Anda di halaman 1dari 21

HBEF3103 ISI KANDUNGAN Bil. 1.

Isi kandungan Soalan 1 Pengenalan Muka surat

2.

Simplisiti

3.

Dominan

4.

Pola

5.

Seimbang

6.

Variasi

11

7.

Harmoni

12

8.

Soalan 2 Laman web yang dipilih

13

9.

Ciri 1

14

10.

Ciri 2

16

11.

Ciri 3

18

12.

Ciri 4

19

13.

Rujukan

20

HBEF3103 SOALAN 1 Pengenalan

Visual memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berubah mengikut kemajuan teknologi, maka cara maklumat disampaikan dalan proses pengajaran dan pembelajaran juga harus berubah mengikut perkembangan zaman. Dalam sesuatu sesi pemgajaran dan pembelajaran, apa yang dititikberatkan ialah maklumat yang disampaikan hendaklah sampai kepada golongan sasar iaitu pelajar dengan cara efisyen dan menarik minat pelajar. Selain daripada itu, sesi pengajaran dan pembelajaran juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menyampaikan maklumat kepada pelajar.Oleh itu seseorang tenaga pengajar harus memastikan bahawa pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku penglibatan yang aktif daripada pelajar. Antara aspek penting yang selalu dititik beratkan ialah aspek visual. Dengan kemajuan teknologi komputer dan maklumat, banyak bahan pengajaran dan pembelajaran boleh didapati daripada internet. Pengetahuan visual adalah penting dalam memilih bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan internet. Ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dan meningkatkan kemahiran berfikir mereka dala sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam tugasan ini saya akan membincangkan mengenai prinsip rekabentuk visual yang terdapat dalam sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer daripada internet. Pada ketika ini terdapat banyak bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di dalam internet. Bagi tujuan ini saya telah memilih bahan pengajaran dan pembelajaran daripada laman web http://more.starfall.com/ . Laman web ini menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi golongan sasar iaitu pelajar pra-sekolah sehingga pelajar tahun 3. Laman web ini menyediakan latihan asas matematik, ejaan dan nyanyian kanak dalam bahasa Inggeris. Saya akan menghuraikan mengenai prinsip rekabentuk visual yang terdapat dalam laman web ini dari segi: (a) Simplisiti (b) Domain (c) Pola (d) Seimbang (e) Variasi (f) Harmoni
2

HBEF3103 Simplisiti Simplisiti mengikut tafsiran kamus Oxford dari segi bahasa bermaksud the quality or condition of being plain or uncomplicated in form or design . Perkataan simplisiti adalah kata pinjaman dari bahasa Inggeris yang mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Dari sudut prinsip rekabentuk visual pula ia bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Apabila kita menghasilkan sesuatu rekabentuk visual yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu mesej atau pengetahuan mengenai sesuatu subjek atau topik, maka rekabentuk visual yang kita hasilkan mewakili pengisian untuk berkomunikasi dengan audien. Sesuatu rekaan visual mewakili banyak perkara yang ingin disampaikan dalam satu masa dengan tepat dan jelas. Seseorang pereka bentuk visual harus peka kepada aspek simplisiti dalam rekaannya. Bahan visual yang dihasilkan bukan sahaja berfungsi sebagai penyampai maklumat, tetapi juga menarik minat audien untuk mengikuti apa yang ingin disampaikan. Maka aspek simplisiti ini mengambil peranan penting dalam sesuatu rekaan grafik komunikasi. Sesuatu rekaan grafik haruslah mudah difahami dalam masa yang singkat, tepat dan jelas. Dalam menghasilkan sesuatu rekaan, seseorang pereka juga hendak mengetahui golongan sasar yang akan mengikuti atau kepada siapakah sesuatu persembahan itu hendak diperlihatkan dan untuk tujuan apa. Dalam tugasan ini, saya akan mengkaji mengenai satu laman web pendidikan untuk kanak-kanak prasekolah sehingga tahun 3. Laman web tersebut ialah

http://more.starfall.com/.

