Anda di halaman 1dari 9

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

a) The important skills that employers are looking for in graduates

b) Suggestions for future graduates, government bodies or educational institutions in Malaysia to ensure that future graduates are equipped with the skills listed.

Pengenalan Pada era globalisali kini, pasaran pekerjaan sangat kompetitif. Setiap tahun beribu-ribu graduan di lahirkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara. Graduangraduan ini mempunyai kelulusan akademik di dalam pelbagai lapangan ilmu. Namun peluang kerjaya pada ketika ini adalah sangat terhad. Ini kerana bilangan graduan yang dilahirkan setiap tahun semakin bertambah kerana bilangan intitusi pengajian tinggi semakin bertambah. Ada graduan yang mencari pekerjaan dengan kerajaan, namun peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan juga sangat terhad. Dengan itu, graduan-graduan ini sama ada bekerja dengan pihak swasta atau melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Dengan ribuan graduan memasuki pasaran pekerjaan, majikan mempunyai banyak pilihan kerana bekalan melebihi permintaan. Namun majikan menghadapi masalah apabila kebanyakan graduan yang dilahirkan tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan. Keperluan memenuhi kehendak para majikan adalah sesuatu yang amat penting bagi seorang pekerja. Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat pekerjaan disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Malah terdapat rungutan dan kebimbangan yang disuarakan oleh para majikan sejak akhir-akhir ini bahawa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak menyediakan pelajarnya dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan. Oleh hal yang demikian kajian berkaitan dengan kemahiran

OUMH1103

yang diperlukan oleh majikan adalah sesuatu yang sangat berfaedah bagi melihat tahap dan keperluan kemahiran tersebut oleh para majikan. Satu kajian pernah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik disebuah daerah di Amerika Syarikat. Objektif kajian mereka ini adalah untuk mengenalpasti apakah kemahiran yang harus ada pada seseorang pekerja atau graduan yang diperlukan kebanyakan majikan. Hasil daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Amerika Syarikat itu menunjukkan bahawa rata-rata majikan memerlukan seorang pekerja yang mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta berfikiran kritis dan kreatif terhadap pekerjaan mereka. Tidak kurangnya juga di Negara kita Malaysia, kemahiran-kemahiran asas seperti ini juga diperlukan selain daripada kemahirankemahiran lain yang akan dikupas di bawah.

a) Kemahiran yang diperlukan majikan di Malaysia pada graduan Kemahiran berkomunikasi Laporan akhbar My Star online Ahad 10 April 2012, menurut kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), faktor dan ciri utama dalam merekrut graduan yang baru tamat pengajian, mereka perlu mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Menurut Pengarah MEF, Shamsuddin Bardan globalisasi telah merubah faktor pemilihan pekerja, kemahiran komunikasi terutamanya Bahasa Inggeris merupakan asset bernilai yang perlu ada pada setiap pekerja. Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ini adalah satu nilai tambah kepada seorang graduan. Kebanyakan syarikat-syarikat multinasional kini berusaha untuk menembusi pasaran global, maka memiliki pekerja yang mahir dalam Bahasa Inggeris ada satu kelebihan yamg penting bagi pekerja dan majikan. Syarikat-syarikat di peringkat global pada masa ini berusaha untuk memasuki pasaran berpotensi baru seperti pasaran Negara China yang begitu luas, selain bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan global, kemahiran bahasa Mandarin juga kini menjadi asset seseorang graduan untuk berjaya menempatkan diri mereka dalam syarikatsyarikat di peringkat global. Bakal-bakal graduan harus memastikan diri mereka lengkap dengan kemahiran berkomunikasi sebelum memasuki alam kerjaya kerana globalisasi dunia pada ketika ini menuntut berusaha lebih gigih untuk berjaya. Kemahiran berfikir
2

