Anda di halaman 1dari 32

LULU DAN MARJAN ANARIF

Bab 1
ARJAN merenung jalan raya di hadapannya dengan pandangan yang kosong. Beg buruk pemberian seseorang itu digalas kemas di bahu. Dia benar-benar tiada tujuan. Mana tidaknya, sudah berpuluh orang datang dan pergi di perhentian bas ini, cuma dia yang masih tersadai di situ. Nak naik bas, tak reti. Nak pergi mana, tak tahu pulak. Menyesal pulak keluar rumah tak risik kat mak tempat mana yang best. Sekurang-kurangnya, taklah tercangak-cangak macam orang bodoh kat sini. Marjan mengeluh panjang. Plan pun tak ada. Teruja sangat nak keluar rumah, tak fikir apa dah. Tau-tau dah tercampak kat sini. Takkan nak balik kut? Kang seisi tempat tu gelak kat aku. Piiirah... Marjan! Buat naya aje. Mana nak letak muka handsome ni kalau jadi macam tu? Marjan mengeluh panjang lagi. Hmmm... kena buat apa dulu? Cari kerja? Atau pergi mengurat dulu? Tak pun, pergi makan dulu. Eh, dah solat belum? Dah, dah. Lupa pulak. Argh! Nak buat apa ni? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alamak! Kenapalah aku sahut cabaran bodoh tu? Siap buat pengumuman pulak tu. Sah-sah kalau aku balik dengan tangan kosong kena penggal kepala punya. Tak pun mati sebab malu terlampau. Lamunannya terhenti disebabkan sebuah kereta mewah berhenti di tepi jalan, beberapa meter daripadanya. Seorang lelaki awal lima puluhan berbaju kemas keluar. Huh, dah muak aku tengok muka orang kaya macam ni. Mesti hampeh. Ceh! Aku ni tak hampeh la? Erk, syok sendiri pulak. Lelaki itu melintas jalan menuju ke bank di deretan bangunan kedai di belakang perhentian bas di mana Marjan masih tercangak-cangak. Marjan buat tidak kisah sahaja. Takkan nak pergi beramah mesra pulak? Sangat tak sesuai! Dompetnya dikeluarkan. Dikira berapa not seratus yang ada. Takut tak dapat kerja dalam masa terdekat ni, mati kebulur aku kang. Tujuh keping. Kalau tak ada duit pun, bukan aku tak ada kad bank. Melambak. Sebut aje bank apa, semua aku ada. Riak lagi! Aduh... dia menepuk dahi. Jam Rolex di tangan dikerling. Hampir pukul tiga petang. Hmmm... malam ni nak tidur mana pulak? Fikirnya sendiri. Dilihatnya lelaki tua tadi sudah berdiri di tepi jalan, mahu ke keretanya semula di mana pemandunya sedang setia menanti. Dari kejauhan, kelihatan sebuah motosikal menghampirinya. Marjan rasa tidak sedap hati. Dia turun ke tebing jalan, dua meter jaraknya daripada lelaki tua itu. Motosikal itu semakin hampir. Marjan sudah bersedia. Motosikal itu memecut, merampas beg bimbit lelaki tua itu. Sepantas kilat juga Marjan mengayunkan kakinya, mengenai motosikal itu yang sedang laju melintas di hadapannya. Hah! Strike! Motosikal itu terbabas, tersungkur betul-betul di hadapan perhentian bas itu. Marjan berlari-lari anak. Dikilas tangan peragut itu ke belakang. Oh, ada hati nak meragut ya? Hah, ambik kau! Beg saya! Marjan menoleh. Lelaki tua tadi. Beg bimbit yang diragut tadi dirampas kembali dan beg itu bertukar tangan, kembali kepada pemiliknya yang asal. Terima kasih, nak. Kalau anak tak ada tadi, pak cik tak tau la nak cakap apa. Terima kasih banyak banyak. Marjan tersengih. Tak apa, pak cik. Tanggungjawab saya. Minta maaf la saya nak tanya, kenapa pak cik tak masuk ke dalam sikit, kenapa berhenti tepi jalan macam ni? Kalau kat dalam tu, mungkin selamat sikit. Cewah! Biasalah, orang berpengalaman. Lelaki tua itu tersenyum nipis. Tenang wajahnya. Pak cik nak cepat. Anak pak cik dah tunggu kat rumah. Nanti dia bising pulak kalau pak cik lambat. Kalau masuk dalam tu, jauh kena pusing. Marjan terangguk-angguk macam burung belatuk.

Dato, Dato tak apa-apa? Seorang lelaki lain, muda sedikit daripada yang berpakaian kemas ini menghampiri mereka. Mesti driver dia. Saya tak apa-apa, Mat. Mujur ada anak muda ni. Ceh! Kembang kempis jantung Marjan mendengar pujian tu. Bukan lagi hidung. Marjan menoleh ketika mendengar suara orang mengaduh. Pak cik, nak buat apa dengan dia ni? Baru Marjan teringat akan mamat sengal ni kat sini. Lelaki itu terdiam, seperti berfikir. Aik, ni pun kena fikir ke? Hantar balai sudah! Pak cik rasa lepaskan aje la. Marjan terlopong. Nak lepaskan aje? Sia-sialah aku buat show tadi. Baik biar dia lepas dari tadi lagi. Hampeh betul! Pak cik, maafkan saya. Saya janji tak buat lagi. Peragut itu merayu. Marjan angkat tangan sebelah lagi. Eh, aku lesing kau, kang. Diam boleh tak? Orang-orang terhormat tengah bercakap ni! Lepaskan la dia. Tak apa. Lelaki tua itu meyakinkan Marjan. Dengan berat hati dan tidak ikhlasnya, Marjan melepaskan tangan lelaki itu yang dikilasnya. Aku nampak kau lagi, nahas kau aku kerjakan! Marjan memberi amaran. Peragut itu menghampiri lelaki tua itu, bersalaman. Adoi! Menyampah pulak aku tengok. Setelah habis adegan pagi raya di tengah-tengah bulan Zulhijah ini, peragut itu pergi meninggalkan mereka di situ. Apa pak cik boleh beri sebagai tanda terima kasih pak cik kepada anak? Oh, ya... terlupa pulak. Anak ni nama apa ya? Marjan sengih. Marjan, pak cik. Marjan? Pak cik, Safwan. Dato Safwan. Dah tau dah. Jadi, Marjan nak apa sebagai balasan kerana menyelamatkan pak cik tadi? Marjan garu kepala lagi. Dia perasan mata driver Dato Safwan merenungnya pelik. Aik, apa hal pulak driver tua ni? Pak cik, saya ikhlas. Tak apa, pak cik pergi la balik. Nanti anak pak cik bising pulak pak cik balik lambat. Eh, menghalau pulak aku ni. Macam tepi jalan ni aku yang punya. Kalau macam tu, nah, ini kad pak cik. Kalau Marjan perlukan apa -apa, datang jumpa pak cik. Sekeping kad keemasan dihulurkan. Wah! Aku tak pernah dapat lagi name card cun macam ni. Ni yang nak jugak ni. Terima kasih, pak cik. Okey, pak cik balik dulu. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Mereka berlalu. Marjan naik kembali ke perhentian bas. Berdiri seperti tadi. Dia menghantar mereka pergi dengan pandangannya. Name card di tangan, ditenung. Macam tahu aje aku nak buat apa dengan name card ni. Argh, malam nantilah call. Dikeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar. Telefon bimbit 3310. Hampeh betul budak ni! Dahlah ambik handphone aku, bagi handphone paling cikai dalam dunia ni kat aku. Kalau aku baling kat kepala dia, gerenti ICU seminggu. Huh! Dia mendengus perlahan. Dato Safwan... here I come!

Bab 2

Marjan sengih. Nak cakap apa ni? Suasana dingin pejabat Dato Safwan bukan sesuatu yang baru baginya. Errr... Kedah. Tipu ajelah. Kedah? Jauh tu. Kenapa Marjan datang KL? Nak cari kerja? Nak sara keluarga di sana? Sara keluarga? Mak bapak aku yang sara aku. Haraplah aku nak sara diorang. Errr... haah. Saya orang susah. Datang sini nak cari kerja. Ha ha ha, bohong lagi. Hmmm... pak cik rasa, pak cik ada kerja yang sesuai untuk Marjan. Ya ke Dato? Kerja apa? Bersemangat betul. Driver anak-anak pak cik. Boleh? Driver? Macam driver tua tu? Ah, bolehlah. Jangan memilih. Kau tu orang susah sekarang. Susahlah sangat! Errr... boleh jugak. Saya tak kisah, Dato... kerja apa pun tak apa. Asalkan saya ada kerja. Dah berminggu saya cari kerja. Bohong lagi! Hujung nanti, berkartonlah dosa kau, Marjan oi! Hmmm... kalau macam tu, Marjan boleh mula kerja esok. Datang rumah pak cik. Lagi satu, Marjan ada tempat tinggal? Ada! Tak ada, Dato. Saya tidur di masjid-masjid aje selama ni. Aduh, bohong lagi! Waaa... ampun, ampun! Hmmm... kalau macam tu, petang nanti tunggu saya di bawah. Kita balik ke rumah saya terus. Okey? Okey, Dato. Beres. Dato Safwan senyum lagi. Murah dengan senyuman betul Dato sorang ni. Baik pulak tu! Macam aku. Snap! Ha ha ha. Pak cik nak minta tolong boleh? Dahi Marjan berkerut. Dia nak mintak tolong dengan aku pulak? Errr... apa Dato? Marjan turut buat muka serius. Jangan panggil Dato. Panggil pak cik aje. Laaa... tu aje? Okey, okey. Terima kasih, pak cik. Okey. Jumpa nanti, ya. Okey... terima kasih banyak ya, pak cik. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Marjan keluar bersama senyuman lebar. Mak, Marjan dah ada kerja! Apa rasanya jadi driver orang, ya? Hmmm... tapi misi aku macam mana? Ah, mesti boleh jalan punyalah. Marjan berjalan keluar dengan senang hati. Tidak dipedulikan pandangan pekerja yang melihatnya. Macam kera dapat bunga. Mungkin itu pandangan mereka kepada dia.

ARJAN asal mana?

KERETA mewah yang dipandu oleh Pak Mat memasuki halaman rumah banglo tiga tingkat milik Dato Safwan. Cantik. Tapi tak setanding tempat akulah. Marjan, ini rumah pak cik. Marjan mengangguk. Enjin kereta dimatikan. Mereka keluar dari kereta. Seorang perempuan yang mungkin sebaya Pak Mat keluar mendapatkan Dato Safwan. Melawa bukan main. Bini dialah ni. Abang. Sah dah! Dia menyalami Dato Safwan.

Ifa, ni Marjan. Dia driver baru kita. Marjan senyum. Dan senyumannya berbalas, tetapi kenapa macam tak ikhlas aje? Ah, lantaklah. Duit suami dia yang bayar aku nanti, bukan dia! Kenapa kita ada dua driver pulak? Membazir la. Marjan terdengar bisikan itu, dia senyum sendiri. Ifa, dia yang tolong abang semalam. Dah, jom masuk. Marjan, mari masuk. Panggil Dato Safwan. Marjan angguk, mengikut langkah mereka. Dia perasan lirikan Datin Ifa namun tidak diendahkannya. Sama macam Pak Mat semalam. Apa hal diorang ni semua? Aku yang sikit punya handsome ni pun diorang nak jaki ke? Ha ha ha. Duduk, Marjan. Marjan duduk. Beg buruk yang tergalas di bahunya dialih ke pangkuan. Mak Min, bawakan air. Kita ada ahli keluarga baru. Arah Dato Safwan. Mak Min? Macam mak muda aje. Pak Mat dan Mak Min suami isteri dah lama kerja dengan keluarga kami. Ooo... suami isteri kat rumah ni. Tidak lama menunggu, datang seorang perempuan sebaya Pak Mat menatang dulang air. Mak Min, nanti kemaskan bilik kat bawah ni, ya. Marjan akan tinggal di situ mulai sekarang. Arah Dato Safwan. Mak Min mengangguk. Kemudian berlalu setelah air dihidangkan. Marjan, jemput minum. Marjan mengangguk seraya mencapai sebiji gelas berisi air. Anak-anak pak cik di kelas. Mereka tak balik dari kolej lagi. Selalunya, Pak Mat yang hantar dan ambil diorang. Sekarang, boleh Pak Mat rehat sikit sebab Marjan dah ada. Kereta pun banyak, tapi anak-anak pak cik semua malas nak memandu. Lesen bukan tak ada. Ooo, macam tu.... Angguk lagi. Ah, kepala aku ni dah macam berspring pulak. Pak Mat masuk menghampiri mereka. Marjan meneguk air. Pak Mat, mari minum dulu. Baik betul Dato Safwan ni. Hmmm... aku macam ni ke? Lebih dari tu kut! Ya, Dato. Pak Mat duduk di sisi Marjan. Turut minum. Datin Ifa diam, tidak bercakap apa-apa. Aik, marah kat laki ke, Datin? Dato, saya pergi dulu. Nak ambil Lulu dan Laila. Marjan terdiam. Lulu dan Laila. Dua orang anak Dato Safwan yang malas nak drive tu ke? Aku kena berterima kasih kepada diorang... kerana diorang, aku ada kerja. Eh, pak cik... apa kata saya pergi ambil? Pergh! Rajin betul nak mula kerja hari ni. Ha ha ha... beruntung betul dapat pekerja macam aku. Anak sapa la ni.... Dato Safwan memandang Marjan dan Pak Mat bersilih ganti. Pak Mat diam. Datin Ifa macam tidak setuju. Bagus jugak tu. Bawak kereta Pak Mat dulu. Nanti diorang tak cam pulak. Yes! Pak Mat teragak-agak hendak memberi kunci. Pak Mat, Pak Mat rehat la. Dah lama Pak Mat drive hari ni, arah Dato Safwan. Kunci kereta bertukar tangan. Marjan bingkas. Kolej Astana. Tunggu aje kat depan gate tu. Marjan hanya mengangguk apabila mendengar arahan Pak Mat. Pak cik akan telefon diorang beritahu kamu yang ambil, bukan Pak Mat. Dato Safwan menyeluk saku, mengeluarkan telefon bimbit.

Saya pergi dulu. Marjan minta diri.

