Anda di halaman 1dari 10

1

TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

School of Education and Cognitive Science

EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Tugasan

2
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Pengenalan Panduan ini menerangkan dengan terperinci Tugasan untuk kursus ini. Tujuan panduan ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kurusus ini. Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi; iaitu kebolehan anda mengaplikasai prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada. Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

Penulisan Akademik Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifk yang menjawab secara sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokong sesuatu soalan atau hipotesis. Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciri berikut: Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas. Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti. Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu. Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

Plagiarisme Apa itu PLAGIARISME? Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar. Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan Peraturan Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaa orang lain yang bermaksud seperti berikut:

3
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwah bahawa ia adalah hasil ciptaan sendiri. Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber, Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk gambaraj, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya. Penyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih kursus.

Bagaimana saya boleh elak daripada PLAGIARISME?


Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyai rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan. Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinayatakan dalam kurungan. Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat

segala rujukan.
Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

c) Rujukan Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan diakhir tugasan anda di bawah seksyen RUJUKAN. Berikut ini ialah kaedah membuat Rujukan. Daripada Jurnal DuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational Leadership, 59(8). 12-15. Daripada Online Jurnal Evnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connection between rationality and logical ability [Versi Elektronik]. Mind, 110, 335-367. Daripada laman Web atau laman Sesawang National Park Service. (2003, February 11). Abraham Lincoln Birthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003, from http://www.nps.gov/abli/

4
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Daripada Buku Naisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London: Pan Books.

Daripada Bab dalam Buku Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J. Sternberg (Eds), Teaching thinking skills: Theory and practice. New York: W.H. Freeman and Company. 27-37. Daripada Akhbar Holden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless stylist of pop. The New York Times, pp. A1, A22-A23.

5
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Perincian Tugasan

Pemberatan: 35% Tugasan in terbahagi kepada Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A: [15%] Dalam transkripsi fonetik (atau transkripsi sempit) pengkaji cuba memberi lambang fonetik yang setepat-tepatnya dan terperinci dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik. Tugas; Salin semula lirik (atau senikata) lagu HIJAU oleh Zainal Abidin dan petikan HARI GURU dalam bentuk TRANSKRIPSI FONETIK.

Garis Panduan: Rujuk kepada halaman 8-9 pada Tugasan ini untuk memperolehi lirik lagu Hijau dan petikan Hari Guru. Tranksripsikan lirik lagu dan petikan mengikut kaedah transkripsi fonetik yang anda pelajari dalam Bab 3. Anda juga boleh merujuk kepada Unit 8 Transkripsi Bahan Tambahan yang dikepilkan di MyPLS untuk kursus ini. Juga rujuk kepada contoh yang diberikan. Gunakan tanda diakritik untuk memberi ketepatan bagi bunyi sebenar yang dihasilkan oleh lirik lagu tersebut. Gunakan abjad fonetik antarabangsa untuk membuat transkripsi fonetik.

6
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Bahagian B: [20%] 10 halaman Fonologi dan fonetik ialah pengkajian tentang bunyi-bunyi bahasa mengikuti fungsinya. Oleh demikian bidang ini berkait rapat dengan kemahiran lisan atau pertuturan yang diperkembangkan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Tulis satu LAPORAN bertajuk:

PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN (PERTUTURAN) DI SEKOLAH SAYA: SATU TINJAUAN

Garis Panduan: Bagaimana kemahiran lisan (pertuturan) murid dalam Bahasa Melayu diperkembangkan di sekolah anda? Kepentingan pengajaran lisan (pertuturan) Masa yang peruntukkan Kepelbagaian kaedah pengajaran yang digunakan Kaedah penilaian yang digunakan

Kemahiran lisan (pertuturan) diberi penekanan sama seperti kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Berikan bukti. Adakah pengajaran lisan (pertuturan) diabaikan? Temubual TIGA guru Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pengajaran lisan (pertuturan). o Keutamaan yang diberi kepada pengajaran kemahiran lisan (pertuturan). o Amalan mereka kaedah yang digunakan, teknik penilaian dan sebagainya. o Lain-lain maklumat o Pendapat mereka adalah bukti untuk menyokong laporan anda. o Anda tidak perlu menyebut nama mereka tetapi boleh melaporkan seperti berikut: Guru X: Saya kurang memberi penekanan .............

Esei anda hendaklah terdiri daripada pemerhatian anda, pendapat tiga guru yang anda temu bual, pendapat pakar dan rumusan.

7
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

PERHATIAN: Anda tidak perlu mengikuti soalan-soalan yang dikemukakan atau urutan soalansoalan berkenaan. Ia merupakan panduan semata-mata dan anda digalakkan mendapatkan maklumat tambahan.

Format Tugasan Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing) Gunakan Font New Times Roman, saiz 12

Penyerahan Tugasan

Jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halaman pertama.

------------oooo------------

8
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Lirik lagu HIJAU Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini Oo... anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo Lirik Hijau - Zainal Abidin

9
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Petikan HARI GURU daripada Harian Metro SETIAP tahun menjelang tarikh keramat 16 Mei, sambutan Hari Guru diadakan di seluruh negara. Perguruan adalah satu profesion yang membawa erti pekerjaan yang memerlukan keahlian khusus sebagai guru. Jenis pekerjaan itu semestinya tidak dapat dilakukan sebarangan orang di luar bidang pendidikan. Jelaslah tugas guru penting untuk membentuk manusia ke arah kebaikan meliputi mendidik, mengajar dan melatih. Dalam hal ini, mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai hidup. Mengajar bererti meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Sementara melatih bererti mengembangkan ketrampilan kepada pelajar. Tugas guru dalam bidang kemanusiaan meliputi tugas menjadikan dirinya sebagai ibu bapa kedua hingga menjadi idola kepada pelajarnya. Pengajaran dan pembelajarannya menarik dan mudah difahami. Guru sentiasa menggunakan pendekatan kasih sayang, mesra, prihatin bagi mendekati, memahami keinginan dan kehendak pelajar. Masyarakat menempatkan guru pada tempat yang lebih terhormat dari lingkungannya kerana daripada seorang gurulah masyarakat memperoleh ilmu pengetahuan ke arah pembentukan sesebuah negara maju. Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Guru mestilah mempunyai jiwa cekal dan semangat kental ke arah mendidik pelajar yang cemerlang akal budinya dalam dunia tanpa sempadan. Kini, seseorang guru hendaklah mempunyai kepimpinan bermoral seperti jujur dan amanah, bersikap proaktif dan berilmu serta berkemahiran, sekali gus intipati penting dalam pembangunan dan kemajuan pelajar di sesebuah sekolah. Setiap guru tunjang penting negara dalam melahirkan modal insan yang mampu memacu pembangunan yang lebih pesat.

----oooo----

10
TUGASAN EFF 312 Fonetik dan Fonologi

Muka Hadapan:

TUGASAN MEI 2013 SEMESTER


KOD KURSUS EFF 312

NAMA KURSUS

FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN