Anda di halaman 1dari 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AMBILAN JANUARI

2009

ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU ( EDU 3108 ) ___________________________________________________________________

NAMA NO. K.P OPSYEN SEMESTER NAMA PENSYARAH

: CHE KU RABIAH AL ADAWIYYAH BINTI CHE KU ALI : 891104-11-5390 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 3 ( PISMP AMBILAN JANUARI 2009 ) : SEMESTER 8 : ENCIK ARMAN BIN HJ MD JAFERI

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Tandatangan : . Nama penulis : . Tarikh : ...

(i)

DEDIKASI

DEDIKASI UNTUK IBU YANG DISANJUNGI PENSYARAH YANG DIKASIHI SERTA RAKAN-RAKAN YANG DISAYANGI SEGALA PENGORBANAN, KESABARAN, TUNJUK AJAR DAN DOA KALIAN AMAT DIHARGAI SERTA BESAR ERTINYA... KEJAYAAN INI ADALAH MILIK KITA BERSAMA TERIMA KASIH

(ii)

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kunianya, saya berjaya menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi mata pelajaran Asas Kepimpinan Dan Profesional Guru (EDU 3108). Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana memberikan kerjasama dalam melaksanakan kerja kursus pendek ini. Jutaan terima kasih kepada Encik Arman Bin Hj Md Jaferi selaku penyarah pembimbing dalam mata pelajaran ini yang telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Beliau banyak membantu saya dalam menyelesaikan persoalan yang timbul dan memberi sedikit maklumat untuk menjelaskan sesuatu perkara mengenai tugasan ini. Segala maklumat yang diberikan sememangnya banyak membantu saya dan saya lebih memahami kehendak sebenar tugasan ini. Jasa beliau sangatlah bernilai dan akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan kerjasama dengan berkongsi idea dan bahan-bahan yang berkaitan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu saya yang juga memberikan sokongan moral dan menaikkan semangat saya untuk meneruskan tugasan ini. Jasa kalian amatlah saya hargai. Sekian terima kasih.

(iii)

ABSTRAK

Dalam profesion perguruan, tugas utama guru ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan di samping itu, guru juga menjalankan pelbagai tugas di sekolah dalam membantu pengurusan dan pentadbiran. Tugasan ini adalah bertujuan menjelaskan tentang ciriciri guru sebagai seorang profesional dalam melaksanakan tugas, menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi, merancang perkembangan diri sabagai profesional, melaksanakan peranan dan tugas dalam pelbagai aspek pengurusan sekolah serta menampilkan ciriciri kepimpinan yang bersesuaian dengna profesion. Selain itu, tugasan ini juga berdasarkan pengalaman saya di sekolah berkaitan dengan tugastugas pengurusan dan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan kepada guru di sekolah serta bagaimana seorang guru boleh meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran.

(iv)

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN

MUKA SURAT i ii iii iv v vi 1

2.0 TUGAS-TUGAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN GURU DI SEKOLAH 2.1 GURU PANITIA 2.2 GURU PERPUSTAKAAN 2.3 GURU KELAS 2.4 GURU PENYELARAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 2.5 GURU PENYELARAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

26

(v)

3.0 CARA-CARA MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN 3.1 SEMINAR 3.2 KURSUS 3.3 CERAMAH 3.4 BENGKEL 3.5 LATIHAN 4.0 REFLEKSI 5.0 PENUTUP BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

7 11

12 15 16 17 18

(vi) 1.0 PENDAHULUAN

Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi dan esemua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan. Pentadbiran sekolah atau institusi adalah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, maktab perguruan dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisasi untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumbersumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education, pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merancang, mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih berfokuskan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah pengendalian, matlamat, kualiti/mutu, keberkesanan, merujuk kepada sumber fizikal dan manusia. -12.0 TUGAS-TUGAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN GURU DI SEKOLAH