ISY, kenapa tak ada pun yang datang ni? Ke diorang tunggu Pak Mat jugak? Ni yang tak puas hati ni! Tiba-tiba, cermin tingkapnya diketuk. Seorang gadis memeluk fail di tangan menjenguk. Dia menurunkan cermin tingkapnya. Nak apa? Siapa minah ni? Kacau betul! Bukak pintu. Saya Laila. Ops! Minta maaf, Cik Laila. Dia lantas membuka lock pintu. Laila masuk, membetulkan juraian rambutnya. Awak kena tunggu kat luar. Marjan renung Laila ikut cermin pandang belakang. Kenapa, Cik Laila? Sebab Lulu dah datang. Marjan menoleh ke kiri, mengikut lirikan Laila. Dari kejauhan, seorang gadis lain berlenggang ke arah mereka. Mak aih... minah ni. Pergi kolej ke pergi pertandingan ratu cantik? Mekap punya tebal, baju sikit punya daring. Ceh... Marjan, macam tak biasa tengok anak orang kaya gedik. Marjan keluar. Garu kepala lagi. Nak buat apa tunggu kat luar ni? Lulu tiba di kereta. Hei... driver, yang kau tercegat kat situ kenapa? Marjan tersentak. Aik, apasal pulak nak meletup tetiba ni? Ni boleh mendatangkan kemarahan, ni! Ya, cik. Marjan menghampiri Lulu. Muka cantik dah, tapi perangai, hampeh daaa.... Beza betul dengan Laila. Hah, tunggu apa lagi? Marjan termangu-mangu. Lulu semakin berang. Apa hal mamat ni bengong sangat? Bukak pintu la! Marjan melongo. Bukak pintu? Oh, pintu kereta.... Ceh! Cakaplah awal-awal! Pintu dibuka. Tiada terima kasih, Lulu masuk dengan jelingan tajam. Marjan tepuk dahi. Mampus nak mengadap minah ni hari-hari. Nasib kau la, Marjan!

Bab 3

K
mengerlingnya.

ERETA memasuki pekarangan rumah banglo tiga tingkat itu. Laila keluar, diikuti oleh Marjan. Dia melambung-lambung kunci di tangan, beriringan dengan Laila yang

Hei, awak dah lupa ke ada sorang lagi dalam kereta tu? Langkah Marjan terhenti. Dia menoleh, dan pandangannya menangkap renungan berapi Lulu menembusi cermin separa gelap kereta mewah itu. Marjan tepuk dahi lagi. Mampus! Hari pertama dah buat pasal. Kena pecatlah aku nampak gayanya. Marjan kembali ke kereta. Membuka pintu. Lulu keluar dengan dengusan kasar. Dasar driver lembap! Siap kau! Anggap aje la hari ni hari last kau kat sini! Aduh! Mampus aku! Baru nak menayang uniform aku kat budak sengal tu. Pintu kereta ditutup. Marjan berjalan ulang-alik di situ. Nak masuk ke tak? Kang masuk kena double rasengan pulak dengan Dato. Dengan Datin Ifa lagi. Isy, susah ni. Ah, tunggu ajelah diorang jerit aku kena pecat kat sini. Kurang sikit malu. Eh, tapi... beg buruk budak sengal tu kat dalam. Alamak, macam mana ni? Marjan garu kepala, serabut. Tidak pernah dia rasa berserabut seperti ini. Hidupnya senang dan tenang selama ini. Tiada gundah. Marjan mengeluh panjang. Bersandar di kereta. Matanya memandang tepat ke pintu rumah yang separuh terbuka. Menanti sesiapa keluar memberi berita buruk kepadanya. Beberapa ketika kemudian, Laila muncul di muka pintu. Awak, papa panggil masuk, makan. Dan dia menghilang kembali. Hah! Makan? Biar betul! Aku tak kena pecat ke? Yes! Dia bersiul-siul senang masuk ke dalam rumah. Semuanya ada di meja makan. Dinner ke? Wah, lagi awal daripada dinner time kat tempat aku ni! Dato Safwan terpandang Marjan yang baru masu k. Hah, Marjan. Mari minum petang. Ooo... minum petang. Eh, kejap. Mana beg buruk aku? Marjan berpusing ke ruang tamu, mencari beg lusuhnya. Atas sofa tak ada, bawah kusyen? Tak ada jugak. Apa kejadahnya aku lingkupkan ruang tamu orang ni? Aduh, mana pulak beg aku ni? Garu kepala lagi. Marjan, beg Marjan Mak Min dah letak dalam bilik Marjan. Beritahu Mak Min dari ruang makan. Marjan tersengih-sengih macam kerang busuk. Oh, ha ha ha... aku ingat ada jugak orang rumah ni berkenan beg buruk aku tu. Dia kembali ke meja. Semua kerusi sudah diduduki. Semuanya duduk minum, termasuk Mak Min dan Pak Mat. Ha, Marjan... duduk la. Rasa bubur durian Mak Min ni. Roti benggali pun ada, sedap ni! Duduk tepi Lulu tu. Arah Dato Safwan. Muncungnya menunjuk ke arah Lulu. Marjan dan Lulu berbalas pandangan tak rela. Papa, apa pulak nak driver ni duduk sebelah Lulu? Tak nak la! Protes Lulu. Marjan bersiul kecil. Aku lagi rela duduk atas lantai daripada duduk tepi kau. Lulu, where is your manner? He is a member in the family starting from today. So, why cant he sit next to you? tegur Dato Safwan. Datin Ifa jadi tidak senang. Bang, betul apa yang Lulu cakap tu. Dia, kan driver baru, suruh aje la dia makan kat luar sorang-sorang. Datin Ifa membela Lulu. Lulu menghadiahkan jelingan tajam kepada Datin Ifa. Ibu jangan sibuk la! Lulu tengah cakap dengan papa! marah Lulu. Marjan angkat kening. Aik, perempuan ni menengking mak dia depan orang lain macam tu aje? Ni bukan lagi Si Tanggang, ni Si Tunggang Terbalik dah jadinya! Lulu! How many times have I told you, behave! marah Dato Safwan. Marjan kecut perut. Takut pulak aku tengok drama tak berbayar ni. Hu hu hu... kenapa aku harus menjadi sebahagian daripada penonton saat ini? Lulu mendengus kasar. Laila tenang diduduknya. Tidak berkutik. Leka menyuap bubur ke dalam mulutnya.

Marjan tambah hairan. Yang tu pulak macam tak ada perasaan. Pak Mat dan Mak Min juga diam. Meneruskan makan seperti biasa. Datin Ifa terkulat-kulat. Kelat wajahnya. Marjan, duduk la... pelawa Dato Safwan lagi. Marjan angguk-angguk, teragak-agak. Ingat tadi hendak makan di luar sahaja, tetapi memandangkan kecut perutnya melihat Dato Safwan marah tadi, tidak jadi dia mahu meminta izin untuk keluar. Marjan duduk. Mangkuk buburnya yang telangkup diterbalikkan. Dia mahu mencedok bubur, tetapi mangkuk bubur itu terlalu jauh daripadanya. Marjan terkebil-kebil. Semua khusyuk makan, tidak menyedari tingkahnya. Alamak, kena jugaklah aku mintak tolong minah ni. Errr, awak... Lulu mendengus kecil. Apa?! tanyanya kasar. Tolong tarikkan mangkuk bubur tu, pinta Marjan, bersopan di hadapan semua. Ambik la sendiri. Tak ada kaki tangan ke, hah? Aisey, kena lagi! Menyesal betul aku! Pak Mat yang berada di hadapan Lulu yang turut mendengar dan melihat adegan itu, menarik mangkuk bubur itu untuk Marjan. Terima kasih, Pak Mat. Marjan mencedok sedikit bubur itu ke dalam mangkuknya. Kemudian dirasanya. Hmmm... sedap! Dia menyuap lagi, dan lagi sehingga dia betul-betul kenyang. Tak payah makan roti dah. Dia tersandar kekenyangan sehingga dia tersendawa kuat. Cukup kuat hingga semua yang ada memandangnya dengan seribu satu riak wajah. Marjan pantas menutup mulut. Sorry.... Dato Safwan ketawa kecil. Marjan tersengih-sengih sahaja Lulu mendengus lagi. Dasar orang miskin tak senonoh! Marjan jeling Lulu. Orang miskin? Kalau aku tunjuk harta aku, menangis tak berl agu engkau! Dato Safwan bangun dari meja, diikuti oleh Datin Ifa, Laila dan Lulu. Marjan termangu-mangu seketika. Nak buat apa pulak ni? Mak Min sedang mengemaskan meja, dengan dibantu oleh Pak Mat. Marjan turut berdiri. Saya tolong Mak Min, ya? Wah! Marjan kemas meja? He he he, bangga mak aku kalau dia tau! Bukan setakat tu, bangga seisi tempat tu kalau diorang tahu! Tak apa la Marjan, pergi la masuk bilik, rehat. Mak Min menolak lembut. Penuh sifat keibuan. Marjan sengih sahaja. Diangkat juga mangkuk dan cawannya sendiri, menurut langkah Mak Min ke dapur. Diletakkan mangkuk dan cawannya ke dalam singki. Kemudian dia meminggir. Basuh pinggan, sumpah aku tak berani. Kang tak pasal-pasal pecah pinggan mangkuk orang. Marjan orang mana? Pak Mat masuk ke dapur, membuang sampah ke dalam bakul sampah di tepi singki. Pandangannya masih seperti kali pertama mereka bertemu. Apalah yang orang tua ni tak puas hati dengan aku? Saya orang Kedah. Mujur masih ingat pembohongan tadi. Kalau tak, clashing facts, susah nanti. Mak Min angguk faham. Ooo... jauh tu! Dah lama kat KL? tanya Mak Min lagi. Lama jugak! Sejak lahir lagi, Mak Min! Baru aje sebulan. Lama jugak tu. Sebelum ni kerja apa? Marjan tersenyum kelat. Wah! Interviu kali kedua ke ni?

Errr, macam-macam. Tengok la, yang mana boleh bagi duit isi perut. Padahal sebulan sebelum ni aku bersuka ria dengan mamat sengal tu! Ooo, adik-beradik Marjan ramai ke? Marjan anak ke berapa? Marjan diam. Pantas mengingat drama Melayu di televisyen yang selalu ditontonnya. Lagi-lagi Astro Mustika. Selalu orang susah adik-beradik ramai, kan? Ah, hentam ajelah. Sepuluh orang, saya yang sulung. Sepuluh orang? Ramainya! Jadi, Marjan datang KL ni nak tolong family la, ya? Marjan mengangguk. Pak Mat sudah hilang entah ke mana. Hmmm... Marjan belajar sampai tahap mana? Family tak cukup duit ya untuk Marjan belajar tinggi? Marjan angguk lagi. Saya bagi peluang kat adik-adik untuk belajar, Mak Min. Saya tak belajar tak apa. Asalkan diorang dapat belajar. Sayu. Hu hu hu. Padahal satu Eropah aku dah tawaf masa aku kat Leeds dulu. Ops! Umrah dah buat ya. Haji aje belum. Tunggu seru! Hmmm... Marjan kerja baik-baik, ya. Dato ni baik. Mak Min dah lama kerja dengan dia, sejak Lulu lahir lagi. Aik, Lulu aje? Marjan tak nak sambung belajar lagi? Oh tidak! Tidak! Aku dah nak termuntah mengadap buku. Tak pun, buku yang meluat tengok aku, tak retireti nak hargai diorang. Saya kena kumpul duit dulu, Mak Min. Kalau ada rezeki saya, baru boleh saya belajar lagi. Kelllasss jawapan aku ni! Ha ha ha... kena kumpul duit, konon! Marjan nak tak kalau Mak Min tanyakan pada Dato? What? Tak pe, tak pe.... Thanks but no, thanks! Hmmm... malu la saya, Mak Min. Saya siapa pada dia? Orang asing yang baru masuk ke sini. Tak apa la, Mak Min. Betul Mak Min! Saya merayu, jangan! Tak apa, Dato tu baik orangnya. Mak Min percaya dia boleh uruskan semuanya. Tak apa la Mak Min, saya.... Lidah Marjan kelu. Lulu berdiri di muka pintu dapur. Merenungnya tajam. Hei... driver, aku nak keluar. So? Cik Lulu nak ke mana? Lulu menjeling lagi. Kau sibuk kenapa? Drive aje la nanti! Jom, aku dah lambat ni! Lulu memusingkan badannya. Isy, ikut hati aku yang waras ni, aku lesing jugak minah ni. Tak reti nak cakap baik-baik ke dengan aku? Dia tak tahu aku siapa! Mak Min, saya pergi dulu. Singa betina dah mengamuk, seloroh Marjan. Mak Min turut senyum. Marjan, jangan ambil hati dengan Lulu tu. Sebenarnya dia baik, cuma kasar sikit luarannya. Baik? Ceh! Tengok pun tahulah. Judge a book by reading its preface! Hmmm... okey la, Mak Min. Saya pergi dulu. Marjan keluar dari dapur, ke luar rumah. Lulu sudah berpeluk tubuh menanti di tepi kereta. Cepat la sikit! Oit! Tak reti sabar ke? Ke tak pernah dengar perkataan sabar? Ya, cik. Marjan pantas ke pintu pemandu, mahu membuka pintu. Hei! Bukak pintu aku la! Erk! Lupa lagi! Maaf, cik. Dia berlari anak, membuka pintu Lulu. Lulu masuk, dan seperti tadi, tiada terima kasih. Cuma jelingan tajam. Marjan mengeluh panjang. Meluat!

