Anda di halaman 1dari 10

Apa Itu LINUS ?

11. LATAR BELAKANG

1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRAs)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009. 2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012. 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006. 4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina. RASIONAL 5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. 6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi).

7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939. 8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. DEFINISI KONSEP 9. Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). 10. Definisi Literasi: Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

MATLAMAT 11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas. OBJEKTIF 12. Objektif Program Literasi Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan. 13. Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya: i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000; ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor; iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan; iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan. KUMPULAN SASARAN 14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama LINUS iaitu: i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;

ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif; iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru; iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti; v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira. 16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan September (jika perlu). 17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas. 18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi. 19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.

20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik.

21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah. Namun, pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya. 22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN 23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). 24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa. 25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan. KANDUNGAN PROGRAM 26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran. 27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam Lampiran 1. 28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam Lampiran 2.

BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI 29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini. 30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti. 31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). PELAPORAN 32. Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). PERJAWATAN 33. Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Program LINUS di sekolah. 34. Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah di sekolah bagi melaksanakan Program LINUS. PENUTUP 35. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.

http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.html

LINUS: Literacy And Numeracy Screening


National Key Result Areas (NKRAs) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah. Program LINUS Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan. Rasional Program LINUS: Masalah murid yang tidak mempunayi masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya: 1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006. 2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing. 3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2. 4. PROTIM selepas UPSR. KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah: Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September). Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI. http://www.skpa-bgnpinang.net/v2/buletin-skpa/131-program-linus-sekolah.html

Keputusan Tinjauan: Perlaksanaan KSSR, LINUS dan PBS Untuk Tahun 1 Bermula 2011 Membebankan Murid dan Guru Tahun 1
Share24 Pada 15 Disember 2010 satu tinjauan telah dilakukan oleh lamanwebinfo.com bertajuk Perlaksanaan KSSR, LINUS dan PBS untuk Tahun 1 Bermula 2011 Membebankan Murid dan Guru Tahun 1. Oleh kerana tinjauan ini diadakan selama 14 hari sahaja, maka jumlah pengunjung yang dapat membuat undian pun tidak ramai. Mengikut rekod blog ini hanya 43 orang sahaja yang berjaya untuk membuat undian. Daripada 43 orang itu, 33 orang (77%) bersetuju bahawa perlaksanaan serentak ketiga-tiga program (KSSR,LINUS dan PBS) itu membebankan guru dan juga murid Tahun 1. Manakala 8 orang (18%) pula tidak bersetuju dengan tajuk tinjauan. 2 orang (5%) lagi memilih tidak pasti. Jadi kesimpulannya, walaupun hanya 43 orang yang berjaya membuat undian dalam tempoh singkat itu, majoriti bersetuju bahawa perlaksanaan program-program tersebut secara serentak membebankan guru dan murid. Mungkin lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan bebanan ini. Sebenarnya ramai yang tidak tahu apa itu KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah), LINUS (Literasi dan Numerasi) dan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) untuk Tahun 1. Untuk pengetahuan guru-guru lain, LINUS telah dilaksanakan pada tahun ini manakala KSSR dan PBS pula akan dilaksanakan pada 2011 (tahun 1 sahaja) tahun 2 tiada KSSR dan PBS (mereka ada KBSR dan PLBS), Tahun 3-6 pula ada KBSR, PBS dan PLBS. Daripada taklimat yang saya ikuti saya dapati KSSR dan PBS ditambah dengan LINUS memang agak membebankan otak guru dan murid Tahun 1.

Pening-pening KSSR: Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Untuk Tahun 1 2011
Share9 Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dah dua minggu bermula (minggu 1- 3 ada Program Transisi) nampaknya dah mula memeningkan guru-guru. Bukannya masalah bagaimana nak mengajar tetapi bagaimana nak laksanakan Pentaksiran. Borang dan Format pentaksiran yang dijanjikan oleh (JU) jurulatih utama sampai sekarang belum ada. Setakat ini (yang pasti) hanya dalam Buku Panduan/Modul Pengajaran Muzik (KSSR) sahaja ada menyediakan Borang Pentaksiran mengikut Unit Pembelajaran. Manakala Panduan/Modul Pengajaran yang lain seperti Bahasa Melayu tiada menyediakan contoh Borang/Format Pentaksiran Murid. JU juga sebenarnyapun tak tahu apa yang perlu mereka beritahu pada guru-guru sebab merekapun dapat taklimat yang singkat dan kabur-kabur. Borang/format pentaksiran (jika tiada) kalau tak silap sayapun guru KSSR kena reka sendiri kut. Ada pula guru besar yang telah menghadiri taklimat KSSR dan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) tak tahu beza KSSR dan PBS. Apa tidaknya dalam KSSR ada pentaksirannya sendiri dan PBS pula pentaksiran jenis lain. Selain itu ada guru besar yang mengarahkan guru-guru KSSR (Tahun 1) untuk menyediakan Headcount sama macam Tahun 2 Tahun 6 (awal bulan Januari) . Tak tahulah. Ada guru kata tak payah tapi guru besar bagitau JPN dan PPD suruh buat. Ada pula PK (Penolong Kanan 1) yang menyatakan bahawa Headcount KSSR hanya perlu dibuat pada bulan Jun tapi guru besar berkeras bahawa ia perlu dibuat sama macam Tahun 2 Tahun 6. Yang jadi mangsanya ialah guru-guru Tahun 1. Dahlah pening dengan borang/format pentaksiran, dipeningkan pula dengan Headcount yang pendapatnya berbeza. Apapun kepada semua guru Tahun 1, anda perlulah bersabar kerana anda adalah Perintis Utama KSSR. Biasanya pada tahun pertama memanglah banyak masalah sebab pihak atasan tak nampak lagi masalah yang akan timbul.

