Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Selama bertahun-tahun, IQ telah diyakini menjadi ukuran standard kecerdasan, namun sejalan dengan tantangan dan suasana kehidupan moden yang serba kompleks, ukuran standard IQ ini memicu pendebatan sengit dan sekaligus menggairahkan dalam kalangan akademisi, pendidik, praktisi bisnis dan bahkan publik awam, terutama apabila dihubungkan dengan tingkat prestasi hidup seseorang.

Daniel Goleman (1999), adalah salah seorang yang mempopularkan jenis kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai faktor penting yang dapat mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, yakni kecerdasan emosional, yang kemudian kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).

Steiner (1997) menjelaskan kecerdasan emosi adalah suatu kemampuan yang dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri terekspresikan untuk meningkatkan maksimal etis sebagai kekuatan pribadi. Senada dengan definisi tersebut, Mayer dan Solovey (Goleman, 1999; Davies, Stankov, dan Roberts, 1998) mengungkapkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk memadu pikiran dan tindakan.

Berbeza dengan pendapat sebelumnya, Patton (1998) mengemukakan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara efektif

guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif dan dapat meraih keberhasilan. Sementara itu Bar-On (2000) menyebutkan bahwa kecerdasan emosi adalah suatu rangkaian emosi, pengetahuan emosi dan kemampuan-kemampuan yang mempengaruhi kemampuan keseluruhan individu untuk mengatasi masalah tuntutan lingkungan secara efektif.

Dari beberapa definisi tersebut ada kecenderungan erti bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri, kemampuan mengolah emosi dengan baik pada diri sendiri dan orang lain.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE)

Kompetensi Kecerdasan Emosi


Kompetensi Sendiri
Pengurusan Kawalan kendiri

Kompetensi Sosial

Kesedaran kendiri

Motivasi kendiri

Kesedaran sosial

Kompetensi sosial

KEPENTINGAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE)

Berupaya menguruskan perasaan dan emosi negatif diri dengan baik

Menwujudkan dan menguruskan hubungan yang baik

Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi

Mempunyai tingkah laku terkawal dan mematuhi disiplin

Mempunyai empati dengan memahami emosi dan pandangan orang lain

Memperoleh pencapaian akademik yang baik

Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi


Kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memtivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE). Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi kepada seseorang pelajar bukan saja untuk memahami perasaan diri dan orang lain malah pentingnya memanfaatkan emosi dan mengurus hubungan. Dengan kompetensi kecerdasan emosi yang ada pada seseorang pelajar, para pelajar ini berupaya menguruskan perasaan dan emosi negatif diri dengan baik. Dia sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya. Oleh itu, dia dapat mengawal emosi marah, emosi kecewa, emosi tertekan dan emosi benci dalam dirinya. Bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi, apabila marah, maka dia boleh berfikir secara rasional dalam masalah atau rintangan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Dia boleh memahami dan mengenalpasti pencetuspencetus yang boleh menjadikannya hilang akal seperti kata-kata dan perlakuan orang lain yang menyinggungkan perasaan. Dengan itu, pelbagai masalah dapat diselesaikan secara bermuafakat tanpa perasaan marah. Pelajar yang berupaya menguruskan emosi kecewa dirinya akan sentiasa berfikiran terbuka terhadap keputusan yang dicapai dan tidak melakukan perkara yang bodoh. Dia tidak akan kecewa dan yakin terhadap perkara yang dilakukan pada masa yang akan datang. Seseorang pelajar akan tenang dan positif semasa tertekan. Dia akan berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan serta

lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri dalam melakukan segala perkara. Pelajar akan hidup dengan gembira dan senang hati tanpa tekanan. Masalah sosial seperti vandalisme tidak akan berlaku jika emosi tertekan dapat dikawal dengan baik. Emosi benci yang biasanya mendatangkan masalah sosial dan disiplin sekolah tidak akan timbul kerana pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi dapat menguruskan emosi benci dengan baik. Secara tidak langsung keharmonian antara guru dan pelajar dapat diwujudkan. Kompetensi kecerdasan emosi penting untuk menjadikan seseorang pelajar mempunyai tingkah laku terkawal dan mematuhi disiplin. Para pelajar ini akan bertanggungjawab atas prestasi diri. Dia mempunyai komitmen dan menunaikan janji. Contohnya, dia akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran seharian dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik serta menyerahkan tugasan pada masa yang tepat. Seseorang pelajar turut akan bersifat amanah dengan mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Secara tidak langsung, pelajar akan bertindak secara beretika mengikut peraturan. Pelajar akan mementingkan masa dengan tidak berkeliaran di kawasan sekolah, makan di kantin di luar waktu rehat serta datang lewat ke sekolah. Pelajar juga akan mementingkan soal kekemasan diri seperti tidak berambut panjang atau berfesyen rambut keterlaluan. Tingkah laku seperti ponteng dan lari dari rumah juga tidak akan dilakukan oleh pelajar berkenaan. Seseorang pelajar akan mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain serta menunjukkan tingkah laku yang terkawal.

Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Seseorang pelajar dapat memperoleh pencapaian akademik yang baik melalui dimensi pengawalan emosi, dimensi kecerdasan emosi motivasi, dimensi kecerdasan emosi empati, dan dimensi kecerdasan emosi kemahiran interpersonal. Seseorang pelajar itu mempunyai keupayaan mengawal emosi dengan tidak akan bertindak secara gopoh. Mereka lebih tabah dan tenang dalam menjalankan tugasan. Keupayaan mengawal emosi membolehkan pelajar menghadapi pembelajaran dengan lebih baik tanpa dipengaruhi unsur-unsur kerisauan, takut gagal atau tidak yakin pada diri. Seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi motivasi pula akan mempunyai dorongan untuk berjaya. Dia akan sentiasa berusaha

menambahsuaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Dengan itu dia akan lebih berkeyakinan dalam pembelajarannya dengan memberikan matlamat untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Bagi seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi empati, dia mempunyai sensitif terhadap persekitaran dan boleh menyesuaikan diri dengan perasaan seperti gembira, marah, sedih atau sakit hati. Para pelajar ini akan lebih disenangi oleh rakan dan akan mewujudkan suasana gembira untuk menghadapi pembelajaran yang secara tidak langsung meningkat pencapaian akademik. Di samping itu, seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran interpersonal lebih pandai bersosial. Mereka tidak akan menghadapi kesukaran

dalam menjalinkan hubungan dengan rakan sebaya, selalu bertindak secara positif dan akan membantu dalam pencapaian akademik yang baik.

Seseorang pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi mempunyai empati dengan memahami emosi dan pandangan orang lain. Para pelajar ini ada peningkatan kesedaran tetntang perasaan, kemahuan dan perihal orang lain. Dia memahami rakan-rakannya serta mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain dan mengambil berat tentang masalah mereka. Contohnya, dia peka kepada emosi orang lain dengan sentiasa bersedia mendengar, prihatin dan memahami perspektif pandangan orang lain serta memahami keperluan orang lain dengan memberikan bantuan.

Di samping itu, seseorang pelajar itu dapat menwujudkan dan menguruskan hubungan yang baik dengan orang lain melalui kemahiran sosial dalam kompetensi sosial. Kebolehan mengurus hubungan bertambah dalam daya menganalisis dan memahami hubungan antara orang. Dengan kecerdasan dalam kemahiran sosial, seseorang pelajar akan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan menyakinkan. Contohnya, tingkah laku seseorang pelajar yang sentiasa bertolakansur, bersedia mendengar dan mengalu-alukan perkongsian maklumat, memupuk komunikasi terbuka serta bersedia menerima makluman mahupun baik atau buruk. Tingkah laku ini telah membantu meningkatkan kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan

menyakinkan. Oleh itu, para pelajar dapat berinteraksi dengan rakannya secara

lebih mesra seterusnya memberikan peningkatan kerjasama, pertolongan dan perkongsian. Secara tidak langsung, hubungan yang baik sesama rakan-rakan dapat terjalin dan dikekalkan.