Laman web ini menyediakan bahan pendidikan kanak-kanak. Terdapat bahan pendidikan asas matematik, ejaan dalam bahasa Inggeris dan nyanyian kanak-kanak. Dari aspek simplisiti, laman web ini mengaplikasikan aspek ini dengan cara yang sesuai dengan golongan sasar laman web ini. Sebagai contoh, dalam subjek matematik, pereka laman web ini menggunakan mukataip nombor yang besar dan jelas.
3

HBEF3103

Elemen simplisiti di sini sesuai dengan kanak-kanak, terus kepada subjek yang ingin disampaikan tanpa menggunakan grafik yang tidak diperlukan. Selain dari itu grafik ini juga disertakan dengan audio sebutan nombor yang dipamerkan. Gerakan bahan pengajaran ini juga sangat mudah dimana murid berpeluang untuk bersama-sama menyebut nombor yang ditunjukkan sebelum guru klik untuk bergerak ke muka berikutnya.

Elemen simplisiti yang digunakan dalam laman web ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada golongan sasar laman web ini iaitu kanak-kanak prasekolah mudah memahami dengan cepat dan jelas. Tidak terlalu banyak butang untuk di tekan dan gambargambar yang mengelirukan kanak-kanak tidak dipaparkan.

Elemen simplisiti dalam laman web ini dipraktikkan dengan baik untuk menarik perhatian golongan sasar terus menumpukan perhatian dan minat mereka.

HBEF3103 Dominan Dominan mengikut definisi kamus oxford bermaksud having power and influence over others. Dominan juga adalah kata pinjaman dari bahasa Inggeris yang membawa maksud yang sama. Dalam lapangan rekabentuk visual, dominan membawa maksud pusat penumpuan atau minat. Item utama yang yang menjadi subjek dalam sesuatu rekaan grafik haruslah menguasai item-item lain yang bertujuan untuk menyokongnya. Ini bertujuan untuk menarik perhatian penonton atau pembaca agar tertumpu pada item utama (key elements). Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk menghasilkan dominan dalam sesuatu rekabentuk visual, antaranya : 1. Menggunakan peraturan satu pertiga (Rule of Third) 2. Warna dan bentuk dan kontras 3. Saiz yang lebih besar 4. Menggunakan anak panah yang menunjuk kea rah item utama 5. Menggunakan garis-garis yang menunjuk kearah item utama 6. Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual 7. Menggunakan cahaya yang memancar.

Dalam laman web http://more.starfall.com/, elemen dominan dicapai dalam banyak cara. Yang pertama ialah menggunakan peraturan satu pertiga seperti yang ditunjukkan dalam gambaraja di bawah

Angka 1berada di pusat penumpuan penonton dan item-item lain yang menyokongnya berada di bahagian-bahagian yang lain. Apabila kita melihat kepada bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kanak ini, angka satu sangat dominan dan sampai kepada golongan sasar isi pelajaran yang ingin disamapaikan.

HBEF3103 Kedua, laman web ini mewujudkan dominan dengan menggunakan warna yang kontras bagi menarik tumpuan pelajar kepada item utama yang ingin disampaikan. Sebagai contoh saya menunjukkan beberapa gambarajah yang berkaitan

Penggunaan warna latar belakang yang menggunakan warna-warna sejuk sebagai latar belakang berkontra dengan objek atau item utama yanggunakan skim warna panas. Ini dengan sendirinya mewujudkan dominan. Laman web ini juga menggunakan anak panah atau kursor yang menunjukan kearah item atau subjek yang ingin disampaikan. Langkah ini menarik perhatian pelajar untuk

HBEF3103 mengambil dan memusatkan tumpuan mereka kepada subjek utama dalam sesuatu rekaan grafik.

Elemen dominan ini penting bagi memusatkan perhatian pelajar kepada item-item utama yang ingin diperlihatkan kepada pelajar. Dalam laman web ini juga mewujudkan pergerakan atau animasi.

Dominan ini adalah antara prinsip penting yang perlu diambilkira dalam sesuatu rekaan untuk mewujudkan penumpuan audien kepada sesuatu subjek yang ingin disampaikan

