Anda di halaman 1dari 10

1.

LATAR BELAKANG

Jurnal ini merupakan hasil kajian oleh Jos C. N. Raadschelders dan KwangHoon Lee terhadap Trends in the Study of Public Administration : Empirical and Qualitative Observations from Public Administration Review, 2000 - 2009 (Gaya Pembelajaran Pentadbiran Awam : Pemerhatian Kualitatif dan Empirikal daripada Ulasan Pentadbiran Awam tahun 2000 - 2009 ). Jos C. N. Raadschelders merupakan seorang profesor pentadbiran awam di Universiti Oklahoma. Manakala Kwang-Hoon Lee ialah seorang pelajar kedoktoran juga dari Universiti Oklahama. Perbincangan dalam jurnal ini adalah untuk memahami bahawa model statistikal adalah komponen utama dalam sains rangkaian yang menunjukkan kesepaduan perkembangan dalam teori, metod dan aplikasi rangkaian dalam beberapa disiplin saintifik.

Pentadbiran awam adalah sebuah organisasi yang mengurus manusia dan benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan dan satu `seni sains pengurusan' sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hal ehwal sebuah negeri atau negara. Fungsi-fungsi pengurusan awam dijalankan dalam dua bentuk iaitu pengurusan sumber manusia dan pengurusan sumber bukan manusia seperti Pengurusan Kewangan, Pengurusan Projek dan Pengurusan Aset.

Pentadbiran

awam

juga

boleh

didefinisikan

secara

meluas

sebagai

perkembangan, pelaksanaan dan kajian tentang cabang polisi kerajaan. Hari ini, pentadbiran awam biasanya dikaitkan dengan tanggungjawab untuk menentukan polisi dan program kerajaan. Secara khusus, merancang, menganjur, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal operasi kerajaan. Pentadbiran awam dijalankan oleh

penjawat awam yang bekerja di jabatan awam dan agensi dan melaksanakan pelbagai jenis tugas.

2.0

SASARAN PEMBACA

Berdasarkan kepada tajuk fokus kajian jurnal ini adalah ditujukan kepada pengamal akademik, pelajar sains sosial dan sains politik. Idea ini kemudiannya dibuka kepada semua untuk dibincang dan dibahaskan bagi melihat keperluan sebenar topik yang perlu diberi lebih perhatian dalam bidang pentadbiran awam.

3.0

RUMUSAN JURNAL

Secara keseluruhannya jurnal ini cuba memberikan pandangan kepada pembaca tentang perkembangan dalam pentadbiran awam sejak dari pertama kali kewujudannya selama 70 tahun. Ulasan ini melibatkan pemerhatian kualitatif dan empirikal dari tahun 2000 hingga 2009 dalam pentadbiran awam.

Pemerhatian kuantittatif selama sepuluh tahun bermula dari tahun 2000 menunjukkan bahawa sebanyak 999 artikel, ulasan buku telah diterbitkan dalam Public Administration Review. Daripada 999 dokumen ini, 95 telah diterbitkan dalam isu khas melibatkan kolaborasi bersama pengurusan awam. Antara topik yang diulas dalam Public Administration Review sepanjang sepuluh tahun ini adalah bidang akademik, sejarah, organisasi, pengurusan, undang-undang, belanjawan dan hal ehwal kakitangan. Antara penerbit dan penulis yang terlibat dalam ulasan pentadbiran awam adalah.

Penulis-penulis ini dapat dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu American Academician, Foreign Academician, American Practitioner dan Foreign Practitioner. Penulis dalam kategori academician adalah daripada kalangan warga institut kajian atau sekolah. Manakala pengamal (practitioner) adalah kakitangan atau pekerja dalam bidang organisasi tidak berasas keuntungan. Antara negara lain yang menyumbang dalam ulasan ini termasuklah United Kingdom, Kanada, Australia, Netherland, China, Hong Kong dan Korea Selatan.

Penulis mendapati bahawa sumbangan pengamal dalam ulasan semakin menurun berbanding pada sekitar tahun 1970-an. Ini dijelaskan beliau dalam jadual 3 yang menunjukkan penurunan yang signifikan dan pada tahun 2000 hingga 2009 hanya 6.8% sahaja ulasan datang daripada pengamal dan selebihnya 93.7% daripada academician.