Berdasarkan pengalaman saya sepanjang berada di sekolah, tugas - tugas pengurusan dan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan kepada guru adalah guru panitia mata pelajaran, guru perpustakaan, guru kelas, guru penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) dan guru penyelaras Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ). 2.1 GURU PANITIA Guru panitia mata pelajaran amat penting dalam sesuatu institusi pentadbiran sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Setiap jenis mata pelajaran yang terdapat di sekolah mesti mempunyai panitianya mata pelajaran yang tersendiri. Antara bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru panitia ialah yang pertama ialah bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. Bidang tugas kedua ialah guru panitia bertanggungjawab kepada guru besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidang tersebut. Hasil pemantauan saya juga, saya dapati guru panitia mata pelajaran juga mengadakan mesyuarat perjumpaan bersama dengan guru besar atau guru pentadbir yang lain. Selain itu, bidang tugas ketiga guru panitia ialah membantu guru besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya dan mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Mereka juga akan membuat ujian penilaian melalui ujian pencapaian bagi bagi mengukur tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka jalankan. Guru panitia mata pelajaran perlu mempunyai kemahiran menyelia serta mengurus di mana kemahiran ini dapat membantu mereka dalam menguruskan tugas mereka dengan lebih berkesan. Melalui penyeliaan dan pengurusan, guru panitia dapat mengetahui kelemahan sesuatu perkara serta membuat penambahbaikan di samping membantu dalam pengurusan sekolah yang sistematik dan lengkap. -22.2 GURU PERPUSTAKAAN

Sepanjang saya di sekolah juga, saya dapati guru bukan hanya memegang jawatan sebagai guru untuk mengajar di kelas, ada juga guru yang ditugaskan sebagai guru perpustakaan di mana tugastugas mereka adalah membantu penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS, mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan, menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi atau bahan perpustakaan. Mereka juga menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan, menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan. Tambahan lagi, guru perpustakaan juga bertugas dalam menubuhkan jawatankuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas, mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul, melatih dan menyelia kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan. Tugas lain mereka ialah memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli dan menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun. Bagi aspek kemahiran guru perpustakaan, mereka perlu mempunyai kemahiran seperti mengurus dan merancang seperti mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Kemahiran ini perlu kerana setiap pengurusan dan perancangan perlu dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Kemahiran ini merupakan perkara penting bagi membantu pihak sekolah dalam mengendalikan pengurusan perpustakaan di samping membantu murid murid dalam membuat persediaan ujian dan peperiksaan. Selain itu, kemahiran berfikir juga diperlukan oleh guru perpustakaan dari segi kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan perkara penting semasa membuat pengurusan di pusat sumber.

-32.3 GURU KELAS

Selain daripada tugas pusat sumber, tugas lain yang dipertanggungjawab oleh guru adalah sebagai guru kelas. Tugas yang dijalankan oleh guru kelas adalah seperti membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan. Guru kelas juga perlu menentukan perkaraperkara seperti jadual waktu, jadual bertugas, motto kelas, perabot kelas mencukupi, alatan pembersihan serta keperluan bilik darjah yang mencukupi ada di dalam kelas bagi memudahkan murid murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan berkesan. Guru kelas perlu melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan, membimbing organisasi kelas atau murid yang dilantik menjalankan tugas, mengadakan tabung kelas yang bertujuan untuk kebajikan murid dan keceriaan kelas dan sebagainya sekira perlu dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid. Laporan, Rekod Profil, Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R perlu disediakan oleh guru kelas kepada murid murid bagi memastikan proses pengurusan kelas dapat dilaksanakan dengan sistematik dan lengkap. Guru kelas juga ditugaskan untuk mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid membayar kesemua yuran sekali gus, mengutip derma PIBG, mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat dan menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan,Insuran Takaful dan lain-lain derma kepada Guru Penolong Kanan (Pentadbiran). Kemahiran pemudah cara adalah sebagai seorang fasilitator yang

membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain. Fungsi guru disini ialah menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan berkesan. Kemahiran lain ialah berkomunikasi di mana mereka perlu menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal serta mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.