HBEF3103 Pola Pola mengikut istilah Kamus Dewan Edisi keempat bermaksud contoh, model atau patrun. Pola juga bermaksud corak batik (tenun dll), ragi, suri. Dalam bidang rekabentuk visual, pola ialah corak berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item dalam sesuatu rekabentuk dititikberatkan kerana ia bertujuan untuk 1. Menarik penglihatan mata ke arah item utama 2. Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang yang betul 3. Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga ke akhir. Pola boleh diertikan sebagai susunan item-item dalam sesuatu persembahan visual. pola persembahan visual yang baik berupaya mengekalkan perhatian dan tumpuan audien untuk terus mengikuti persembahan visual sehingga ke akhir. Apa bila sesuatu persembahan visual menarik perhatian penonton maka mudah sesuatu mesej atau isi kandungan hendak disampaikan. Terdapat pelbagai jenis pola yang digunakan dalam sesuatu rekaan visual antaranya bentuk geometri dan ada juga yang menggunakan tema organik. Selain daripada itu terdapat juga pola yang disusun secara formal dan pola yang disusun secara tidak formal bergantung kepada tema sesuatu persembahan visual. Pola sesuatu persembahan visual melibatkan semua item yang yang dipersembahkan termasuklah susunan huruf. Pola yang terdapat pada laman web http://more.starfall.com/ menggunakan pola yang bersesuaian dengan golongan sasar laman web ini. Corak susunan item di susun secara tidak formal agar audien lebih dekat dengan item yang hendak dipersembahkan. Begitu juga dengan susunan huruf yang disusun bertujuan untuk mendekatkan atau mesra dengan audiennya. Susunan animasi yang dipaparkan juga sangat mudah dan bersesuaian dengan tema persembahan.

HBEF3103

Pola yang terdapat dalam laman web bukan sahaja mengambilberat susunan gambarajah atau ilustrasi tetapi juga huruf, pergerakan animasi dan audio yang dipaparkan. Ini bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk mengikuti sehingga akhir sesi pembelajaran.

HBEF3103 Seimbang Seimbang bermaksud setimbang, sama berat dan tidak berat sebelah. Dalam sesebuah rekabentuk visual, keseimbangan adalah penting kerana sesebuah rekaan yang tidak seimbang akan membuatkan rekaan itu menjadi berat sebelah dan membuatkan penonton yang menyaksikannya akan keliru dan hilang tumpuan kepada subjek yang ingin di sampaikan. Keseimbangan terbahagi kepada dua iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. Seimbang formal (bisymmetrical) bermakna bermakna sesebuah rekaan visual itu seimbang sama ada kiri dan kanan atau bahagian atas dan bawah mempunyai komposisi yang sama. Seimbang tidak formal (asymmetrical) bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item didalamnya. Tetapi keseimbangan boleh dicapai dengan menggunakan kaedah yang lain seperti penggunaan warna yang panas dan sejuk atau warna cerah dan gelap. Dalam contoh ilustrasi di atas, laman web yang menyediakan bahan latihan pengajaran, elemen seimbang di gunakan dengan menggunakan keseimbangan formal dimana ia adalah imej sebuah pintu dengan menggunakan tema warna terang yang menarik perhatian kanak-kanak.

10

HBEF3103 Disini kita dapati aspek keseimbangan diaplikasikan dengan menggunakan kaedah pembahagian sama rata bagi item utama dan latar belakang menggunakan aspek keseimbangan tidak formal, tetapi ia dicapai dengan menggunakan warna yang cerah dan memberi keseimbangan kepada visual.

Dalam laman web ini juga kita dapati bahawa golongan sasar ialah kanak-kanak, maka pereka menghasilkan keseimbangan tidak formal agar visual tidak terlalu membosankan. Ini boleh kita lihat dengan susunan huruf yang tidak seimbang dan kemabali formal apabila pelajar sudah menyelesaikan latihan yang disediakan. Aspek kesimbangan ini akan terwujud sekiranya seseorang pereka peka terhadap audien sesuatu rekaan visual.

11

HBEF3103 Variasi Sesuatu rekaan visual haruslah mempunyai variasi. Varisasi merupakan sokongan kepada pola susunan item-item yang terdapat dalam sesebuah persembahan visual. Rekaan visual yang mempunyai variasi yang tidak membosankan akan mengekalkan perhatian dan tumpuan penonton dan mengajak penonton untuk terus menonton visual yang seterusnya. Dalam laman web http://more.starfall.com/ , terdapat variasi dalam setiap persembahan. Visual yang dipaparkan tidak diulang-ulang bagi setiap subjek. Ilustrasi berikut menunjukkan beberapa variasi yang terdapat dalam laman web ini

Variasi dalam laman web ini diaplikasikan dengan menggunakan objek atau watak yang digunakan bersesuaian dengan citarasa golongan kanak-kanak. Bagi setiap satu subjek aka nada watak yang berbeza bagi memandu urutan latihan-latihan yang disediakan. Variasi dari segi warna juga digunakan agar audien tidak jemu untuk melihat slaid-slaid yang ditayangkan. Begitu juga dengan huruf-huruf yang mempunyai pelbagai variasi agar tidak membosankan.

