikaji, didapati kemahiran personal merupakan kemahiran generik yang sangat penting untuk dikuasai oleh graduan hospitaliti (min = 4.64). Di samping itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut statistik antara kehendak majikan sektor perhotelan di zon utara dengan zon selatan Semenanjung Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan ke atas

graduan hospitaliti. Profil kemahiran generik yang telah dibangunkan telah disahkan oleh pihak MAH dan pihak ini menyokong agar profil ini diimplementasikan dalam kurikulum pengajian hospitaliti di Malaysia. 1. Pengenalan Secara mukadimmahnya, pembangunan sektor hospitaliti di Malaysia kini sedang memuncak lantaran Malaysia dilihat lebih stabil berbanding negara-negara lain di Asia. Manakala dasar kerajaan pula adalah ingin menjadikan sektor ini sebagai salah satu sektor ekonomi yang teguh, berdaya saing dan tumbuh berterusan. Yahaya (2007) menyatakan bidang hospitaliti ini merangkumi perkhidmatan seperti hotel, restoran, pelancongan, katering dan kontrak katering. Pengurusan dalam bidang hospitaliti ini sangat berkait rapat dengan industri pelancongan negara. Ini kerana para pelancong yang bertandang ke negara kita pasti akan menggunakan khidmat hospitaliti terutamanya di sektor perhotelan. Mengikut sumber Unit Perancang Ekonomi Negara, pertumbuhan sektor hospitaliti terus menarik pelaburan sektor swasta. Bilangan hotel bertambah sebanyak 51.2% dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK-8) daripada 1492 pada tahun 2000 kepada 2256 pada tahun 2005. Malah, dalam tempoh RMK-8 guna tenaga dalam sektor hospitaliti meningkat pada kadar purata 2.9% setahun daripada 390000 pada tahun 2000 kepada 451000 pada tahun 2005. Namun, guna tenaga hotel cuma meningkat sebanyak 1.6% dalam tempoh 2000 kepada 91156 pada tahun 2005. Maknanya di sini, masalah kekurangan tenaga pekerja di sektor hospitaliti masih berlaku. Justeru, dalam penghasilan guna tenaga ini, kemahiran generik adalah amat dititikberatkan yang perlu dikuasai oleh pelajar. Mike (1999) menyatakan pihak majikan pada masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja mempunyai kemahiran khusus seperti kemahiran teknikal atau bidang yang diambil, namun kemahiran generik perlulah diadaptasikan dengan baik. 2. Latar Belakang Masalah Menerusi statistik pasaran buruh negara untuk bulan Jun 2007 yang telah dikeluarkan

oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia menunjukkan masalah ketara dalam penempatan pekerja dalam sektor hospitaliti yang membabitkan industri hotel dan restoran iaitu pada bulan Jun 2007 sahaja sebanyak 2,263 kekosongan kerja bagi seluruh negeri di Malaysia. Kekosongan kerja ini berlaku kerana permasalahan mencari pekerja yang berkemahiran oleh pihak majikan. Persoalan tetap timbul yang mana kadar pengangguran di Malaysia masih berlaku sedangkan wujud kekosongan jawatan misalnya di dalam industri hospitaliti. Ini dapat dilihat pada tahun 2005, bilangan siswazah yang menganggur adalah 63,000 orang. Dimaklumi bahawa kursus pengajian hospitaliti adalah merupakan kursus dalam pendidikan vokasional. Bilangan graduan pendidikan vokasional yang menganggur turut meningkat daripada 1600 orang pada tahun 2004 kepada 1800 orang pada tahun 2005 iaitu 200 graduan pemegang ijazah dan 1600 pemegang diploma (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007). Antara salah satu punca penganguran graduan berlaku adalah disebabkan kegagalan menguasai kemahiran generik dengan baik (Malaysian Association of Hotels, 2007a, Berita Harian, 3 Jun 2006, Utusan Malaysia, 4 Mei 2007). Rentetan daripada itu, keperluan untuk mengenal pasti kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh graduan hospitaliti di Malaysia adalah amat mustahak untuk dikaji sepertimana yang dilakukan oleh Mike Raybould dan Hugh Wilkins (2005), Oklahoma Department of Career and Technology Education (2004), Ontario Ministry of Training, Colleges and Universities (2005) dan Ying-Wei Lu (1999). Selain daripada itu, dalam pengukuhan sistem piawaian, kualiti pendidikan teknikal dan kurikulum teknikal seperti kursus hospitaliti perlu diperbaiki dengan kerjasama dan input industri. Kurikulum pengajian hospitaliti perlu dimurnikan dengan menitikberatkan penguasaan kemahiran generik bagi memenuhi kehendak industri (Matthew, 2007; Mike, 1999; Tribe 2003). David dan Sandra (2004) turut bersetuju bahawa kurikulum pengajian hospitaliti pada masa kini perlu menekankan kemahiran generik. Untuk itu, kerjasama antara pihak akademik dan industri hospitaliti adalah amat diperlukan dalam

pembentukkan kurikulum pengajian hospitaliti yang lebih kompetitif.3. Pernyataan Masalah Wujud masalah ketidaksepadanan yang mana berlaku masalah pengangguran terhadap graduan hospitaliti tetapi pada masa yang sama wujud kekosongan jawatan dalam industri hospitaliti. Salah satu punca pengangguran graduan hospitaliti adalah disebabkan kurangnya penguasaan kemahiran generik. Maka itu, kurikulum pengajian hospitaliti perlu dimurnikan dengan menitikberatkan penguasaan kemahiran generik bagi memenuhi kehendak industri. Namun, profil kemahiran generik khas untuk graduan hospitaliti di Malaysia belum dibangunkan lagi seperti yang dilakukan di luar negara. Justeru itulah, pengkaji mencadangkan agar sebuah profil mengenai kemahiran generik untuk graduan hospitaliti perlu dikaji dan dibangunkan mengikut kehendak industri. 4. Objektif Kajian Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk: i. Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran generik yang diperlukan ke atas graduan hospitaliti berdasarkan kehendak majikan dalam sektor perhotelan di zon utara dan selatan Semenanjung Malaysia. ii. Mengetahui perbezaan yang signifikan mengikut statistik antara kehendak majikan sektor perhotelan di zon utara dengan zon selatan Semenanjung Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan ke atas graduan hospitaliti. iii. Menilai profil kemahiran generik yang dibangunkan untuk graduan hospitaliti berdasarkan pandangan pakar bidang hospitaliti. 5. Metodologi Kajian Lokasi kajian adalah bertumpu kepada sektor perhotelan di zon utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Populasi kajian ini adalah melibatkan 141 majikan sektor perhotelan yang berdaftar di bawah Malaysian Association of Hotels (MAH). Daripada pengiraan formula Cochrans menerusi Bartlett et al. (2001), interpolasi bagi populasi 100 hingga 200 untuk populasi 141 ialah 51. Justeru, saiz minimum sampel dalam kajian ini ialah 51 responden. Kaedah pemilihan sampel dalam kajian ini ialah persampelan

rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dengan lima skala Likert dan temu bual semi-struktur. Subjek kajian temu bual adalah pihak atasan MAH. Soal selidik yang dibangunkan adalah hasil daripada analisis awal daripada lapan sumber yang relevan iaitu Ahmad Esa et al. (2005a), Australian Chamber of Commerce and Industry, and Business Council of Australia (2002), Bennett.N et al. (1999), Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, KPTM (2006), Mike Raybould dan Hugh Wilkins (2005), Oklahoma Department of Career and Technology Education (2004), Ontario Ministry of Training, Colleges and Universities, (2005) dan Ying-Wei Lu (1999). Kajian rintis turut dilakukan ke atas 10 majikan sektor perhotelan yang tidak berdaftar di bawah MAH. Kemudian, hasil daripada pengedaran dan pengumpulan data soal selidik, terdapat 58 responden telah menjawab soal selidik dengan lengkap. Data daripada soal selidik ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 15.0 dengan berdasarkan kekerapan, peratusan dan skor min. Manakala, perbezaan signifikan antara perspektif responden di kedua-dua zon menggunakan ujian Mann Whitney U. 6. Keputusan dan Perbincangan Menerusi dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa kemahiran personal merupakan domain kemahiran yang berada pada hierarki tertinggi dan sangat penting untuk dikuasai oleh graduan hospitaliti. Ini menyamai dapatan kajian yang dilakukan oleh David dan Sandra (2004) yang meletakkan kemahiran personal adalah kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh graduan hospitaliti untuk menceburi bidang pekerjaan dalam sektor perhotelan kelak. Perkara ini dipersetujui oleh Jeniffer (2004), Muhammad Shahrim (2007), Oklahoma Department of Career and Technology Education (2004) dan Ying Wei Lu (1999) kerana pekerja dalam sektor perhotelan lebih banyak berkhidmat dengan pelanggan dalam mencapai kepuasan dan kualiti yang mereka inginkan. Dapatan kajian ini dapat ditunjukkan menerusi Jadual 1. Menerusi temubual bersama pihak MAH, antara kelemahan pekerja hospitaliti masa kini adalah dari aspek penampilan diri yang kurang menarik, kurang menjaga kesihatan

dan tidak mengikuti trend fesyen semasa. Justeru, pihak MAH menasihatkan agar graduan hospitaliti mempraktikkan cara hidup yang sihat dengan budaya hidup yang aktif kerana aspek kemahiran personal ini penting dalam sektor perhotelan. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, domain yang berada pada hierarki kedua penting adalah kemahiran kepimpinan. Keupayaan seseorang pekerja dalam bidang perhotelan untuk memimpin misalnya memimpin projek, bertanggungjawab, mempengaruhi orang lain dan berani membuat keputusan adalah sangat penting bagi memastikan projek atau kerja yang dihasilkan dapat dijalankan dengan lancar (Muhammad Shahrim, 2007). Di samping itu, dapatan ini menyamai kajian yang dilakukan oleh Snedd dan Heiman (1995); dan Breiter dan Clemet (1996) yang menunjukkan bahawa kemahiran kepimpinan adalah antara tiga domain kemahiran generik yang berada kedudukan teratas yang diperlukan oleh pihak majikan sektor perhotelan. Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan domain ketiga penting yang diperlukan oleh majikan terhadap graduan hospitaliti menerusi dapatan kajian yang diperolehi. Dapatan ini menyerupai kajian yang dilakukan oleh Mike Raybould dan Hugh Wilkins (2005) yang mana kemahiran menyelesaikan masalah adalah kemahiran generik yang berada pada kedudukan tiga teratas paling penting untuk dikuasai oleh graduan hospitaliti berdasarkan perspektif majikan sektor perhotelan di Australia. Kebolehan dalam menguasai kemahiran ini sangat mustahak bagi seseorang graduan untuk mengenal pasti punca masalah semasa melakukan sesuatu kerja selain menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan alternatif yang terbaik sepertimana yang diutarakan oleh Callan (2003); Australian Chamber of Commerce and Industry & Business Council of Australia (2002); dan Ahmad Esa et al., 2005b. Ini kerana melalui temu bual yang diadakan bersama pihak MAH, pekerja hospitaliti pada masa kini terlalu bergantung kepada orang lain dalam membuat kerja sehinggga menyebabkan kerja menjadi tertangguh. Justeru, penekanan terhadap penguasaan kemahiran ini adalah amat penting. Di samping itu, domain-domain kemahiran lain juga adalah sangat penting untuk

dikuasai oleh graduan hospitaliti sepertimana yang ditekankan dalam Oklahoma Department of Career and Technology Education (2004) dan Ontario Ministry of Training, Colleges and Universities (2005). Tetapi, terdapat percanggahan berlaku yang mana kemahiran generik kelapan yang perlu dikuasai oleh graduan hospitaliti adalah kemahiran berkomunikasi. Dapatan ini agak kontra dengan situasi semasa yang menyatakan bahawa kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai oleh graduan. Ini kerana menerusi Berita Harian (3 Jun 2006) dan Utusan Malaysia (4 Mei 2007) melaporkan bahawa antara faktor graduan menganggur adalah disebabkan kurangnya kemahiran berkomunikasi terutamanya dalam bahasa Inggeris. Namun, dapatan kajian ini menyamai kajian yang telah dilakukan oleh Ahmad Esa et al. (2005b) yang menyatakan kemahiran lain seperti kemahiran penyelesaian masalah dan kepimpinan berada pada kedudukan teratas berbanding kemahiran berkomunikasi menerusi perspektif industri. Menerusi dapatan kajian yang diperolehi, hasil ujian Mann Whitney U di dalam Jadual 2 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut statistik antara kehendak majikan sektor perhotelan di zon utara dengan zon selatan Semenanjung Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan ke atas graduan hospitaliti. Hal ini dibuktikan melalui kesemua nilai signifikan yang diperolehi adalah melebihi nilai P iaitu 0.05. Justeru, hasil kajian gagal menolak hipotesis null. Ini bermakna, walaupun terdapat perbezaan dari segi pemeringkatan kemahiran ini, tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi mean rank untuk kedua-dua zon. Ini kerana, kedua-dua zon mengklasfikasikan kesemua kemahiran generik ini sebagai penting. Rentetan daripada itu, hasil kajian ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Dickerson dan Green (2002) yang menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran generik adalah kemahiran-kemahiran yang merentasi pekerjaan. Kajian oleh Dench, Perryman dan Giles (1988) pula menunjukkan bahawa majikan menyatakan kepentingan kemahiran generik adalah untuk semua bahagian tanpa mengira jenis pekerjaan. Setelah analisis data dilakukan, dapatan kajian yang diperolehi telah dihantar dan

dibincangkan bersama pihak Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Department) Malaysian Association of Hotels (MAH) untuk proses penilaian dan pengesahan. Hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan, pihak MAH mendapati bahawa dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu dan menyumbang kepada pembangunan industri hospitaliti terutamanya kepada kolej mahupun institut pengajian yang menawarkan pengajian hospitaliti di Malaysia. Ini bermakna profil kemahiran generik terhadap graduan hospitaliti adalah sah untuk dibangunkan dan boleh dicadangkan kepada pihak-pihak tertentu untuk digunapakai dalam kurikulum pengajian hospitaliti. Menerusi temu bual yang diadakan, pihak MAH telah memberikan cadangan agar profil ini diimplementasikan dalam subjek teras pengajian hospitaliti yang mana jika pelajar tersebut gagal dalam menguasai kemahiran generik ini, mereka tidak dibenarkan untuk bergraduat. 7. Kesimpulan Secara keseluruhannya, majoriti keseluruhan elemen-elemen yang terkandung di dalam setiap kemahiran generik yang dikaji berdasarkan perspektif majikan sektor perhotelan adalah penting untuk dikuasai oleh graduan hospitaliti. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara perspektif majikan sektor perhotelan di zon utara dan selatan Semenanjung Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan terhadap graduan hospitaliti. Hasil dapatan kajian ini juga telah dinilai dan disahkan oleh pihak MAH agar profil kemahiran generik yang dibangunkan untuk graduan hospitaliti dapat dicadangkan kepada pihak akademik untuk diimplementasikan dalam pengajian jurusan hospitaliti. 8. Cadangan Cadangan Hasil Kajian Menerusi kajian ini, pengkaji ingin mencadangkan agar profil kemahiran generik yang telah dibangunkan terhadap graduan hospitaliti ini dapat digunakan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk diimplementasikan dalam