Daripada kajian penulis, enam topik taksonomi yang sering mendapat ulasan dalam pentadbiran awam ialah topik berkenaan pembangunan pentadbiran, pendidikan, ulasan pentadbiran awam, politik, kemasyarakatan dan keganasan serta tambahan 15 topik typologi yang biasa. Dalam jadual 4, jelas menunjukkan bahawa topik yang paling banyak diterbitkan dalam ulasan pentadbiran awam sepanjang tahun 2000 hingga 2009 ialah topik berkaitan pengurusan. Sebanyak 112 artikel, 30 ulasan buku dan 10 jawapan yang membawa kepada keseluruhan 152 dokumen telah diterbitkan berkaitan pengurusan.

Untuk ulasan artikel, sepuluh topik yang teratas adalah pengurusan, kakitangan, organisasi, polisi, kajian, birokrasi, belanjawan dan kewangan, penglibatan warganegara, informasi dan etika.

Seterusnya,

penulis

membincangkan

pemerhatian

kualitatif

sepanjang

sepuluh tahun lalu dan terdapat tiga tema utama dalam pentadbiran awam. Yang pertama adalah New Public Management, kedua Administrative Responsiveness to Social, Economic and Political Events dan Practitioner-Academician Relationsip.

Tema yang pertama iaitu New Public Management mengungguli kajian dan praktis dalam pentadbiran awam sejak 30 tahun yang lalu.

Dalam pemerhatian kualitatif ini, penulis mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah mukasurat yang dihasilkan dalam Public Administration Review dan dengan itu telah membolehkan penerbitan lebih banyak artikel.

Sehubungan dengan itu, penulis ingin mencadangkan bahawa lebih banyak perhatian patut diberikan kepada hubungan pentadbiran politik kerana interaksi antara politik dan pentadbiran berevolusi secara berterusan seiring dengan perubahan sekeliling. Masalah dalam pentadbiran bukanlah secara teknikal atau instrumental tetapi harus dinilai dari pelbagai aspek seperti asas politik khususnya apabila pelbagai isu harus diberi perhatian selain menyatupadukan masyarakat. Penulis turut menyatakan bahawa lebih banyak kajian dilakukan berdasarkan pengaruh penjawat awam dalam pembuatan dan penguatkuasaan polisi awam.

Seperti yang telah diulas oleh penulis pada awal jurnalnya, terdapat beberapa topik yang menjadi tumpuan pengulas Public Administration. Oleh itu, Raadschelders dan Kwang-Hoon Lee turut mencadangkan bahawa lebih perhatian diberikan kepada asas pentadbiran awam iaitu ontologi dan epistomologi. Peningkatan kajian empirikal menggunakan kaedah kajian statistikal-kuntitatif menunjukkan bahawa penulis lebih fokus kepada penggunaan metod dalam kajian.

Selain itu, Public Administration Review juga perlu menggalakkan lebih banyak artikel secara general dan memberi kesan dalam tempoh jangka panjang. Pandangan umum harus ada untuk mana-mana bidang polisi di mana pihak kerajaan secara aktif memberikan perkhidmatan.

Di dalam ulasan jurnal ini juga, penulis membangkitkan isu bagaimana artikel ahli akademik diterima oleh komuniti pengamal. Dalam sebuah kajian oleh Starbuck pada tahun 2006 menyatakan pemerhatian yang beliau lakukan bahawa kurang perhatian kepada kepentingan kajian melibatkan ahli akademik. Penulis

menjangkakan bahawa artikel-artikel ini adalah relevan kepada pengamal. Walaubagaimanapun, penyelidikan dibuat sama ada pihak pengamal benar-benar menggunakan artikel ahli akademik ini sebagai sumber informasi untuk proses pembuatan polisi.

Selama sepuluh tahun yang lepas, hanya sedikit artikel sejarah yang ditulis dalam Public Administration Review. Ini kerana sebahagian sifat kegunaan kuantiti informasi yang menekankan hal-hal lepas. Kebanyakan penerbitan dengan pendekatan sejarah melibatkan sebuah organisasi atau perkembangan berdasarkan teori politik seiring dengan masa.

