Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PROJEK KECERIAAN - MURAL SEKOLAH KEBANGSAAN YAN KECHIL

PADA: 30 JUN 25 JULAI 2013 TEMPAT: BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH KEBANGSAAN YAN KECHIL

Disediakan Oleh: NAMA PELAJAR: MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON NO. K/P: 901225-08-6131 PROGRAM: PISMP MATEMATIK SEMESTER 8 SEKOLAH INTERNSHIP: SEKOLAH KEBANGSAAN YAN KECHIL

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Yan Kechil NAMA PROJEK : Keceriaan - Mural TEMPOH PELAKSAAN: 30 Jun 25 Julai 2013

Pada 30 Jun 2013, saya dan rakan internship telah mencadangkan untuk menjalankan projek mural di bengkel kemahiran hidup. Dalam projek ini, saya dan rakan telah memberikan kerjasama dengan melibatkan diri secara langsung untuk memastikan projek ini dapat dijayakan seperti yang diharapkan. Projek mural ini telah dicadangkan berdasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai. Antara objektif yang telah digariskan ialah : Membuka minda murid-murid supaya suka pada lukisan Membentuk sahsian murid-murid supaya bersama-sama menghargai lukisan Memupuk sifat berbudi bahasa dan sopan santun dalam kalangan muridmurid. Menceriakan persekitaran suasana bangunan sekolah

Atas inisiatif kami pada Internship kali ini, saya dan rakan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah mencadangkan untuk bekerjasama dalam projek

mural ini dan memastikan projek ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Melalui perbincangan yang dibuat bersama mentor kami iaitu En. Zolkapli, kami diberikan peluang untuk bertanggungjawab untuk menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan. STRATEGI PELAKSANAAN: Sebelum : Pada 30 Jun 2013 saya dan rakan saya, Muhamad Faris Bin Mohd Yusni telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Yan Kechil untuk menjalani intership kami selama sebulan di sini. Kedatangan kami pada kali ini di sekolah ini adalah untuk melaksanakan 3 projek yang akan dikendalikan oleh kami sendiri. Oleh itu, kami berdua telah membuat perbincangan mengenai projek yang bakal dilaksanakan dalam tempoh sebulan kami di sini. Selepas mendapat kata sepakat, kami bercadang untuk membuat mural di dinding bengkel kemahiran hidup yang pada kebetulannya, guru kemahiran hidup juga meminta tolong kami untuk membuat mural di situ bagi memenuhi ruang dinding yang masih kosong. Tanpa melengahkan masa, kami mula menyediakan kertas kerja projek untuk diberikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Yan Kechil bagi mendapatkan persetujuannya. Selain itu, memaklumkan bahawa kami memerlukan sedikit bantuan dari segi kewangan untuk membeli bahan-bahan membuat mural seperti cat warna dan berus. Kami bersyukur kerana projek ini diluluskan dan pihak sekolah bersetuju dengan kos perbelanjaan yang telah kami nyatakan dalam kertas kerja ini.

Semasa : Pada 2 Julai 2013, kami mula melaksanakan projek ini dengan melayari internet untuk mencari gambar-gambar yang sesuai untuk dilukis di dinding bengkel kemahiran hidup. Oleh kerana ini merupakan kali pertama saya dan rakan saya, Muhamad Faris membuat mural, kami cuba mendapatkan gambar-gambar yang mudah untuk dilukis dan diwarnakan tetapi sekali gus dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Oleh disebabkan kekangan masa yang mana kami sibuk dengan minggu persiapan untuk hari kejohanan balapan kali ke 33 pada minggu pertama intership, kami berpendapat untuk melakar lukisan terlebih dahulu sebelum mendapat bekalan cat warna. Kami telah mewarnakan dinding tersebut dengan warna biru kerana latar belakang lukisan tersebut adalah berwarna biru. Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai tanggung jawab lain seperti kelas ganti dan sebagainya. Pada minggu berikutnya, kami terpaksa memberhentikan aktiviti menyiapkan mural pada sementara waktu. Hal ini adalah kerana, kami perlu menyertai persiapan untuk hari kejohanan sukan tahunan sekolah. Tambahan pula, kesemua daripada kami adalah terlibat secara lansung dalam aktiviti sukan tahunan sekolah. Walaupun begitu, pada minggu selepas berlansungnya acara sukan tahunan sekolah, kami berlima meneruskan aktiviti mewarna mural pada dinding sekolah sehingga selesai.