kurikulum pengajian hospitaliti. Ini kerana menerusi profil ini, pihak KPTM akan dapat mengetahui elemen-elemen kemahiran generik yang sangat penting dan dikehendaki oleh majikan sektor perhotelan ke atas seseorang graduan hospitaliti. Justeru, penekanan terhadap elemen-elemen kemahiran generik yang diklasifikasikan sebagai sangat penting perlu diutamakan di dalam kurikulum pengajian hospitaliti. Selain itu, adalah dicadangkan agar pihak institut pengajian tinggi (IPT) sama ada di peringkat universiti, politeknik mahupun kolej dapat menggunakan profil yang telah dibangunkan ini untuk dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengajian hospitaliti. Pihak pensyarah atau pihak pengurusan IPT boleh menggunakan profil ini untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran generik pelajar hospitaliti semasa berada di dalam pengajian. Cadangan Kajian Lanjutan Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji turut mencadangkan agar kajian lanjutan dapat dilakukan bagi memperkasakan lagi keupayaan graduan hospitaliti dalam penguasaan kemahiran generik seperti berikut:i. Kajian yang telah dilakukan ini hanya bertumpu di zon utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Justeru, dicadangkan agar pengkaji akan datang dapat melakukan kajian berkenaan keperluan kemahiran generik mengikut perspektif majikan sektor perhotelan di Malaysia Timur yakni Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. ii. Di samping itu, kajian ini dilakukan terhadap hotel-hotel yang berdaftar di bawah Malaysian Association of Hotels. Maka, untuk kajian yang seterusnya kelak, populasi kajian mahupun sampel kajian dapat dipelbagaikan lagi bagi mengetahui perspektif kehendak majikan tentang kemahiran generik yang diperlukan untuk graduan hospitaliti. iii. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif di mana borang soal selidik digunakan dan kaedah temu bual semi-struktur diadakan untuk menyokong data kuantitatif. Justeru, kajian selanjutnya boleh menggunakan kajian berbentuk kualitatif untuk

mengetahui keperluan kemahiran generik terhadap graduan hospitaliti dengan lebih tepat. iv. Kajian seterusnya juga boleh menggunakan pelbagai responden yang bukan sahaja berfokuskan majikan sektor perhotelan iaitu pengurus sumber manusia, tetapi boleh menjadikan pengurus lain di sektor perhotelan sebagai responden kajian seperti pengurus makanan dan minuman, pengurus front office, pengurus katering dan lain-lain bagi mengetahui kehendak pengurus tersebut tentang kemahiran generik yang diperlukan terhadap graduan hospitaliti semasa bekerja di bawah jabatan masing-masing. v. Pengkaji juga mencadangkan bahawa sekiranya profil yang telah dibangunkan ini diterima oleh pihak yang KPTM atau universiti untuk diimplementasikan dalam kurikulum pengajian hospitaliti, pengkaji seterusnya boleh mengkaji tahap penguasaan kemahiran generik graduan hospitaliti dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi sekiranya terdapat kelemahan berlaku ke atas pelajar hospitaliti dalam penguasaan kemahiran generik Rujukan Ahmad Esa, Jailani Mohd Yunus & Noraini Kaprawi (2005a). Kebolehpercayaan Inventori Kemahiran Generik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis PhD. Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Md. Yunos, Noraini Binti Kaprawi dan Mohd Yusop Bin Abd. Hadi (2005b). Keperluan Kemahiran Pihak Industri Lawan Kemahiran Dimiliki Graduan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis PhD. Australian Chamber of Commerce and Industry, and Business Council of Australia (2002). Employability Skills for the Future, Department of Education, Science and Training. Canberra: AGPS. Barlett, J., Kotrlik J. dan Higgins, C. (2001). Organizational Research: Determining Approriate Sample Size in Survey Research. Information Technology, Learning and Performance Journal, Volume 19, No. 1. Berita Harian (2001). Pengusaha Hotel Perlu Tingkat Mutu Perkhidmatan. 14 April

2001. Berita Harian (2006). Modul Kemahiran Berkomunikasi, Ketrampilan di IPTA Mulai Julai. 3 Jun 2006. Breiter, D. dan Clements, C.(1996). Hospitality Management Curricula for the 21 st Century. Hospitality and Tourism Educator, 8 (1), 57 -60. David Littlejohn and Sandra Watson (2004). Developing Graduate Managers for Hospitality and Tourism. International Journal of Contemporary Hospitality Management Volume 16. Number 7. 408-414. Dickerson, A. dan Green, F. (2002). The Growth and Valuation of Generic Skill. JEL Working Paper J31, pp. 1-49. Jabatan Perangkaan Malaysia (2007). Penyiasatan Tenaga Buruh, Profil Siswazah di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 53-58. Jabatan Perangkaan Malaysia (2003). Banci Perkhidmatan Tepilih (Sektor Swasta). Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 3-5. Malaysian Association of Hotels (2007a). Survey on Hospitality Graduates in Hotel Industry. MAH Survey: Issue 05/2007. Malaysian Association of Hotels (2007b). MAH Membership Directory. Malaysian Association of Hotels. Malaysian Association of Hotels (2007c). Minimum Requirement for Star of Hotels. Ministry of Tourism Malaysia. http://www.hotels.org.my/files/star_rating_criteria.pdf. Dicapai pada 30 Ogos 2007. Matthew Alexander (2007). Reflecting on Changes in Operational Training in UK Hospitality Management Degree Programmes. International Journal of Contemporary Hospitality Management. Vol. 19 No. 3. 211-220. Mike Rimmington (1999). Vocational Education: Challenges for Hospitality Management in the New Millennium. International Journal of Contemporary Hospitality Management 11/4. 186-191. Mike Raybould dan Hugh Wilkins (2005). Over Qualified and Under Experienced:

Turning Graduates into Hospitality Managers. International Journal of Contemporary Hospitality Management. Vol. 17. No. 3. 203-216. Muhammad Shahrim Ab. Karim (2007). Kerjaya Dalam Bidang Perhotelan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 22-30. Oklahoma Department of Career and Technology Education (2004). Hospitality Skills Standard United States: Stillwater. Ontario Ministry of Training, Colleges and Universities (2005). Hospitality Administration Program Standard. Toronto. Tribe, K. (2003), Demand for Higher Education and the Supply of Graduate. European Educational Research Journal. Vol. 2 No. 3. 463-71. Yahaya Ibrahim (2007). Pemerkasaan Industri Pelancongan. dalam Utusan Karya (2007). Pemikir. Kuala Lumpur: Utusan Karya. Bil. 48. April-Jun 2007. 82-84. Ying-Wei Lu (1999). Important Skill for Taiwanese Hospitality and Tourism Graduate as Perceived by Hospitality Educators and Human Resource Managers. The Graduate College University of Wisconsin-Stout Menomonie, Wisconsin.