KERETA yang dipandu oleh Marjan, diparkir masuk ke petak parkir di hadapan sebuah salun kecantikan yang nampak eksklusif. Marjan turun dari kereta, membukakan pintu untuk Lulu. Kau tunggu sini sampai aku datang. Tak cakap pun aku taulah. Tinggal kang menangis pulak. Marjan menyandar di kereta. Menyeluk poketnya. Sakit mata aku tengok handphone ni. Didail nombor di situ. Perempuan ni sah lama. Baik aku bergayut dulu. Helo. Helo, bro! Kau apa cerita? Aku okey. Believe it or not, aku dah dapat kerja! Ya ke? Jadi apa? Tukang angkat sampah? Cis! Mangkuk ayun sungguh. Angkat sampah kepala engkau la! Aku jadi driver la, driver Dato Safwan. Dato Safwan? Tak pernah dengar pun? Dia tak pernah datang jemputan kita, kan? Tak, kut! Aku tak pernah jumpa dia pun. Ooo.... So, misi kau amacam? Misi aku tertangguh sekejap la. Dato ni suruh aku jadi driver dua anak dia. Ni pun sekarang ni aku tengah tunggu sorang anak dia dalam salun. Salun? Perempuan la, kan? Ha, apa lagi... jalankan la misi kau tu. Isy, tak boleh la, dia ni gila sikit. Kau tau tak, tiga suku. Dari tadi berapa puluh kali dah aku kena tempik dengan dia. Masuk kereta kena bukak pintu, keluar kena bukak pintu. Aku pun tak tau la berapa lama aku boleh tahan kat sini. Ha ha ha... memang tiga suku la! Eh, bonda sihat? Macam tu, la. Nanti kau telefon la dia sendiri. Ah, susah la. Kau kirim salam aje la, dengan ayahanda sekali. Eleh, telefon ada... nak mintak kirim-kirim salam pulak. Blah la. Weh, kau cakap bebaik sikit hah.... Aku ni berdaulat, tau! Baik, tuanku! Mereka ketawa besar. Lagi satu, kau pun nak kena, ek? Yang kau bagi handphone paling cikai dalam dunia ni kat aku kenapa? Cari la yang elok sikit. Ini, dah la gedabak gila, berat pulak tu. Aku baling kat kepala kau, mau kau koma seminggu! Ha ha ha! Handphone tu penting bro, lambang status kau. Kalau kau pakai handphone tiga ribu kau tu, kantoi la! Ya la, tapi ni dah parah sangat ni! Ala, okey la tu. Ha ha ha. Weh, okey la, mak aku panggil la. Ada orang nak datang ni. Kena bersiap. Nanti call lagi, ek. Hah, ya la. Okey, okey, bye, assalamualaikum. Waalaikumussalam. Marjan mengorek telinga dengan jari kelengkengnya. Bingit telinga aku cakap dengan mamat ni. Dikerling ke dalam salun. Hai, kalau ke salun boleh jadi cun gila macam Angelina Jolie tu tak apa jugak. Ini sama aje. Lama lagilah ni. Bosan! Dia mengeluh panjang.

Bab 4

ARJAN menjeling jam di dashboard. Resah. Maghrib dah masuk ni! Dia melirik Lulu ikut cermin pandang belakang. Kan aku dah kata, macam tu jugak rupanya. Tak adalah cantik pun! Sempat dia mengutuk di dalam hati. Tadi, hampir sejam setengah dia tercangak-cangak menanti Lulu. Mujur kereta ini ada radio. Taklah aku mati kebosanan menunggu dia. Sebaik sahaja Lulu keluar dari salun, dia memberi arahan lain pula. Aku nak pergi shopping lepas ni. Tak nak balik rumah lagi. Marjan telan liur. Aduh! Shopping pulak? Marjan tenang dalam keresahan. Tiba-tiba, matanya terpandangkan satu papan tanda kecil di tepi jalan. Eh, ada masjid kat depan. Bagus! Dia memperlahankan pemanduan sebaik sahaja kereta mewah itu mula memasuki pekarangan masjid. Lulu terpinga-pinga. Hei, kau ni tak reti bahasa ke? Kenapa kau berhenti kat sini? marah Lulu. Marjan ketap bibir. Memang nak kena perempuan ni. Cik Lulu, awak ni tak reti baca ke? Dah masuk kolej pun buta huruf lagi? perli Marjan. Enjin kereta dimatikan dan dia keluar, meninggalkan Lulu terkebil-kebil. Namun dia tidak terus pergi, sebaliknya dibuka pintu kereta di tempat duduk Lulu. Dia merendahkan badan, menjenguk Lulu yang jelas keliru. Saya ni hamba Allah, bos saya dah panggil. So, sebelum saya tunaikan kehendak awak, saya kena tunaikan suruhan Big Boss dulu. Kalau awak rasa diri awak tu Tuhan, tunggu aje la kat sini. Kalau tiba -tiba malaikat Izrail singgah, pandai-pandai la awak, saya tak tanggung, okey? Saya pergi dulu ya. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Lulu dan Marjan berlalu pergi. Lulu mengetap bibir. Kurang ajar betul! Lulu tersandar geram. Dia memeluk tubuhnya. Dalam marah dan geramnya, ada sesuatu yang menyelinap ke lubuk hatinya. Masjid. Ingatannya melayang jauh.

MAMA, kenapa mama pergi masjid? Mama tersenyum manis. Lulu amat suka melihat senyuman mama, menenangkan hati yang gundah. Sebab, masjid rumah Allah. Kita akan rasa lebih dekat dengan Allah jika kita selalu ke masjid dan bersolat berjemaah, terang mama. Tangan mama mengelus rambut Lulu yang panjang mengurai. Kita hanya akan jumpa Allah di masjid aje? Mama senyum lagi mendengar pertanyaan Lulu. Tak sayang, Allah ada di hati yang mengingati-Nya. Tapi, masjid tempat khas untuk kita beribadah kepada-Nya. Di masjid, kita boleh bersolat dengan lebih tenang sebab tiada gangguan, dan semua yang datang ke masjid cuma punya satu tujuan, untuk beribadat kepada-Nya. Sebab itu la masjid itu mulia. Kita tak boleh bising di dalam masjid. Kena senyap. Kalau tak nak solat, duduk diam-diam. Mama mencuit hidung mancung Lulu, manja. Lulu ketawa kecil. Mama, kalau Lulu nak ikut mama ke masjid? Boleh, sayang. Mama lagi suka. Lulu nak solat? Lulu mengangguk pantas. Baik la, nanti mama ajarkan Lulu solat, ya? Macam ni la anak mama. Mama memeluk mesra dan Lulu berasa amat selamat dalam dakapan mama. Mama.... Tanpa disedari, air matanya menitis. Pantas dia menyeka. Dia sudah penat menangis. Dia takkan menangis lagi. Itu tekadnya. Sindiran pedas Marjan masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia mendengus kecil. Mujur dia uzur. Sungguhpun begitu, jika tidak uzur sekalipun, mungkin dia tetap akan menanti sahaja di sini. Tidak akan masuk ke dalam masjid. Sudah lama dahinya tidak bertemu sejadah. Lulu cepat -cepat membuang rasa bersalah yang bertandang. Dia sudah tidak peduli. Jika Allah itu ada, kenapa mama pergi daripadanya walaupun sudah puas dia berdoa acap kali dia selesai solat? Mengapa mama diambil-Nya? Kenapa Allah tak mendengar doa aku? Kenapa Dia ambil mama? Kenapa?

Entah bila Marjan datang, dia tidak sedar. Sedar-sedar, kereta sudah mahu bergerak keluar dari pekarangan masjid. Cik Lulu turun ke tak tadi? Of course tak! Macam aku tak tau! Lulu mendengus kecil. Tak! Marjan senyum sinis. Malaikat Izrail tak datang jenguk ke? Ha ha ha! Kasi kecut perut sikit. Lulu tidak menjawab. Dia hanya menelan liur. Dia dapat melihat wajah sinis Marjan di cermin pandang belakang. Eh, awak ni boleh diam tak?! marah Lulu. Well, saya mengingatkan aje sebab kita semua hamba-Nya. Tak ada yang terkecuali. Kalau Cik Lulu... Saya uzur la! tengking Lulu. Bicara Marjan terhenti. Ha ha ha. Bendera Jepun rupanya. Penat aku bagi ceramah percuma. Lulu mendengus kasar. Dan sepi menyelubungi sehinggalah Lulu pergi membeli-belah dan Marjanlah yang terpaksa bertindak sebagai kuli mengangkat barang-barangnya. Naik lenguh jari-jemari dan lengan Marjan memegang barang-barang Lulu. Ni kes balas dendamlah ni! Tak apa, tak apa... ada lori ada bas, ada hari aku balas. Mereka pulang ke rumah hampir jam sepuluh tiga puluh minit malam. Jika diikutkan Marjan, dia mahu terus tidur kerana baginya ini hari yang paling meletihkannya. Sebab aku buat kerja, kalau aku enjoy mana ada letih! Getus hatinya. Namun, niatnya terbantut apabila Dato Safwan menunggunya di ruang tamu. Aduh, apa kes pulak Dato ni? Tak nampak ke mata aku dah bergayut lesung satu tan ni? Ngantuk gila! Marjan duduk di sofa, berhadapan dengan Dato Safwan. Mak Min datang membawa teh untuk mereka. Minum dulu, baru segar sikit. Air di cawannya diteguk perlahan. Dato Safwan tersenyum nipis. Penat? Gila tak penat! Tak la pak cik, biasa aje. Saya dah biasa buat kerja macam ni. Pak cik nak mintak maaf bagi pihak Lulu kalau-kalau dia menyinggung perasaan Marjan. Kejap aku kira, dah berapa kali dia kurang ajar dengan aku. Ni kena buat claim insurans ni. Tak apa pak cik, small matter. Errr, ada apa pak cik panggil saya ni? Nak naik gaji, nak potong gaji, tak ada hal punya! Dato Safwan berdeham. Sebenarnya, Mak Min ada beritahu pak cik pasal keluarga Marjan, dan latar belakang pendidikan Marjan. Ah, sudah.... Mampus aku! Ya ke, pak cik? Tolong jangan cakap kau nak aku belajar lagi! Marjan setuju tak kalau pak cik nak biaya pendidikan Marjan selama Marjan di sini? Oh, tidak!!! Hu hu hu... mimpi ngeri. Mimpi ngeri! Errr, saya, saya... Saya mintak tolong sangat dengan Dato, serius saya dah tak nak belajar! Cemuih! Marjan jangan risau. Semua yuran pak cik tanggung. Marjan akan tetap jadi driver di luar masa belajar. Gaji Marjan tetap akan dibayar setiap bulan. Pak cik takkan potong sikit pun. Alahai Dato, saya tak pernah kisah pasal duit pun! Errr, saya, saya... Macam mana ni? Kalau aku tolak, gerentilah kantoi. Marjan dah tak nak belajar? Mak Min kata, Marjan akan belajar jika ada peluang? Aduhai Mak Min! Bukan macam tu, pak cik.... Saya ni, cuma driver yang baru pak cik kenal. Pak cik jangan terlalu baik dengan saya. Dato, saya merayu dengan Dato, serius saya tak nak belajar d ah! Dato Safwan senyum kecil. Kamu dah selamatkan harta pak cik, Marjan. Kamu nak tau jumlah wang yang kamu selamatkan hari tu? Marjan tak angguk, tak geleng, terkebil-kebil.

Dua juta, Marjan... dua juta ringgit! Kebetulan duit tu perlu dikeluarkan at as urusan perniagaan. Apa yang pak cik nak lakukan untuk kamu sekarang mungkin takkan memakan jumlah sehingga lima ratus ribu pun. Entah separuh dari itu pun tak sampai. Jadi, apa salahnya pak cik membalas jasa kamu. Marjan tunduk. Aduh, pening! Apa aku nak buat ni? Kalau kamu setuju, pak cik akan daftarkan kamu di kolej Lulu dan Laila, okey? Habis aku! Saya ikut saja, pak cik. Waaa! Tak nak belajar dah! Tolong! Tolonggg!!! Bagus la macam tu. Kamu pergi la tidur. Esok, pak cik akan beritahu kamu apa yang perlu dibuat untuk mendaftar di kolej tu, okey? Baik pak cik, terima kasih. Sama-sama, pergi la tidur. Baik, pak cik. Marjan bingkas. Tak boleh jadi ni, aku kena telefon budak sengal tu sekarang jugak! Dia masuk ke dalam bilik yang diberikan kepadanya, mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3310 daripada koceknya. Didail nombor itu sekali lagi. Helo. Helo, bro... baru telefon tadi dah telefon lagi? Aku ada masalah besar ni. Hah? Kau nak aku hantar siapa? Jentera pengaman? FRU? Tak, tak payah. Dato Safwan nak masukkan aku ke kolej anak-anak dia, dia nak aku sambung belajar. Fully supported by him. La, bagus la tu! Apa yang masalahnya? Masalahnya, aku dah habis sarjana la ngok! Kepala aku dah biul belajar sampai tahap tu, but now dia ingat aku ni lepasan SPM. So, aku kena buat diploma sekarang ni! What? Ha ha ha! Nasib badan. So, kau nak aku buat apa? Kau cari semua contact Kolej Astana sekarang jugak. By tomorrow morning, aku nak semua nombor tu ada, aku akan bagi arahan lain nanti. Mungkin jugak kau kena bersiap sedia kalau-kalau aku perlu kau datang ke kolej tu esok. Okey, bos! Relaks. Malam ni jugak titah dilaksanakan! Hmmm... okey... tunggu arahan selanjutnya esok. Talian dimatikan. Marjan menghenyakkan tubuhnya di atas katil. Aduh! Serabut betul!

Bab 5

ARJAN bangun dengan muka yang agak keletihan. Ala, dah tak handsome dah anak bonda ni, rungutnya di hadapan cermin di dalam biliknya.

Setelah bersiap ala kadar, dia keluar dari biliknya dan mendapati semua sudah bersedia di meja makan, sedang bersarapan. Matanya mencari kerusi kosong dengan harapan tinggi. Alamak, tepi dia lagi? Bad lucklah aku satu hari ni. Dia melangkah longlai menghampiri meja dan duduk. Marjan, nanti kamu ikut Lulu dan Laila ke kolej dan pergi ke office. Pak cik akan aturkan pendaftaran kamu dari pejabat pak cik. Saya pun akan aturkan semuanya semula dari handphone saya! Baik, pak cik. Marjan minum sedikit. Oh ya, lagi satu, kamu bawak Toyota Estima tu mulai hari ni. Kuncinya minta pada Pak Mat. Baik, pak cik. Marjan sempat menangkap pandangan tidak senang Pak Mat kepadanya, masih seperti semalam dan kelmarin. Lantaklah. Malas aku nak layan. Marjan tidak jadi makan. Tidak berselera. Dia teragak-agak mahu bangun. Errr, pak cik... saya rasa saya keluar dulu, nak check kereta. Ceh, alasan betul. Hmmm... okey. Pak Mat, beri kunci pada Marjan. Arah Dato Safwan. Pak Mat seluk saku, dikeluarkan kunci tunggal dari poketnya dan diunjukkan kepada Marjan. Terima kasih, Pak Mat. Saya keluar dulu. Marjan terus melangkah keluar. Sebaik sahaja sampai di luar, dia berjalan ke sebalik sebatang pokok pinang yang ditanam di halaman rumah itu, mengintai sekeliling jika ada yang berada berdekatannya. Tidak ada orang. Line clear. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan didail nombor yang sama. Helo. Helo bro, apa cerita? Dah dapat semua nombor? Dah, siap dengan nombor cleaner semua aku ada. Okey, kau bersiap kemas-kemas, jangan lupa bawak mohor. Nanti orang ingat kita penipu pulak. Kau tunggu aku kat depan kolej. Okey? Okey, bos. Bagus, jumpa nanti. Lagi satu, aku drive Toyota Estima hitam. Okey, bos! Okey, bye. Marjan keluar dari sebalik pokok itu menghampiri Estima, berdiri di sisi. Mampus aku nak bawak kereta besar ni. Selama ni bawak Lamborghini aje. Aduh! Harap-harap tak fail. Kalau tak, kantoi aku. Lulu dan Laila keluar dari rumah, menuju ke arahnya. Marjan sudah bersedia membukakan pintu untuk Lulu. Dia tidak akan memberi peluang kepada gadis itu untuk menyumpah seranahnya lagi. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam Estima, Marjan turut duduk di tempatnya dan dia memandu ke kolej yang bakal menjadi tempat belajarnya kelak. Setibanya di kolej, Lulu sudah menghilangkan diri tanpa menanti Laila sebaik sahaja mereka turun. Marjan angkat kening. Seingat aku, aku tak pernah dengar lagi diorang ni menyembang. Macam masingmasing tak wujud aje. Apa kes diorang ni? Perang saudara ke? Awak nak pergi office, kan? tanya Laila. Marjan angguk. Aduh, mana budak sengal ni? Tak nampak lagi lubang hidung. Errr, Cik Laila, saya rasa saya nak ke tandas dulu. Lama kut. Cik Laila pergi dulu, nanti saya cari office sendiri. Moga-moga dia faham. Hmmm... saya pun nak cepat ni. Okey, saya pergi dulu. Laila berlalu tanpa menoleh lagi. Phew! Bro! Marjan menoleh pantas. Wajah sengal Kasturi menyapa pandangannya. Hah! Apasal lambat? Alamak, sorry la, Lamborghini kau buat hal. Kasturi sengih panjang.

