Anda di halaman 1dari 16

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

TAJUK 1.

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI 1.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Konsep dan Definisi Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB), Kepentingan KAUB dan Teori-teori Pembelajaran KAUB.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. memahami dan menghuraikan konsep dan definisi Kemahiran Asas Untuk Berdikari. 2. Menyatakan kepentingan KAUB kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. 3. memilih dan menghuraikan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian dengan KAUB.

1.2 KERANGKA TAJUK

Pengenalan Kepada KAUB Bentuk-Bentuk Kemahiran Hidup Yang Sesuai

Konsep dan Definisi KAUB

Kepentingan KAUB

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

1.3

Pengenalan Seseorang murid yang dilahirkan normal atau berkeperluan khas perlu

diajar untuk menguruskan dirinya sendiri terutamanya kemahiran untuk berdikari. Seseorang murid dengan keperluan khas boleh dididik hingga mereka mampu untuk menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain. Memberikan pendidikan seperti kemahiran hidup kepada semua muridmurid merupakan satu keperluan dan menjadi satu tanggungjawab sosial tanpa mengira sama ada mereka dari kalangan murid-murid normal ataupun muridmurid berkeperluan khas. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup ini bertujuan untuk mengembangkan keupayaan murid-murid normal atau murid-murid berkeperluan khas dalam bidang-bidang tertentu secara amali. Kemahiran hidup boleh dikuasai melalui penguasaan kemahiran secara praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan keupayaan pelajar. 1.4 Definisi dan Konsep Kurikulum Kemahiran Hidup untuk murid-murid bermasalah permbelajaran diwujudkan yang mana dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksible, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid-murid bermasalah pembelajaran. Di negara-negara Barat, murid-murid bekeperluan khas ini dilatih dengan baik dan berkesan sehingga mereka dapat menyumbang sesuatu untuk negara sebagai tenaga pekerja. Konsep yang baik ini perlu diterapkan dan dilaksanakan dengan sebaiknya demi masa depan murid-murid khas tersebut. Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB) merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu berkeperluan khas untuk membolehkannya

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

mengalami kehidupan yang selesa serta dapat bersosial dalam persekitarannya dengan selamat dan dapat diterima dengan baik oleh orang lain. KAUB juga membolehkan seseorang murid mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat. Ia juga dapat membantu dan menjamin kesihatan yang baik sepanjang masa. Murid-murid dengan keperluan khas perlu menunjukkan suatu imej yang baik supaya ia dapat diterima oleh setiap orang yang berada di sekelilingnya. Maka KAUB dapat membantu seseorang murid itu untuk menjaga imej diri sendiri serta untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang guru pendidikan khas supaya mendidik dan melatih murid-muridnya dalam aspek KAUB. Setiap orang guru pendidikan khas perlu mempunyai ilmu dan kemahiran serta mengetahui kaedah-kaedah mengajar dan mendedahkan KAUB kepada murid-murid berkeperluan khas ini. Komponen ini memberi fokus kepada latihan-latihan dan kemahiran untuk membolehkan murid bermasalah pembelajaran berdikari. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan lebih yakin. KAUB bermatlamat melahirkan insan berdikari yang memahami dan mengenal teknologi dan ekonomi. Mereka juga mempunyai sifat yakin, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik. Kemahiran urus diri pula berfokus kepada perkembangan sosial, hidup berkeluarga,penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga. Manakala kemahiran pra-vokasional membolehkan murid kenalpasti bentuk KH, pra-vokasional dan asas vokasional yang sesuai dengan tahap kefungsian dan keupayaan mereka.