Walaupun dulu dah ada perintis KSSR yang dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih sebelum ini tetapi ada laporan bahawa ia tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Mungkin tahun depan okaylah kut. Harap-harap begitulah hendaknya.

Keputusan Tinjauan: Perlaksanaan KSSR, LINUS dan PBS Untuk Tahun 1 Bermula 2011 Membebankan Murid dan Guru Tahun 1
Share24 Pada 15 Disember 2010 satu tinjauan telah dilakukan oleh lamanwebinfo.com bertajuk Perlaksanaan KSSR, LINUS dan PBS untuk Tahun 1 Bermula 2011 Membebankan Murid dan Guru Tahun 1. Oleh kerana tinjauan ini diadakan selama 14 hari sahaja, maka jumlah pengunjung yang dapat membuat undian pun tidak ramai. Mengikut rekod blog ini hanya 43 orang sahaja yang berjaya untuk membuat undian. Daripada 43 orang itu, 33 orang (77%) bersetuju bahawa perlaksanaan serentak ketiga-tiga program (KSSR,LINUS dan PBS) itu membebankan guru dan juga murid Tahun 1. Manakala 8 orang (18%) pula tidak bersetuju dengan tajuk tinjauan. 2 orang (5%) lagi memilih tidak pasti. Jadi kesimpulannya, walaupun hanya 43 orang yang berjaya membuat undian dalam tempoh singkat itu, majoriti bersetuju bahawa perlaksanaan program-program tersebut secara serentak membebankan guru dan murid. Mungkin lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan bebanan ini. Sebenarnya ramai yang tidak tahu apa itu KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah), LINUS (Literasi dan Numerasi) dan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) untuk Tahun 1. Untuk pengetahuan guru-guru lain, LINUS telah dilaksanakan pada tahun ini manakala KSSR dan PBS pula akan dilaksanakan pada 2011 (tahun 1 sahaja) tahun 2 tiada KSSR dan PBS (mereka ada KBSR dan PLBS), Tahun 3-6 pula ada KBSR, PBS dan PLBS. Daripada taklimat yang saya ikuti saya dapati KSSR dan PBS ditambah dengan LINUS memang agak membebankan otak guru dan murid Tahun 1.

Pelajar Tahun Satu Yang Gagal Ujian Khusus Akan Diasing


Share
Originally posted 2010-01-08 03:04:18. Republished by Blog Post Promoter

Mulai tahun ini, semua murid Tahun Satu akan menjalani Ujian Khusus selepas dua bulan memulakan persekolahan bagi menguji tahap penguasaan mereka dalam menulis, membaca dan mengira (3M) selaras dengan pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (Linus). Menerusi ujian itu, murid yang dikenal pasti lembap dalam pembelajaran akan dimasukkan ke kelas pemulihan, manakala yang mengalami kecacatan fizikal seperti masalah telinga atau mata ditempatkan di kelas pendidikan khas di sekolah sama. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program itu adalah antara empat inisiatif sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memperkukuhkan tahap literasi murid sekolah rendah daripada 87 peratus tahun lalu kepada 90 peratus tahun ini. Tiga lagi sasaran awal empat sub NKRA ialah meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah, melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan merangka insentif berbentuk kewangan serta bukan kewangan kepada pihak kepimpinan sekolah. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Mohd Dom menyatakan kaedah pemarkahan akan digunakan dalam ujian bagi murid Tahun Satu untuk menentukan sama ada pelajar berkenaan berupaya meneruskan pembelajaran dalam aliran perdana atau tidak.

Beliau berkata, murid yang lembap dalam pembelajaran berdasarkan keputusan ujian berkenaan, akan dimasukkan ke kelas pemulihan di sekolah sama sebelum dimasukkan semula ke aliran perdana. Selagi tidak pulih, murid berkenaan akan terus ditempatkan dalam kelas pemulihan sehingga mampu menguasai 3M. Sementara itu murid yang mengalami masalah fizikal yang disahkan doktor pula ditempatkan di kelas pendidikan khas untuk meneruskan pembelajaran, juga di sekolah yang sama. Beliau berkata, had maksimum penempatan murid itu dalam kelas pemulihan bergantung kepada keupayaannya menguasai semula 3M berdasarkan ujian yang akan diadakan dari semasa ke semasa. Program itu bagaimanapun tidak membabitkan penambahan waktu persekolahan kerana murid berkenaan dipindahkan ke kelas pemulihan atau pendidikan khas dan menjalani pembelajaran seperti rakan lain pada waktu sekolah.