-42.4 GURU PENYELARAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Guru penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Oleh itu, guru penyelaras SPBT dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan malaksanakan program SPBT di sekolah. Secara umumnya, tugas dan tanggungjawab guru penyelaras SPBT adalah seperti mendapatkan data enrolmen murid yang tepat, menyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT, menyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT, merujuk Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan tentang pembukaan dan penutupan kelas sebelum membuat pesanan buku teks. Tugas lain bagi guru SPBT ialah menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria ditetapkan, menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangan SAP/ Invois atau Nota Serahan, mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak daripada penerbit, memastikan buku teks SPBT dicapkan nama sekolah dan mencatatkan tarikh penerimaannya serta diberikan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan pada buku teks SPBT. Mereka juga menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui Penyelaras Tingkatan/ Tahun atau Guru Kelas, menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT G), mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan dan Penjagaan Buku Teks SPBT, mengurus penggantian buku teks SPBT yang dirosakkan/ dihilangkan oleh murid. Kemahiran yang diperlukan oleh guru SPBT ialah pemudahcara, mengurus dan kemahiran ICT di mana ia dapat membantu guru dalam mengendalikan urusan serta tugas dengan sebaik mungkin. Melalui kemahiran kemahiran ini, guru dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang pengurusan Buku Teks serta kecekapan dalam menguruskan perkara berkaitan penyelarasan Skim Pinjaman Buku Teks dengan lebih sistematik.

-52.5 GURU PENYELARAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Guru penyelaras ICT bertugas dalam mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul. Mereka juga mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router dan hub. Guru ICT menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran, mengurus keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah serta mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projektor dan sebagainya. Selain itu, tugas guru ICT juga adalah melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajarpelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dan melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran. Mereka juga bertindak sebagai pengurus e-mel, mengurus akaun dan e-mel warga sekolah, memastikan integriti dan keselamatan data, memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa. Kemahiran berfikir dari segi kecekapan menggunakan akal untuk

menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lainlain dapat diaplikasikan dalam penyelarasan ICT. Selain itu, kemahiran pemudah cara iaitu sebagai seorang fasilitator yang menggerakkan orang lain. -63.0 CARA-CARA MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN membimbing, memotivasi serta

Guru boleh meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran melalui seminar, kursus, ceramah, bengkel dan latihan. 3.1 SEMINAR Seminar ialah suatu pertemuan atau persidangan untuk membahas suatu masalah di bawah pimpinan ketua sidang iaitu guru besar atau seseorang ahli. Pertemuan atau persidangan dalam seminar biasanya terdapat satu atau beberapa pembicaraan atau kertas kerja yang telah disediakan. Seminar juga biasanya diadakan untuk membahas suatu masalah secara ilmiah. Sementara itu, peserta berperanan untuk menyampaikan pertanyaan, ulasan, dan perbahasan sehingga menghasilkan pemahaman tentang suatu masalah. Dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, guru perlu memainkan peranan penting dalam mengikuti seminar yang dilaksanakan di sekolah mahupun di tempat yang ditetapkan. Seminar diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru dalam mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efektif dan teratur. Bagi guru guru yang telah diberikan tanggungjawab dalam menguruskan sesuatu kerja, mereka perlu menghadiri seminar yang berkaitan dengan bidang tugas masing masing. Seminar juga bertujuan dalam meningkatkan kecekapan guru dalam mengendalikan pengurusan sekolah serta memberi peluang kepada mereka dalam mengutarakan pendapat berkaitan dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah. Antara contoh seminar yang dilaksanakan ialah seminar peningkatan profesionalisme guru cemerlang, seminar guru kreatif, seminar motivasi Menjadi Guru Profesional , seminar guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan sebagainya.

