Anda di halaman 1dari 2

ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA tingkatan 1

ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA A. Konsep Adab Berkeluarga 1. Keluarga ialah orang yang mempunyai pertalian darah atau persaudaraan dengan kita. Sesebuah keluarga adalah terdiri daripada sanak-saudara, kaum kerabat dan saudara mara terdekat yang terdiri daripada ibubapa, adik beradik, datuk, nenek, dll. 2. Islam amat menuntut menjaga hubungan baik dan berbakti kepada keluarga serta sanak saudara supaya kerukunan dan kebahagian dapat tercapai. Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 23

Katakanlah, Aku tidak meminta upahmu sesuatu upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang ku pinta) hanyalah kasih sayang (kamu terhadapKu) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan aku dengan kamu supaya aku tidak disakiti).. B. Menjaga Hubungan Baik dengan Keluarga
1. Orang yang beriman akan sentiasa menjaga ikatan kasih sayang serta hubungan

: ,
Maksudnya: Daripada Salman bin Amir daripad nabi Muhammad bersabda: Bersedekahkepada orang miskin mendapat satu pahala sedekah sahaja, tetapi bersedekah kepada kaum keluarga mendapat dua pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala hubungan silaturrahim.
2. Adab bergaul dengan keluarga: a) Tidak menyakiti hati keluarga b) Bersalam-salaman ketika bertemu c) Nasihat-menasihati anatar sama lain untuk kebaikan d) Sentiasa nekerjasama dalam perkara kebaikan e) Segera memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan f) Sentiasa menjaga adab ketika bercakap dan bergaul g) Mengasihi yang lebih muda dan menghormati yang lebih tua 3. Kebaikan menjaga adab bergaul dengan keluarga a) Hubungan kasih sayang dalam keluarga bertambah erat 1

baik dengan keluarga. Sabda nabi:

ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA tingkatan 1

b) c) d) e) f) g) h)

Dihormati oleh masyarakat Mendapat kebahagian dan keharmonian dalam keluarga Mudah mendapat bantuan daripada keluarga Mewujudkan suasana keluarga yang aman dan bahagia Dirahmati dan dikasihi oleh Allah Disayangi oleh ahli keluarga yang lain Mendapat ketenangan jiwa

4. Amalan yang menyalahi adab bergaul dengan kel;uarga: a) Memutuskan hubungan silatrurrahim tali persaudaraan seperti tidak bertegur b) c) d) e) f) g) h)

sapa, tidak bergaul, tidak ziarah menziarahi dan sebagainya Membiarkan ahli keluarga hidup dalam kesusahan Berbicara dengan menggunakan perkataan yang kasar, maki hamun, kata-kata lucah dan sebagainya Tidak menyayangi golongan yang lebih muda dan tidak menghormati golongan yang lebih tua Berperasaan hasad dengki dengan kesenangan ahli keluarag yang lain Tidak melaksanakan tanggungjawab dengan nasihat-menasihati. Merestui perbuatan maksiat dalam keluarga Mementingkan diri sendiri

5. Akibat tidak menjaga adab berkeluarga: a) Terhadap diri sendiri

i. ii. iii. iv. v. i. ii. iii. iv. v. vi.

Jiwa tidak tenang dan tenteram Disisih dan dipulaukan oleh keluarga Mengalami tekanan perasaan Masa depan akan hancur Tiada tumpuan kepad pelajaran Hubungan tali persaudaraan akan terputus Maruah keluarga akan tercemar Keluarga berpecah belah Keluarga terdedah kepada perkara maksiat dan mungkar Menimbulkian pergaduhan dan permusuhan Hilang semangat bekerjasama dalam keluarga.

b) Terhadap keluarga

Soalan: - Apakah maksud keluarga? - Senaraikan 2 amalan yang menyalahi adab bergaul dengan keluarga - Mengapakah sumbang mahram berleluasa dalam masyarakat? - Mengapakah anda memerlukan keluarga dalam kehidupan?