Seseorang pelajar juga akan dapat menyelesaikan konflik dan merunding perselisihan dengan lebih baik. Contohnya, dia akan mengesan dan mengambil tindakan yang bijak dengan timbang rasanya dipertingkatkan dalam

penyelesaian konflik dan perselisihan faham. Ini telah dapat membina hubungan mesra dengan orang lain tanpa emosi yang tidak terkawal.

Secara kesimpulanya, penguasaan kecerdasan emosi penting bagi seseorang pelajar untuk memahami emosi diri sendiri, mengurus emosi, memanfaatkan emosi, membaca emosi dan mengurus hubungan.

10

CARA MENINGKATKAN PENYUBURAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN PELAJAR

11

Pengurusan bilik darjah yang kondusif

~ Iklim bilik darjah ~ Rutin bilik darjah ~ Disiplin bilik darjah ~ Organisasi bilik darjah

Guru sebagai role model

Cara Meningkatkan Penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi

Kaedah pengajaran yang sesuai Permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Penggunaan bahan Resos

~ Pembelajaran kolaboratif ~ Pembelajaran koperatif

~ Gambar ~ Artikel atau tulisan ~ Bahan media audiovisual

Cara Meningkatkan Penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi dalam Kalangan Pelajar

Pengurusan bilik darjah yang kondusif boleh mempengaruhi tahap

12

pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi pelajar. Faktor-faktor seperti iklim bilik darjah, rutin bilik darjah, disiplin bilik darjah dan organisasi bilik darjah akan mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi ini.

Sebagai bakal guru, kita harus sentiasa berusaha menyediakan iklim bilik darjah yang ceria dalam kelas supaya pelajar seronok dan bekerja dalam keadaan optimum yang mendorongkan pemikiran bernas dan kreatif. Iklim bilik darjah bererti suasana dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Oleh itu, kita harus mengelakkan keadaan kelas yang gelap dan sempit akan menggangu suasana emosi dan fizikal pelajar. Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi emosi dan minat serta kecerdasan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad, dengki, memfitnah dan lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Secara tidak langsung pelajar akan berkembang dari segi sosial dan emosi dalam iklim bilik darjah yang positif dan membina.

Guru juga harus mengaturkan rutin bilik darjah yang sistematik dengan peraturan dan pensisteman untuk menjalankan sebarang aktiviti supaya dapat menyemai perasaan tanggungjawab dan kerajinan. Contohnya, guru boleh menyediakan satu jadual tugas kelas. Dengan demikian setiap pelajar diberikan tanggungjawab serta kewibawaan untuk menjaga kebersihan kelas dan mengendalikan kelas. Secara langsung dan tidak langsung KKE dapat dibina

13

melalui interaksi yang berlaku semasa menjalankan tugas. Pelajar juga dapat memotivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu melalui rutin bilik darjah yang teratur.

Sebagai guru, dia harus melahirkan pelajar yang berdisiplin kerana akan individu yang berdisiplin mempunyai kompetensi personal seperti kesedaran emosi kendiri, penghormatan kendiri, keyakinan diri dan kesedaran ketepatan kendiri. Oleh itu, guru harus menyediakan disiplin bilik darjah yang baik dengan menuediakan peraturan bilik darjah serta membantu pelajar mengikutnya.

Penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi juga boleh ditingkatkan melalui organisasi bilik darjah. Bilik darjah perlu diorganisasikan dengan teratur dari segi pentadbirannya. Perlantikan pelajar sebagai ketua kelas, penolong kelas, setiausaha, bendahari, dan ahli-ahli jawatankuasa tentu akan memberi perasaan tanggungjawab dan berorientasi gol. Pentadbiran kelas harus dianggap sebagai satu persatuan di mana pelajar bekerja dalam suasana demokrasi. Tugas guru perlu lebih kepada peranan fasilitator dan peranan pelajar perlu diutamakan supaya kompetensi-kompetensi personal dan sosial dapat diperkembangkan. Cara meningkatkan penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi adalah guru perlu memainkan peranan sebagai role model. Guru sebagai role model adalah untuk mencerminkan kompetensi kecerdasan emosi iaitu kompetensi personal dan sosial. Gaya cakap, bertindak dan mengurus pengajaran dan pembelajaran semuanya diperhatikan oleh pelajar dan mereka akan belajar atau

14

ikutnya. Jadi adalah penting supaya guru sentiasa menunjukkan subkompetensi seperti kawalan emosi, kebolehpercayaan, ketekunan, optimis, motivasi kendiri dan lain-lain yang berkenaan dengan kompetensi personal. Ciri-ciri kompetensi sosial yang perlu juga ditunjukkan ialah empati, membangunkan orang lain, melayani kepelbagaian, kepimpinan berinspirasi dan membina perhubungan. Dalam kelas, terdapat pelbagai peluang untuk guru menekankan nilai-nilai murni yang merupakan kompetensi personal dan sosial. Contohnya, melayani kepelbagaian pelajar melalui layan saksama terhadap pelajar lemah, miskin atau kurang upaya. Bahasa dan ayat yang digunakan haru menunjukkan sikap adil, saksama dan mesra. Selain itu, kaedah pengajaran yang sesuai juga boleh digunakan untuk mempromosi nilai-nilai yang baik iaitu meningkatkan kompetensi personal dan sosial pelajar. Guru boleh menggunakan teknik-teknik atau strategi pengajaran seperti memberikan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif. Pembelajaran Kolaboratif dapat memberi peluang kepada pelajar supaya bercampur gaul dengan rakan-rakan dalam kumpulan lain dengan bekerjasam antara sesama ahli kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Dalam melakukan sesuatu tugasan, setiap kumpulan boleh berkolaborasi supaya kongsi maklumat untuk mendapat isi kandungan yang lebih mantap. Dalam proses mencari maklumat dan membincang serta menghujah dan meneliti isi-isi, pelajar perlu berinteraksi sosial dan menggunakan kompetensi personal dan sosial supaya tidak ada banyak konflik atau perselisihan faham hasil daripada

15

kekasaran dalam percakapan atau mudah tersinggung atau pemonopolasian oleh pelajar yang dominan dan sebagainya. Pemberian pembelajaran koperatif pula bertujuan untuk meningkatkan kerja kumpulan dan berinteraksi sosial di antara ahli-ahlinya. Guru perlu mengambil peluang untuk menyemai nilai-nilai dan kompetensi personal dan sosial di kalangan pelajar semasa aktiviti pembelajaran koperatif dikendalikan. Contohnya, guru boleh mendengar pertuturan pelajar dan menegur sebarang penyelewengan, menyelesai masalah konflik jika timbul pada langkah serta penimbulan daya kepimpinan mengikut keadaan perlu diakui dan diberi peluang untuk berkembang lagi. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan. Oleh itu, pemberian pembelajaran koperatif merupakan kaedah mengajar yang dapat menyemaikan kompetensi kecerdasan emosi. Di samping itu, untuk meningkatkan penyuburan Kompetensi Kecerdasan Emosi dalam kalangan pelajar, guru juga boleh mengadakan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Permainan mempunyai banyak kebaikan dari segi pedagogi untuk mengajar atau membelajar sesuatu. Ia memberi elemen keseronokan dalam pembelajaran yang akan menjadikan pembelajaran atau pengajaran lebih berkesan dan mudah diterima. Permainan biasanya melibatkan interaksi antara dua atau lebih individu. Kompetensi Kecerdasan Emosi memainkan peranan penting sekiranya pelajar tidak pandai mengurus emosinya dan juga tidak mempunyai kemahiran sosial yang sesuai, tentu akan