OUMH1103

Dalam laporan Bernama.com keluaran 04 Mac 2012, pula ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank Ramon Chelvarajasingam berkata bahawa graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan menjadi semakin kompetitif. Menurut beliau lagi, kaedah dan tekmnologi-teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon selesa mereka. Di negara-negara pesaing kita, profesional muda lebih maju dalam pemikiran kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan berbanding dalam Malaysia. Mempunyai pekerja yang memiliki kemahiran ini sangat dituntut oleh majikan pada masa kini. Suasana dan persekitaran dunia yang cepat berubah memaksa syarikat-syarikat global perlu cepat menyesuaikan diri agar terus relevan dengan pasaran di peringkat global. Oleh itu mempunyai pekerja yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal dan sentiasa berpotensi untuk maju dan berkembang adalah kelebihan kepada para majikan. Kemahiran vokasional dan teknik Para graduan haruslah mengikis pemikiran bahawa ijazah yang mereka miliki membolehkan mereka bekerja sebagai ketua atau pekerja kolar putih sahaja. Pada masa ini, di dalam negara kita terdapat banyak bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi dikuasai oleh rakyat asing. Mereka ini datang secara persendirian atau dibawa oleh majikan untuk mengisi sektor-sektor pekerjaan yang tidak diisi oleh graduan tempatan. Bakal graduan yang akan memasuki pasaran pekerjaan harus melihat ruang kerjaya yang lebih luas selain dari dari bekerja sebagai pekerja kolar putih. Banyak syarikat-syarikat asing yang melabur dalam negara kita terpaksa membawa pekerja-pekerja berkemahiran tinggi untuk bekerja dengan mereka. Bakal graduan yang akan memasuki alam pekerjaan harus memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran vokasional dan kemahiran-kemahiran yang teknik lain yang dicari oleh pelabur-pelabur asing ini agar negara kita tidak bergantung kepada pakar asing untuk bekerja dalam negara kita. Kekosongan yang besar di peringkat ini barus diisi oleh bakal-bakal graduan.

Kemahiran kerja berpasukan Kemahiran bekerja secara berpasukan juga salah satu kemahiran yang diperlukan majikan pada seorang graduan. Ini kerana sikap bekerja secara berpasukan lebih mudah untuk
3

OUMH1103

menyelesaikan masalah yang dihadapai di tempat kerja serta lebih mudah untuk mencapai objektif bersama, disamping dapat membina hubungan baik antara orang lain. Ekonomi glolisasi pada masa ini menampakan perubahan yang cepat dan memerlukan syarikat-syarikat global untuk terus relevan dengan pasaran global. Ini menuntut kerja berpasukan untuk menyelesaikan banyak masalah dan menambahkan percambahan idea. Menyesuaikan diri dengan kemahiran kerja berpasukan ini sangat penting untuk kemajuan syarikat. Maka majikan yang ada pada hari ini suka mengambil pekerja yang cepat menyesuaikan diri dengan kerja berpasukan.

Pengetahuan ilmu bidang Seorang graduan juga seharusnya mempunyai pengetahuan dalam bidang pekerjaan yang akan diceburinya. Kepandaian atau kemahiran yang dimilikinya bersesuaian dengan apa yang diperlukan oleh majikannya iaitu mahir dan terlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap dan lancar. Contohnya jika graduan itu ingin memohon bekerja dengan syarikat pakaian yang memerlukannya untuk menghasilkan pakaian, maka graduan itu seharusnya mahir menjahit.

Kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Kemahiran ICT sangat penting pada ketika ini. Ini adalah disebabkan oleh kebanyakan syarikat-syarikat multinasional pada ketika ini berhubung antara satu sama lain menggunakan peralatan teknologi maklumat. Kemahiran ICT ini merupakan satu kelebihan kepada graduan sekiranya ingin mencari kerja. Pengurusan sesebuah syarikat kebanyakannya pada ketika ini menggunakan teknologi maklumat untuk berhubung dengan pelanggan. Banyak syarikatsyarikat besar juga mengadakan jualan melalui internet. Mempunyai laman web pada ketika ini adalah satu kewajipan bagi kebanyakkan syarikat. Adalah penting pada ketika ini para graduan untuk memahirkan diri dengan teknologi maklumat sebagai satu asset dalam diri graduan untuk mencari pekerjaan.