12

HBEF3103 Harmoni Semua elemen yang membentuk sesebuah rekaan visual perlu berharmoni antara satu sama lain. Elemen-elemen yang harmoni dapat mewujudkan kesatuan dengan tema yang ingin dipersembahkan. Elemen yang harmoni menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton atau pembaca mengikuti persembahan visual secara keseluruhan. Sesebuah rekaan visual yang harmoni dapat memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton. Penonton akan dapat melihat hubungan antara elemenelemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Apa yang lebih penting ialah penonton dapat merasai kedekatan mereka dengan subjek yang ingin disampaikan. Dalam http://more.starfall.com/ , harmoni antara elemen di wujudkan dengan berpandukan kepada tema pendidikan awal kanak-kanak, laman web ini menggunakan elemen yang mesra kanak-kanak dan mereka merasa begitu dekat elemen yang diwujudkan. Elemen-elemen seperti simplisiti, dominan, pola, keseimbangan, dan variasi berharmoni antara satu sama lain. Tema pendidikan kanak-kanak dapat diwujudkan dengan kepekaan pereka dengan elemen-elemen visual yang sesuai dengan tema setiap item utama yang dipaparkan. Harmoni ini diwujudkan dengan penggunaan warna, objek atau watakwatak yang digunakan serta reka letak huruf yang sesuai.

13

HBEF3103 SOALAN 2 Laman web yang dicadangkan Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan demi menghasilkan generasi yang berupaya menangani masalah dan cabaran yang dihadapi.Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kemahiran berfikir secara semulajadi. Tetapi kemahiran berfikir juga seperti kemahiran yang lain perlu dipupuk agar ia berkembang sesuai dengan perkembangan semasa dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Kemahiran berfikir perlu dipupuk dari peringkat awal lagi. Sesuai dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi maklumat, kini terdapat banyak laman web berorientasikan pendidikan di internet. Sebagai seorang guru, kita tidak harus ketinggalan dalam arus teknologi maklumat yang menyediakan banyak bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan di dalam bilik darjah. Daripada penelitian yang telah saya buat, saya telah memilih laman web http://more.starfall.com/. Laman web ini mengkhusus untuk peringkat umur pelajar prasekolah sehingga ke tahun tiga. Saya memilih laman web ini kerana ianya menggalakkan kanak-kanak melatih kemahiran berfikir mereka mengikut aras pembelajaran yang sesuai dengan mereka. Laman web ini menyediakan pelbagai latihan bagi beberapa subjek seperti asas matematik, ejaan, menyusun ayat, mewarna dan nyanyian kanak-kanak. Grafik yang dipaparkan juga sesuai dengan golongan sasar laman web ini. Banyak aktiviti yang disediakan yang menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir kanak-kanak. Saya akan menghuraikan empat ciri rekabentuk pada laman web ini yang menggalakkan kemahiran berfikir.

14

HBEF3103 Ciri 1 Mudah, jelas dibaca dan difahami Laman web ini mensasarkan kepada kanak-kanak berusia 5-9 tahun, maka pengisiannya juga haruslah sesuai dengan peringkat umur mereka. Untuk menarik perhatian dan tumpuan peringkat umur seperti ini, isi pengajaran dan pembelajaran juga mesti sesuai dengan aras pemikiran mereka. Yang lebih penting sekali mereka berminat dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Mengekalkan tumpuan mereka adalah satu cabaran kepada seseorang tenaga pengajar. Laman web ini menyediakan isi pengajaran yang mudah, jelas dibaca dan difahami. Kanak-kanak memerlukan motivasi yang tinggi untuk menggalakkan kemahiran berfikir mereka. Isi pelajaran yang susah dan tidak jelas akan sukar untuk mereka fahami. Keadaan ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan menjejaskan kemahiran berfikir mereka. 1.

2.

3.

15

HBEF3103

4.

Urutan animasi yang disediakan juga sangat mudah untuk difahami dan disertakan dengan audio yang jelas. Penggunaan item-item yang mudah sangat digemari oleh kanakkanak. Kaedah ansurmaju digunakan bagi memudahkan kanak-kanak memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Motivasi kanak-kanak untuk turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga akan meningkat apabila mereka berfikir mereka boleh melakukannya. Muka taip yang besar juga memudahkan pelajar untuk melihat. Apabila mereka bermotivasi maka akan mudahlah mereka untuk memahami isi pelajaran. Apa yang lebih penting dalam mengasuh kemahiran berfikir peringkat awal kanakkanak ialah penyertaan mereka tanpa paksaan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran yang mudah, jelas dibaca dan fahami sangat penting untuk memperkembangkan kemahiran berfikir kanak-kanak.