-73.2 KURSUS

Kursus merupakan salah satu pelajaran tentang suatu pengetahuan atau keterampilan yang diberikan dalam waktu singkat. Kursus yang diadakan kepada pihak sekolah membantu untuk mengembangkan kemampuan para pendidik dan memberi penekanan kepada penguasaan keterampilan, kompentensi, perkembangan sikap pendidik serta mengembangkan keperibadian professional. Dalam aspek pengurusan dan pentadbiran ini, guru guru yang telah diberikan tanggungjawab dalam menjalankan tugas masing masing perlu menguasai perkara asas bidang mereka sebelum mereka melaksanakannya di sekolah. Justeru itu, kursus dalaman diadakan bagi memberikan pendedahan kepada guru tentang inovasi terkini dalam pendidikan yang sejajar dengan globalisasi yang berlaku, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan serta mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan professional keguruan. Tujuan kursus juga adalah untuk membudayakan ilmu di mana guru perlu sentiasa ada budaya membaca, berfikir, berkarya dan refleksi bagi menilai keberkesanan tugas yang telah dilaksanakan bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah dalam proses pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Tambahan lagi, melalui kursus juga, guru dapat menerokai pelbagai maklumat baru berkaitan dengan pengendalian pentadbiran sekolah dengan menjalankan kajian tindakan di mana kajian ini perlu sentiasa dilaksanakan bagi membantu guru meningkatkan kemahiran mereka ke arah yang lebih cemerlang. Guru juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam memperluaskan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran, meningkatkan kemahiran kejurulatihan bagi kokurikulum, meningkatkan kreativiti guru dalam menguruskan tugas yang diberikan serta mempertingkakan kemahiran komunikasi di antara pihak sekolah, ibu bapa serta masyarakat. Antara contoh kursus yang dilaksanakan ialah kursus peningkatan profesionalisme keguruan, kursus dalam perkhidmatan, kursus Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan lain lain. -83.3 CERAMAH

Bagi setiap agensi kerajaan, ceramah dan perbincangan kerap diadakan untuk memberikan pengetahuan kepada penjawat penjawat awam bagi meningkatkan lagi kualiti dan kesedaran tentanga pentingnya kualiti dalam sesuatu urusan pekerjaan. Kementerian Pelajaran juga mendedahkan kepada pegawai pegawai dengan ceramah dan perbincangan yang dilakukan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Pihak sekolah juga berperanan dalam melaksanakan program ini bagi membantu guru guru dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang teratur dan bersistematik. Jabatan Pelajaran Negeri juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mendedahkan kepada pegawai pegawainya khususnya guru guru tentang peningkatan kualiti. Di sekolah pula, pengetua bersama dengan barisan pentadbiranya sentiasa mencari dan memikirkan idea idea baru bagi orang bawahannya bagi mendapatkan maklum balas yang terkini untuk peningkatan prestasi kerja di sekolah. Aspek pengurusan dan pentadbiran ini memerlukan guru menguasai kemahiran yang ada dalam mengaplikasikannya ke dalam tugas yang telah diberikan. Salah satu daripada aspek yang diberikan perhatian ialah mendedahkan guru guru dengan ceramah yang berkesan. Antara ceramah yang diadakan ialah ceramah mengurangkan stress atau tekanan dalam melaksanakan kerja. Ceramah juga diadakan bagi meningkatkan keupayaan dan kompentensi guru di setiap peringkat di mana ia dapat membantu guru dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang. Di samping itu, ceramah juga dilaksanakan bagi menyedari guru tentang tugas dan tanggungjawab sebagai guru tidak kira dalam pelbagai aspek supaya mereka dapat meningkatkan profesionalisme mereka ke arah yang lebih berkesan. Antara contoh ceramah ialah ceramah menangani tekanan kerja, ceramah mengurus pentadbiran sekolah, ceramah peningkatan profesionalisme guru dan sebagainya.