Hah? Kau guna Lamborghini aku? Hampeh betul! Dah la tak mintak kebenaran! Aku saman kang baru tau! Gertak Marjan. Aku mintak la, kat penjaga garaj. So, sekarang... kita nak buat apa? Marjan garu kepala. Macam ni. Kita pergi office dulu, settle dengan the highest personnel in position kat sini. Lepas tu, baru kita settle dengan orang bawahan dia. Okey, jom. Mereka beriringan masuk ke ruang legar kolej. Mata Marjan liar, mahu memastikan Lulu dan Laila tidak melihatnya.

Bab 6

ARJAN berdiri di hadapan kolejnya diiringi satu keluhan panjang. Dia kini merupakan pelajar di situ. Hai, apalah malang nasib aku.

Minggu lepas, dia dan Kasturi bertungkus lumus membuat perhitungan dengan pengurusan kolej pada hari sepatutnya dia mendaftar. Selepas itu, Dato Safwan memberinya wang tunai pula untuk dibelanjakan bagi membeli keperluan kolej seperti pakaian baru dan peralatan belajar. Memandangkan dia memang miskin betul, bajunya yang dibawa cuma tiga helai sahaja, itu pun setelah penat memilih baju yang paling buruk untuk dipakai. Namun akhirnya duit itu tersimpan rapi di dalam dompetnya kerana dia telah mengerahkan Kasturi untuk membawa semua pakaiannya yang sesuai dipakai di kolej itu kelak. Cadangnya, apabila semuanya berakhir, duit Dato Safwan akan dipulangkan semuanya. Dia tetap menjadi driver Lulu dan Laila seperti yang dijanjikan oleh Dato Safwan. Cumanya, dia akan diberi kelonggaran di dalam masa belajar. Marjan melangkah lemah. Lulu dan Laila sudah menghilang dahulu seperti b iasa. Daripada apa yang dia tahu, dia dimasukkan ke dalam bidang Pengurusan Perniagaan sama seperti Lulu dan Laila. Namun, untuk dia bertanya kepada mereka mengenai bidang itu adalah sesuatu yang amat mustahil. Dahlah masuk semester satu balik, diploma pulak tu! Hampeh betul! Mana aku nak campak sijil sarjana aku? Marjan melangkah tanpa arah tujuan. Jika diikutkan, dia tidak perlu masuk ke kelas pun. Tetapi dia tahu untuk meyakinkan Dato Safwan dan ahli keluarga itu, dia perlu masuk juga ke kelas. Seka li-sekala. Huh, sekali-sekala? Dua kali dua kala pun dah macam neraka bagi aku. Marjan melilau mencari kelas yang harus dimasukinya. Penat berpusing, dia berhasrat untuk bertanya dengan orang sekeliling. Seorang lelaki berjalan kelam-kabut melintasinya. Hah, mangsa aku! Marjan pantas menahan. Hai bro, minta maaf la ganggu ni... tapi saya nak tanya ni, kelas Business Management semester satu kat mana? Lelaki itu yang pada mulanya kelihatan terganggu, berubah ceria wajahnya. Eh, awak budak BM semester satu ke? Aku pun! Jom, aku nak masuk kelas la ni! Aku Jam. Jamil. Dia menghulurkan tangan. Marjan menyambut dengan senang hati dan mereka beriringan ke kelas. Sempat Jamil bertanyakan namanya. Marjan. Jamil angguk faham.

Syarahan sudah bermula dan sebaik sahaja Marjan melangkah masuk, mata pensyarah tersebut merenungnya penuh makna. Mereka duduk di satu sudut. Marjan sudah mula terasa bosan. Dia melilaukan matanya dan pandangannya menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang memintal hujung rambut yang kerinting. Dia juga kelihatan bosan. La, budak ni kecil lagi rupanya. Ingat dah lebih dua puluh. Patutlah budak-budak habis perangai. Tapi muka nampak macam dah atas dua puluh aje. Marjan menggosok dagunya, berkerut-kerut dahinya. Jamil yang perasan tingkah Marjan itu menegur. Kau tengok awek tu ke? Jamil memuncungkan mulutnya ke arah Lulu yang duduk selang beberapa baris daripada mereka. Marjan mengalih pandang kepada Jamil. Apasal? Jamil membuat riak wajah pelik. Dia mendekatkan mukanya dengan Marjan seraya berbisik, Dia tu dah tua la, tua daripada engkau kut? Dia masuk belajar lambat. Tak tau la kenapa. Anak Dato, biasa la. Marjan angguk-angguk faham. Lagi tua daripada aku? Aku lagi tua daripada dia tak kata! Malas Marjan mahu memanjangkan bicaranya dengan Jamil mengenai perkara itu. Dia berhasrat mahu mengorek maklumat tentang Lulu. Kau pernah sembang dengan dia? Jamil geleng pantas. Aku tak nak sembang dengan dia. Dia cepat marah. Kalau dia bersuara, sebab nak tengking orang aje, bro. Hah, memanglah! Aku pun dah berapa kali kena tengking dalam seminggu ni. Dia ada masalah kut? Sengaja Marjan mahu mencucuk Jamil. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan gadis itu begitu. Jamil menoleh ke arah Lulu sekilas. Aku rasa tak ada, tapi tak tau la. Aku peduli apa dengan dia. Aku cuma pedulikan sorang aje dalam kelas ni, beritahu Jamil tanpa diminta. Wajahnya berubah ceria tiba-tiba. Marjan jeling Jamil. Ek eleh, budak ni... aku tanya lain... jawab lain. Ah, layan ajelah. Siapa? Jamil pantas angkat tangannya menuding ke satu arah yang amat bertentangan dengan Lulu. Tudingannya tepat jatuh ke Laila. Marjan melopong. Laila pun budak lagi ke? Ke dia pun lambat gak belajar? Aduh, confuse betul. Tu, Laila aku. Jamil tersengih -sengih bagai orang angau. Kau suka dia? Haah. Dia baik. Walaupun dia tak pernah senyum dengan aku, tapi dia tak jahat mulut macam Lulu. Cakap baik-baik aje. Lailaku.... Marjan tengok Laila yang kelihatan tekun, jeling Lulu yang nampak bosan, dan ma las. Hai, memang hitam putih betul dua-dua anak Dato Safwan ni. Memang berbeza dari semua segi. Kau tau tak diorang tu adik-beradik? tanya Marjan kepada Jamil. Jamil yang sedang berangankan Laila tersentak. Hah? Mana kau tau? Jamil buat muka tidak percaya. Marjan pandang depan, bersahaja. Aku tau la, aku driver diorang. Marjan toleh ke sisi, mulut Jamil sudah terlopong luas. Aik, bro! Kalau ya pun terkejut, coverlah sikit mulut tu! Masuk lalat kang, tak jamin! Biar betul! Serentak semua mata memandang mereka. Marjan renung Jamil tajam. Jamil sengih-sengih macam kerang busuk. Aduh, buat malu betul! Mujur pensyarah tu dah tau aku siapa! Hish! Budak Jam ni! Aku buat jem strawberi kang baru tau! Sorry, sorry. Jamil angkat tangan minta maaf. Marjan sudah menutup muka dengan tangan. Dia angkat mukanya sedikit, dan matanya menangkap renungan tajam Lulu yang memanahnya dari jauh. Marjan angkat tangan, membuat gerak mulut, Apa?

Lulu jeling tajam sebelum memandang ke hadap an semula. Isy, aku korek jugak biji mata perempuan ni! Jamil mendekatkan mukanya kepada Marjan kembali. Betul ke kau driver diorang? Kenapa kau ada dalam kelas ni? tanya Jamil berminat. Marjan sudah malas mahu menjawab. Menyesal betul aku layan budak ni. Dato nak aku belajar. Jawab Marjan acuh tak acuh. Dia tanggung kau la? Haah. Waaa! Bestnya! Best? Nerakalah! Hmmm... biasa aje. Jamil tiba-tiba menjauh, memandang Marjan dari atas ke bawah. Tapi, aku tengok kau ni tak ada gaya driver pun? Habis gaya apa? Anak raja? tukas Marjan. Hmmm... ada jugak. Marjan telan liur. Betul la, aku driver diorang. Baru aje kerja seminggu. Ya ke? Laila kat rumah macam mana? Jamil mendekat kembali, menunjukkan minat. Aduh, malasnya aku nak jawab! Biasa aje. Dia selalu keluar rumah? Tak. Dia pandai masak? Tak. Dia suka buat apa? Tak tau. Dia... Kau tolong aku boleh? pintas Marjan. Pandangan Jamil bercahaya. Apa dia? Kau cakap aje kau nak aku buat apa, aku akan buat. Tolong satu aje. Tolong diam! Jamil terdiam. Itu aje? Argh! Tak reti bahasa ke budak ni? Haah. Okey. Bagus. Aku dah tolong kau, kau tolong aku boleh? Argh! Kenapa budak Jam ni tak reti bahasa? Apa kau nak? tanya Marjan acuh tak acuh. Kau tolong ambilkan nombor telefon Laila. Aku nak. Please? Marjan tenung Jamil dengan wajah tidak percaya. Aduh, kenapa aku mengaku tadi? Kan dah dapat kerja bodoh ni! Mana pernah orang macam aku mintak nombor telefon perempuan! Errr, aku takut Dato marah, kau mintak la sendiri. Dalih Marjan. Jamil mencapai tangan Marjan. Please? Please.... Dia susah nak bercakap dengan orang la. Jangan harap la dia nak bagi nombor dia kat aku. Entah dia kenal aku ke tidak. Jamil merayu lagi. Marjan garu kepala, bengang. Kalau dia tak kenal kau, tak payah mintak la. Lagi ada hati! Alah, aku nak jugak. Aku nak berkenalan dengan dia. Tak kenal maka tak cinta. Tolong la, Marjan. Marjan angkat kening, memandang Jamil tidak percaya. Isy, ha... ya la, ya la. Aduh! Cari pasal betul! Jamil capai tangan Marjan, diciumnya bertalu-talu. Weh, kau apa hal ni? Geli la! Jamil ditolak kasar. Dia tersengih lagi. Thanks! Kau la penyelamat aku dunia akhirat! Dunia aje, akhirat kau punya hal sendiri.

Marjan merenung Laila dari jauh. Garu kepala lagi. Aduh, macam mana aku nak cakap dengan dia ni? Petang itu, habis sahaja kelas, di dalam kereta, Marjan merenung Laila ikut cermin pandang belakang. Marjan semakin gelisah. Hei, kau ni kenapa tengok-tengok orang? Aduh, perasan pulak perempuan sorang ni. Aku bukan tengok kaulah! Saya tak tengok Cik Lulu la. Perasan! Lulu mendengus kecil. Baru masuk belajar dah buat kepala! Memang dasar budak miskin! Tak tau malu! Marjan angkat kening. Aik, ni dah melampau ni! Cik Lulu, yang cik tak puas hati sangat dengan saya ni kenapa? Hah, jawablah! Siapa yang tak puas hati dengan kau? Habis, Cik Lulu asyik cari salah saya aje kenapa? Kita baru jumpa, kan? Saya ada jumpa Cik Lulu kat mana-mana ke sebelum ni sampai buat Cik Lulu dendam sangat kat saya ni? Ambik kau! Mintak simpanglah aku nak jumpa kau! Laila masih tenang. Tidak endah langsung apa yang berlaku di sekelilingnya. Ah, bukan sekeliling aje... sebelah dia pun dia tak ambil pot! Telinga dia ni telinga besi ke apa? Hei, kau diam boleh tak?! marah Lulu. Marjan senyum sinis. Hai, Cik Lulu... kenapa la Cik Lulu tak sama dengan Cik Laila? Tak banyak cakap, tak sakitkan hati orang... dari banyak cakap, buat orang angin aje buat apa? Dah malas aku nak jaga mulut aku. Lantaklah, kena pecat lagi bagus. Boleh berhenti belajar! Marjan jeling cermin sekilas. Merah padam m uka Lulu. Kau jangan sekali-kali samakan aku dengan perempuan ni! Aku benci dia! Aku benci kau! tengking Lulu. Cik Lulu benci dia? Dia, kan adik Cik Lulu jugak? Hei! Aku tak ada adik! Aku anak tunggal tau! Tak ada siapa boleh rampas status tu daripada aku! Aku anak tunggal Dato Safwan! tempelak Lulu lagi. Marjan terdiam. Apa dia merepek ni? Laila pun buat bodoh aje. Boleh dia tahan duduk tepi perempuan yang macam singa ni? Isy, pening aku! Apa dah jadi dengan keluarga ni sebenarnya? Marjan tidak menjawab lagi. Malas mahu melayan. Lulu benar-benar marah. Kenapa agaknya?

Bab 7
ARJAN melangkah lemah masuk ke kelas. Begnya yang ringan tidak berisi apa-apa, digalas malas. Langkahnya terhenti apabila ada tangan yang menghalangnya. Marjan angkat muka, pandang wajah Jamil yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Nak apa? Kacau betullah! Hilang mood aku pepagi tengok muka dia ni. Muka tak de rezeki. Senyuman Jamil menghilang. Sedikit kecewa. Laaa, kau lupa ke? Marjan angkat kening. Lupa apa? Jamil cekak pinggang. Muka kecewa habis. Kau tak ambil nombor telefon Laila? Marjan diam. Berfikir. Blur. Nombor telefon Laila? Alamak! Marjan tepuk dahi.