OUMH1103

Kemahiran mengurus dan keusahawanan Graduan juga haruslah mempunyai kemahiran mengurus dan keusahawanan. Majikan pada hari inisuka kepada pekerja yang mempunyai kemahiran mengurus. Kemahiran mengurus ini penting kepada syarikat kerana ia memberi kemudahan kepada majikan untuk mempelbagaikan aktiviti syarikat mereka. Ada juga syarikatyang mempunyai banyak cawangan seluruh Negara, jadi majikan-majikan ini memerlukan pengurusdi peringkat cawangan. Seorang pekerja yang baik juga akan mampu mengurus syarikat tempat dia bekerja.

Kemahiran kepemimpinan Mempunyai sikap kepimpinan juga adalah satu asset bagi graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Kemahiran kepimpinan ini tidak diajarkan di dalam sukatan pelajaran, tetapi ia dibina melalui pengalaman dan keterlibatan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti yang di anjurkan semasa sedang menuntut di universiti. Kemahiran memimpin ini sangat diperlukan oleh majikan pada hari ini. Majikan bukan sekadar memerlukan pekerja tetapi juga memerlukan pemimpin untuk membawa organisasi mereka ke tahap global. Selain daripada itu, graduan hendaklah memastikan diri mereka mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi. Mereka harus mampu memimpin diri mereka kearah yang positif demi kemajuan diri dan kerjaya mereka. Aspek kemahiran memimpin ini adalah aspek yang dicaricari oleh majikan untuk menyertai organisasi mereka. Kemahiran memimpin adalah satu nilai tambah selain daripada kemahiran yang telah dipelajari.

Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat ini sangat penting kepada bakal graduan yang akan memasuki pasaran pekerjaan. Dalam era globalisasi pada ketika ini, arus dunia semakin cepat berkembang. Kebanyakkan syarikat-syarikat yang besar pada ketika ini melabur jumlah wang yang banyak untuk memastikan organisasi mereka terus relevan dengan peredaran zaman. Kemahiran mengurus maklumat vini sangat penting kerana ia akan digunakan untuk kepentingan organisasi untuk terus relevan dengan pasaran dan selaras dengan kemajuan di peringkat global. Selain daripada itu, pekerja juga haruslah sentiasa bersedia untuk belajar dan berubah. Graduan haruslah memastikan diri mereka sentiasa fleksibel untuk mengadaptasikan kemajuan diperingkat global yang kian pesat. Pekerja yang dikehendaki majikan ialah pekerja yang sentiasa ingin belajar perkara- perkara
5

OUMH1103

yang barudan sentiasa mengetahui perkembangan terkini dunia perniagaan global yang sentiasa berubah dengan pantas. Kerana itu pekerja harus sentiasa bersedia untuk belajar dan melengkapkan diri dengan teknologi terkini.

b) Cadangan untuk bakal graduan, badan-badan kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi. Setelah kita mengetahui beberapa kemahiran yang diperlukan majikan pada bakal graduan yang akan memasuki pasaran pekerjaan, maka sebagai seorang graduan mereka haruslah mengetahui hala tuju pada masa akan datang apakah pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Kita dapati bahawa graduan yang lahir dari sistem pendidikan di Malaysia lebih mementingkan akademik yang cemerlang semata-mata ini menjadikan graduan kita jauh ketingalan berbanding dengan graduan yang lahir daripada luar Negara yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Maka dengan itu badan-badan kerajaan haruslah memandang dengan lebih prihatin tentang sistem pendidikan yang dijalan di negara Malaysia bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Kementerian Pelajaran terutamanya seharusnya mencari dan menyelesaikan masalah yang selalu dihadapi oleh bakal graduan agar pengangguran tidak berleluasa lagi. Bermula di peringkat sekolah rendah lagi murid telah didedahkan tentang semua kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Dengan menyelitkan kemahiran-kemahiran asas pada matapelajaran-matapelajaran yang mempunyai hubungkait dengan kemahiran ini maka murid telah didedahkan dengan alam pekerjaan yang akan mereka hadapi pada masa depan. Dengan itu murid ini yang akhirnya akan menjadi seorang dewasa yang berkeyakinan diri.
6