16

HBEF3103 Ciri 2 Isi kanduangan dan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur Mesej dapat ditafsir tanpa perlu bersusah payah. Jika terlalu senang, pelajar mungkin tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan. Pendidikan awal kanak-kanak memerlukan kaedah latihan ansurmaju bagi mengekalkan minat mereka, oleh itu isi kandungan pengajaran dan pembelajaran juga harus selaras dengan kemahiran yang mereka telah perolehi. Item-item yang terdapat dalam rekabentuk laman web ini adalah sesuai dengan peringkat umur mereka. Latihan-latihan pengukuhan yang disediakan juga memupuk minat dan kemahiran berfikir mereka. Beberapa contoh yang memupuk kemahiran berfikir mereka adalah seperti berikut

17

HBEF3103

Contoh ilustrasi yang ditunjukkan diatas adalah mengenai subjek matematik untuk tajuk bahagi. Bagi memudahkan mesej ditafsir dengan baik oleh pelajar, objek pizza digunakan kerana mungkin ada sebahagian pelajar yang suka memakan pizza dan pada kebiasaannya pizza dibahagikan kepada lapan bahagian. Ini memudahkan guru mengaitkan kehidupan seharian dengan subjek yang disampaikan. Mesej yang disampaikan melalui aktiviti seperti ini menggalakkan kemahiran berfikir pelajar. Dalam masa yang sama juga pelajar merasa seronok dan berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Rekabentuk yang menarik juga akan menggalakkan pelajar meneliti visual dengan terperinci. Aktiviti ini tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu sukar untuk pelajar memahaminya. Tetapi peranan guru juga penting dalam memimpin pelajar untuk memahami dan menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran.

18

HBEF3103 Ciri 3 Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual Dalam laman web ini juga terdapat banyak latihan yang memerlukan interaksi aktif antara pelajar, guru dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi seperti dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dengan penglibatan guru dan pelajar yang aktif yang dicetuskan oleh bahan-bahan yang disediakan. Ia juga memupuk sikap kendiri positif dalam diri pelajar dengan penglibatan dalam kelas yang aktif. Antaranya ialah seperti aktiviti seperti di bawah

Daripada laman web ini terdapat satu aktiviti yang berkaitan dengan subjek matematik. Dalam aktiviti bertaju three times terdapat nyanyian yang mudah untuk disertai oleh pelajar dan guru. Dalam aktiviti ini, selain belajar matematik, guru dan pelajar akan bersama-sama melakukan ini latihan ini. Ini dapat mengasuh kemahiran berfikir kanak-kanak bukan sahaja dalam subjek yang berkaitan tetapi juga kemahiran berfikir untuk muzik dan interaksi dengan guru dan rakan sebaya.

19

HBEF3103 Ciri 4 Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual Dalam laman web ini juga, terdapat visual yang membantu memfokuskan kepada maksud yang terdapat dalam visual. Apabila pelajar fokus kepada sesi pengajaran , maka akan lebih mudahlah guru mengasah kemahiran berfikir pelajar. Rekabentuk yang meningkatkan kemahiran berfikir pelajar haruslah mempunyai visual yang menjuruskan pelajar untuk membuat pemerhatian dan penaakulan. Ini akan menggalakkan lagi kemahiran berfikir pelajar. Bagaimanakah sesuatu rekabentuk yang terdapat dalam laman web ini yang meningkatkan kemahiran berfikir? Beberapa contoh dibawah menjelaskannya.

Fokus pelajar kepada pengisian pelajaran sangatlah penting bagi membentuk kemahiran berfikir. Contoh di atas membantu pelajar memahami ejaan dengan lebih baik dan beserta dengan ilustrasi dan sebutan objek yang menjadi bahan dalam rekabentuk diatas. Melalui aktiviti di atas kemahiran berfikir pelajar telah diasah dengan memfokus perhatian pelajar.

(2741 patah perkataan)

20

HBEF3103 RUJUKAN

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr Rosini Abu, (2011), HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran, Open University Malaysia

Otto G. Ocvirk, Robert E. Stinson, Philip R.Wigg, Robert O.Bone, David L. Clayton, (2006), Art Fundamentals theory and practice, McGraw-Hill International Edition

Oxford University Press, (2012), Oxford Dictionary Online, Oxford University Press

DBP,(2005), Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

21