Aku lupa la, bro. Semalam, lepas kena tengking dengan Lulu, terus mati niatnya mahu meminta nombor telefon Laila yang diminta oleh Jamil. Lulu.... Huh. Kau tak ambil ke? Aduh. Okey la, okey la, petang karang kau mintak tau! arah Jamil. Hish, budak ni. Dia ingat aku kuli dia ke? Nak kena betul. Kau mintak sendiri la! Jamil terdiam. Tersedar dia mahukan pertolongan Marjan, wajahnya dimaniskan. Ala, bro. Tolong la. Aku nak sangat nombor dia. Please.... Jamil merayu lagi. Marjan mendengus kasar. Ah, apa-apa aje la. Terus dia menolak Jamil ke tepi dan melangkah masuk ke dalam kelas. Jamil mengikut dengan perasaan tidak senang. Lailaku.... Mereka duduk di tempat semalam. Dan seperti semalam juga, mereka yang paling lewat. Marjan menguap. Argh! Bosan betul! Matanya melilau mencari mangsa dan seperti semalam, Lulu dan Laila duduk bertentangan di dalam kelas. Marjan bersandar malas. Dikerling Lulu dan Laila silih berganti. Teringatkan kata-kata Lulu semalam. Aku benci dia! Aku anak tunggal Dato Safwan! Dia dengan Laila bukan adik-beradik betul ke? Mungkin jugak. Tapi Datin Ifa? Hmmm... mak tiri kut. Ah, lantaklah. Semalam angin betul dia. Keluar tak tunggu aku dah. Mujur pintu Estima pintu sorong. Kalau tak, aku rasa hancur dah pintu tu dia hempas. Matanya melekat pada Lulu. Lulu masih seperti semalam. Tidak kelihatan berminat untuk belajar. Sekejap -sekejap pennya digigit, diselit di belakang telinga, dicucuk ke dalam ikatan rambutnya, dan bermacam-macam lagi. Marjan senyum sendiri melihat telatahnya. Kalau Lulu ni tak bercakap, manis aje mukanya. Tapi kalau dah bukak mulut, habis! Hoi! Mejanya diketuk kuat menyebabkan Marjan tersentak. Ditatap wajah sengal Jamil tajam. Kau ni kenapa? Isy, kacau betul mamat ni! Jamil sengih panjang. Kau asyik tengok minah garang tu aje? Kau suka dia ek... usik Jamil. Marjan bulatkan matanya. Gila kau! Tak pasal la aku nak suka dia! Lulu? Mintak si mpanglah. Bukan aku aje nangis, mak bapak dan seisi tempat tu ikut banjir. Eleh, ya la tu. Berani kau tenung anak bos, ek? Helo kawan, kau tu driver diorang aje, jangan berangan la pisang akan berbuah dua kali. Dato baik dengan kau tak semestinya dia a kan bagi anak dia kat kau walaupun she is a jerk. Peringatan berbaur sinis daripada Jamil. Marjan kepal tangan. Mulut dia ni boleh tahan jugak. Dia mencekak leher baju Jamil. Kau cakap baik-baik sikit, boleh? Jamil menggelabah. Okey, okey, sorry. Jangan marah. Aku gurau aje. Dilepaskan kolar baju Jamil dengan kasar. She must have a reason to act like a jerk . Maybe she is just being defensive. Aik, Marjan bela Lulu? Tak boleh jadi ni. Entah apa yang aku cakap pun aku tak tau. Ringan aje mulut ni. Jamil sengih penuh makna. Aik, bela dia nampak? Tak la, cuma nak beritahu kau aje. Jamil jongket bahu tidak percaya, namun dia tidak lagi membalas. Marjan juga diam, melayan perasaannya. Marjan menongkat dagu. Matanya masih melekat di sekujur wajah itu. Hari ini, ada sesuatu di wajah itu yang menarik perhatiannya. Dia tidak nampak garang seperti selalu. Wajah itu murung seperti sedang bersedih. Kenapa ya? Semalam dia garang aje. Sebelum ni, muka dia tak pernah sedih macam ni. Pagi tadi pun aku terlupa bukak pintu, dia tak marah padahal aku dah bersedia dengan sebakul balasan kalau-kalau dia nak sembur kat aku, tapi tak pun. Sebelum ni, aku tak buat apa-apa pun tapi ada aje salah aku yang dia cari. Hairan! Apa yang membuatkan dia jadi macam ni? Kenapa Marjan? Kenapa kau kisah bila dia sedih? Kan selama ni dia asyik marah kau? Taklah, kesian aku tengok dia. Walaupun dia asyik marah aku, tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia happy. Ah, peduli apa dia sedih ke happy ke? Kau kisah kenapa? Aku tak kisah, tapi aku hairan. Lagipun, dia anak bos aku, kan? Sebab dia anak bos ke atau sebab kau memang dah mula kisah pasal dia? Ops! Apa maksudnya tu?

Ngaku ajelah kau dah jatuh cinta dengan dia! Jatuh cinta? Tak mungkin! Aku ada misi yang belum selesai. Aku hanya singgah di sini. Misi kau untuk cari isteri, kan? Dia boleh apa... jadi isteri kau. Hah? Perempuan garang ni? Tak boleh, tak boleh. Bergegar satu tempat tu kalau dia jadi isteri aku. And by the way, I dont like her! Huh, keep denying! Yes! Because this is the fact! I dont like her! Keluhan panjang dilepaskan. Suka dia? Tidak mungkin. Bicara hati kian mengusutkan fikiran. Tamat kelas hari itu, Marjan sedia menanti di kereta. Tidak lama kemudian, Laila muncul. Lulu mana? Marjan memanjangkan leher mencari Lulu namun bayangnya tidak juga muncul. Laila yang sudah sedia menanti di dalam kereta membuka tingkap. Lulu balik sendiri hari ni. Beritahunya ringkas. Marjan kerut dahi. Kenapa? Namun Laila tidak menjawab. Tingkap sudah dinaikkan kembali. Marjan masuk juga ke dalam kereta. Nak tunggu ke tak ni? Balik sendiri? Tak ada bagi tahu apa-apa pun tadi. Isy, perempuan ni memang tak betul. At least beritahulah, tak adalah aku tercangak-cangak tunggu macam orang bodoh. Enjin kereta dihidupkan dan kereta meluncur perlahan meninggalkan pekarangan kolej. Malam itu, hampir isyak baru Lulu pulang. Dan wajahnya masih seperti tadi. Berkerut dahi Marjan sewaktu mereka berselisih. Ke mana dia? Kenapa dia tak bagitahu aku atau mintak aku hantar? Selalunya sibuk mintak hantar ke sana ke mari. Isy, Marjan. Dia tak mintak tolong kau tu kira baguslah tu. Tak pening kepala kau. Argh, apa-apa ajelah! Di meja makan, Lulu masih diam, tidak bersemangat sahaja kelihatannya namun tidak pula Marjan ringan mulut bertanya. Dia tahu statusnya di sini. Dia menanti juga jika ada di kalangan ahli keluarga itu mahu bertanya, tetapi hairan, tiada yang bertanya. Semuanya seperti biasa. Apa hal orang rumah ni? Pelik aku. Diorang tak hairan ke Lulu senyap dan tak agresif macam selalu? Aku dah pelik tahap cipan dah ni! Usai makan, seperti biasa... rutin baharu Marjan ialah tolong Mak Min kemas meja selepas makan, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sepanjang hayat sebelum ini, dia melakukan rutin malamnya di rumah itu. Semua ahli keluarga rumah itu sudah beredar kecuali Marjan dan Mak Min. Namun kerjanya terbantut apabila Dato Safwan memanggilnya. Ditinggalkan ruang makan lalu dia beredar ke ruang tamu di mana Dato sedang menunggu. Marjan melabuhkan punggung di hadapan Dato yang seperti biasa berwajah tenang dan tersenyum nipis. Ada apa, pak cik? Apa lagi dia nak cakap ni? Aku dah fobia dengan dia ni. Belajar okey? Marjan angguk laju. Okey sangat. Okey, pak cik. Bagus. Lulu dan Laila ada bantu kamu? Hah, bantulah sangat! Errr... ada, pak cik. Dato Safwan angguk-angguk. Pak cik tau Lulu mungkin susah sikit, tapi kalau kamu ada apa -apa masalah, rujuk Laila. Laila boleh bantu kamu. Hmmm... sama aje dua-dua. Baik, pak cik. Kamu perlu apa-apa lagi? Marjan pantas menggeleng. Tak, semua dah cukup. Terima kasih, pak cik. Marjan perasan Pak Mat melalui ruang tamu, masih memandangnya dengan pandangan tidak senang. Tiba-tiba matanya menangkap tubuh Lulu yang turun dari tangga dan keluar dari pintu rum ah. Ke mana pulak budak ni? Marjan? Hah, ya pak cik... pak cik cakap apa? Alamak aih, boleh tak perasan pulak Dato cakap apa dengan aku. Dato Safwan senyum nipis. Pak cik harap kamu tak kecil hati dengan Lulu. Alamak! Dia perasan ke aku tengok Lulu? Habis! Jatuh saham!

Errr, tak, tak... tak apa. Dato tau tak kenapa dia muram aje hari ni? Saya hairan bin ajaib dengan perangai dia hari ni. Dia tak tengking saya lagi satu hari ni. Rindu pulak nak dengar. Lama-lama tengkingan dia macam melodi aje kat telinga ni. Pak cik nak kamu banyak bersabar sikit dengan perangai dia. Dia mungkin panas baran tapi sebenarnya dia anak yang baik. Baik? Kenapa dia tengking mak dia hari tu? Bengong sekejap aku ni. Baik pak cik, saya faham. Marjan menjeling ke pintu. Ke mana pulak dia pergi malam-malam buta ni? Kalau hilang siapa nak kena cari? Mestilah aku jugak! Pergi la tidur. Dah lewat ni. Esok nak ke kelas pulak. Marjan angguk. Errr, saya keluar dulu, check kereta. Nak check anak dia sebenarnya. Ha ha ha. Baik la. Marjan bingkas bangun penuh hormat dan takzim lalu menuju ke pintu. Ke mana dia? Tak dengar pun bunyi pagar dibuka? Marjan memanjangkan lehernya ke halaman rumah. Oh, tu pun dia! Marjan mengatur langkah perlahan menuju ke gazebo yang dibina di tengah halaman. Di sudut belakang gazebo itu terdapat sebuah kolam ikan. Bunyi deruan air kolam itu sahaja yang kedengaran semasa Marjan menghampiri. Tenang betul malam ini. Lulu bermenung di bawah gazebo, tidak menyedari kehadiran Marjan. Dia ni macam ada masalah aje. Hmmm... memang muka bermasalah pun! Ah, nak kacau ke tak ni? Langkah Marjan terhenti apabila cuma dua tapak sahaja lagi dia akan menghampiri lantai gazebo itu. Dan pertelingkahan hati berlaku lagi.... Isy, macam tak betul aje apa aku nak buat ni. Kau sibuk nak tau hal dia kenapa? Bukan sibuk, ambil berat. Kenapa sibuk nak ambil berat? Sebab aku hairan dia macam ni. Selalu mulut laser habis, hari ni suara dia tak dengar langsung. So, aku nak tau kenapa. Entah-entah kau rindu nak bergaduh dengan dia tak? Isy, tak pasal nak rindu gaduh dengan orang. Gila apa? Dalam cinta tak ada benda yang tak gila. Aku tak cinta dia la! Habis, apa yang kau buat kat sini? Ingat! Kau tu driver aje! Isy, yalah, yalah... aku masuk rumah! Marjan memusingkan badannya Apa kau nak? Langkah kaki yang baru hendak dibuka terhenti. Dia cakap dengan aku? Biar betul! Nak patah balik ke tak? Sebelum sempat dia berfikir, dia sudah berpusing kembali. Tindakan mendahului fikiran. Pandangan matanya menyoroti wajah Lulu yang disirami lampu gazebo. Marjan mendekat. Tak ada apa-apa. Dia melabuhkan punggungnya di bangku berhadapan dengan Lulu. Lulu menjeling. Siapa suruh kau duduk? Dah tak ada apa -apa, pergi la masuk. La, aku ingat hari ni akan jadi hari ini dalam sejarah sebab aku tak kena tengking atau kena marah satu hari. Hai, tak ada peluang lagilah nampak gayanya. Ah, lantaklah dia. Nak tengok dia nak marah ke tak kalau aku tak nak masuk. Ha ha ha, menyakat pun bagus ni! Suka hati saya la. Tempat ni dikira tempat awam dalam rumah ni. So, sesiapa aje boleh duduk, kan? Lulu menjeling tajam. Marjan menanti dan menanti. Tiada balasan. Aik, dah habis idea ke? Dia dapat menangkap sayu pandangan sepasang mata itu. Apa yang tak kena sebenarnya ni? Hmmm... nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak? Ah, kepocinya aku! Errr, Cik Lulu. Cik Lulu ada masalah ke? Pergh, baik punya intro aku bagi. Lulu menjeling lagi.

Kau sibuk kenapa? Suaranya sedikit tinggi. Marjan telan liur. Dia dah mula dah! Kau buat aje tugas kau sebagai driver boleh tak? Jangan sibuk hal aku, okey? Larangnya tegas. Marjan buat muka selamba. Patutlah tak ada orang nak tanya masalah dia. Macam ni rupanya. Ha ha ha. Marjan, kau dah jolok sarang tebuan! Tak ada la... saya cuma prihatin aje, salah ke? tingkah Marjan. Lulu menjeling lagi. Tak payah. Aku tak perlu prihatin kau, tak perlu simpati kau. Marahnya lagi. Marjan garu dahi. Hmmm... baik la kalau macam tu. Orang sombong memang selalu rugi. Orang nak tolong dia tak nak pulak. Sinis Marjan bersuara. Apa yang kau boleh tolong? Apa? Mama dah mati, tak ada apa yang kau boleh tolong! Tak ada siapa boleh tolong aku dan kembalikan mama! Tak ada! tempelak Lulu. Suaranya yang tinggi beransur perlahan. Dan esakan kecil mula kedengaran. Marjan terpinga-pinga. Dia menangis? Ya, dia menangis. Lulu mengesat air matanya kasar. Seakan-akan tidak rela dengan kehadiran titis air mata jernih di wajahnya itu. Marjan tidak terkata apa-apa. Tidak tahu apa lagi yang patut dikatakannya. Lulu menangis. Lulu bingkas. Tanpa pamitan dan tanpa menoleh lagi, dia pergi meninggalkan Marjan yang termangu-mangu di situ.

