Anda di halaman 1dari 6

MOTOR ARUS TERUS [DC] Jika suatu konduktor yng membawa arus berada dalam suatu medan magnet

pada suatu sudut tepat dengan garis-garis daya, tindakbalas antara medan magnet dengan medan yang disebabkan oleh konduktor itu mewujudkan satu daya mekanik yang mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan pergerakan konduktor tersebut. Arah pergerakan ini bergantung kepada arah medan magnet dan kepada arah arus dalam konduktor. Daya mekanik pada konduktor berkadar dengan kekuatan medan magnet, berkadar dengan arus dalam konduktor dan berkadar dengan panjang konduktor di bawah pengaruh medan tersebut. Dengan formula, daya pada konduktor = BlI newton, di mana: B adalah ketumpatan fluks dalam webwer per meter kuasa dua [Wb/ l adalah panjang konduktor dalam meter I adalah arus dalam konduktor itu dalam ampere [nota: Unit SI bagi ketumpatan fluks adalah dalam tesla (T)]

Jika magnet-magnet medan bagi suatu penjana arus terus diuja dengan arus terus dan arus terus dibekalakan kepada armature, mesin ini menjadi sebuah motor arus terus. Armature ini akan berputar dan menukarkan kuasa elektrik kepada kuasa mekanik.

Arah d.g.e

Rajah 1: Menggambarkan daya mekanik pada suatu konduktor

D.g.e balik bagi sebuah motor Apabila sebuah motor arus terus sedang berjalan, konduktor-konduktor armaturenya memotong garis-garis daya medan. Dengan pemotongan ini konduktor-konduktor itu menjana satu d.g.e yang bertindak menentang voltan yang dikenakan. D.g.e ini dipanggil sebagai d.g.e balik. Ianya berkadar dengan kekuatan medan dan berkadar dengan laju armature, tetapi sentiasa lebih kecil sedikit daripada voltan yang dikenakan. Rujuk rajah di atas yang menunjukkan d.g.e yang terjana dan arus yang dikenakan adalah bertentangan arah. Formula voltan bagi sebuah motor arus terus ialah: Di mana V adalah voltan yang dikenakan adalah d.g.e balik adalah susutan voltan dalam armature. Bagi sebarang motor tertentu dengan satu d.g.e tetap yang dikenakan, d.g.e balik itu akan mempunyai satu nilai tetap bagi suatu nilai arus armature tertentu, tidak kira berapa besarnya laju motor itu. E berkadar dengan fluks dan laju: Di mana adalah fluks per kutub dan Begitu juga, , dan adalah laju dalam perkisaran/s.

Oleh yang demikian, bagi sebarang pembebanan tertentu, fluks dan laju berkadar songsang antara satu sama lain. Dengan ini, jika fluks medan itu dikurangkan dengan mengurangkan arus dalam lilitan medan maka lajunya bertambah. Sebaliknya pula, jika medan itu dikuatkan dengan membesarkan arus medan, lajunya akan berkurangan.

1 Motor DC [aim5887]

Tork atau usaha putaran Tork yang dihasilkan oleh suatu konduktor tunggal ialah hasil darab daya mekanik yang mempunyai kecenderungan untuk menggerakkan konduktor itu di sekitar aci motor dengan jarak konduktor dari pusat aci tersebut. Tork total bagi sebuah motor ialah hasil tambah tork-tork berasingan bagi setiap konduktor. Tork bagi sebuah motor berkadar dengan fluks total dan berkadar dengan arus dalam armature, iaitu tork

JENIS MOTOR ARUS TERUS Terdapat tiga jenis yang biasa: Lilitan sesiri Lilitan pirau Lilitan majmuk.

Motor lilitan sesiri Apabila motor itu sedang berjalan, arus bekalan lalu menerusi kedua-dua armature dan medan yang sesiri.