16

mewujudkan banyak perselisihan faham dan ketidakpuasan. Pelajar juga dapat tahu cara untuk menangani kegagalan atau kemenangan serta perasaan empati atau budaya bekerja secara berpasukan. Permainan seperti main peranan, permainan kad, kuiz atau aktiviti cergas lain bukan sahaja dapat

memperkembangkan minda tetapi juga boleh meningkatkan kompetensi kecerdasan emosi. Sebagai guru, dia harus bijak mengaplikasikan penggunaan bahan resos untuk mencungkil ciri-ciri emosi yang baik daripada pelajar. Sebagai contoh, jika guru hendak mengajar tentang perasaan empati, penggunaan gambar mangsa perang, gempa bumi atau sebarang malapetaka dunia boleh mencapai tujuannya. Perbincangan tentang keadaan mangsa akan melahirkan perasaan kasihan, empati dan kompetensi sosial lain seperti berorientasikan perkhidmatan, kerja berpasukan atau membina perhubungan dapat dipraktikkan melalui kerja sukarelawan. Artikel atau tulisan yang menyentuh perasaan yang boleh lahirkan perasaan seperti cinta, semangat patriotisme, sikap optimisme atau

memotivasikan boleh dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan secara tidak langsung, guru boleh semaikan kompetensi personal di kalangan pelajar. Guru juga boleh menyediakan bahan media audio-visual yang mempunyai kuasa tinggi untuk menyentuh emosi individu. Contohnya, filem jenis jenaka atau tragedi atau berunsur nilai keluarga semuanya mempengaruhi emosi penonton. Dengan menggunakan bahan resos seperti ini pada masa-masa

17

tertentu guru dapat melatih dan menyedarkan pelajar tentang emosi dan kepentingan mengawal emosi serta meningkatkan kompetensi kecerdasan sosial.

18

KESIMPULAN
Kecerdasan emosi adalah diwarisi daripada keturunan dan dipengaruhi oleh budaya manusia. Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh berubah. Kecerdasan emosi boleh dinilai berdasarkan inventori kompetensi kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi bukan statik dan boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial.

Kecerdasan emosi berkaitan rapat dengan kemahiran belajar. Cabaran dan desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan keperluan kehidupan yang sangat mencabar. Pembentukan jati diri guru perlu diberikan penekanan. Satu komponen dalam jati diri ialah pemupukan tahap Kecerdasan Emosi dalam diri guru agar mereka mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang terlibat dalam profesion perguruan malah dalam kehidupan seharian. Keupayaan Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin

kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang tertentu. Didapati bahawa tanpa kekuatan dalam Kecerdasan Emosi, sesuatu individu tidak dapat membuat penilaian kendiri dengan baik supaya dia dapat bertindak dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi dan cabaran yang dihadapinya. Dengan mempunyai kefahaman tentang Kecerdasan Emosi dan

kepentingannya kepada seseorang individu khasnya seorang bakal guru. Dengan kefahaman ini bakal guru dapat menangani masalah personaliti dan

19

peribadi yang timbul hasil daripada interaksi dengan orang lain. Kesan ini akan dilihat daripada peningkatan dalam kemahiran inter dan intra personal yang dapat membolehkan seseorang itu berfungsi sebagai ahli masyarakat yang berkesan. Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang dan riang dan sebaliknya. Tahap pencapaian KKE guru akan menentukan tahap pencapaian KKE di kalangan pelajar melalui pengwujudan suasana bilik darjah yang menyokong perkembangan emosi secara sihat. Seseorang guru yang berkesan dan berjaya adalah seorang yang dapat menangani emosi negatifnya dengan cara yang sihat dan berkesan.