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY BAGI MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI Ahmad Rizal Madar, Malyia Afzan Abd Aziz, Abdul Rasid Abd. Razzaq, Mohamad Zaid Mustafa & Dr. Yahya Buntat Abstrak: Perkembangan dunia masa kini di era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran employability agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki multi skills. Graduan yang menganggur merupakan fenomena serius yang berlaku pada masa kini. Perangkaan pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian tinggi tempatan khususnya di IPTA masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu kumpulan pekerja itu melebihi daripada permintaan para majikan. Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Kemahiran employability adalah merupakan aspek kemahiran yang amat penting untuk ketrampilan pelajar. Ia telah menjadi agenda penting negara dan menjadi tanggungjawab instisusi-institusi pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya-saing yang tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti elemen-elemen kemahiran employability yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam pelajaran teknikal serta elemen-elemen kemhairan employability yang dianggap penting oleh pihak industri. Kata kunci: employability, industri Pengenalan Pada masa sekarang, banyak diperkatakan tentang kadar pengangguran graduan yang semakin meningkat di Malaysia. Daripada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang dikeluarkan

oleh Jabatan Perangkaan, bagi suku keempat 2004, terdapat seramai 55,894 penggangur dikalangan siswazah yang terdiri daripada 18, 072 graduan berijazah dan 37,822 pemengang diploma. Ini memaksa pihak kerajaan untuk memperkenalkan semula Skim Latihan Siswazah Menggangur (SLSM) supaya graduan diberikan pendedahan atau kemahiran employability tambahan bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan Majlis Pembangunan Kemahiran bagi membolehkan siswazah menganggur mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik mereka. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, antara penyumbang utama kepada masalah pengganguran ini ialah kegagalan memastikan sukatan pelajaran atau kurikulum pendidikan memenuhi apa yang dituntut oleh pasaran kerja (Utusan Malaysia, 18 Mei 2005). Ini terbukti apabila lebih 80 peratus daripada siswazah yang mengikuti SLSM di bawah Kementerian Sumber Manusia berhasil memperoleh pekerjaan. Selain daripada mengikuti SLSM, graduan boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus pendek di mana-mana Kolej Komuniti untuk menambah nilai pasaran diri masing-masing (Utusan Malaysia, 7 April 2005). Terdapat majikan yang menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan mula meminta institusi pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran employability. Kepentingan pembangunan sumber manusia dalam pemb angunan sesebuah negara telah lama diakui. Beberapa buah negara rantau ini mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui pembangunan sumber manusia yang teliti walaupun mempunyai modal fizikal yang sangat sedikit. Sebaliknya terdapat beberapa buah negara yang kaya dengan modal fizikal tetapi gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana kelemahan pembangunan sumber manusianya (Rahmah, 1997). Pembangunan sumber manusia dapat memberikan sumbangan yang berkesan jika ia digunakan dengan betul dan berhemah. Prosiding SKIKS 08 386 Apabila pekerja mula memegang jawatan dan tanggungjawab baru, mereka dilatih bagi mencapai matlamat pertumbuhan organisasi. Kemudiannya apabila persekitaran, teknologi dan pasaran berubah, pengetahuan dan kemahiran employability pekerja juga harus berubah selaras dengan perubahan tersebut. Oleh itu pembangunan sumber manusia adalah berfungsi sebagai pembina

aset yang menyelesaikan masalah secara kreatif untuk memastikan kejayaan tenaga seseorang pekerja yang berkebolehan dan berminat (Kamal dan Mei, 1996). Kemahiran employability ini perlu, kerana individu yang berkemahiran teknikal yang baik, tanpa memiliki kemahiran employability adalah dianggap tidak berkualiti. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohd Yusuff Mohd, Mohd Fadhil Nuruddin, dan Naimah Yong (1995) dimana didapati bahawa terdapat beberapa elemen-elemen kemahiran yang perlu ada pada graduan teknik dan vokasional yang berkeupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif, berkeyakinan dalam menghadapi cabaran-cabaran era globalisasi. Dengan gabungan pelbagai kemahiran employability ini dapat meningkatkan produktiviti graduan serta pengeluaran syarikat (Mohd Safarin, 2004). Terdapat beberapa istilah yang digunakan mengenai kemahiran employability. Kebanyakkan istilah tersebut memberi tumpuan ke atas tajuk yang berkaitan dengan personaliti, sikap, tabiat, dan juga tingkahlaku, cara untuk berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi. Gainer (1988) telah membuat ringkasan mengenai kemahiran employability, pertama adalah ketrampilan individu yang meliputi (kemahiran komunikasi, kemahiran berhubung, kemahiran komputer, dan kemahiran berbudaya), keduanya adalah kemahiran kebolehpercayaan individu yang meliputi (pengurusan individu, beretika, dan kematangan vokasional) dan akhir sekali adalah kemahiran pengubahsuaian ekonomi (kemahiran menyelesaikan masalah, pembelajaran dan juga pembangunan kerjaya). The Conference Board of Canada (1996) dalam satu artikal yang bertajuk, Yukon Work Futures: Skills for Todays Workplace, telah mendefinisikan kemahiran employability sebagai satu istilah yang digunakan bagi menjelaskan mengenai kemahiran dan juga kualiti individu yang dikehendaki oleh para majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja. Kemahiran-kemahiran dan juga kualiti individu yang diperlukan ini adalah berguna kepada semua pihak tidak kira dalam bidang usaha secara kecil-kecilan mahupun bidang usaha berskala besar, atau dalam kerajaan. Kemahiran employability merupakan kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja lain. Ia tidak meliputi kemahiran dan employability,

kualiti yang diperlukan oleh sesuatu bidang pekerjaan yang khusus sahaja, malah merangkumi semua bidang kerjaya. Kajian yang dibuat oleh Yahya (2004) telah mendapati beberapa kemahiran employability yang penting telah dipersetujui oleh majikan industri dan perlu diberi perhatian dan digambarkan dalam satu model kajian. Model tersebut mengandungi tiga aspek kemahiran employability yang harus diambil perhatian semasa mengintegrasikan aspek kemahiran tersebut di institusi latihan vokasional bagi memenuhi kehendak dan keperluan majikan industri. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah berdasarkan kepada min keutamaan yang dirujuk kepada kepentingan dan keperluan majikan industri terhadap elemen-elemen kemahiran employability. Setiap tahun kebanyakkan pusat pengajian tinggi dan juga pusat latihan kemahiran menghasilkan para pelajar yang diperakukan telah mencapai tahap kelayakkannya bagi membolehkan mereka ini menceburi alam pekejaan mengikut bidang dan minat masing-masing. Namun begitu, perangkaan pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian dan latihan tinggi tempatan khususnya di IPTA masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu kumpulan pekerjaan itu melebihi daripada permintaan para majikan. Umum 387 Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Perkembangan dunia pada masa kini dan dalam era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga kepada kemahiran employability atau soft skills agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan juga dalam masa yang sama memiliki kedua-duanya kemahiran atau multi skills tersebut. Menurut Sharil(1993), pihak industri masa kini juga sangat memerlukan pekerja bukan sahaja mempunyai kemahiran teknik dan vokasional tetapi perlu memiliki kemahiran employability. Beliau juga menyatakan bahawa sektor perindustrian masa kini sedang menuju ke era industri bio teknologi, teknologi maklumat, teknologi tinggi maka sumber tenaga diperlukan pada masa akan datang adalah pekerja yang bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga mempunyai kemahiran employability. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran untuk menghasilkan graduan yang