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

1.5

Kepentingan KAUB kepada murid-murid masalah pembelajaran. Murid-murid pendidikan khas perlu diajar dan dididik untuk berdikari. Ini

membolehkan mereka melaksanakan tugas harian dengan sempurna, teratur, sistematik dan tanpa banyak bergantung hidup kepada orang lain. Amalan berdikari membolehkan murid-murid pendidikan khas membiasakan diri dengan kehidupan sebenar sebagaimana orang lain. Murid-murid pendidikan khas juga perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dari segi emosi, rohani, jasmani dan juga fizikal. Keupayaan yang terpendam dalam diri juga dapat dilatih serta boleh digunakan dalam kehidupan harian. Komponen pengurusan diri membolehkan murid: 1.5.1. Berdikari dalam menjalani aktiviti harian. Menjalani aktiviti kehidupan

harian merupakan faktor penting kepada setiap manusia dimuka bumi ini. Aktiviti harian merangkumi pelbagai aspek daripada mengurus diri hinggalah kepada urusan keluarga, dan kehidupan berumah tangga. Dalam hal ini, murid-murid berkeperluan khas perlu diberi pendedahan serta tunjuk ajar yang sesuai dengan tahap dan keupayaan mereka mengenai aktiviti seharian yang perlu mereka lakukan. Antara aktiviti seharian yang perlu diberi perhatian dalam melatih murid-murid pendidikan khas ini untuk berdikari adalah: Aspek urus diri. Menyikat dan mendandan rambut. Memilih dan memakai pakaian. Menyediakan makanan dan minuman untuk diri sendiri. Mencuci dan membasuh pinggan mangkuk. Menggunakan tandas dengan cara yang betul. Membeli makanan di kantin sekolah. Mengemas beg sekolah. Melaksanakan kerja rumah tanpa di arah. Dapat menyertai pebagai aktiviti dalam pembelajaran tanpa dipaksa.

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Perkara lain yang difikirkan perlu oleh guru dan murid sangat perlu dilatih.

1.5.2. Menyediakan dan menghadapi pelbagai situasi sebenar. Murid pendidikan khas perlu dilatih menghadapi sesuatu situasi sebenar supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan melibatkan dirinya dalam keadaan tersebut seperti: Menyediakan makanan dan minuman. Membasuh dan mencuci pakaian. Mengemas tempat tidur. Mengemas bilik atau rumah Membeli makanan dan keperluan harian. Apek situasi sebenar seharian yang difikirkan perlu oleh guru.

Ini bertujuan untuk melatih murid pendidikan khas dan menyediakan diri untuk menghadap isituasi sebenar. Latihan dan tunjuk ajar yang diberi akan membiasakan diri mereka dan membolehkan mereka berdikari tanpa terlalu bergantung pada orang lain seperti ahli keluarga. 1.5.3. Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk diri dan persekitaran. Murid-murid pendidikan khas perlu dilatih untuk mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri yang baik untuk diri sendiri dan juga persekitaran. Kesedaran tentang kepentingan dan penjagaan kebersihan serta kesihatan perlu diterapkan agar mereka dapat hidup dengan lebih sihat dan tahu menjaga kebersihan persekitaran sebagaimana orang biasa lakukan. Ini bertujuanuntuk memberikan: Keselesaan diri murid dan orang persekitaran mereka. Hidup tanpa berpenyakit. Menjalani aktiviti harian tanpa sebarang gangguan. Membantu rakan dalam menikmati kehidupan yang selesa.

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

1.5.4 Guru

Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan berperanan dalam memastikan murid pendidikan khas dapat

sebenar. mengaplikasikan kemahiran asas berdikari dalam bilik darjah. Pengapplikasian pengetahuan tersebut membolehkan murid khas dapat menikmati suatu pembelajaran yang bermakna dan selesa. Ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sangat baik serta membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang baik. Antara kemahiran atau pengetahuan berdikari yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah seperti: Menjaga kebersihan dan amalan kebersihan dalam bilik darjah. Menjaga keselamatan peralatan dan perabot dalam bilik darjah. Melibatkan diri dengan rela dalam tugasan menjaga kebersihan dan keselamatan dalam bilik darjah. Sentiasa mengikuti peraturan tanpa diarah dan dipaksa. Melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan rela. Melaksanakan tugasan dengan kerelaan hati. Sentiasa mengamalkan sikap menghormati guru dan rakan di dalam kelas. Bersopan dan bertatasusila dalam bilik darjah.