Rajah 2: Motor arus terus lilitan sesiri

Rajah 3: Lengkugan ciri bagi arus terus lilitan sesiri

Lilitan sesiri ini biasanya adalah beberapa lilitan daripada dawai tolok besar yang sesuai. Lengkunganlengkungan tork dan laju lawan arus ditunjukkan dalam Rajah 3. Pada laju yang rendah itu adalah besar dan usaha putaran adalah besar mengikut kadarnya. Dengan ini, apabila memulakan motor untuk menentang beban, kedua-dua tork dan arus adalah besar. Apabila dimulakan tanpa beban, lajunya mempunyai kecenderungan untuk bertambah melampaui laju yang selamat bagi motor itu. Dari sini dapat dilihat bahawa sebuah motor jenis siri ini tidak boleh dijalankan tanpa beban. Motor jenis ini sesuai bagi kegunaan-kegunaan seperti penarikan, di mana motor-motor itu sentiasa tersambung kepada beban secara mekanik.

2 Motor DC [aim5887]

Motor lilitan pirau Arus menerusi lilitan medan adalah hampir tetap nilainya, dari tanpa beban kepada beban penuh. Dengan ini lajunya boleh dikatakan tetap di sepanjang julat beban.

Rajah 4: Motor arus terus lilitan pirau

Rajah 5: Lengkugan ciri bagi arus terus lilitan pirau

Torknya berkadar dengan arus, adalah lemah pada beban-beban rendah dan bertambah dengan bertambahnya beban (Rajah 5). Motor ini digunakan untuk kegunaan-kegunaan umum kerana ketetapan lajunya. Motor ini mempunyai satu tork permulaan yang baik dan digunakan untuk menjalankan alat jentera yang memerlukan suatu laju yang agak tetap pada semua beban sehingga penuh.

Motor lilitan majmuk Motor ini mempunyai lilitan medan pirau dan juga lilitan medan sesiri. (Rajah 6)

Rajah 6: Motor arus terus lilitan majmuk

Rajah 7: Lengkugan ciri bagi arus terus lilitan majmuk

Kesan daripada lilitan sesiri adalah lemah jika dibandingkan dengan kesan daripada lilitan pirau. Lilitan sesiri itu boleh disambung untuk menolong lilitan pirau [majmuk melonggik] atau menentang lilitan pirau tersebut [majmuk pembeza]. Mesin majmuk melonggok ini digunakan dalam kes-kes di mana berlaku pembebanan lampau yang berat dan mengejut seperti dalam mesin pengisar. Motor itu dipasang dengan sebuah roda pemutar yang berat dan apabila satu beban berat yang mengejut dialami oleh mesin itu, laju motornya berkurangan dan permintaan kuasa berat dibekalkanoleh roda pemutar semasa berputar perlahan., akibatnya mengurangkan permintaan kuasa mengejut pada sesalur. 3 Motor DC [aim5887]

Motor majmuk pembeza akan memberikan laju yang boleh dikatakan tetap pada semua beban normal. Manakala beban itu bertambah dan laju motor itu sebagai sebuah motor pirau mempunyai kecenderungan untuk menurun, lilitan sesiri itu akan melemahkan medan dan mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan laju seterusnya memberikan satu laju mantap di sepanjang julat beban tersebut. Rajah 7 menunjukkan lengkungan-lengkungan tork dan laju yang tipikal bagi motor jenis ini. Namun motor jenis ini jarang digunakan.

PEMULA MOTOR Bagi semua motor arus terus, kecuali motor yang sangat kecil, diperlukan satu rintangan pemula. Oleh kerana rintangan bagi armature motor itu sangat rendah dan jika tidak disambungkan sesiri dengan armatue itu, satu arus yang besar dan merosakkan akan mengalir melauinya. Rintangan ini mempunyai nilai ohm yang secukupnya bagi menghadkan arus permulaan kepada suatu nilai yang selamat. Rintangan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, yang boleh dipisahkan keluar satu demi satu bila laju motor itu meningkat dan d.g.e balik memainkan peranannya untuk mengurangkan arus armature. Pada laju penuh keseluruhan rintangan pemula itu akan terpisah keluar dari litar. Kebanyakkan pemula dilengkapkan dengan alat-alat keselamatan, iaitu satu pelantik beban lampau dan suatu pelantik tanpa beban.