mempunyai kemahiran employability. Bagi membolehkan para belia dan pelajar dapat diberi latihan dengan kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran employability yang sesuai dengan kehendak industri, kedua-dua belah pihak iaitu pihak institusi pemberi latihan dengan pihak industri hendaklah saling bekerjasama antara satu sama lain. Menurut Lewis (1996) menjelaskan bahawa institusi vokasional memainkan peranan penting bagi menyediakan para pekerja untuk menghadapi perubahan teknologi. Oleh itu sewajarnya pihak institusi sentiasa

mengikuti perkembangan dan keperluan pekerjaan semasa bagi membolehkan mereka merancang program yang dapat memenuhi pasaran kerja masa kini. Latar Belakang Masalah Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan penting dalam membina masyarakat khususnya dalam konteks menjadikan Malaysia sebuah negara industri berasas maklumat dan dipertanggungjawabkan dalam memperkenalkan konsep pekerjaan kepada pelajarpelajar (Robiah Sidin,1998). Jikalau kini zaman k-ekonomi memerlukan seorang pekerja mahir dalam semua aspek termasuk penguasaan kemahiran employability untuk menghadapi caba ran globalisasi maka pihak Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu memberi penekanan dalam hal ini supaya produknya lebih berkualiti dan mampu memenuhi keperluan industri negara. Laporan Kajian Separuh Penggal Malaysia Ketujuh (Kerajaan Malaysia,1999) melaporkan bahawa kemasukkan pelajar ke institusi latihan awam telah meningkat daripada 28,900 orang pada tahun 1996 kepada 47,300 orang pada tahun 2000. Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) menganggarkan jika dalam tempoh 30 tahun akan datang 40 peratus pelajar daripada lepasan sekolah menengah memasuki bidang pendidikan teknik dan vokasional, maka kerajaan akan membelanjakan RM11,831.436 juta untuk menyediakan kemudahan peralatan dan melatih tenaga pengajar yang sesuai dan mencukupi. Diantara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah disebabkan mereka tidak mempunyai integrasi kemahiran employability. Seo (2003), menyatakan bahawa berlakunya masalah pengangguran di kalangan graduan masa kini adalah disebabkan kurangnya kemahiran komunikasi, pengalaman bekerja serta memetik pandangan pelabur asing bahawa graduan graduan tempatan tidak mampu bagi menyokong

pertumbuhan di negara ini. Bakal majikan kurang yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama dalam aspek keperibadian, penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran komunikasi, kemampuan pengetahuan penggunaan ICT terbatas dan tidak mampu untuk bekerja dalam kumpulan. Prosiding SKIKS 08 388 Selain daripada itu dalam satu kajian Kementerian Sumber Manusia (2001) melaporkan bahawa kadar pekerja yang mempunyai kemahiran vokasional yang memasuki ke pasaran pekerjaan adalah rendah iaitu sekitar tiga hingga dua belas peratus. Kebanyakkan pelajar daripada pelbagai pusat latihan kemahiran gagal menempatkan diri di industri berkaitan adalah kerana kemahiran employability yang diperolehi tidak sepadan atau tidak mencukupi dengan keperluan industri terbabit. Seterusnya statistik pasaran buruh negara untuk bulan Februari 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan masalah ketara dalam penempatan pekerja meskipun jumlah pendaftaran aktif iaitu pencari pekerja melebihi daripada kekosongan sesuatu kumpulan. Secara spesifiknya masalah tersebut adalah seperti mana yang ditunjukan dalam Jadual 1. Jadual 1: Maklumat Pasaran Buruh Suku Pertama 2004 Kumpulan Pekerjaan Jumlah Pendaftar Aktif Jumlah Kerja Kosong Jumlah Penempatan Kekosongan Yang Belum Diisi

Penggubal Undangundang, Pegawai Kanan dan Pengurus 1664 32 0 32 Juruteknik 5956 443 5 438 Profesional 9539 456 8 448 PekerjaPengkeranian 9936 1333 23 1310 Pekerja Mahir Pertanian dan Perikanan 95 157 0 157 Pekerja Pertukangan 400 3 0 3 Operator Loji dan Mesin 525 137 1 136 Pekerjaan Asas 1070 212 7 205 Menurut Hasliza (2002), antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skill atau kemahiran employability. Bakal majikan kurang yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama pada aspek keperibadian, penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat keputusan terbatas dan tidak mampu bekerja dalam kumpulan. Manakala Tengku Mahaleel (2002) berpendapat untuk penempatan diri dan bersaing di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para graduan tempatan harus mempunyai elemenelemen kemahiran employability disamping cemerlang dalam bidang akademik. Menurut

beliau lagi, elemen-elemen kemahiran employability akan membolehkan seseorang pekerja menggunakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran pekerjaan. Menurut Mohd Yahya (2003) kualiti pelatih pusat latihan hendaklah bercirikan employability dan marketability iaitu berdasarkan sejauh mana pelatih diserap masuk ke pasaran pekerjaan. Rasionalnya kerana hasil kajian Majlis Tindakan EkonomiNegara ke atas 115 majikan pelbagai sektor pekerjaan dalam tahun 2000 mendapati kriteria pekerja untuk employability yang utama adalah mempunyai sikap yang baik (39.3%), kemahiran atau pengalaman (29.7%) dan Umum 389 kemahiran berkomunikasi (12.0%). Manakala kriteria yang bersifat akademik seperti kelayakan akademik dan kemahiran analitis adalah terlalu rendah iaitu 3.5 % dan 1.2 % masing-masing. Justeru itu untuk menjamin employability seseorang pekerja pada masa hadapan , para pelajar hari ini haruslah diberi pendedahan dan praktis kemahiran employabilityseperti ketrampilan, pemikiran kritikal dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran penggunaan ICT, kemahiran kerja kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Hasil kajian dari beberapa negara maju juga telah menunjukkan betapa pentingnya kemahiran employability pada seseorang pekerja dari perspektif majikan. Umpamanya di Britain terdapat peningkatan dalam keperluan kemahiranemployability pada setiap majik an iaitu dari 10% pada tahun 1986 kepada 17% pada tahun 2001 (Green,2001). Kajian tersebut juga menyenaraikan faedah-feadah kemahiran employability pada seseorang pekerja dari perspektif majikan dimana pekerja tersebut akan mempunyai kemahiran pelbagai, boleh bergerak dari sektor lain ke sektor yang lain, berupaya menangani perubahan budaya tempat kerja, mempunyai perasaan sentiasa ingin belajar sepanjang hayat serta bersedia dari aspek mental dan emosi dalam menghadapi perubahan. Sementara itu Kementerian Sumber Manusia (2001) antara faktor graduan tidak dapat pekerjaan di industri adalah di sebabkan majikan masa kini memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran employability dari segi keperibadian, penampilan, keyakinan diri, mahir berkomunikasi dan mampu membuat keputusan dengan pantas di samping pengetahuan akademik yang ada dalam sebarang bidang