Aktiviti 1: Jawab soalan-soalan di bawah: 1. Mengapa KAUB diajarkan kepada murid pendidikan khas? 2. Nyatakan kepentingan KAUB? 3. Murid pendidikan khas dilatih menghadapi situasi sebenar. Apakah contoh situasi tersebut?

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

1.6.

Bentuk-Bentuk Kemahiran Hidup Yang Sesuai Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas Guru Pendidikan Khas haruslah bijak memilih dan mengenal pasti aktiviti-

aktiviti atau kemahiran-kemahiran hidup yang bersesuaian dengan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Semasa merancang dan melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup bagi murid-murid berkeperluan khas, guru tidak perlu meletakkan terlalu banyak hasil pembelajaran bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini disebabkan murid-murid berkeperluan khas tidak mungkin dapat menguasai terlalu banyak hasil pembelajaran dlm satu-satu masa. Hasil pembelajaran yang sedikit dan bersesuaian dengan murid-murid akan membolehkan guru memfokuskan kepada sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan. Peranan guru Pendidikan Khas semasa mengenalpasti bentuk kemahiran hidup yang sesuai bagi murid-murid berkeperluan khas; Menentukan hasil pembelajaran, aktiviti dan kemahiran yang bersesuaian degan murid-murid Memberikan arahan yang jelas, (mudah difahami) tepat dan tersusun bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan. Galakkan tumpuan murid-murid pada aktiviti atau kemahiran yang hendak diajar Mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap ketidakupayaan murid-murid Guru Pendidikan Khas perlu bijak memilih kemahiran atau aktiviti yang sesuai untuk diajar kepada murid-murid bekerperluan khas. Antara bentuk-bentuk aktiviti atau kemahiran hidup yang sesuai untuk diajar kepada murid-murid berkeperluan khas adalah;

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Cara-cara menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan rumah tangga Menjaga keselamatan diri di rumah, bilik darjah dan tempat awam Kemahiran-kemahiran asas untuk hidup berdikari (KAUB)

1.6.1 Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri, Bilik Darjah Dan Rumah Tangga Aspek ini merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran yang lain. Aspek-aspek yang diberikan perhatian adalah kemahiran asas untuk menjaga kebersihan diri dan berdikari. Penguasaan kemahirankemahiran ini dapat membantu murid-murid khas dalam perkembangan sosial, kehidupan berkeluarga, penjagaan diri, kebersihan bilik darjah dan rumah tangga. a) Amalan Kebersihan Diri. Bagi murid-murid berkeperluan khas, mereka tidak dapat mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri dengan sempurna disebabkan oleh ketidakupayaan mereka. Murid-murid ini perlu mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain seperti ibu bapa, ahli keluarga, guru dan rakan. Amalan menjaga kebersihan diri ini harus di didik dengan sempurna dari awal lagi supaya ia menjadi suatu kebiasaan dalam diri murid-murid berkeperluan khas. Semasa dalam kelas, guru pendidikan khas bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas supaya mereka mampu berdikari. Amalanamalan kebersihan diri yang perlu ditunjuk ajar kepada murid-murid berkeperluan khas ialah; Kebersihan Diri Sendiri Rupa Kesihatan Badan Rambut Gigi