-93.4 BENGKEL

Bengkel bengkel dan latihan diberikan kepada guru dan pihak sekolah di peringkat atasan sehinggalah peringkat bawahan dan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian mutu kerja yang lebik baik di kalangan warga pendidikan, pihak sekolah, guru pentadbir dan lain lain. Bengkel ini juga diberikan kepada mereka bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu bidang yang dipertanggungjawabkan di sekolah. Kementerian Pelajaran sedar bahawa untuk mencapai tahap cemerlang sesebuah agensi bukan hanya bergantung kepada kecekapan segelintir warganya sahaja malah kesemua warga sekolah perlu memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan pentadbiran sekolah. Justeru itu di kalangan guru guru, staf - staf yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran dan membantu serta membimbing rakan rakan mereka yang masih berada di tahap rendah. Pihak sekolah juga mengadakan bengkel dalaman di sekolah masing masing untuk memperkukuhkan lagi penguasaan bidang bidang ilmu yang belum dikuasai oleh guru di setiap sekolah. Bengkel dan latihan yang diberikan bertujuan untuk memperoleh, menguasai, memperkukuh, memantapkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahan bahan rujukan dan dokumen dokumen yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabtan Pelajaran Negeri dan juga Jemaah Nazir Sekolah Persatuan. Antara contoh bengkel yang dilaksanakan ialah bengkel penyediaan modul latihan bagi setiap mata pelajaran, bengkel latihan teknik menjawab dan latihan memeriksa kertas, bengkel penggubalan soalan latihan soalan bersama, bengkel peningkatan prestasi mata, program bengkel peningkatan profesionalisme guru mat. tambahan daerah hilir perak dan perak tengah, bengkel peningkatan profesionalisme pengurusan pusat sumber sekolah negeri melaka tahun 2012 dan juga bengkel peningkatan profesionalisme guru cemerlang negeri kedah 2010.

- 10 3.5 LATIHAN

Program latihan yang dibuat di sekolah terhadap guru-guru dan kakitangan sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisme anggota organisasi samada guru atau kakitangan sokongan sekolah agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Program latihan berbentuk ceramah, bengkel atau perbincangan yang dikendalikan oleh penceramah atau fasilitator dalaman atau luaran untuk menambahkan pengetahuan, kefahaman serta kemahiran bagi meningkatkan perkhidmatan mereka. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah merupakan satu kaedah meningkatkan pengetahuan, kefahaman tentang amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dibilik darjah serta tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah .. Bagi menjadikan latihan ini sentiasa bertambah baik dari masa ke masa maka para guru perlulah didedahkan dengan program program peningkatan profesionalisme perguruan. Latihan Dalam Perkhidmatan dibuat bertujuan menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman oleh itu cara yang sesuai ialah melalui ceramah dan bengkel. Latihan ini juga bagi memantapkan kepimpinan dan pengurusan organisasi kerana masih terdapat keupayaan dan kompetensi kepimpinan dalam pengurusan organisasi belum pada tahap yang cemerlang iaitu dengan mengadakan khidmat latihan kaunseling penanda aras dan pemantauan serta melaksanakan projek kepada guru guru yang memerlukannya. Bagi membantu guru dalam menguruskan tugas mereka dengan cepat dan tepat, mereka perlu menguasai bidang tugas mereka terlebih dahulu serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian dalam tugas yang diberikan. Selain itu, latihan yang diberikan juga dapat memperkukuhkan integriti dan akauntibiliti guru kerana terdapat guru guru yang masih tidak mematuhi kod etika, perintah am dan peraturan perkhidmatan dalam melaksanakan tugas mereka. justeru itu, latihan perlu dilaksanakan di kalangan guru guru bagi meningkatkan profesionalisme mereka dengan cemerlang.

- 11 4.0 REFLEKSI

Sepanjang saya menjalankan praktikum saya di sekolah, saya dapati guru - guru di sekolah bukan sahaja memainkan peranan dalam mengajar murid-murid malah mereka juga diberikan tanggungjawab dalam membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Tugas yang diberikan adalah bagi membantu pentadbiran sekolah supaya dapat dilaksanakan dan diuruskan dengan teratur serta sistematik. Guru guru juga diberi peluang dalam menguruskan sekolah bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman sepanjang berkhimat di sekolah. Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama. Pihak sekolah memberikan tugas kepada guru mengikut kesesuaian bidang mereka bagi memudahkan perlaksanaan tugas mereka. Tugas utama guru di sekolah adalah mendidik iaitu guru sebagai pendidik adalah dengan memberi ilmu iaitu mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Mendidik murid-murid termasuk dari segi akhlak, penampilan diri melalui pembelajaran seperti pendidikan moral. Selain itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat kepelbagaian bidang tugas dan kerja sebagai guru di sekolah. Guru besar memainkan peranan penting dalam membahagikan tugas kepada guru-guru di sekolah serta guru besar juga bertanggungjawab sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan iaitu dalam memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terdapat dalam falsafah pendidikan sekolah, termasuk matlamat KBSR. Guru besar juga membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut. - 12 Tambahan lagi, tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru perlu dilaksanakan dengan baik dan amanah. Sebagai contoh, sepanjang pemerhatian

