Anda di halaman 1dari 4

Pada ________bersamaan dengan hari ___________ yang lepas, para guru pelatih dari PISMP semester 5 Ambilan Januari

2010 telah menghadirkan diri ke suatu taklimat yang berkaitan dengan Bina Insan Guru yang telah diadakan dengan jayanya di Balai Kerapatan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Kami telah diberikan taklimat oleh Tuan Haji Harun berkaitan dengan topik etika pakaian guru ataupun kod etika keguruan dan Puan Suzana selaku ketua kediaman Blok A berkaitan masalah disiplin pelajar melalui paparan persembahan Power Point kepada guru-guru pelatih yang telah menghadirkan diri. Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan

pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara

yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Guru ialah mereka yang dianggap sebagai orang yang telah terdidik untuk mendidik dan membimbing orang lain supaya mengenali Tuhannya, dunianya dan kehidupannya. Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini. Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika perguruan ini seharusnya para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru, memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap pelajar, masyarakat dan Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar, meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan guru sesama guru. Namun begitu jika dilihat terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang sememangnya harus dielakkan bagi yang menjawab jawatan professional. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang etika profesion perguruan

adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan iaitu tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan kepada pelajar ataupun ibu bapa, atau pun berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru. Di samping itu, guru pelatih perlu mempunyai pengetahuan terhadap tanggungjawab guru kepada masyarakat dan Negara supaya mereka melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kepada pelajar, masyarakat dan Negara.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakantindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadijadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.