Selepas :
Mural tersebut akhirnya berjaya kami siapkan pada minggu ketiga internship. Mural yang dihasilkan itu begitu menarik minat guru-guru dan murid kerana mural tersebut melambangkan keceriaan kawasan sekolah. Kami amat berpuas hati dengan hasil yang telah kami siapkan. Akhir sekali, kami menyembur spray pengilat di atas mural yang telah kami siapkan. Ini adalah bertujuan supaya warna pada lukisan mural tersebut tidak luntur dan pudar sekiranya terkena panas dan hujan. Setelah siap keseluruhan mural tersebut, kami bersama-sama telah bersepakat untuk mengemas dan menbersihkan peralatan yang telah digunakan. Bagi kami , adalah penting untuk membersihkan peralatan supaya ia akan dapat digunakan lagi pada masa akan datang. Oleh yang demikian, setelah selesai keseluruhannya, kami perlu mendapatkan pengesahan daripada guru besar . setelah mendapatkan pengesahan daripada tuan guru besar, kami berbincang utuk menyiapkan laporan keseluruhan projek yang telah kami jalankan. Secara keseluruhannya, aktiviti melukis mural ini memberikan banyak faedah kepada kami kerana kami dapat mengeluarkan idea dalam menghasilkan sesuatu lukisan yang menarik. Ini sekaligus memberikan keceriaan kepada persekitaran sekolah. Guru sekolah ini juga banyak memuji kami semua kerana telah menghasilkan sesuatu yang menarik dan sesuai dengan persekitaran sekolah. Akhir sekali, kami

berharap agar murid-murid sekolah dapat melihat dan menjaga persekitaran sekolah agar kelihatan lebih ceria dan menarik.

REFLEKSI Berdasarkan projek yang dijalankan, saya telah mengenalpasti beberapa kekekuatan dan kelemahan yang terdapat sepanjang saya dan rakan terlibat dalam menyiapkan projek ini: 1)Kekuatan Projek / Aktiviti Rakan praktikum terlibat dan memberikan kerjasama untuk memastikan projek ini siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepanjang projek dijalankan, guru-guru yang lain datang untuk melihat perkembangan projek kami dan memberikan cadangan kepada kami. Lukisan yang kami pilih bersesuaian dengan kanak-kanak malah murid-murid ini sangat menyukai dan memuji lukisan yang kami lukiskan. Kos perbelanjaan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan telah memudahkan kerja kami untuk menyiapkannya. 2) Kelemahan projek/aktiviti Cuaca yang tidak mengizinkan pada hari-hari tertentu telah menyebabkan kami terpaksa menangguhkan kerja mengecat. Program yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti kejohanan balapan dan

padang juga telah menyebabkan kami terpaksa menangguhkan projek mural ini selama seminggu. Terdapat lukisan yang kami lukis agak susah untuk diwarnakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa akan datang. Antaranya ialah: Memilih lukisan yang bersesuaian dan mudah untuk diwarnakan dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pemilihan kawasan bersesuaian supaya dapat menceriakan kawasan.

KESIMPULAN Dengan izin daripada Ilahi projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan tiada sebarang masalah. Semua perancangan awal dilaksanakan dan memberi respon dan kejayaan yang positif. Semua pihak yang terlibat berpuas hati dan gembira dengan hasil kerja masing-masing. Semoga projek sebegini dapat diteruskan supaya samasama menceriakan tempat belajar iaitu sekolah. Saya juga berharap pengalaman yang ditimba dapat digunakan apabila berada di alam pekerjaan yang sebenar nanti.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

______________________ (Mohammad Falakhuddin Bin Haron) Guru Praktikum Program Internship, Sekolah Kebangsaan Yan Kechil

______________________________ (En. Zolkapli Bin Ahmad) Mentor Program Internship, Sekolah Kebangsaan Yan Kechil

Dokumentasi Sepanjang Projek Mural

1.0 Ruangan dinding yang kosong

2.0 Guru pelatih bekerjasama dalam mewarnakan lukisan

3.0

Hasil lukisan yang telah siap diwarnakan