saya di sekolah, saya dapati guru perpustakaan melaksanakan tugasnya dengan baik iaitu dalam membahagikan kerja-kerja kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik, memastikan bahan bacaan cukup dan lengkap kepada murid murid serta menguruskan kelengkapan di pusat sumber dengan lengkap dan teratur. Tugas guru kelas juga merupakan tugas yang paling memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang tinggi dalam menguruskan kelas masing masing. Guru perlu memainkan peranan yang positif untuk menjamin kajayaan dan kecemerlangan murid-murid di sekolah. Guru kelas bukan hanya menjalankan tugas terhadap keceriaan kelas malah mereka juga perlu melaporkan kerosakan yang terdapat di dalam kelas serta mencatat rekod murid secara sistematik. Pengurusan dan pentadbiran di sekolah dapat membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi. Dalam mengurus dan mentadbir sekolah, guru juga dapat mempertingkatkan kemahiran profesional mereka dengan sebaik mungkin dan antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mengurus, merancang, kemahiran pemudahcara dan berfikir. Berdasarkan pemerhatian saya, guru yang diberikan tanggungjawab di sekolah dapat melaksanakan tugas mereka dengan cekap kerana mereka mempunyai kemahiran yang telah dinyatakan di samping meningkatkan prestasi sekolah yang cemerlang. Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik darjah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran bagi memudahkan tugas mereka dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.

- 13 Bagi guru-guru yang tidak berpengalaman dalam pengurusan dan

pentadbiran sekolah, pihak sekolah akan menyediakan kursus dan latihan kepada

mereka mengikut kesesuaian tugas masing- masing. Pelbagai program telah dilaksanakan kepada guru sekolah bagi meningkatkan kemahiran serta pengalaman mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Mereka perlu melibatkan diri mereka dalam program yang diadakan supaya mereka dapat memahami proses-proses pengurusan dan pentadbiran yang baik dan berkesan. Bagi guru yang diberi tugas berkaitan dengan pengurusan ICT, guru tersebut perlu menguasai kemahiran penting dalam mengurus, pemudahcara serta merancang perkara yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab mereka adalah besar kerana tugas mereka dalam memberi tunjuk ajar kepada pengguna makmal komputer serta menjalankan pembahagian sistem pengurusan yang sistematik dan lengkap. Berdasarkan pengalaman saya di sekolah juga, saya dapati, guru ICT memainkan peranan penting dalam menyediakan rekod pentadbiran sekolah, menyediakan bahan-bahan pengajaran menggunakan ICT dan pelbagai penyediaan lain yang diperlukan. Dalam menguruskan ICT, guru juga boleh menggunakannya sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi yang harus dirancang dengan baik, dan bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan Pengajaran dan pembelajaran. Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Pengurusan yang cekap dan sistematik dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan prestasi sekolah. Guru-guru dapat meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menyertai program-program yang dilaksanakan di sekolah mahupun di luar sekolah. - 14 Perlaksanaan program bagi meningkatkan profesionalisme guru juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam melahirkan masyarakat penyayang,

mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan iaitu dengan memberi peluang kepada guru-guru dalam menyampaikan maklumat serta peranan mereka di sekolah dengan cara yang berkesan dan sistematik. Selain daripada bidang pengurusan dan pentadbiran, guru juga perlu mahir dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang merangkumi aspek mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian, mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah dan mengurus aktiviti kumpulan. Strategi ini termasuk penyelarasan undang-undang dalam bilik darjah, rutin dan prosedur, atau penggunaan sistem ganjaran dan dendaan. Melalui pengurusan ini, guru dapat meningkatkan profesionalisme mereka ke arah yang lebih berkesan. Melalui tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan kepada guru di sekolah juga dapat meningkatkan kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Semasa di sekolah, saya dapati guru-guru lebih berdedikasi dan cekap dalam menjalankan tugas mereka setelah menyertai program-program yang dirancangkan oleh pihak sekolah kepada mereka. Secara keseluruhan, tugas pengurusan dan pentadbiran di sekolah adalah tugas yang penting bagi guru-guru dalam membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah. Guru-guru yang diberikan tugas perlu memainkan perana penting dalam menguruskan tugas mereka dan melibatkan diri dalam program yang disediakan di samping membantu meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Disediakan oleh, CHE KU RABIAH AL ADAWIYYAH BTE CHE KU ALI - 15 -

