Anda di halaman 1dari 2

3.

0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan

dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2009

dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat

kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa

hadapan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu YM Tn. Hj. Megat Abu Bakar bin Megat

Hussin dan guru pembimbing saya iaitu YM Pn. Raja Nordiana binti Raja Abdullah

kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara

membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak

data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa

saya iaitu ayahanda Ramzi bin Mamat dan bonda Radin Wati binti Mohd @ Mokhtar

yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka

mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk

menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu Nur Shahirah

Aqilah,Ku Nur Farahain dan Nur Adibah Amanina yang sangat setia dengan kerja-kerja

yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah

fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penduduk di Kampung Kuala Ibai terutamanya sahabat ibunda saya Pn Hazura

Long, penghulu mukim, bilal, dan lain-lain yang menjadi responden atau orang sumber

kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat terkini tentang

penduduk di kawasan ini.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat daripada saya,

…………………………………

NURUL SYAZWANI BINTI RAMZI