Anda di halaman 1dari 3

Laporan Amali 6 TAJUK : EKSPERIMEN BANDUL

SEBELUM AKTIVITI 1. Bagaimana bandul menggerakkan jam ? Ada dua jenis jam bandul. Jenis pertama menggunakan tenaga yang berasal dari gerakan rantai dan beban. Jenis kedua menggunakan tenaga graviti. Baik jam graviti atau jam rantai mempunyai mekanisme pemain. Pada bahagian pemutar ini terdapat roda-roda gerigi yang saling bertautan. Di antaranya roda gerigi penunjuk detik, minit, dan jam. Tidak ketinggalan pula roda-roda gerigi untuk bilah-bilah pada penunjuk waktu. Pada jam bandul yang mempunyai kemudahan lengkap, terdapat juga roda gerigi penunjuk hari dan bulan. Kerana tidak menggunakan bateri, jam bandul bekerja dengan memanfaatkan tenaga graviti . Bandul mempunyai peranan penting. Poros bandul ini berkaitan dengan bahagian yang berfungsi untuk menggerakkan roda gerigi penunjuk detik, minit, jam, dan seterusnya. Tanpa adanya gerakan bandul jam tidak dapat menunjukkan waktu dengan betul. Bila bandul atau pendulum berhenti bergerak, automatik jam bandul akan mati. Itu sebabnya, sebelum bandul berhenti, rantai beban harus ditarik ke posisi semula. Gerakan rantai akibat graviti akan memainkan roda utama yang selanjutnya

menggerakkan bandul dan memutar roda gigi. Biasanya rantai harus ditarik 23 hari sekali.

2. Galileo mengambil masa untuk mengira denyutan nadi dengan menggunakan ayunan
chandelier di Pisa, Italy semasa beliau berbaring. Cuba fikirkan cara yang lain untuk mengambil masa ayunan bandul tanpa menggunakan jam. Dengan menggunakan peristiwa yang berulang secara seragam seperti : Jam pasir Titisan air Jam lilin

AKTIVITI KEMAHIRAN PROSES Akitiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Edarkan lembaran kerja eksperimen dan model eksperimen. Kaji tugasan dan jelaskan kepentingan mengawal pembolehubah. Minta setiap kumpulan menyediakan pembentangan eksperimen secara formal. Pembentangan seharusnya pembentangan visual dan mewakili kerja keseluruhan kumpulan. Apabila kita mengkaji perkaitan antara dua pemboleh ubah tertentu, salah satu daripadanya (pemboleh ubah dimanipulasikan) diubah. Perubahan dalam pemboleh ubah ini akan menyebabkan perubahan-perubahan dalam pemboleh ubah bergerakbalas.Dalam sains, mengawal pemboleh ubah bermaksud menjadikan sesuatu pemboleh ubah itu malar. Dalam sesuatu penyiasatan, untuk memerhati hubungan antara dua pemboleh ubah, salah satu daripadanya dimanipulasi bagi menghasilkan perubahan dalam pemboleh ubah kedua.Pada masa yang sama, pembolehubah lain yang mungkin akan mempengaruhi keputusan akan dimalarkan. Tindakan ini dinamakan prose mengawal pemboleh ubah Pemboleh ubah yang biasa digunakan di sekolah dinamakan pemboleh ubah dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan.

Kepentingan mengawal pemboleh ubah : Untuk merancang eksperimen Untuk memahami sesuatu eksperimen yang dijalankan Untuk membuat hipotesis Untuk mendapat keputusan eksperimen yang jitu

Anda mungkin juga menyukai