Bab 8
UJUNG minggu itu, seisi rumah itu menerima tetamu yang agak asing kepada Marjan. Dato Mokhtar. Orangnya tinggi dan tegap. Tengah hari itu, sebaik sahaja dia pulang dari pasar bersama Mak Min. Dia sudah menjadi driver Dato Safwan hujung minggu ini, entah permintaan siapa dia tidak tahu walaupun hati Marjan kuat mengatakan Lulu punya angkara. Sebuah kereta Mercedes hitam sudah tersadai di porch. Dan apabila dia masuk ke dalam rumah, Dato Mokhtar bersama seisi keluarga Dato Safwan sedang bersantai di ruang tamu. Lulu seperti biasa mencuka. Melihat Marjan masuk ke rumah, Dato Safwan menggamitnya. Semua mata tertumpu kepadanya seketika. Marjan menuju ke ruang tamu, dan matanya sempat menangkap jelingan menyampah Lulu. Marjan, kenalkan, ini Dato Mokhtar. Abang ipar merangkap rakan niaga pak cik. Marjan angguk faham. Oh, abang Datin Ifa la ni. Dato Mokhtar serius wajahnya. Tidak berminat berkenalan dengan Marjan, Si Driver. Datin Ifa juga turut mencebik. Eh, baru aku perasan. Adik-beradik ni semacamlah perangai. Sesuai betul. Ha ha ha.... Dah la bang, kita sembang pasal business pulak. Datin Ifa mencelah, mengubah topik. Marjan undur diri perlahan-lahan. Cis! Ingat aku kisah apa dengan korang? Tak apa, tak apa, sekarang aku driver. Tengoklah nanti.

Marjan ke dapur, mahu menyibukkan diri dengan Mak Min yang ramah-tamah. Sekurang-kurangnya, dia ada teman berbual walaupun Mak Minlah yang bertanggungjawab menjebakkan dia di kolej itu. Marjan mengeluh panjang. Melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di situ. Bosan ke Marjan? Marjan angguk lemah. Kat luar, semua muka serius. Bosan. Macam mana diorang boleh hidup dalam rumah yang tak hidup ni? Aku dah mati kutu dah ni. Mak Min senyum nipis. Hmmm, macam ni la orang rumah ni sejak surinya bertukar, keluh Mak Min. Macam tau-tau aje aku tengah kutuk orang rumah ni. Tapi, lain macam aje bunyinya? Marjan angkat muka. Kenapa Mak Min cakap macam tu? Diperhatikan Mak Min yang sedang membersihkan ayam yang dibeli tadi. Begitu teliti dan cermat. Mak Min mengeluh kecil. Hmmm, sebenarnya, Datin Ifa tu ibu tiri Lulu. Ibu kandung Lulu, Puan Maria dah enam tahun meninggal. Marjan terdiam, dia telan liur. Jadi, Lulu menangis malam tu sebab ibu kandungnya? Tempikan Lulu malam itu kembali bergema di cuping telinganya. Apa yang awak boleh tolong? Apa? Mama dah mati, tak ada apa yang awak boleh tolong! Tak ada siapa boleh tolong saya dan kembalikan mama! Tak ada! Marjan melepaskan nafasnya yang tertahan. Patutlah dia mengamuk sakan. Dia dah tak ada ibu kandung. Tapi Laila relaks aje? Laila anak Datin Ifa. Dia muda tiga tahun daripada Lulu. Dato kahwin dengan Datin Ifa lima tahun lalu atas sokongan Dato Mokhtar yang memang dah lama kenal Dato. Aik, Mak Min ni macam ahli nujum pulak. Tau aje apa aku fikir. Ooo, patut la Lulu tu macam tak puas hati aje dengan Laila dan Datin Ifa. Marjan seolah -olah berbicara seorang. Mak Min yang mendengar, tersenyum tawar. Hmmm, dia memang tak boleh terima Datin Ifa dan Laila. Sejak Dato kahwin, macam tu la Lulu. Sebenarnya, Lulu tu baik orangnya. Hormat orang tua. Puan Maria pun baik. Dia tak pernah bezakan Mak Min dan Pak Mat yang cuma pekerja di sini. Dato Safwan pun macam tu. Well, aku pun boleh nampak bezanya Dato Safwan dan Datin Ifa. Tapi, betul ke Lulu baik? Mesti Marjan tak percaya Lulu tu baik, kan? Marjan terdiam. Bahaya betul Mak Min ni. Semua yang aku fikir dia tahu! Betul Marjan, Lulu tu baik budaknya. Penyayang, macam Puan Maria. Lemah lembut. Tapi dia berubah sejak Dato dan Datin berkahwin. Dia tak percayakan Datin. Dia pernah cakap dengan Mak Min sendiri. Dia memang percaya Datin Ifa tu jahat. Hai, Lulu ni terpengaruh sangat dengan cerita di televisyen. Semua mak tiri jahat. Tapi sebenarnya Datin Ifa tak sejahat tu. Dia kurang mesra saja. Tak macam Puan Maria. Kurang mesra? Hmmm... memang kenalah istilah tu. Pak Mat masuk ke dapur, wajahnya tidak senang. Min, apa Min beritahu hal keluarga pada orang luar ni? La, orang tua ni kenapa pulak dah? Apa pulak orang luarnya, bang? Dia, kan keluarga kita juga? Betul, Mak Min. Seratus markah! Pak Mat mendengus kecil. Menjeling Marjan yang beriak selamba. Marjan pula malas hendak masuk campur hal suami isteri. Pak Mat mendekati Mak Min. Aik, nak berbisik pulak? Min, kita tak tau lagi dia tu baik ke tak. Dato cepat sangat percaya. Min jangan baik sangat dengan dia. Abang percaya dia ada muslihat untuk masuk rumah ni. Ya Allah, dia ni ingat aku apa? Dahlah berbisik macam nak bagi satu rumah dengar! Marjan ketap bibir. Pak Mat menghadiahkan satu lagi jelingan tajam sebelum dia keluar dari dapur. Marjan bingkas. Hish.... Aku kena ajar sikit orang tua ni. Eh, Marjan... nak ke mana? tegur Mak Min. Nak tamatkan riwayat suami Mak Min!

Saya nak check kereta kejap. Ah, alasan lagi! Dia pantas keluar dari dapur melintasi ruang tamu. Cuma kedengaran tawa Datin Ifa yang mengekek dan Dato Mokhtar. Dato Safwan cuma tersenyum nipis. Apalah yang lucu sangat dua beradik ni? Psiko betul. Lulu dan Laila juga sempat dikerlingnya. Wajah bosan terpampang di seraut wajah Lulu. Laila tiada reaksi. Neutral. Dia melepasi pintu. Pandangannya liar mencari kelibat Pak Mat. Oh, kat situ dia. Pak Mat sedang menuju ke gazebo. Marjan menurut langkah Pak Mat. Pak Mat! panggil Marjan. Pak Mat menoleh. Wajah tidak senang masih ada. Gayanya seperti mahu merokok melihatkan sebatang rokok dikeluarkan dari kotak rokok yang kemudiannya dimasukkan ke dalam poket baju. Marjan menghampiri Pak Mat yang tercangak-cangak di situ. Relaks Marjan. Jangan marah, ingat pesanan Nabi. Saya nak cakap dengan Pak Mat sikit, boleh? Hah, terimalah mukadimah aku yang sangat sopan lagi bergaya ni. Pak Mat kerut dahi. Memalingkan mukanya. Rokok diselitkan di antara bibir dan dinyalakan. Berkepulkepul asap berlumba-lumba naik ke udara. Apa kau nak? Langkahnya diteruskan. Marjan menurut lagi sehingga mereka sudah berada di bawah bumbung gazebo. Marjan turut duduk berhadapan dengan Pak Mat yang masih tidak memandangnya. Marjan tarik nafas dalam. Pak Mat, boleh saya tau apa yang Pak Mat tak puas hati dengan saya? Hah, jawab... jangan tak jawab soalan cepu perak ni. Pak Mat mengerling Marjan sekejap. Seperti tidak berminat mahu melayan. Asap rokok dihembus asyik. Berkembut keluar. Dah macam serombong kapal arang aje gayanya. Apa hal kau nak tau? Agak tak menjawab soalan betullah. Ni sah SPM kantoi ni. Pak Mat, saya perasan Pak Mat pandang saya macam ada yang tak kena dengan saya. Jadi saya nak tau apa masalah Pak Mat dengan saya? Kita baru berjumpa tapi kenapa Pak Mat macam ada dendam dengan saya? Pak Mat marah saya jadi driver jugak ke? Kalau sebab tu, saya tak kisah, Pak Mat. Saya rela duduk rumah jadi tukang kebun aje atau apa-apa aje la. Saya cuma tak nak pandangan serong Pak Mat. Ya la, saya sedar, saya orang baru kat rumah ni. Pak Mat dah lama dengan Dato. Mungkin Pak Mat tak puas hati tiba -tiba Dato beri saya kepercayaan yang banyak. Hah, panjang lebar ceramah aku. Pak Mat tidak menjawab sebaliknya dia merenung Marjan tajam. Asap rokok berkepul-kepul keluar daripada mulut dan hidungnya. Hish, pencemaran alam betul. Mujur aku tak merokok. Kau nak tau kenapa aku tak suka kau? Ya. Saya memang nak tau kenapa Pak Mat tak suka saya. Tegas Marjan bersuara. Sebab aku yakin kau berkomplot dengan budak yang ragut beg Dato hari tu untuk membuatkan Dato percaya dengan kau dan kau diberi peluang masuk ke dalam rumah ni. Dalam erti kata lain, aku yakin kau perbodohkan Dato. Mak aih, berat tuduhan tu! Marjan ketawa sinis. Pak Mat, Pak Mat.... Jadi, P ak Mat mencurigai saya la sekarang? Pak Mat angguk laju. Marjan ketawa lagi. Pak Mat, Pak Mat ada beritahu Dato ke mengenai syak wasangka Pak Mat ni? Pak Mat memalingkan mukanya. Ada... tapi Dato tak percaya. Sebab tu aku harus perhatikan kau. Jangan fikir kau boleh perbodohkan Dato selagi aku ada, kau tau! Amaran keras diberikan. Marjan ketawa lagi. Aduh, sakit perut aku! Tak tahan aku dengan orang tua ni! Aku nak merompak Dato Safwan? Harta aku lagi melimpah-ruah tak terkiralah! Setakat harta Dato ni, aku tak hairanlah! Pak Mat ni buat lawak la! Saya tak sangka Pak Mat fikir saya macam tu! Pak Mat, Pak Mat ingat saya ni sebodoh tu ke? Kalau betul la syak Pak Mat tu, Pak Mat ingat saya nak tunggu lama macam ni ke untuk merompak satu rumah ni? Dah dua minggu saya kat sini, Pak Mat. Lagipun, dalam rumah ni ada singa betina, Pak Mat. Kalau betul saya nak aniaya orang rumah ni, saya tak tunggu lama la, Pak Mat. Apa entah orang tua ni. Ha ha ha... buat lawak di hujung minggu betul! Pak Mat ketap bibir. Geram tengok Marjan yang ketawa sampai sakit perut.

Hmmm, tak apa la Pak Mat. Saya maafkan Pak Mat. Pak Mat tunggu la saya rompak rumah ni, ya. Oh, jangan risau. Saya nak rompak nanti saya beritahu semua orang. Jangan risau. Marjan beredar dalam tawa yang masih bersisa. Langkahnya terhenti, tawanya mati melihat Lulu yang berdiri kaku di pintu. Larilah tu. Seperti biasa, dia dihadiahkan jelingan tajam. Marjan meneruskan langkahnya, tidak menghiraukan Lulu yang berpeluk tubuh, masam mencuka sahaja wajahnya. Hei kau! Marjan berhenti mendengar suara itu. Menoleh ke arah Lulu. Ya, Cik Lulu, Cik Lulu nak apa? Sinis Marjan bersuara. Terlupa seketika dia perihal arwah Puan Maria, ibu kandung Lulu. Lulu melepaskan keluhan panjang. Aku nak keluar. Marjan terdiam. Menghampiri Lulu, berhadapan dengannya. Nak ke mana? Eh, aku punya suka la nak ke mana! marah Lulu. Marjan jongket bahu. Tapi, kan sekarang saya driver Dato? Cik Lulu sila la panggil Pak Mat, ya. Saya masuk dulu. Sel amba Marjan berbicara. Meneruskan langkahnya. Bersiul kecil. Hah, baru padan muka kau. Lulu berpaling pantas, mengetap bibir. Panas hatinya mendengar bicara sinis Marjan. Hei, aku anak Dato! Kau driver aku! Kau kena dengar arahan aku! Marjan berpaling bersama senyum sinis mendengar herdikan Lulu. Tapi Cik Lulu, sekarang saya di bawah arahan Dato. Saya bukan lagi driver rasmi Cik Lulu. Saya minta maaf, saya tak berani langgar arahan Dato. Marjan berpusing kembali. Kita tengok siapa yang kena! Aku yang suruh papa tukar driver! Dan aku boleh tukar semula! Puas hati?! Marjan tersenyum sendiri. Berpaling menatap wajah merah padam Lulu. Jadi, Cik Lulu nak tukar driver semula la ni? Lulu tidak menjawab. Memalingkan mukanya, marah. Ha ha ha, baru kau tau langit tinggi rendah! Marjan mendekat. Baik la, Cik Lulu. Patik menjunjung perintah. Silakan.... Bersama gaya sekali dia memberi laluan kepada Lulu. Lulu mendengus kasar, menanti di kereta. Marjan membuka pintu, dan seperti sebelumnya, tiada terima kasih diucapkan. Marjan! Suara Dato Safwan memecahkan keheningan suasana. Marjan menoleh, melihat Dato Safwan di muka pintu. Ya, pak cik. Nak ke mana tu? Manalah aku tau anak kau ni! Errr, saya tak tau Cik Lulu. Dia kata nak keluar. Marjan memaklumkan. Dato Safwan menggamit Marjan tanda mahu dia datang dekat. Marjan menghampiri. Ada apa, pak cik? Dato Safwan mendekatkan mulutnya ke telinga Marjan. Dia yang nak kamu bawak dia ke? Aik, pelik aje soalan. Marjan mengangguk laju. Haah, kenapa pak cik? Pelik betul Dato ni. Oh, tak ada apa-apa. Pergi la, nanti dia marah. Arah Dato Safwan. Marjan angguk faham. Menghampiri kereta semula. Dia masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kereta meluncur keluar dari pekarangan rumah dengan diperhatikan oleh Dato Safwan yang tersenyum nipis.