tetapi graduan hari ini tidak mampu melaksanakannya menyebabkan mereka tidak diterima bekerja. Kebanyakan majikan masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga memerlukan kemahiran employability untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan berdaya saing. Pekerja yang mempunyai kemahiran employability tersebut akan dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti elemen-elemen kemahiran employability yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam pelajaran teknikal serta elemen-elemen kemhairan employability yang dianggap penting oleh pihak industri. Objektif Kajian Objektif kajian adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employability yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kepada pelajar di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. ii. Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employability yang dianggap penting oleh pihak majikan industri. iii. Mengenal pasti ciri-ciri kualiti terbaik yang dikehendaki oleh Industri terhadap para graduan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. iv. Mengenal pasti cabaran Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha mengintegrasikan kemahiran employability dengan industri. v. Mengenal pasti samada terdapat perbezaan elemen antara persepsi majikan dengan persepsi Kolej Komuniti Pengajian Tinggi Prosiding SKIKS 08 390 Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk mengenal pasti elemen kemahiran "employability" yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kepada pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Instrumen kajian ini dibina berasaskan instrumen-instrumen kajian yang pernah dijalankan dalam bidang berkenaan dan diubahsuai oleh

pengkaji berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang hendak dikaji. Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada dua kumpulan yang berasingan iaitu tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan majikan industri. Pemilihan populasi berdasarkan hasil pemerhatian melalui kajian yang dibuat serta melalui jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).Penyelidik juga mengambil kira masa dan kemudahan yang lebih terjamin. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mengenalpasti elemen kemahiran employability yang diterapkan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan turut melibatkan daripada majikan industri di lokasi sampel tenaga pengajar yang dipilih. Menurut Tuckmen dalam Mohd Shukri(2000), soal selidik merupakan cara yang paling mudah bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Dalam penyediaan borang soal selidik, item-item yang dibina berdasarkan kepada lima persoalan kajian yang dijalankan dan dikaji bagi mencapai kelima-lima objektif yang digariskan oleh penyelidik. Terdapat dua set soal selidik yang digunakan untuk kajian ini. Satu set soal selidik tenaga pengajar (lampiran A) dan satu soal selidik majikan industri (lampiran B). Analisis data akan dilakukan berdasarkan item-item dan bahagian-bahagian yang dikemukakan di dalam borang soal selidik. Data-data dan maklumat yang diperoleh berdasarkan borang soal selidik akan dikumpulkan dan seterusnya perlaksanaan analisis menggunakan Perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) 12.0 for Windows. Kaedah penganalisaan data yang ditentukan adalah berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah dinyatakan sebelum ini. Kaedah penganalisaan data tersebut dinyatakan dalam Jadual 2 berikut. Jadual 2 : Ringkasan Jadual Statistik Yang Digunakan Bil Objektif Kajian Jenis Statistik 1 Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employability yang telah diintegrasikan oleh tenaga pengajar kepada pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Min, sisihan

piawai dan rank 2 Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employability yang di anggap penting oleh pihak majikan industri. Min, sisihan piawai dan rank 3 Mengenal pasti cabaran Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha mengintegrasikan kemahiran employability dengan Industri. Min, sisihan piawai dan rank 4 Mengenal pasti ciri-ciri kualiti terbaik yang dikehendaki oleh Industri terhadap graduan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Min, sisihan piawai dan rank 5 Mengenal pasti samada terdapat perbezaan elemen antara persepsi majikan dengan persepsi Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Min, ANOVA, Ujian -T Umum 391 Analisis min yang diperolehi akan mengikut Jadual Tafsiran Statistik Deskriptif (Min) dan mengikut purata skor min yang Tahap Skor Min yang menjadi panduan untuk hasil dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2 : Jadual Penentuan Tahap Julat Skor Min Tafsiran Ukuran Tahap Keberkesanan 1-2.39 Tidak Setuju Rendah 2.4-3.79 Kurang Setuju Sederhana

3.8-5.00 Setuju Tinggi Jangkaan Dapatan Kajian Hasil daripada kajian yang bakal dilaksanakan, penyelidik menjangkakan bahawa kebanyakkan daripada tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan majikan industri yang dipilih dari lokasi sampel tenaga pengajar yang dipilih telah menerapkan kemahiran employability tetapi penerapan ini berlaku secara sederhana berbanding dengan tahap kemahiran serta ciri-ciri kualiti terbaik yang diperlukan oleh majikan. Dalam kajian ini juga, penyelidik menjangkakan bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha untuk mengintegrasikan elemen kemahiran employability antara Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi dan majikan industri di lokasi sampel tenaga pengajar yang dipilih. Kesimpulan Berdasarkan daripada sorotan kajian, kemahiran employability amat dipentingkan oleh majikan di mana mereka memerlukan pekerja yang mahir dan berkebolehan dari pelbagai aspek untuk membantu meningkatkan kualiti kerja seterusnya menyumbang ke arah produktiviti negara yang membangun. Kebolehan serta kemampuan pekerja melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja serta kebolehan dalam menyumbangkan kepakaran individu dapat memanfaatkan syarikat dan seterusnya mampu meninggikan mutu produk keluaran dan bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Rujukan Baxter, M.B. & Young, J. L. (1982). What do employers expect from high school graduates? NASSP Bulletin, 66, 93-98 Gainer (1988). ASTD update: Basic skills. Alexandria, VA: American Society for Training and Development. (ERIC No. ED 291 882). Green, F. (2001). Market Value of Generic Skills. Research Paper 8, University of Kent. Hasliza Hassan, (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, Universiti Teknologi Malaysia: Bangi.

Kamal, S. dan Mei, L. Y.,(1996). Sectoral Projection in Manpower Needs inMalaysia.dlm. The Human Resource Perspective Towards Achieving Vision 2020. Kementerian Pembangunan Industri Sarawak: UITM Sarawak. Prosiding SKIKS 08 392 Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Pendidikan Vokasional Dalam Konteks Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kementerian Sumber Manusia, (2001). Laporan Pasaran Buruh Tahun 2000. Jabatan Tenaga Rakyat. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. Kerajaan Malaysia (1999). Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke Tujuh 1996 2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. Lewis, T. (1996) Impact of technology on work and jobs in the printing industry- Implications for vocational curriculum. Journal of Industrial Teacher Education.34(2). Mohd Safarin Nordin dan Kamaruddin Mohd Tahir. Kemahiran Generik Kepentingan dalam memenuhi keperluan majikan masa kini. Universiti Teknologi Malaysia Kertas kerja. Mohd Shukri (2002), Trait Keusahawanan Sebagai Suatu Kerjaya. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Mohd. Yahya Nordin (2003). Isu Dan Cabaran Dalam Penyediaan Tenaga Kerja Dalam Era Perubahan Teknologi Dan Globalisasi. Kertas Utama Dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional. Mohd Yusuff Mohd, Mohd fadhil Nuruddin, dan Naimah Yong (1995). Cabaran Perindustrian Masa Hadapan dan Kualiti Graduan Teknikal yang Diperlukan. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, UTM, Skudai 15-16 Ogos 1995. Rahmah Ismail, (1997). Situasi Semasa Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia. Dlm. Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia: Skudai. Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shahril (1993). Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan Sumber Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020. Jurnal Pendidikan.