5.0 PENUTUP

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Pengurusan dan pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik di mana guruguru di sekolah perlu memainkan peranan penting dalam membantu pihak sekolah bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah dengan berkesan. Pentadbiran dan pengurusan adalah perkara penting yang perlu dikuasai oleh para guru sejurus dengan bidang yang diceburi supaya dapat melaksanakan urusan dan tugas yang telah ditetapkan serta dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan sistematik. Perlaksanaan tugas yang dipertanggungjawabkan dapat meningkatkan profesionalisme dan pengetahuan mereka di samping membantu murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

- 16 BIBLIOGRAFI

BUKU John West- Burnham, Fergus OSullivan; penterjemah Hamidah Baba, (2009) Mengembangkan Profesionalisme Di Sekolah , Institut Terjemahan Negara Malaysia Kuala Lumpur Sonia Blandford; penterjamah Munira Mustaffa,(2009) Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah, Institut Trejemahan Negara Malaysia Berhad. Eric Parsloe, Monika Wray (2000) Coaching and Mentoring : practical methods to improve learning. London : Oxford Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

JURNAL Dr. Jamil Ahmad, Norlia Goolamally (2008), Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti , Universiti Kebangsaan Malaysia. Heinich, Robert, (1996). Instructional Media And Technologies For Learning. N.J: Englewood Cliffs.

LAMAN WEB

Arthur Jupong.(2009). Guru dan Alam Pendidikan. Diperoleh pada Ogos 11,2009 daripada http://www.slideshare.net/arthurjeo/4-guru-dan-alamJujun S. Suriasumantri (1990). Diperoleh pada Ogos 29 2010 daripada www.slideshare.net/.../4-guru-dan-alam-pendidikan Kizlik, Bob Dr. (2002). Tips On Becoming a Teacher. Diperoleh pada Ogos 29 2010 daripada http://www.adprima.com.tipson/html http://personajohor.blogspot.com/2009/11/senarai-tugas-guru-pusat-sumber.html

- 16 LAMPIRAN

Home > Isu Semasa > Peranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa Peranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa Ditulis oleh: K U L A N Z S A L L E H on S A T U R D A Y , J A N U A R Y 0 2 , 2 0 1 0 Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa yang bersatu dan moden. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.

a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.

Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna diri, makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium

utama. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya berkembang dalam batas nilai.

Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para pelajar.

b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan. Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan

Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan lagi bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.

Pelbagai aktiviti seperti seminar, ceramah dan kursus berkaitan Islam Hadhari telah diadakan sepanjang tahun 2007 kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah bagi memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari. Oleh demikian, setiap guru perlu menerapkan kefahaman Islam Hadhari Merentas Kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan ianya tidak diajar sebagai mata pelajaran tersendiri. Oleh sebab itu, KPM telah membekalkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran Islam Hadhari untuk murid Tingkatan 1 hingga 5 kepada semua guru. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam Hadhari kepada pemimpin sekolah dan guru-guru, KPM juga telah memperbanyakkan bahan bacaan mengenai Islam Hadhari seperti menerbitkan dan mengedarkan ke sekolahsekolah Buku Perancangan Strategik Lima Tahun Pendekatan Islam Hadhari, Buku Panduan KBSR/KBSM berasaskan Islam Hadhari serta risalah-risalah mengenai Islam Hadhari. Harapan KPM supaya kefahaman serta penerimaan warga guru sendiri terhadap Islam Hadhari dapat ditingkatkan dan prinsip-prinsip Islam Hadhari dapat diamalkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai