Anda di halaman 1dari 3

2.0 Apakah kelebihan yang dapat dikenalpasti dalam kedua-dua pendekatan tersebut sehingga dikatakan merentas disiplin ilmu.

2.1 Kelebihan Pendekatan Laura Chapman Kelebihan dalam konteks ini membawa maksud yang merujuk kepada implikasi atau kesan positif yang terjadi berikutan penggunaan pendekatan Laura Chapman dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual. Antara kelebihan adalah seperti berikut:

Penerapan nilai murni sentiasa berlaku

Sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak

Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran boleh dijalankan dalam P&P

Kelebihan Pendekatan Laura Chapman

Dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan

2.1.1 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran boleh dijalankan dalam P&P Pengintegrasian merangkumi penggabungjalinan kamahiran dan

penyerapan ilmu pengetahuan. Melalui pendekatan ini, pengintegrasian dapat diwujudkan. Penggabungjalinan bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi

penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan pendekatan ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai kemahiran bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran melukis dengan cara bersepadu. Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses

mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, guru mengarahkan murid membuat pemerhatian tentang seekor semut dan seterusnya membuat penghasilannya. Hal ini melibatkan pengetahuan mata pelajaran sains murid tentang stuktur badan dan sifat semut. Oleh itu, jelaslah kita dapat melihat bahawa pendekatan Laura Chapman ini membolehkan pengintegrasian berlaku. 2.1.2 Penerapan nilai murni sentiasa berlaku

Dalam pendekatan Laura Chapman, kebanyakan aktiviti pendidikan seni tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama misalnya aktiviti berkumpulan. Aktiviti yang dirancang berdasarkan empat aspek pendekatan ini seperti aktiviti penerokaan, aktiviti penghasilan dan aktiviti apresiasi, kebanyakannya dijalankan dalam

kumpulan. Hal ini kerana murid sekolah rendah suka meneroka sesuatu atau membuat sesuatu kerja dalam satu kumpulan bersama-sama dengan rakannya. Aktiviti sebegini menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Dalam aktiviti-aktiviti tersebut, murid-murid ini dikehendaki saling hormat-menghormati dan bersikap toleransi agar pergaduhan serta perselisihan tidak berlaku. Justeru, hal ini secara tidak langsung telah menerapkan nilai-nilai murni kepada mereka.

2.1.3

Sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak

Bermain adalah tugas utama bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai sifat semulajadi seperti suka bermain, ingin tahu dan ingin mencuba. Pendekatan Laura Chapman selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak ini. Aktiviti penerokaan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran serta membuat percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Sebagai contoh, aktiviti menerokai jalinan sentuh dan jalinan tampak yang ada di sekeliling mereka dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana mereka diberi kebebasan untuk bergerak. Berbanding dengan pendekatan yang lain, mereka dikehendaki berduduk diam pada kerusinya sahaja dan setiap pergerakan mereka adalah terhad. Oleh itu, pendekatan Laura Chapman ini adalah sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak. 2.1.4 Dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan Dalam proses penghasilan dan apresiasi, pelajar dapat menikmati perasaan kejayaan secara langsung. Kejayaan dan kecemerlangan adalah sesuatu yang diharapkan oleh seseorang murid, sama ada dalam kalangan mereka yang rajin atau malas, bijak atau lemah, bersemangat atau sebaliknya. Apabila murid menghasilkan sesuatu hasil seni dengan bersungguhsungguh, mereka akan bangga dengan hasilan mereka walaupun ia kelihatan biasa. Proses apresiasi membolehkan murid menyatakan perasaan serta pendapat mereka. Ia juga merupakan satu proses hasilan murid dihargai dan hal ini dapat menimbulkan kelayaan pada murid. Kejayaan dan

kecermerlangan ini secara langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar serta memotivasikan mereka. Oleh kerana pendekatan Laura Chapman ada proses apresiasi, maka ia dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan murid.

Anda mungkin juga menyukai