Bab 9

ELILAU mata Marjan memerhati suasana di pusat membeli-belah ini. Lulu di hadapannya lima langkah juga melangkah longlai. Marjan perasan Lulu sebenarnya hidup di dalam dunianya sendiri. Dia tidak memerhatikan keliling. Jika ada pun, pandangannya kosong. Dari tadi, mereka hanya berjalan. Tidak ada satu kedai pun yang dimasukinya. Apa yang dicarinya? Memang sah dia masih tak dapat terima kenyataan yang hidup dia dah berubah. Mama dia dah tak ada. Dato kahwin lain. Pasti dia kecewa dengan perubahan yang berlaku. Marjan menarik nafas dalam. Baru dia hendak menyaingi langkah Lulu, seorang perempuan yang tergesa -gesa keluar dari sebuah kedai terlanggar Lulu sehingga jatuh semua barang di tangan perempuan itu. Marjan dapat melihat wajah Lulu yang jelas terkejut dengan apa yang berlaku. Marjan tidak jadi mendekat. Mahu memerhatikan tindakan Lulu seterusnya. Lulu menunduk bersama perempuan itu, mengutip kembali barang yang terjatuh. Lulu? Lulu Dato Safwan? Lulu angkat muka. Wajah di hadapannya familiar tetapi dia tidak ingat namanya. Ya, saya. Awak kenal saya? Perempuan itu tersenyum lebar dan jelas dia tidak percaya dengan pertembungan itu. Lulu! Ni aku la, Mira! SMK Tunku Sulaiman dulu! Kau dah lupa? Riang suara Mira memperkenalkan diri. Lulu masih memandangnya kosong. Minta maaf, saya tak ingat la, awak. Mira tersenyum nipis. Oh, aku lupa pulak. Macam mana kau nak ingat, kan? Dulu, aku gemuk. Sekarang, macam ni la. Lulu tidak menjawab, matanya menjalar di seluruh wajah Mira. Cuba mencari sesuatu. Mira, Mira Debab? Mira angguk laju. Aku la! Mira Debab! Senyum nipis terukir di wajah Lulu. Marjan yang sedari tadi memerhati, terkesima seketika. Lulu tersenyum buat pertama kalinya di hadapannya. Walau cuma segaris senyuman, agak mahal untuk tontonan Marjan. Lulu dan Mira berdiri. Kau buat apa kat sini? tanya Mira riang. Tak ada apa, jalan-jalan. Jawab Lulu berbasa-basi. Jelas dia tidak berminat dengan pertembungan itu. Sorang? Mendengar soalan Mira, Marjan mendekat. Hai, saya Marjan. Senyuman Lulu mati, membuang pandang ke celah orang ramai. Mira tersenyum simpul melihat Marjan. Ooo... diam-diam ya? Mira menyiku Lulu perlahan. Lulu menoleh pantas. Apa dia? Marjan senyum nipis. Tahu apa yang ada di dalam fikiran Mira. Pakwe ek? tanya Mira terus. Lulu menjeling Marjan yang senyum memanjang. Dia menoleh kepada Mira semula. Tak la, dia ni... Cik Mira, kan? Cik Mira kawan Lulu di sekolah menengah ya? Marjan memotong cakap Lulu sebelum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya. Marjan mengerling Lulu yang sudah berpeluk tubuh, merenungnya tajam. Haah, kita orang satu sekolah. Eh, baru aku teringat. Lulu, kita orang buat gathering dekat Port Dickson. Kau join ya? Berubah wajah Lulu. Gathering? Kat Port Dickson? Waaa, best tu! Marjan pula yang menjawab bagi pihaknya. Mira menoleh ke arah Marjan. Tidak perasan pula pandangan tajam Lulu yang memanah ke arah Marjan. Haah, weekend ni. Saya tak tau Lulu ada kat sini sebab dia senyap aje, kan? Dah lama tak jumpa dia. Eh, you all datang la... tiga hari dua malam. Nah, ambil nombor saya, nanti contact saya for details. Saya nak cepat ni. Marjan menghampiri Lulu, membelakangkan Mira. Bagi telefon awak. Arah Marjan.

Lulu menjeling tajam. Why should I? Im not going! Perlahan namun tegas. Marjan merenung terus ke dalam mata Lulu. Awak nak bagi ke atau nak saya cakap yang awak date dengan driver awak? Lulu terdiam. Ketap bibir. Diseluk tas tangannya, dihempas telefonnya ke t angan Marjan yang telah sedia dihulur. Thanks. Senyum sinis dihadiahkan. Lulu kembali berpeluk tubuh. Berapa nombor awak? tanya Marjan. Mira mula menyebut nombornya. Jemarinya pantas menaip di telefon bimbit BlackBerry Lulu. Okey, saya missed call. By the way, ini handphone dia. Beritahu Marjan. Mira senyum penuh makna. Dia mengerling Lulu. Lulu, datang ya... dengan cik abang ni sekali. Marjan tersenyum lebar. Lulu tersenyum kelat. Mira berlalu. Marjan menghulurkan kembali telefon itu. Lulu merentap kasar. What are you trying to do, Mr. Driver? marah Lulu. Marjan membalas renungan tajam Lulu. I want you to enjoy yourself. Mudah sahaja. Lulu mendengus kasar. Siapa awak nak tentukan hidup saya? tempiknya kasar. Marjan membelakangkan Lulu. Im nobody to force you but Dato is your father . I know he can make you go there this weekend . Selamba Marjan berbicara. Lulu merentap kasar tangan Marjan setelah mendengar kata-katanya. Dont you dare tell my father about this . Im warning you! ugut Lulu. Benar-benar panas hati dengan tindak-tanduk dan kata-kata Marjan. Marjan tersenyum sinis. Well see.... Dia melangkah meninggalkan Lulu. Lulu menghentak kakinya geram. Langkah diatur juga menurut langkah Marjan. Di dalam kereta, sepanjang perjalanan pulang, Lulu mendiamkan diri. Geramnya pada Marjan masih belum hilang. Bertambah pula geramnya bila Marjan bersiul kecil. Sampai di rumah, seisi keluarga sedang menjamu selera. Lulu terus naik tanpa menunggu lagi. Dato Safwan memanggil Marjan. Nanti awak makan dengan Lulu, ya. Marjan mengangguk sahaja. Dia keluar memeriksa kereta dan membersihkan apa yang patut. Tanpa disedari, Pak Mat menghampiri. Marjan. Marjan menoleh, tersenyum kecil. Hah Pak Mat, dah habis makan? tanya Marjan berbasa-basi. Dah. Sebenarnya... Pak Mat nak mintak maaf pada kamu sebab syak kamu yang bukan -bukan. Marjan memusingkan badannya menghadap Pak Mat. Dia tersenyum lebar, menepuk-nepuk lembut bahu Pak Mat, mesra. Pak Mat, saya tak ambil hati pun. Lagipun, saya di pihak yang benar. Pak Mat tak bersalah pun. Pak Mat cuma bimbangkan keselamatan orang rumah ni. Saya faham. Wajah Pak Mat berubah ceria mendengar bicara Marjan. Hmmm... betul. Pak Mat memang sayangkan keluarga ni, tambahan pulak sejak Puan Maria dah tak ada. Pak Mat risaukan Lulu dan Dato Safwan. Bersungguh -sungguh dia berkata-kata. Marjan angkat kening. Datin Ifa dan Laila macam mana? Pak Mat tak risaukan diorang? Pak Mat tidak terus menjawab sebaliknya dia melihat sekeliling jika ada orang lain yang mendengar. Kemudian, dia mendekatkan wajahnya pada telinga Marjan.

Sebenarnya... Pak Mat tak berapa suka diorang. Mulut Marjan membentuk huruf O. Dia hanya mengangguk faham. Kenapa Pak Mat? soal Marjan lagi. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Wajah Pak Mat berubah lagi. Wajah tidak puas hati. Datin Ifa tu tak mesra, tak macam arwah Pua n Maria. Dia suka tengok Mak Min dan Pak Mat. Pelik. Oh, macam Pak Mat tengok saya la.... Ooo... ya ke? Marjan terangguk-angguk. Lagi satu, dia tu tunjuk baik depan Dato aje. Bila Dato tak ada, mula la tunjuk kuasa dia. Tambah Pak Mat lagi. Cik Laila pulak, kenapa Pak Mat tak suka? Cik Laila tu walaupun pendiam, tapi bahaya orangnya. Dia marah diam -diam, lagi bahaya. Tapi, setakat ni... dia tak buat yang teruk-teruk lagi la dengan Pak Mat dan Mak Min. Dengan ibunya kami pernah tengok. Beritahu Pak Mat bersungguh-sungguh. Apa yang dia buat dengan Datin Ifa? soal Marjan lagi. Naluri ingin tahunya mula menggunung. Pak Mat jeling pintu utama, mahu memastikan tiada yang mendengar. Hari tu, dia ada mintak sesuatu dari Datin. Datin tak mahu beri. Dia pergi rosakkan baju Datin yang paling mahal. Apa lagi, mengamuk la Datin. Tapi, dia tak boleh buat apa-apa. Laila tu menakutkan sikit. Tak tau apa dia akan buat lagi kalau dia marah. Masa tu, Lulu dan Dato ke luar negara sekejap. Datin mengamuk dengan Pak Mat dan Mak Min, la. Marahkan anaknya, kami yang kena. Puan Maria tak macam tu, Lulu dan Dato Safwan pun baik dengan kami. Kami tak pernah dimarah. Ooo... tragik jugak kisah Laila ni. Nampak saja diam macam tu. Isy, bahaya betul! Lulu, walaupun mulut dia lancang sikit sekarang ni, dia tak pernah lagi marah Mak Min dan Pak Mat. Cuma dia jadi tegas sikit dengan kami, tambah Pak Mat lagi. Lancang sikit? Hmmm... aku akan pertimbangkan perkataan sikit tu. Bersungguh betul Pak Mat bercerita . Sebelum ni bukan main lagi menyampah dengan aku. Itulah kuasa pemberian maaf. Mak Min menjengah ke luar. Marjan, mari makan. Panggil Mak Min. Pak Mat menepuk bahu Marjan perlahan. Hmmm... pergi la makan. Saya masuk dulu, Pak Mat. Marjan meninggalkan Pak Mat di situ. Tiada sesiapa di meja makan. Laila mungkin sudah ke atas kerana yang tinggal di ruang tamu cuma Dato Safwan, Datin Ifa dan Dato Mokhtar. Marjan memandang tangga. Nak panggil ke tak? Marjan, pergi panggil Lulu turun makan. Arah M ak Min yang sibuk menghidangkan makanan untuk mereka pula. Marjan mengangguk. Memanjat tangga satu per satu. Dia kaku di hadapan anak tangga terakhir sebaik sahaja sampai di tingkat atas. Mana satu bilik dia? Alamak, lupalah pulak nak tanya. Bagus, Marjan. Mana satu ni? Inilah pertama kali dia naik ke tingkat atas ini. Dia berlegar-legar di situ. Ada lima pintu bilik dan di tengahnya ruang tamu kecil. Satu set sofa dan set televisyen tersusun di ruang tamu itu. Marjan tersandar di sofa. Nak ketuk pintu mana ni? Kalau salah naya aje. Tiba-tiba, satu pintu bilik terbuka. Marjan pantas menoleh. Lulu! Melihatkan Marjan di situ, Lulu menutup kembali pintu biliknya pantas. Hajat mahu menonton televisyen terbantut. Marjan menghampiri pintu bilik itu. Mengetuk perlahan. Cik Lulu, jom makan. Tiada jawapan. Marjan mencuba lagi. Cik Lulu, Dato panggil makan. Kau pergi la makan! Kau sibuk dengan aku kenapa?! Jeritan Lulu kedengaran. Marjan senyum sendiri. Cik Lulu, saya bukan kisah sangat dengan Cik Lulu. Mak Min yang suruh panggil Cik Lulu turun makan. Kalau ikutkan hati saya, baik saya makan sorang-sorang. Tak ada orang nak tengking dan jeling saya di meja makan. Selamba dia menjawab. Marjan bersandar di pintu bilik itu. Tiada balasan. Cik Lulu, kalau kerana saya Cik Lulu tak nak makan sia -sia aje, Cik Lulu. Kenapa Cik Lulu nak seksa perut sendiri, badan sendiri kerana saya yang cuma seorang driver ni? Tak guna, Cik Lulu. Kalau saya jadi Cik Lulu, saya takkan buat kerja bodoh ni. Marjan masih menanti. Menunggu balasan daripada Lulu.

Tiba-tiba pintu terbuka kasar dari dalam. Marjan terdorong ke belakang dan jatuh di atas jubin bilik gadis itu. Punggungnya terhentak kuat. Dia mendongak, melihat senyuman sinis Lulu. Padan muka Mr. Driver yang banyak cakap! Lulu beredar meninggalkan Marjan yang mengaduh dalam senyum.

MARJAN menuruni tangga satu per satu. Tangan kanannya menggosok punggung yang masih terasa sengal. Matanya menangkap tubuh Lulu yang sudah bersedia di meja makan, sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan. Dato Safwan, Datin Ifa dan Dato Mokhtar sudah tiada di ruang tamu. Marjan, mari makan. Dato keluar dengan Datin dan Dato Mokhtar, beritahu Mak Min yang sedang menuangkan air. Marjan menghampiri meja makan, mengerling Lulu yang mempamerkan riak bersahaja. Kenapa Marjan? Sakit belakang ke? tegur Mak Min. Marjan senyum kelat. Sekadar menggeleng. Tak la, jatuh tadi. Dia menjeling Lulu yang sedang menyuap nasi sekilas. Mak Min geleng perlahan. Ha, duduk la makan. Marjan angguk. Dia menarik kerusi lalu duduk perlahan-lahan, berhadapan dengan Lulu. Mak Min masuk ke dapur kembali. Aduh! Marjan terjerit kecil apabila sengal di punggungnya terasa sebaik sahaja dia duduk. Lulu menjeling tajam. Padan muka! Lain kali, jangan banyak mulut, okey? Sinis bicara Lulu. Marjan membalas renungan tajam Lulu. Tak apa, Cik Lulu. Ini tak ada apa pada saya. But Ill do my best supaya Cik Lulu pergi ke Port Dickson. Marjan menekan hujung suaranya. Bersama senyum sinis. Dia mahu mencapai mangkuk nasi apabila Lulu menarik mangkuk itu ke arahnya dahulu. Kalau awak berani beritahu papa tentang tu, siap la! Lulu memberi amaran. Marjan menarik nafas panjang. Mak Min, mangkuk nasi ni lari dari saya la! jerit Marjan. Lulu tergamam. Pantas dia menolak kembali mangkuk nasi itu ke arah Marjan. Mak Min terkocoh -kocoh keluar dari dapur. Apa kamu cakap tadi? Mangkuk nasi lari? Berkerut dahi Mak Min. Marjan angguk laju. Matanya masih terpaku di wajah Lulu yang menundu k sedikit. Haah, tadi dia lari... tapi tak apa Mak Min, dah datang balik. Marjan memandang Mak Min sekilas, senyum nakal. Mak Min melepaskan nafas lega. Isy, kamu ni... ada-ada aje la, marah Mak Min. Mak Min beredar ke dapur semula. Lulu bergerak ke hadapan sedikit. Jangan beritahu papa! Marjan senyum sinis. It depends on how you behave this coming weekdays , ujarnya selamba. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan. Kemudian disenduk pula lauk. Lulu terdiam seketika. Dia menuding jari telunjuk kirinya ke arah Marjan. Are you threatening me? Suaranya ada nada tidak percaya. Marjan jongket bahu. Well, it depends on how you look at it. Lulu ketap bibir. In your dreams! Dia menyudu nasi, menyuap kembali.