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Tangan Kaki Kasut

b) Amalan Kebersihan Bilik Darjah. Manakala dalam aspek pengurusan bilik darjah program Pendidikan Khas, tanggungjawab pengurusan bilik darjah adalah banyak bergantung kepada usaha dan inisiatif guru itu sendiri. Bilik darjah murid-murid berkeperluan khas perlu sentiasa disusun dan dihias dengan sebaiknya agar kelihatan menarik dan ceria. Susun atur perabot serta lain-lain peralatan di dalam bilik darjah perlu mengambil kira jumlah atau bilangan murid dan keadaan ketidakupayaan mereka. Perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam usaha pengurusan bilik darjah bagi murid-murid bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut Segala perabot seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain harus disusun mengikut kesesuaian bilik darjah Hiasan yang munasabah di dalam dan luar bilik darjah harus difikirkan dan diusahakan Pastikan ruang pengudaraan di dalam kelas dalam keadaan yang baik Kebersihan di dalam dan di luar bilik darjah harus diutamakan Pastikan juga faktor keselamatan di bilik darjah dititikberatkan seperti menyediakan alat pemadam kebakaran dan memastikan sistem pendawaian elektrik dalam keadaan yang baik Cuba elakkan bilik darjah dari segala gangguan pandangan, bunyi dan bau yang kurang menyenangkan Pastikan segala peralatan dan perabot yang berada di dalam bilik darjah berada di bawah seliaan guru

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Peralatan elektrik seperti kipas, lampu, plug dan alain-lain di dalam bilik darjah dapat berfungsi dengan baik Dinding bahagian dalam atau luar bilik darjah seeloknya dihiasi dengan lukiasn dinding atau mural. Kawasan luar bilik darjah sebaiknya dihias dengan tanaman bunga atau taman mini.

c) Amalan Kebersihan Rumah Tangga. Murid-murid berkeperluan khas perlu dilatih supaya mereka dapat

memainkan peranan dalam usaha menjaga keselesaan dan kebersihan dalam rumah tangga. Murid-murid ini perlu diajar cara-cara dan tujuan membersihkan rumah, faktor-faktor yang akan mempengaruhi keselesaan dalam runah serta aspek pembersihan dalam rumah.

1.6.2 Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah, Bilik Darjah Dan Tempat Awam Sebagai guru Pendidikan Khas seharusnya peka untuk memastikan keselamatan murid-murid berkeperluan khas terjamin semasa mereka berada di sekolah. Peranan Ibu bapa sangat penting untuk menjamin keselamatan muridmurid semasa berada di rumah dan di tempat awam. Walau bagaimanapun pendedahan dan pengajaran yang sewajarnya dapat membantu dan membolehkan murid-murid berkeperluan khas ini mengenal pasti dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjaga keselamatan diri mereka. a). Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah. Aspek-aspek menjaga keselamatan di rumah boleh diajar kepada muridmurid melalui aktiviti penerangan, lakonan, tayangan video dan lain-lain kaedah yang difikirkan berkesan. Antara aspek yang perlu dititik beratkan semasa mengajar keselamatan diri dirumah adalah seperti Jadual 1.3 dibawah;

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Jadual 1.2 : Aspek-aspek Yang Perlu Dititikberatkan Dalam Menjaga Keselamatan Diri Di Rumah. Aspek Keselamatan Kawalan Dan Keselamatan Kepentingan Murid-murid berkeperluan khas perlu diajar bahawa mereka juga perlu memainkan peranan yang penting dalam aspek keselamatan di rumah. Pintu pagar perlu sentiasa ditutup untuk mengelakkan orang-orang yang tidak dikenali dan binatang masuk. Pakaian perlu disimpan di tempat yang sesuai supaya tidak mudah kotor dan berhabuk, mudah dicari ketika memerlukannya. Semua perabot perlu disusun dengan kemas dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai. Cara ini dapat mengelakkan penghuni rumah daripada terlanggar prabot dan juga mengelakkan kecederaan diri dan kerosakkan kepada perabot Peralatan lain seperti barang-barang eletrik perlu diletakkan ditempat yang sesuai. Apabila menggunakan peralatan ini, murid-murid perlu cermat supaya tidak mencederakan diri atau merosakkan peralatan tersebut. Semua perkakas memasak perlu disimpan dalam kabinet atau laci (ditempat yang selamat) supaya tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain dan perlu dipastikan berada dalam keadaan yang selamat. Barangan berharga dan barang kemas perlu disimpan di tempat yang selamat atau tidak mudah diceroboh oleh orang lain. Ini penting untuk mempastikan barangan tersebut tidak mudah hilang

Pakaian

Perabot

Peralatan

Perkakas Memasak

Barangan Berharga / Barang Kemas

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

b).