Rajah 8: Pemula motor bagi motor pirau arus terus

KAWALAN LAJU Melalui formula bahawa jika fluks ditetapkan, maka laju itu berkadar dengan d.g.e balik dan dengan ini secara hampir berkadar dengan voltan V yang dikenakan. Kawalan sesiri Satu rintangan sesiri yang disambungkan dalam litar armature motor akan memotong voltan yang dikenakan kepada armature dan dengan ini mengurangkan laju motor itu. Kaedah ini tidak menjimatkan dan jarang digunakan untuk motor-motor pirau dan majmuk. Kawalam medan Jika voltan bekalan itu ditetapkan, fluks dan laju berubah secara songsang antara satu sama lain. Dengan itu perubahan laju diperolehi secara songsang antara satu sama lain. Dengan itu perubahan laju diperolehi degan mengubah-ubahkan nilai arus dalam lilitan pirau sama ada bagi sebuah motor majmuk atau sebuah motor pirau. Satu rintangan pengatur medan ditunkukkan dalam Rajah 4 dan Rajah 6. Memotong rintanagn tersebut akan meningkatkan arus medan, meningkatkan fluks dan seterusnyamengurangkan laju. Melemahkan medan dengan menambahkan kemasukan rintangan tersebut akan meningkatkan laju.

4 Motor DC [aim5887]

Dalam motor sesiri, kesan melemahkan medan itu diperolehi dengan menyambungkan satu rintangan pelencong yang merentasi lilitan medan tersebut seperti Rajah 2.

MENYONGSANGKAN ARAH PUTARAN BAGI SEBUAH MOTOR ARUS TERUS Sambungan bagi lilitan medan atau sambugan bagi armature itu mestilah disongsangkan. Motor sesiri Rajah 9(a) adalah gambarajah bagi sebuah motor sesiri dengan atrah putarannya diandaikan mengikut arah jam.

Rajah 9: Menyongsangkan arah putaran bagi motor sesiri arus terus. Rajah 9(b) menunjukkan sambungan-sambungan kepada medan itu disaling-tukarkan, memberikan putaran yang disongsangkan. Rajah 9(c) menunjukkan kaedah lain bila sambungan-sambungan pada berus-berus itu disaling-tukarkan. Motor pirau Rajah 10(a) hingga (c) menunjukkan dua kaedah lain bagi menyongsangkan putaran sebuah mptor pirau.

Rajah 10: Menyongsangkan arah putaran bagi motor pirau arus terus. Motor lilitan majmuk Cara paling mudah menyongsangkan arus putaran bagi motor majmuk ialah dengan menyongsangkan sambungan-sambungan kepada armature seperti Rajah 11(a) adan (b). Penyongsangan sambungan medan melibatkan kedua-dua lilitan pirau dan sesiri, sepeti yang ditunjukkan dalam Rajah 11(c)

Rajah 11: Menyonsangkan arus putaran bagi motor majmuk arus terus

5 Motor DC [aim5887]

Motor antara kutub Antara kutub adalah kuktub-kutub kecil yang dipasang di antara kutub-kutub utama sebuah motor atau penjana yang mana fungsinya ialah untuk menolong memberikan ketukartertiban [komutasi] tanpa cucuhan pada semua beban. Lilitan bagi kutub-kutub ini disambungkan sesiri dengan armature. Dalam kesemua arahan di atas, lilitan-lilitan antara kutub hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada litar armature. Dengan ini sambungan-sambungan bagi antara kutub itu hanya tersongsang bila sambungansambungan armature itu disongsangkan.

6 Motor DC [aim5887]