20

REFLEKSI
Tugasan ini telah mencetuskan pemikiran serta meningkatkan kefahaman saya tentang KKE. Dalam setiap tugasan yang dijalankan, saya tentu akan menghadapi masalah seperti tidak memahami tajuk tugasan. Ini akan mencetuskan perasaan marah saya. Sekiranya saya tidak menangani emosi marah saya itu dengan baik, saya mungkin akan menyelesaikan tugasan saya dengan sebarangan. Tindakan ini merupakan sikap yang tidak

bertanggungjawab. Oleh itu, saya harus menguruskan emosi negatif saya dengan bijak agar menghasilkan tugasan yang baik. Melalui tugasan ini, saya telah memahami kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi bagi seseorang pelajar mahupun seseorang bakal guru. Sebagai seorang bakal guru, saya harus mengaplikasikan pengetahuan Kecerdasan Emosi untuk pembelajaran sepanjang hayat. Pada suatu hari nanti, saya akan berhadapan dengan masalah kerja di sekolah, hubungan dengan rakan sejawat dan masalah anak-anak murid di sekolah. Oleh itu, dengan pengetahuan tentang Kecerdasan Emosi, saya dapat menangani masalahmasalah yang dihadapi secara bijak dengan kawalan emosi yang baik. Dengan lebih memahami tentang kompetensi sosial, saya tahu

pentingnya menguasai kemahiran sosial dalam kerja berpasukan. Oleh itu, dalam tugasan seterusnya terutama bagi tugasan berkumpulan, saya harus menguruskan emosi diri secara bijak. Saya harus bertolakansur, bersedia mendengar dan menerima pandangan daripada ahli kumpulan lain. Ini dapat

21

memberikan peningkatan kerjasama, pertolongan dan perkongsian. Secara tidak langsung, hubungan yang baik sesama rakan-rakan dapat terjalin dan dikekalkan. Saya juga tahu kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi dalam perhubungan dengan orang lain. Saya harus mengawal emosi diri seperti marah dalam menghadapi konflik dengan orang lain. Masalah konflik dan perselisihan faham sering berlaku pada diri kita dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya berpendapat kita harus berfikir secara rasional dengan memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh menjadikannya hilang akal seperti kata-kata dan perlakuan orang lain yang akan menyinggungkan perasaan. Dengan itu, pelbagai masalah dapat diselesaikan secara bermuafakat tanpa perasaan marah. Tahap pencapaian KKE guru akan menentukan tahap pencapaian KKE di kalangan pelajar. Saya ingin menjadi seorang guru yang berkesan dan Berjaya pada masa depan. Oleh yang demikian, saya harus belajar untuk menangani emosi negatif yang terdapat dalam diri saya dengan cara yang sihat. Kesimpulannya, saya telah mendapat banyak manfaat melalui tugasan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Haji Kharil Bin Sulaiman dan rakan-rakan saya yang telah banyak memberikan bantuan kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Sekian, terima kasih.

22

BIBLIOGRAFI
Sang, M. S. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor Darul Ehsan:

PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.


'ain, N. (n.d.). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dilayari pada 09/01/2010, dari Scribd: http://www.scribd.com/doc/25773293/1-0-Konsep-Kompetensi-Kecerdasan-Emosi-1-1Pengenalan. alongrunge. (2005/09/26). Kecerdasan Emosi smk penambang. Dilayari pada 09/02/2010, dari Scribd: http://www.scribd.com/doc/4861525/Kecerdasan-Emosi-smkpenambang. Becker, I. (2008/01/02). KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI. Dilayari pada 09/02/2010, dari http://id.shvoong.com/social-sciences/psychology/1736267kompetensi-kecerdasan-emosi/. hakimee. (2009/10/12). kompetensi kecerdasan emosi . Dilayari pada 09/ 03/2010, dari Scribd: http://www.scribd.com/doc/20931295/kompetensi-kecerdasan-emosi.

23

LAMPIRAN

24