OUMH1103

Graduan-graduan dan bakal-bakal graduan pada hari ini harus mengurangkan pergantungan kepada kerajaan sahaja untuk menyediakan pekerjaan kepada mereka. Ini kerana bidang pekerjaan yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah sangat terhad. Graduan harus melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang lain selain daripada kemahiran yang telah mereka pelajari diperingkat diploma atau ijazah. Bidang pekerjaan kini sangat luas tetapi memerlukan graduan untuk berusaha untuk memperlengkapkan diri mereka untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan. Terdapat ruang kosong yang ditinggalkan oleh graduangraduan tempatan yang kebanyakannya mengharapkan untuk bekerja sebagai pekerja kolar putih. Ini membawa kepada pekerja berkemahiran tinggi asing yang mengisi ruang kosong ini. Skop pekerjaan graduan yang memiliki ijazah harus berubah dan melakukan anjakan paradigma. Para graduan harus merebuat peluang untuk mengisi sector-sektor pekerjan yang berkemahiran tinggi kerana sector-sektor tersebut pada ketika ini dikuasai oleh pekerja asing. Selain daripada mengharapkan pekerjaan, para graduan juga haruslah mempunyai sikap ingin berdikari. Graduan juga haruslah kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produk-produk baru dan perkhidmatan-perkhidmatan yang baru untuk dipasarkan. Dengan ini graduan akan melibatkan diri dengan bidang keusahawanan dan perniagaan. Telah banyak contoh-contoh yang berjaya dalam bidang keusahawanan walaupun tidak memiliki segulung ijazah. Para graduan harus bijak dalam mencari bidang-bidang keusahawanan yang baru untuk diteroka. Graduan yang berdikari ini sangat dialu-alukan oleh pihak kerajaan dengan menyediakan pelbagai kursus keusahawanan dan pinjaman kewangan untuk membantu para graduan yang menganggur membina kerjaya mereka dalam bidang perniagaan. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan pergantungan kepada kerja makan gaji semata-mata, tetapi juga menyuburkan budaya keusahawanan dan menambahkan peluang pekerjaan. Bagi institusi-institusi pengajian tinggi pula, seharusnya memikirkan apa hala tuju seorang graduan setelah ijazah diperolehi? Ke mana hala tuju seorang mahasiswa selepas memegang segulung ijazah? Persoalan inilah yang selalu menjadi belenggu mahasiswa yang sedia ada dan bakal mahasiswa. Jika seorang graduan atau bakal graduan tidak dilengkapkan dengan kemahiran yang mereka sepatutnya ada maka akan terjadinya pengangguran dikalangan mahasiswa. Maka dengan itu pihak istitusi seharusnya melengkapkan mahasiswa-mahasiswa dengan kemahiran insaniah dan kemahiran interpersonal. Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed, kegagalan siswazah mendapat kerja adalah disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Beliau berkata selain daripada lemah penguasaan bahasa Inggeris, siswazah didapati berfikiran sempit, tiada ciri
7

OUMH1103

kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada kemahiran berkomunikasi. Dalam dialog di antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan majikan di negara ini, ramai mengatakan graduan universiti tidak diambil kerja kerana tidak memiliki kemahiran insaniah (Bernama, 2007). Senario hari ini menunjukkan bahawa IPTA atau IPTS yang berperanan sebagai pembekal sumber manusia untuk mengisi tempat pekerjaan semata-mata tidak lagi dianggap memadai. Hari ini universiti terpaksa "mengejar" kepesatan perubahan supaya proses pembelajaran dan pengajaran pelajar lebih relevan dengan perkembangan terkini. Dalam keadaan yang sedemikian, aspek lain seperti kematangan berfikir, perkembangan sahsiah, daya kepimpinan, budaya intelektual, kemahiran insaniah dikalangan pelajar yang seharusnya terangkum dalam pendidikan yang bersepadu itu kadangkala tidak menonjol sepanjang pengajian di universiti (Melati, 2007).

Kesimpulan Masalah graduan menganggur pada ketika ini adalah kerana bidang pengajian yang diambil tidak selari dengan kehendak majikan pada ketika ini. Ini bukan salah majikan atau salah institusi pengajian yang tidak menawarkan kursus yang sesuai. Semuanya bergantung kepada graduan itu sendiri yang harus memperlengkapkan diri mereka dengan kemahirankemahiran yang diperlukan oleh majikan pada ketika ini. Institusi-institusi pengajian juga harus membuat kajian dalam menawarkan kursus-kursus pengajian kepada para pelajar. Ini sangat penting kerana terdapat kursus yang ditawarkan kini tidak lagi relevan dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Terdapat lebihan yang banyak dalam sesuatu kursus manakala kursus yang lain pula mempunyai bilangan pelajar yang sedikit. Permasalahan yang menimpa graduan pada ketika ini boleh di atasi dengan bakalbakal pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran haruslah bijak dalam memilih kursus-kursus yang sesuai dengan perkembangan dunia globalisasi. Bagi menghadapi persaingan graduan haruslah mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran yang mencabar. Graduan harus meperlengkapkan diri mereka dengan nilai tambah dan kemahiran-kemahiran yang menyokong ijazah yang mereka miliki untuk bersaing dalam alam pekerjaan. Sehubungan dengan itu, program seperti ini perlu digalakkan di universiti kerana hasilnya terbukti positif serta seperti yang diharapkan berlaku. Tidaklah sukar untuk melaksanakan program ini kerana di Universiti sendiri mempunyai segala kemudahan dan
8

OUMH1103

keperluan yang dikehendaki untuk melaksanakannya. Satu isu yang mungkin perlu diberi perhatian penting dalam hal ini ialah untuk mengenalpasti apakah modul yang sesuai dilaksanakan yang mampu membentuk kemahiran insaniah kepada para pelajar yang menyertainya. Tanpa modul yang serasi atau sesuai digunakan, kita khuatir program seumpama itu akan dilihat sebagai program syok sendiri sahaja. Menarik untuk dilihat ialah mengapa elemen berkomunikasi disifatkan sebagai elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar sebagaimana ditunjukkan melalu dapatan kajian ini. Namun apa yang jelas ialah dapatan kajian ini adalah seperti yang selalu dibayangkan oleh ramai bahawa program seperti Bakti Siswa Perdana akan meningkatkan tahap komunikasi dalam kalangan peserta yang terlibat dengan keluarga angkat serta masyarakat di sekitar. Semakin ramai peserta terlibat maka aspek komunikasi dikatakan semakin terbuka dan meluas. Jika ini merupakan satu lumrah maka dapatan kajian ini juga hampir menyamai dengan dapatan kajian yang dlakukan oleh Abd Rahim, Ariza, Mohd Noor dan Azizah (2007) yang menyatakan bahawa program-program seperti keterampilan graduan yang dilaksanakan telah banyak memberi munafaat kepada pelajar dalam pelbagai aspek termasuk aspek berkomunikasi. Selain daripada bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar yang menyertai program Bakti Siswa Perdana, program ini juga bertujuan untuk meningkatlkan perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum yang menyertainya. Oleh itu dapatan kajian yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan tanggapan dikalangan pelajar pelbagai kaum dalam konteks kemahiran insaniah yang mereka perolehi adalah satu petanda yang positif. Memperolehi kemahiran insaniah dalam persekitaran pelbagai kaum seperti di Malaysia adalah sangat penting ini kerana secara realitinya masyarakat di Malaysia terpaksa menerima hakikat bahwa mereka hidup dalam ruang sosial yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sudah tentu kemahiran insaniah dalam konteks ini akan membantu meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai