Anda di halaman 1dari 17

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) AMBILAN 2008 TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

NAMA : ANGKA GILIRAN : NO. K/P : KUMPULAN / KURSUS : MATA PELAJARAN : GURU DAN CABARAN SEMASA KOD MATA PELAJARAN : EDU 3109 NAMA PENSYARAH :

TARIKH SERAHAN :
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan.. 2 2.0 Pendahuluan. 5 3.0 Jenis-jenis Gangguan Emosi.. 6 4.0 Punca-punca Gangguan Emosi.8 5.0 Langkah Mengatasi Gangguan Emosi.. 10 6.0 Penutup. 13 7.0 Rujukan. 14 8.0 Lampiran 15

1.0

PENGENALAN Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi

kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih . Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa . iii) Pringle (1966)

pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. iv) Albertwhite (1977) pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi . v) Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun. vi) Collins (1961) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira. vii) Evans (1995) pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system . Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek aspek kelemahan murid. viii) Blair (1956) pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalanamalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat. ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986. pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada 4

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan. xi) Koh (1979) pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahankelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal . xii) Chua (1977) pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.

2.0

PENDAHULUAN Gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih tingkah laku

oleh murid-murid. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktorfaktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress atau tekanan kepada murid-murid. Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa. Dan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan. Gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera. Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas

3.0

JENIS-JENIS GANGGUAN EMOSI Melalui kerja kursus ini, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap 4 orang murid

saya iaitu Muhammad Danish, Muhammad Najib, Nurizdihar dan Siti Aisyah. Mereka merupakan murid-murid Tahun 2 pada tahun ini. Saya telah mengenalpasti jenis-jenis gangguan emosi yang berlaku kepada mereka. Antara jenis-jenis gangguan emosi yang berlaku kepada murid-murid saya ialah : perasaan rendah diri perasaan risau sedih / murung cepat bosan / jemu terhadap pelajaran takut dengan perkara baru degil , tidak patuh arahan pasif malas tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas sentiasa kelihatan letih kerap sakit perut mudah diserang penyakit duduk dalam keadaan yang tidak selesa pencapaian akademik yang semakin merosot sering berasa cemas, takut dan benci

Mereka berempat merupakan di antara murid-murid saya yang telah ditempatkan di Kelas Pemulihan SK Dato Klana Putra. Mereka akan diberi penekanan terhadap kemahiran LINUS iaitu Literasi dan Numerasi supaya kemahiran asas mereka iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul berada pada tahap yang baik dan tidak ketinggalan dari rakan-rakan 7

mereka yang lain. Seterusnya mereka tidak akan mengalami masalah apabila mereka sudah naik ke darjah 2 pada tahun hadapan.

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mereka di Kelas Pemulihan, saya mendapati tingkah laku serta emosi mereka berubah sedikit demi sedikit. Mereka memerlukan perhatian yang lebih dari guru-guru seterusnya akan meningkatkan minat terhadap subjek yang dipelajarinya. Di kelas aliran perdana mungkin keadaan ini tidak berlaku kerana bilangan murid dalam kelas Tahun 1 yang begitu padat. Apabila ini berlaku murid-murid ini terasa disisihkan dan kesannya mereka akan mengalami gangguan emosi. Jenis-jenis gangguan emosi yang telah saya senaraikan di atas telah berlaku terhadap 4 orang murid saya tersebut. Guru kelas mereka telah membuat pemerhatian yang khusus terhadap 4 orang murid berkenaan dan setelah menjalani beberapa ujian yang telah dijalankan oleh Guru Kelas dan Guru Pemulihan, murid-murid tersebut telah dimasukkan ke Kelas Pemulihan. Jenis-jenis gangguan emosi yang paling ketara dikalangan 4 orang murid saya tersebut ialah sukar untuk mengikut arahan, merendah diri dan sering mengasingkan diri. Mereka juga akan cepat berasa bosan dan kurang berminat terhadap pelajaran. Mereka gemar melakukan aktiviti lain seperti bermain dan membuat bising di dalam kelas. Kesannya, murid-murid lain akan terganggu dan menyebabkan objektif pengajaran tidak tercapai. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada punca ataupun penyebabnya. Seterusnya, saya akan menyatakan punca-punca gangguan emosi yang berlaku terhadap murid-murid saya terutamanya 4 orang murid saya tersebut. Diharapkan, apabila punca-punca gangguan emosi murid-murid saya dikenalpasti, tindakan susulan yang berkesan akan diambil supaya muridmurid tersebut dapat dipulihkan seterusnya berubah menjadi murid yang lebih baik dari segi sahsiah mahupun akademik.

4.0

PUNCA-PUNCA GANGGUAN EMOSI Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam

kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga,pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi. Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan didalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi. Melalui pemerhatian saya terhadap dua orang murid saya iaitu Muhammadd Danish dan Muhammad Najib, mereka berdua mengalami masalah yang berikut. Kelas Tahun 1 pada tahun 2011 yang padat dan sesak telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Guru-guru agak sukar mengawal murid-murid ini terutamanya Muhammad Najib kerana murid ini lebih minat bermain dan selalu merayau-rayau di dalam kelas ketika aktiviti pengajaran berlangsung. Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain. Keadaan ini pula berlaku terhadap seorang murid saya iaitu Siti Aisyah yang mengalami masalah keluarga iaitu penceraian ibu dan bapanya. Kesannya

murid ini sukar untuk memberikan tumpuan di dalam kelas dan sering menyendiri serta mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku,murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satusama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakanrakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakanaktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan ideayang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas. Keadaan ini pula berlaku pada murid yang bernama Nurizdihar. Murid ini sering tidak dihiraukan oleh rakan-rakannya di dalam kelas. Kesannya, murid ini lebih banyak mendiamkan diri ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru-guru juga mengalami masalah dalam berkomunikasi dengan murid ini kerana murid ini kurang menunjukkan minat dalam pelajarannya.

10

5.0

LANGKAH MENGATASI GANGGUAN EMOSI Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan

emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru adalah seperti berikut: Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat,mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi permainan pertandingan atau kerja projek. 11

Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan dibawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau member tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlulah adil dan berseuaian. Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada Ahli Psikologi, Kaunselor dan Personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada Ahli Psikologi, Kaunselor dan Personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincangan antara kedua belah pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid. Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-officacy iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan,memikir bagaimana memabaikinya demi menukarnya kepada 12

kemenangan, dan bukan membimbang atau bersedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistic kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Guru sepatutnya tidak harus memukul murid yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti murid yang seringkali ponteng sekolah. Murid tersebut perlu diberi peluang untuk guru mengenalpasti dan menyiasat sebab murid tersebut melakukan kesalahan disiplin atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya guru memukul murid tersebut wujudnya perasaan benci dan marah terhadap guru yang memukulnya dan murid itu tidak akan memperbaiki tingkah lakunya. Ini akan meyebabkan murid itu mengalami gangguan emosi.

13

6.0

PENUTUP Gangguan emosi boleh dialami oleh kanak-kanak tanpa mengira usia. Manifestasi yang

ditunjukkan berbeza-beza mengikut tahap perkembangannya. Ibu bapa perlu memahami dan mengenali ciri-ciri gangguan emosi di kalangan anak-anak tersebut. Kadangkala, keluhan dikalangan kanak-kanak itu perlulah diperiksa dengan teliti supaya segala punca boleh dikaitkan dengan penyakit organik dapat dikenal pasti sebelum perhatian ditumpukan kepada masalah psikososial kanak-kanak itu. Oleh yang demikian, seseorang guru pula perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar. Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya mempengaruhi ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila gangguan emosi di kalangan pelajar dapat dikawal serta dibendung ini akan meningkatkan penumpuan pelajar tersebut ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung dan seterusnya pencapaian pelajar tersebut dalam aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum mencapai pada tahap yang memuaskan. Melalui Kelas Pemulihan di Sekolah Kebangsaan Dato Klana Putra, Lenggeng, Negeri Sembilan, murid-murid yang memerlukan pemulihan khas seperti yang telah saya nyatakan iaitu Muhammad Danish, Muhammad Najib, Nurizdihar dan Siti Aisyah tidak lagi ketinggalan dalam pembelajaran mereka dengan rakan-rakan mereka. Apa yang penting kemahiran asas iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul (4M) mereka mencapai tahap yang baik. Melalui didikan guru yang bertauliah dan terlatih, diharapkan mereka dapat menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran di samping dapat mengawal emosi dan tingkah laku ketika di sekolah. Usaha ini memerlukan kerjasama dan jalinan yang erat antara pihak sekolah, guruguru dan ibu bapa murid bagi memastikan objektif dan tujuan Kelas Pemulihan ini tercapai dan dapat direalisasikan dengan jayanya. 14

7.0

RUJUKAN

Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Rohayati Haroun. Mari Baca e-Xra. Modul Bacaan 1-7. (2008). E-xra Centre. Bandar Baru Bangi Selangor. Surya Abdullah.(2008). Kaedah Membaca Mudah. Adikku Bijak Membaca. Sasbadi, Kula Lumpur. Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/204-tekanan-emosi-pada-kanakkanak.html http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kawalgejalamurungdiperingkatawal/Article/i ndex_html http://www.ukm.my/penerbit/emosi.pdf 15

http://blog.scoreanetwork.com/index.php/bila-anak-mengalami-tekanan-emosi.html

8.0

LAMPIRAN Kelas Pemulihan SK Dato Klana Putra, Lenggeng, Negeri Sembilan

16

17