Of course! If you dont behave, you will have nightmare about PD this whole weekdays ! Believe it or not! Marjan sudah mula menyudu nasi. Lulu tidak jadi mengunyah. Dia menghempas sudunya ke pinggan, berlari naik ke tingkat atas. Marjan masih tersenyum. Sekarang kau tau langit tinggi ke rendah. Marjan, kenapa tu? Entah bila Mak Min datang. Marjan jongket bahu. Entah, tak betul kut? jawabnya selamba. Mak Min menepuk bahu Marjan perlahan, menegur bicaranya. Marjan cuma senyum nipis. PD. I will make you go. This is my vow, Lulu. Usai makan, Lulu sudah tidak turun semula. Marjan tidak ambil kisah. Dikeluarkan telefon bimbit dari koceknya. Marjan keluar rumah, ke gazebo lalu duduk di situ. Dia mendail nombor Kasturi. Helo. Helo... hah, bro, apa cerita? Aku okey aje. Kolej kau okey ke? Okey, semua okey. Bro, weekend ni, aku plan nak pergi PD la. Aik, kau, kan keja? Sesuka hati aje kau nak pergi makan angin? Marjan ketawa kecil. Ada la. Tapi satu yang aku tau, aku akan pergi PD nanti. Percaya la cakap aku. Kau nak pergi dengan siapa? Misi kau dah jalan belum? Ala... bro, kau jangan la ingatkan aku, bro. Bagi la aku enjoy dulu. Aik, hari tu bukan main semangat lagi kau nak sempurnakan misi kau! Marjan terdiam. Tak la bro, bukan tak bersemangat, tapi... macam malas la pulak nak fikir pasal tu. Bro, ingat... kau kat sana ada sebab. Bukan saja-saja. Aku kat sini dah habis akal dah ni nak carikan kau jalan. Jangan risau, aku ingat, aku ingat. Tu la, aku bagi idea baik punya kau tak nak ikut. Apa idea kau yang baik sangat tu? Kau sambar aje la mana-mana anak Dato tu! Hah, senang cerita... aku pun senang hati. Kau pun dapat bini! Suara Kasturi ketawa memecahkan gegendang telinga Marjan. Isy, aku dah cakap tak boleh bro. Reject! Reject-reject pun, yang kau tunggu lagi lama kat situ buat apa? Keluar la dari situ. Kalau tak, sampai bila misi kau nak sempurna. Hmmm... tu la bro. Bila difikirkan balik, nak cari isteri ni susah betul la. Aku jadi malas nak fikir pasal ni. Bila fikir lama-lama, macam nak gila aku. Tapi, kalau aku tak fikir, lagi naya aku. Hah, tau tak apa. Itu la kau, Suri tu ada aje depan mata tak nak. Nak cari kerja susah. Hah, sekarang baru kau tau! Marjan sengih sendiri Suri tu lagi la reject. Tak sesuai la. Tak sesuai apanya? Taraf dah sama, apa yang tak sesuai pulak? Bro, ni bukan masalah setaraf ke tak. Ni soal hati, bro. Aku tak suka dia la. Dia cuma kawan pada aku. Hai, ni kes mencari cinta la ni? Hmmm... suka hati kau la bro. Janji kau dapat cinta kau, aku tak ada masalah. Ingat, dah dapat cepat balik. Hmmm.... Eh, tadi kau tanya aku nak pergi PD dengan siapa, kan? Haah, dengan siapa kau nak pergi? Dengan anak Dato, Lulu. Aik, apa kes ni? Suara Kasturi lain macam. Bro, its not what you think.

Habis? Aku bawak dia pergi shopping complex, jumpa kawan dia. Kawan dia beritahu pasal gathering diorang kat PD. Perempuan ni tak nak pergi tapi aku akan buat dia pergi. Kenapa? Sebab aku nak dia bergembira la bro. Yang kau sibuk pasal dia kenapa? Sebab aku kesiankan dia. Sebenarnya, mak kandung dia dah meninggal enam tahun lepas. Datin sekarang ni ibu tiri dia. Laila tu adik tiri dia. Dia jadi pemarah sebab tu, la bro. Dia marah ayah dia kahwin lain dan dia tak suka ibu tiri dia ni. Oh, macam tu. Habis, kau nak gembirakan dia la? Aku nak cuba. At least, bila aku tinggalkan tempat ni, ada kenangan baik yang aku bawak. Hmmm, suka hati kau la bro. Jangan kau tinggal hati kau kat tempat tu dah la. Hah? Maksud kau? Tak ada apa-apa la. Okey, bro. Good luck with her. Okey, kirim salam bonda. Assalamualaikum. Talian dimatikan. Marjan menarik nafas dalam.

Bab 10
ATO SAFWAN bermenung di beranda. Dari berandanya, dia dapat melihat jelas halaman rumahnya. Sedang dia mengambil angin malam, dia perasan ada susuk tubuh di bawah gazebo itu. Dato Safwan menunduk mahu menjelaskan pandangannya. Lulu? Apa yang dia buat kat bawah malam-malam macam ni? Dato Safwan beredar dari beranda. Mahu keluar bilik. Datin Ifa yang sedang sibuk menempek krim muka mengerling suaminya. Abang nak ke mana? Dato Safwan menoleh sekilas. Ke bawah sekejap, beritahunya. Dato Safwan terus menghilang di sebalik pintu. Datin Ifa memuncung. Lulu la tu. Omelnya sendiri. Dia meneruskan tampalan mukanya yang terganggu. Fikirannya semak dengan rancangan yang telah lama tersimpan kemas di benaknya dan sudah dilaksanakan separuh. Dia berhenti lagi. Merenung wajahnya di cermin. Aku akan hancurkan semuanya yang kau ada, Safwan. Itu tekadnya. Lulu.... Lulu menoleh pantas mendengar suara papanya. Papa.... Lulu mengukir senyuman tawar, menyambut papanya. Dato Safwan mengambil tempat di sebelah Lulu. Diraih mesra bahu gadis suntinya itu. Lulu buat apa kat bawah ni sorang-sorang? Suara mesra Dato Safwan memulakan. Lulu mengeluh kecil. Lama dia membisu, membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Lulu teringatkan mama. Dato Safwan terdiam mendengar jawapan itu. Dia menarik nafas dalam. Papa, dua tiga hari yang lepas, ulang tahun kematian mama. Lulu ke kubur mama. Papa tak ingat? Dato Safwan menunduk seketika. Papa ingat, sayang... tapi papa busy sangat. Papa cuma sempat hadiahkan Yasin buat mama malam tu. Papa mintak maaf ya, tak dapat temankan Lulu ke kubur. Lulu menyandarkan kepalanya di bahu Dato Safwan. Papa, kenapa mama pergi dulu?

Dato Safwan merenung Lulu penuh kasih. Sayang, jangan cakap macam tu, tak baik. Mama dah pergi, jangan bertanya kenapa dia pergi dulu. Allah lebih sayangkan mama. Lulu faham, kan? Tiada jawapan. Lulu rindukan mama. Sayang, papa pun rindukan mama. Papa dah ada ibu dan Laila. Tingkah Lulu. Perlahan sahaja suaranya. Dato Safwan menarik Lulu lebih dekat dengannya, pelukannya bertambah kejap. Papa mintak maaf, sayang. Tapi ibu, kan baik? Papa, Lulu tak suka ibu. Ibu tak boleh gantikan mama. Perlahan, namun tegas bicaranya. Dato Safwan mengeluh panjang. Lulu, grow up sayang. Lulu dah besar panjang. Lulu tak boleh terus macam ni. Life must go on walaupun mama dah tak ada. Nikmati la hidup ini sementara kita masih hidup. Lulu diam membisu. Lulu, frankly speaking, I miss the old Lulu. I miss her very much. I wonder when she will come back to me. Tiada jawapan. Dato Safwan dapat berasa enjutan perlahan daripada pelukannya. Esakan kecil kedengaran. Lulu, Im so sorry dear, if papa tak boleh jadi papa yang baik. I tried my best to give the best for you. Tapi papa tak nak Lulu terus macam ni. Ibu pun dah cuba yang terbaik. Lulu pun tau, kan? Accept her, sayang. Dah enam tahun mama tak ada. Takkan Lulu nak terus macam ni? Esakannya masih rancak. Tiada tanda-tanda akan berhenti. Dato Safwan mengusap lembut bahu Lulu. Lulu, papa nak cakap sesuatu.... Lulu mengesat air mata di pipi. Apa dia? Serak suaranya bertanya. Lulu jangan selalu marahkan Marjan tu. Dia budak susah. Tak baik buat orang macam tu. Lulu membisu. Tidak menyangka papa akan menimbulkan topik Marjan. Dia mendengus kecil. Tangisannya mula segan-silu menuruni pipi. Rasa sedih berganti marah dan geram. Biar la. Dia yang tak sedar diri. Lulu. Suara Dato Safwan keras sedikit menegur. Betul la. Dia cuma driver dan dia baru lagi kat sini. Tapi mulut bising. Benci la Lulu! Pandai menjawab bila Lulu cakap! Dan dia suka buat Lulu rasa serba salah! I hate him! Penuh perasaan Lulu meluahkan. Dato Safwan mengeratkan pelukan di bahu Lulu, mesra. Tak baik benci orang. Dia orang susah, Lulu. Papa tak beritahu lagi kan macam mana papa kenal dia? Papa kena ragut hari tu and he helped me and my two million was saved by him. So, papa tanya dia apa dia buat kat sini dan dia kata tengah cari kerja. So, papa bagi la dia kerja. I dont know why, but I know he is a very good guy. Lulu menoleh tajam. Papa, dont back him up. He is crazy! I hate him! Lulu menekan suaranya lagi. Tapi Lulu nak tukar balik dia dengan Pak Mat, kan? Lulu terdiam. Teringatkan peristiwa siang tadi. Tak, la. Lulu saja aje tadi. Lagipun Lulu kesiankan Pak Mat. Biar la dia yang muda tu pulak yang dikerah. Lulu beralasan. Dato Safwan senyum nipis. Lulu, esok dah start kelas balik. Takkan dia nak hantar papa, baru ke kelas? Kalau dia yang hantar kamu, kan satu hala aje? Lagipun, papa ke pejabat lewat daripada kamu. Susah la dia macam tu. Dato Safwan memujuk. Lulu mendengus kecil. Biar padan muka dia. Banyak mulut sangat! Lulu, tak baik la macam tu, dia pun nak belaj ar jugak. Tukar balik dengan Pak Mat, ya? Lulu tidak lagi menjawab. Dia tahu dia tiada pilihan lagi. Jika ayahnya sudah berkata begitu, dia tahu dia perlu menurut. Dato Safwan menepuk bahu Lulu mesra. Papa naik dulu, okey? Jangan lama sangat kat luar ni, sejuk. Lulu angguk sahaja. Mencium tangan papanya. Good night, papa. Good night. Dato Safwan beredar meninggalkan Lulu bersendirian. Marjan yang baru keluar dari rumah dikejutkan oleh suara Dato Safwan.

Ha, Marjan... tak tidur lagi? Marjan sengih sahaja. Belum, pak cik. Pak cik buat apa kat luar ni tak tidur lagi? Pak cik jenguk Lulu kat sana tu. Kamu tunggu dia sekejap boleh? Dah lewat ni, risau pulak pak cik dia sorang-sorang kat luar ni. Marjan angguk faham. Dia menjeling ke arah gazebo. Oh, lagi satu... kamu drive Estima esok ya, macam biasa balik. Pak Mat dengan pak cik. Marjan angguk lagi. Baik, pak cik. Okey, pak cik masuk dulu. Marjan menghantar kelibat Dato Safwan sehingga hilang di sebalik pintu. Dia mengatur langkah ke gazebo dan matanya menangkap kelibat Lulu di situ. Beberapa langkah lagi ke gazebo, Marjan berdeham perlahan membuatkan Lulu menoleh. Lulu menjeling tajam sebelum memalingkan mukanya. Marjan mengambil tempat di bangku, berhadapan Lulu. Dia mengerling sisi wajah Lulu. Tak tidur lagi? tegurnya. Lulu mendengus kecil. Jangan sibuk la! marahnya. Dah beritahu Dato pasal trip ke PD tu? Lulu menoleh pantas. Kau diam boleh tak? Lagi bagus kalau kau boleh berambus dari sini, okey? Marjan senyum kecil. Dia menyandar tenang. Tak apa, saya akan tolong awak. Lulu merenung Marjan tajam. Apa masalah kau ni sebenarnya? soalnya tegas. Marjan menggeleng. I have no problem. Why? Habis, cant you just leave me alone with my life? Go away, did you get it? Im just here to help you. Thats all. Lulu ketap bibir. Argh! I dont need you and you can get lost with your offer ! Okay?! Sorry, I cant. Lulu mendengus marah. I hate you! Okey. Selamba Marjan menjawab. Lulu merenungnya geram. Go away! Halau Lulu. Marjan masih mempamerkan wajah selamba. I cant. Dato yang suruh saya tunggu awak. Awak ingat saya kisah ke nak duduk kat sini bergaduh dengan awak? Lulu terdiam. Dia berdiri pantas. I hate you! Dia memuntahkan kata-kata itu tepat di muka Marjan. I pity you! jerit Marjan pada Lulu yang sudah mengatur langkah meninggalkannya. Jangan risau, Cik Lulu. Saya akan beritahu Dato tentang trip tu. Lulu berhenti, memalingkan mukanya, marah. Dia menjeling Marjan geram sebelum meneruskan langkahnya. I hate you!!!