Anda di halaman 1dari 2

CONTOH PROGRAM PERJUMPAAN MINGGUAN PENGAKAP

Masa 3.00 petang hingga 4.00 petang ( 1 jam)

Setiap Perjumpaan hendaklah dimulakan:


1. Laung Agung
2. Menaikkan Bendera Malaysia/ Negeri Perak
3. Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Perak – Mengikut Bendera yang dinaikkan
4. Doa
5. Taklimat Akela/ Pemimpin

( Masa yang ditetapkan ialah 15 minit )

Bil. Aktiviti Catatan


1 Melafazkan Persetiaan pengakap/ Undang-undang dan 15 minit
Rukunegara secara kumpulan dan individu – Untuk ujian
keahlian.
2 Asas Kawad: 15 minit
Masuk baris...!!
Senang Diri.... Jaga Sedia....!!
Ke kiri pusing... ke kanan pusing.....!!
Ke belakang Pusing....!!
3 Latihan Istiadat Bendera: 20 minit
Melipat dan menarik tali bendera.

4 Latihan Ikatan: 20 minit


Sediakan tali Nylon sepanjang 1 meter
1. Ikatan Buku Sila 5. Simpul Manuk
2. Bunga Geti 6. Ikatan Seraya
3. Tindih Kasih 7. Ikatan Silang Tungku
4. Lilit Balak dan sebagainya
5 Pertolongan Cemas: 20 minit
1. Anduh
2. Holger Nelson
3. Luka kecil
4. Membina Pengusung
6 Membina Gajet: 20 minit
1. Barang – Tripot
2. Rak kasut
3. Ampaian dan sebagainya.
7 Mengumpul Bahan: Buku Skrap dan sebagainya 20 minit
1. Jenis-jenis daun
2. Jenis batu
3. Jenis Biji
4. Jenis Bunga
8 Memasak Makanan & Minuman: 30 minit
1. Air panas
2. Roti Lilit
3. Nasi / nasi goreng
4. Menggoreng Telur/ Kentang dan sebagainya
9 Mengetahui Nama VIP: 30 minit
1. Pesuruhjaya pengakap Perak: Tn. Shahrudin Isa
2. Pesuruhjaya Daerah Manjung : Tn.Md Ramli Hussin
3. Menteri Besar Perak/ Sultan dan Menteri lain-lain.
10 Semakkan Buku Log: 1 atau 2 hari khas.
Memberi Penerangan cara menyiapkan Buku Log atau
pun diadakan pada satu hari lain yang dikahskan untuk
semakan/ melengkapkan buku Log – Untuk ahli-ahli
yang akan mengambil ujian Keris Perak dan Emas saja.
11 Latihan mendidikan Khemah/ pondok 1 jam
1. Yang menggunakan ikatan dan buluh /kayu
2. menggunakan bahan terbuang seperti kotak atau kain
pelikat/batik/ plastik alas meja
12 Isyarat Sulit Pengakap: 20 minit
1. Saya sudah pulang
2. Ikut arah ini
3. 3 langkah ada surat tertanam
4. Tunggu di sini
5. Dan sebagainya
13 Membina Kraf: 40 minit
1. Layang-Layang
2. Benda dari buluh / Botol Plastik dsb
14 Membaca Bearing Kompas: 20 minit
1. Pada Peta
2. kawasan lapang
15 Latihan Halangan Komando: 30 minit
1. Memanjat tali 5 meter
2. Merangkak
3. Meniti
4. Melaompat / terjun dan sebagainya
Peringatan:
1. Pilihan aktiviti adalah mengikut skima pengakap.
2. Elakkan dari aktiviti bertulis setiap minggu kerana akan membosankan ahli pengakap.
3. Setiap perjumpaan di selitkan lagu pengakap selama 5 minit
4. Boleh juga diadakan permainan kecil untuk menyeronokan.
5. Setiap perjumpaan akan diakhiri dengan Istiadat Menurunkan Bendera oleh
Kumpulan Bertugas.

Susunan RAMLAN BIN HUSSIN


Pengerusi Latihan
Pengakap Daerah Manjung