Menjaga Keselamatan Diri Di Bilik Darjah Bilik darjah adalah suatu tempat di mana proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dapat dilaksanakan di sesebuah sekolah. Ianya merupakan ruang bilik yang sepatutnya dilengkapi dengan segala kemudahan seperti perabot, peralatan P&P, serta diambil kira dari segi kesesuaian binaan dan keselamatannya. Bilik darjah perlu sentiasa dijaga dan diurus dengan sempurna agar proses P&P dapat dijalankan dengan selesa. Aspek keselamatan diri pelajar di bilik darjah perlu diterapkan dalam diri pelajar supaya ia akan menjadi amalannya setiap masa. Antara perkara-perkara yang boleh diajar adalah; Keselamatan kemudahan fizikal dalam bilik darjah, buku-buku, beg dan barangan peribadi murid-murid Menjaga keselamatan BBB / BBM yang diletak dalam bilik darjah Sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah dan mematuhi arahan guru atau ketua kelas sama ada semasa keluar dan masuk kelas, perlaksanaan aktiviti dalam kumpulan, menyertai sebagainya. Awasi pergaulan pelajar di dalam kelas perlu sentiasa supaya tidak terlalu bebas yang mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan pergaduhan dan kecederaan. Manakala dalam aspek pengurusan bilik darjah program Pendidikan Khas, tanggungjawab pengurusan bilik darjah adalah banyak bergantung pada usaha dan inisiatif guru itu sendiri. Bilik darjah murid-murid berkeperluan khas perlu sentiasa disusun dan dihias dengan sebaiknya agar kelihatan menarik dan ceria. Susun atur perabot serta lain-lain peralatan di dalam bilik darjah perlu mengambil kira jumlah atau bilangan murid dan keadaan ketidakupayaan mereka. Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam pengurusan bilik darjah bagi murid-murid bermasalah pembelajaran: pertandingan, permainan dan

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Segala perabot seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain harus disusun mengikut kesesuaian bilik darjah Hiasan yang munasabah di dalam dan luar bilik darjah harus difikirkan dan diusahakan Pastikan ruang pengudaraan di dalam kelas dalam keadaan yang baik Kebersihan di dalam dan di luar bilik darjah harus diutamakan Pastikan juga faktor keselamatan di bilik darjah dititikberatkan seperti menyediakan alat pemadam kebakaran dan memastikan sistem pendawaian elektrik dalam keadaan yang baik

Cuba elakkan bilik darjah dari segala gangguan pandangan, bunyi dan bau yang kurang menyenangkan Pastikan segala peralatan dan perabot yang berada di dalam bilik darjah berada di bawah seliaan guru Peralatan elektrik seperti kipas, lampu, plug dan alain-lain di dalam bilik darjah dapat berfungsi dengan baik Dinding bahagian dalam atau luar bilik darjah seeloknya dihiasi dengan lukiasn dinding atau mural. Kawasan luar bilik darjah sebaiknya dihias dengan tanaman bunga atau taman mini.

c).

Menjaga Keselamatan Diri Di Tempat Awam Aspek keselamatan diri di tempat awam perlu didedahkan kepada murid-

murid perkeberluan khas kerana mereka dapat faham perkara-perkara yang sepatutnya tidak boleh dilakukan semasa berada di tempat awam. Antara aspekaspek keselamatan di tempat awam ialah; Peraturan melintas jalan raya atau semasa berada di jalan raya Peraturan semasa menggunakan kenderaan awam Peraturan semasa berada di pusat beli-belah

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Peraturan semasa berada di tempat hiburan, taman bunga, taman rekerasi dan sebagainya. Tertib makan dan minum semasa berada di tempat makan, restoran, menghadiri jamuan, perayaan dan sebagainya. Tertib apabila bercakap dan bersosial semasa berada di tempat-tempat tertentu seperti rumah ibadat, hospital, rumah kematian dan sebagainya.