Pendekatan sejarah biasanya berdasarkan perbandingan silang masa, seterusnya kepada yang lebih asas iaitu perbandingan silang tingkat, silang polisi dan silang nasional. Bilangan artikel berbentuk perbandingan dalam Ulasan Pentadbiran Awam agak sederhana jumlahnya, namun dalam dunia yang semakin global lebih banyak artikel berbentuk perbandingan dan bertaraf antarabangsa patut diterbitkan.

Perbandingan ini seharusnya tidak dihadkan kepada satu negara atau satu organisasi sahaja seperti yang dilakukan dalam kajian kes. Dan dalam dekad yang terkini, lebih banyak ulasan diterima oleh Public Administration Review dari seluruh dunia dan ini merupakan petanda baik yang akan menggalakkan lebih banyak artikel seperti ini diterbitkan.

4.0

GAYA PENULISAN

Gaya penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujah, pendapat dan bukti serta sokongan daripada para sarjana, ilmuan, ahli politik tidak kira dari luar atau dalam negara. Namun begitu penulis menggunakan bahasa yang terus dan mudah difahami tentang mesej yang cuba dibawa dalam penulisannya ini. Melalui sokongan dan bukti kejayaan yang dikemukakan juga, penulis difikirkan berjaya meyakinkan pembaca tentang kupasan kuantitatif dan kualitatif dalam pentadbiran awam selama satu dekad.

5.0

KREDIBILITI KANDUNGAN

Bagi pendapat pengkaji, terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap kandungan penulisan penulis. Ini kerana setiap hujah penulis disertakan dengan sokongan pendapat para ilmuan, bukti-bukti amalan dan siri-siri kejayaan yang meyakinkan. Bagi pengkaji penulis berjaya menyakinkan pembaca dengan kredibiliti kandungan yang dikemukakan ini.

6.0

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Penulisan jurnal ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis berpegang kepada fakta dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan hujah yang diberikan. Penulis ini juga, berjaya membawakan kesedaran kepada pembaca tentang perkembangan dan impak terhadap kemajuan dan perubahan dalam sistem pentadbiran awam dari dahulu sehingga sekarang.

Dari penulisan ini juga penulis berjaya menyedarkan pembaca tentang apakah topik yang patut diberikan lebih perhatian dan dikaji dalam kajian semula pentadbiran awam. Antara topik yang mendapat perhatian adalah hubungan pentadbiran politik, asas ontologi dan epistomologi, hubungan kerajaan dalam sains sosial, kajian akademik oleh pengamal dan sejarah pentadbiran awam.

7.0

KESIMPULAN

Secara

keseluruhan

kandungan

penulisan

ini

adalah

mengenai

perkembangan dalam ulasan pentadbiran awam dari awal kewujudannya sehingga sekarang. Public Administration Review telah menerbitkan artikel dalam setiap kepakaran dalam kajiannya. Kandungan dalam ulasan adalah reflek dan ada kesinambungan dengan ulasan dalam dekad-dekad sebelum ini. Seiring dengan peredaran zaman, ulasan-ulasan jurnal ini menggunakan pendekatan serta metod yang semakin pelbagai dan statistikal-kuantitatif dan empirikal antara pendekatan yang sering digunakan.

Pengulas wanita dan pengulas asing juga semakin meningkat bilangannya. Walaubagaimanapun, semakin kurang bilangan pengamal (practitioner) yang memberi sumbangan kepada pengulasan jurnal dalam Public Administration Review. Editor telah cuba untuk mengatasi kemelut ini dengan mewujudkan kajian kes berkaitan pengamal. Penulis juga menyatakan bahawa tidak diketahui dengan pasti siapakah golongan yang membaca ulasan pentadbiran awam dan bagaimana kandungannya digunakan di luar persekitaran akademik dan apakah yang diharapkan oleh pengamal daripada Public Administration Review.

8.0

BIBLIOGRAFI

Jos, C.N. R and Kwang-Hoon, L. (2011). Trends in the Study of Public Administration : Empirical and Qualitative Observations from Public Administration Review, 2000 2009. Universiti Oklahoma.

Anda mungkin juga menyukai