Seo, Andy K.H (2003). Smart Partnership Between Vocational And Technical Tranning Institution In Creating Skill Workes, Persidangan Kebangsaan Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional 2003. Tengku Mahaleel Tengku Ariff, (2002). Ciri -ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam. The Conference Board of Canada (1996a). Employability skills profile: The critical skills required of the Canadian workforce. The Corporate Council on Education, a program of the National Business and Education Center. Ottawa Ontario. Utusan Malaysia, 7 April 2005 Graduan menggangur sambung belajar di Kolej Komuniti. Utusan Malaysia, 18 Mei 2005, Kaedah baru ukur kemahiran graduan.

Perbincangan ini menjelaskan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan, kedudukan kurikulum di universiti dan menunjukkan hubung kait kurikulum dengan cabaran-cabaran yang dihadapi di tempat kerja dari sudut pandangan majikan industri, ahli akademik dan siswazah yang menganggur. Pandangan Industri Terhadap Kemahiran dan Kecekapan dalam Pasaran Pekerjaan Pendapat dan harapan pihak industri dirangka mengikut empat kemahiran asas yang dianggap memenuhi keperluan pasaran pekerjaan abad ke-21, iaitu kemahiran literasi alaf digital, komunikasi efektif, pemikiran inventif dan kemahiran produktiviti tinggi. Kemahiran Literasi Alaf Digital Kemahiran literasi alaf digital ini mencakupi beberapa aspek, seperti kebolehan

berbahasa dan perangkaan, literasi sains dan teknologi, literasi visual, literasi maklumat, literasi pelbagai budaya dan pemahaman secara global semua bidang tersebut. (a) Penguasaan bahasa Inggeris lemah Menurut pihak industri, siswazah tidak mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris, khususnya dalam pertuturan dan penulisan asas. Siswazah tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan semasa temu duga. Mereka tidak dapat menjelaskan sesuatu idea secara berkesan dan hal ini memberikan satu gambaran bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang tersebut. Calon-calon ini tidak berani berbahasa Inggeris dan memohon supaya temu duga dijalankan dalam bahasa Malaysia. (b) Kemahiran teknologi dan komputer Siswazah tempatan mempunyai pengetahuan dan kemahiran literasi ICT yang baik. (c) Literasi pelbagai budaya dan pemahaman secara global Walaupun literasi pelbagai budaya dan pengetahuan tentang isu global penting, perkara-perkara ini tidak diberikan penekanan dalam industri kerana kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris tidak akan membolehkan siswazah membincangkan perkara-perkara ini dengan berkesan. Rumusan 69 Kemahiran Komunikasi Efektif Kebolehan berkomunikasi penting kerana kemahiran ini dapat menjamin kejayaan dalam temu duga dan aktiviti seterusnya di tempat bekerja. Pihak industri menyatakan bahawa siswazah yang menghadapi masalah dalam kemahiran komunikasi efektif, mungkin disebabkan penguasaan bahasa Inggeris mereka yang lemah dan tidak yakin pada diri sendiri. Kemahiran Pemikiran Inventif

Kemahiran pemikiran inventif melibatkan diri individu itu sendiri. Kemahiran ini melibatkan kesanggupan seseorang siswazah itu menyahut cabaran, menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya, berdikari, mempunyai sikap ingin tahu, bersifat kreatif, mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan mampu menangani masalah. Pihak industri menyatakan bahawa hanya segelintir siswazah tempatan yang sanggup menghadapi cabaran. Pasaran pekerjaan memerlukan siswazah yang sanggup mengambil risiko dan mempunyai komitmen yang tinggi. Kelemahan para siswazah yang takut untuk mengambil risiko, ditambah dengan sikap mereka yang berat tulang menyebabkan mereka mahukan pekerjaan yang mudah. Mereka lebih suka akan pekerjaan yang tidak memerlukan komitmen yang tinggi. Hal ini menunjukkan para siswazah mempunyai sikap suka memilih pekerjaan yang kurang memerlukan komitmen dan mudah dibereskan mengikut masa yang telah ditetapkan. Kemahiran Produktiviti Tinggi Pihak industri amat mementingkan pengeluaran yang bermutu. Perkara ini dikaitkan dengan latihan industri yang diperlukan agar siswazah dapat menunjukkan daya pengeluaran yang tinggi. Untuk mencapai kemahiran ini, pihak industri memberikan perhatian kepada siswazah yang mempunyai latihan industri yang mencukupi. Kebanyakan majikan juga membuat pemerhatian bahawa siswazah tempatan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk membina keyakinan dan kemahiran dalam bidang pekerjaan mereka. Dalam tempoh enam bulan tersebut, sebilangan siswazah ini menghadapi banyak masalah yang kadang-kadang menyebabkan mereka menyerah kalah dan meletak jawatan. Pandangan Industri Terhadap Kurikulum Universiti Pihak industri menegaskan bahawa pemikiran tradisional yang menetapkan universiti sebagai satu gedung ilmu yang hanya bertanggungjawab menyalurkan ilmu perlu diubah agar universiti dan industri dapat menjalinkan kerjasama yang efektif untuk menghadapi cabaran pekerjaan pada peringkat tempatan dan

antarabangsa. Ambigapathy Pandian et al. 70 Penyemakan Semula Kurikulum Universiti Diperlukan dari Semasa ke Semasa Kebanyakan majikan berpendapat bahawa kurikulum universiti yang ada sekarang memerlukan perubahan untuk menghadapi keperluan tempat kerja. Perkara utama yang ditekankan oleh pihak industri ialah universiti perlu mengetahui jenis kemahiran yang diperlukan oleh industri. Perubahan Kurikulum Mengambil Masa yang Lama Perubahan berpandukan kehendak industri turut menghadapi jalan buntu kerana wujudnya proses yang panjang untuk mengubah sesuatu kurikulum IPTA. Industri lebih suka bekerjasama dengan universiti atau kolej swasta kerana institusi ini sanggup menukar kurikulum dengan cepat mengikut acuan yang dikehendaki oleh industri. Hubungan Kerjasama Industri dengan IPTA Menghadapi Masalah Disebabkan Tanggapan yang Berbeza Pihak industri juga menyatakan bahawa beberapa usaha untuk bekerjasama dengan universiti menemui jalan buntu kerana tanggapan yang berbeza tentang peranan masing-masing. Kurikulum Universiti Tidak Memberikan Ruang yang Mencukupi untuk Kemahiran Praktikal Kurikulum universiti menyediakan kemahiran tinggi kepada para siswazah, tetapi kelemahan aspek ini berlaku kerana kekurangan aktiviti praktikal yang membolehkan siswazah mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam kemahiran tinggi. Pihak universiti juga perlu mencari tempat latihan industri yang sesuai dan menjalankan penyeliaan yang rapi agar pelajar mendapat latihan yang bermakna. Peranan Sekolah dalam Penyediaan Pelajar yang Memenuhi Keperluan Universiti dan Kehendak Tempat Kerja

Pihak industri juga menekankan hubung kait antara sekolah dengan universiti dalam membentuk pelajar bagi memenuhi keperluan pekerjaan. Tanggungjawab menangani isu penyediaan pelajar yang memenuhi kehendak pasaran menjadi sukar sekiranya diserahkan kepada pihak universiti sahaja. Rumusan 71 Pandangan Ahli Akademik Terhadap Kerelevanan Kurikulum Universiti dalam Memenuhi Keperluan Pasaran Pekerjaan Persepsi wakil universiti terhadap isu tentang tanggungjawab dalam membentuk pelajar sebagai persediaan memasuki pasaran kerja boleh dihuraikan dengan mengetengahkan empat isu yang berbangkit daripada data. Tanggungjawab Universiti dalam Menjamin Kebolehpasaran Siswazah Warga akademik yang ditemu bual sebulat suara merasakan tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab kolektif, yakni bukan universiti sahaja, tetapi pihak industri dan masyarakat juga bertanggungjawab dalam menyediakan tempat dan peluang pekerjaan yang memadai untuk siswazah. Tempoh Pengajian di Universiti Berkaitan dengan pandangan di atas, warga akademik menyentuh isu sistem pendidikan tiga tahun yang difikirkan perlu disemak semula memandangkan jumlah keluaran siswazah universiti yang tinggi pada setiap tahun dan hal ini menyebabkan pihak industri sukar menyerapkan mereka ke dalam sistem pekerjaan. Peranan Universiti untuk Penyebaran Ilmu Universiti dianggap sebagai tempat yang memberikan ilmu pengetahuan dan melahirkan insan yang baik. Menurut para akademik, tanggungjawab menyediakan pekerjaan untuk siswazah merupakan tanggungjawab kolektif yang perlu dipikul oleh industri, kerajaan dan masyarakat. Perbandingan antara Siswazah Universiti Luar Negara dengan Tempatan Berhubung dengan isu kualiti, siswazah universiti luar negara berbanding dengan tempatan, warga akademik berpendapat bahawa kenyataan siswazah universiti luar

negara lebih berkualiti daripada tempatan mungkin tidak benar. Universiti Berusaha untuk Mengekalkan Jaminan Kualiti Kurikulum Jaminan kualiti kurikulum dan penilaian kurikulum universiti di IPTA adalah mengikut tatacara yang diperakukan pada peringkat kebangsaan (KPT, LAN dan JPA) dan menepati piawaian antarabangsa. Bagi memastikan kurikulum tersebut relevan dan menepati keperluan masa dari segi kebolehpasaran serta dari aspek kecekapan ilmu khusus, tinjauan pasaran dibuat terlebih dahulu dan mesyuarat juga diadakan dengan panel industri untuk menentukan kurikulum. Ambigapathy Pandian et al. 72 Kurikulum Universiti Mempunyai Keseimbangan dari Segi Kemahiran Tinggi dan Kemahiran Insaniah Warga akademik mengesahkan bahawa pelajar didedahkan kepada kemahiran insaniah yang berkaitan, seperti strategi membaca, menulis dan berfikir secara kreatif dan kritis. Mereka merasakan kurikulum universiti yang dibentuk untuk menyediakan pelajar secukupnya dengan asas kemahiran dan ilmu bidang terpilih dapat membantu mereka berfungsi dalam dunia sebenar. Universiti Menghadapi Beberapa Kekangan dalam Penyemakan Semula Kurikulum Pihak universiti menghadapi beberapa kekangan dalam mencapai kesinambungan dan persamaan dengan keperluan industri seperti berikut: (a) Kekangan menyesuaikan kurikulum universiti mengikut kehendak industri. (b) Kekangan proses penyemakan semula kurikulum kerana prosedur yang mengambil masa yang lama. (c) Kekangan struktur kurikulum yang menggunakan bilangan jumlah kredit yang terhad dari segi pemantapan ilmu pengetahuan dan terjejasnya pengamatan kemahiran dalam kecekapan berkaitan dengan kebolehpasaran. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran di Universiti dan Keperluan Bahasa Inggeris untuk Kebolehpasaran Penguasaan bahasa Inggeris penting bagi pengamatan bidang pengajian dan literasi

tempat kerja. Di sini, keupayaan pensyarah sains dan ICT mengajar dalam bahasa Inggeris amat penting dijadikan sebagai model untuk mendedahkan pelajar kepada amalan di tempat kerja. Pandangan Siswazah Terhadap Kemahiran dan Kecekapan dalam Pasaran Pekerjaan Secara am, kemahiran dan kecekapan yang dilaporkan oleh siswazah mencakupi tiga kemahiran asas: kemahiran literasi alaf digital, komunikasi berkesan dan pemikiran inventif. Semua kemahiran ini diperlukan oleh siswazah supaya mereka dapat berfungsi dengan baik dalam dunia pekerjaan. Penguasaan Bahasa Inggeris yang Lemah Kelemahan siswazah menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak dapat merebut peluang pekerjaan yang ada. Kemahiran Komunikasi Efektif Kelemahan dalam kemahiran komunikasi efektif dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang mengurangkan peluang siswazah untuk mendapat pekerjaan. Paling Rumusan 73 menonjol daripada data ialah penekanan majikan kepada kemahiran interpersonal dan kemahiran interaktif; yakni dua kemahiran yang berkait rapat dengan kemahiran siswazah menggunakan bahasa Inggeris dan tahap keyakinan diri mereka. Kurangnya Keyakinan Diri dalam Kalangan Siswazah Keyakinan diri dikaitkan dengan ketidakmampuan para siswazah menonjolkan ketrampilan diri kepada majikan. Kekurangan keyakinan diri juga dikaitkan dengan kelemahan mereka menggunakan bahasa Inggeris. Kemahiran Pemikiran Inventif Siswazah tidak mempunyai kemahiran untuk menangani pelbagai suasana pekerjaan dan pelbagai tugasan secara efektif. Kemahiran Produktiviti Tinggi Kepentingan kemahiran ini jelas apabila majikan dikatakan mahukan siswazah yang

berpengalaman dan yang telah menjalani latihan industri untuk diambil bekerja. Kurikulum Universiti Kurang Menekankan Kemahiran Insaniah Para siswazah mengakui bahawa universiti amnya berfungsi untuk menyampaikan ilmu, mengembangkan ilmu dan memberikan asas dan garis panduan. Dalam sesi temu duga, pihak siswazah mendapati bahawa industri meneliti kesesuaian kursus yang dipelajari di universiti dengan kerja yang ditawarkan dan latihan industri. Para siswazah mendapati kadangkala terdapat ketidakpadanan antara kursus yang diambil oleh mereka dengan yang diharapkan oleh industri berdasarkan nama ijazah yang diperoleh. Latihan Industri Satu lagi aspek yang disentuh ialah kelemahan latihan industri. Terdapat universiti yang mewajibkan latihan industri dalam tempoh yang pendek, manakala ada pula universiti yang tidak mewajibkannya. Berlaku juga ketidakpadanan latihan industri dengan program yang diambil, yang menyumbang kepada kelemahan siswazah dalam kemahiran literasi alaf digital (seperti literasi teknologi dan literasi maklumat) dan kemahiran komunikasi efektif, yang mengurangkan peluang mereka untuk memperoleh pekerjaan. Pendedahan kepada Bahasa Inggeris Terhad di IPTA Pendedahan kepada bahasa Inggeris di universiti juga didapati terhad; contohnya, walaupun nota kuliah dicatatkan dalam bahasa Inggeris, kuliah disampaikan dalam bahasa Malaysia dan hal ini menyebabkan pelajar sukar untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan yakin.