1.6.3 Kemahiran-Kemahiran Asas Untuk Hidup Berdikari (KAUB) Selain mendidik dan melatih murid-murid pendidikan khas berkenaan cara-cara menjaga kebersihan diri, rumah tangga, bilik darjah dan cara-cara menjaga keselamatan diri dan di tempat awam, seorang guru juga perlu memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk hidup berdikari. Murid-murid ini perlu disedarkan bahawa semasa mereka masih kanakkanak lagi, ibu bapa dan ahli keluarga hanya dapat membantu mereka dalam segala aspek pada tahap minimum sahaja. Apabila mereka dewasa kelak mereka harus hidup berdikari seberapa yang boleh supaya tidak menyusahkan orang lain. Demi mencapai tujuan ini, bilik darjah merupakan tempat yang sesuai bagi anda sebagai guru untuk mendidik dan melatih murid-murid pendidikan khas ini untuk berdikari Aspek / Bidang Mengurus Diri Membeli / Menyediakan Makanan Dan Minuman Kemahiran Yang Perlu Diajar Menjaga kebersihan diri, mandi, gosok gigi Amalan pergi ke tandas apabila perlu Menyikat rambut, menjaga kebersihan rambut Amalan semasa kedatangan haid (murid-murid perempuan) Menyediakan sarapan yang ringkas seperti membakar roti, merebus telor, sapu jem dan sebagaiannya. Menyediakan makanan seperti telur goreng, ikan goreng, mi segera dan lain-lain Menyediakan minuman untuk dirinya seperti

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Memakai Pakaian

teh, kopi, minuman sejuk dan lain-lain Dapat membeli makanan untuk keperluan dirinya semasa berada di kantin sekolah atau apabila perlu Membuat pesanan makanan semasa berada di dalam restoran atau kedai makan. Dapat memilih pakaian sehariannya seperti pakaian sekolah, pakaian semasa di rumah, pakaian dalam Memakai pakaian dalam dan pakaian termasuk membutangkan dan menzipkan pakaian tanpa bantuan orang lain Kemahiran Yang Perlu Diajar Amalan membasuh pakaiannya sendiri seperti stoking, seluar dalam, baju dalam, sapu tangan dan sebagainya Membawa pakaian ke tempat mencuci pakaian di rumah untuk dibasuh Melakukan kerja-kerja baik pulih prabot yang ringkas Melakukan kerja memaku dan sebagainya Mengamalkan sikap menyimpan wang (menabung) Menyimpan wang dalam tabung Membuka akaun di bank Dapat menyimpan wang perbelanjaan harian Dapat menggunakan kemudahan awam seperti bas, teksi, LRT, komuter dan lain-lain untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain Boleh kenal pasti jenis kemudahan awam yang perlu dinaiki Boleh menggunakan telefon awam

Aspek / Bidang Membasuh Pakaian Kemahiran Vokalsional

Menyimpan Wang

Menggunakan Kemudahan Awam

Aktiviti 2 : Jawab soalan-soalan di bawah: 1. Apakah bidang kemahiran hidup yang sesuai untuk murid pendidikan khas? 2. Senaraikan amalan kebersihan diri yangt perlu diajarkan kepada murid pendidikan khas? 3. Apakah pertimbangan guru dalam pengurusan bilik darjah pendidikan khas.

PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

1.7.

Penutup

Kesimpulannya, KAUB merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid pendidikan khas untuk membolehkannya mengalami kehidupan yang lebih selesa, mampu bersosial, berdikari dan mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat serta dapat menjaga imej diri sendiri yang akan memberi jaminan ke arah penerimaan masyarakat sekeliling dengan lebih baik dan kehidupan yang lebih bermakna.