Anda di halaman 1dari 9

S.M.K.

A NAIM LILBANAT SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

APA DIA JEREBU?

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia juga dianggap fenomena udara kering.

BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali

sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat).

Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.

DARI MANA SUMBER JEREBU?

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

BENTUK JEREBU

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."

PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU 0 - 50 51 - 100

Kualiti udara Baik Sederhana

101 - 200 Tidak sihat 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat

LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut. Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.

MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:


Kanak-kanak Orang tua Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:


Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat Iritasi di mata serta mata yang merah Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi Selalu minum air Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu,

dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk.

Kesan utama jerebu adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen.

Jerebu yang berterusan

juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan

memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.

Selain itu, jerebu juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Di samping itu, jerebu juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut"

Pada Ogos 2005 , kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.

Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu datang kembali seluruh Asia Tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat.

Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah - sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.

Pemandangan jerebu di KLCC pada tahun 2006

Pemandangan jerebu di kawasan Kuala Lumpur