Anda di halaman 1dari 12

BAB 6 : SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA. TAJUK: ATURCARA/ PROSIDING MAHKAMAH.

PENGENALAN 1. Kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ialah kes-kes Sivil dan kes-kes Jenayah. 2. Seorang tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah dengan pemberian, Saman dokumen mempunyai kandungan kesalahan dan meminta hadir di mahkamah pada masa dan tarikh yang dinyatakan Penangkapan tanpa waran cara polis menangkap seorang dianggap mengancam keselamatan awam dan Negara. Cth perhimpunan haram, merusuh, mengamuk dll. Waran dokumen kuasa kepada pihak polis oleh mahkamah untuk menangkap seseorang atau menggeledah bagi mencari bukti. 3. Aturcara/ Prosiding mahkamah boleh dibahagikan kepada Aturcara/ prosiding sivil Aturcara/ prosiding jenayah ATURCARA/ PROSIDING SIVIL 1. Undang-undang yang menyentuh hak dan t/jawab melibatkan hubungan antara individu dengan individu, individu dengan badan lain tanpa melibatkan kesalahan Negara 2. Bentuk kes - harta pusaka, wasiat, penjagaan anak, tuntutan, keluarga, syarikat, tanah, kontrak dll 3. Pihak terlibat Plaintif melawan Defendan / Pemohon melawan Penentang 4. Hasil perbicaraan diterima atau ditolak permohonan plaintif. 5. Hukuman ganti rugi, injuksi, perlaksanaan spesifik 6. Aturcara/ prosiding Kes Sivil; Writ diperoleh dari mahkamah Defendan boleh menuntut perbicaraan atau sebaliknya Pihak Defendan membela diri surat guaman penemuan dokumen Perbicaraan diadakan. Cara terbuka / penyelesaian di luar mahkamah jika dipersetujui kedua pihak. Pihak kalah akan membayar kos perbicaraan ATURCARA/ PROSIDING JENAYAH 1. Undang-undang melibatkan kesalahan dengan niat / tanpa niat. Pelaku boleh dijatuhkan hukuman mati, penjara, sebatan, denda dsb. 2. Bentuk kes culik, bunuh, rogol mencuri, menghasut, bocorkan rahsia rasmi dll 3. Pendakwa raya melawan tertuduh. 4. Hasil perbicaraan dijatuhi hukuman jika bersalah Bebas jika terlepas hukuman 5. Hukuman gantung sampai mati, penjara, sebatan, denda dan jaminan berkelakuan baik. 6. Aturcara/ prosiding Kes Jenayah o Pendakwa membawa tertuduh utk didakwa o Peguam bela membantu tertuduh bila dihadapakan di mahkamah o Pembela/ tertuduh disoal bahas saksi-saksi o Penghujahan hujah pedakwa dan pembela o Hakim teliti jika terdapat prima facie tertuduh diarah bela diri. Jika hakim dapati bukti dikemukakan lemah, tertuduh akan dibebaskan. o Tertuduh boleh membela diri dengan cara;

- Mendiamkan diri di mahkamah - Memberi keterangan affidavit/ bersumpah - Memberi keterangan di kandang salah o Hakim menjatuhkan hukuman ATURCARA/ PROSIDING DI MAHKAMAH 1. Tertuduh dibaca dan diterangkan pertuduhannya mengaku bersalah/ tidak 2. Jika mengaku bersalah pendakwa umumkan fakta kes hukuman yang dijatuhkan mahkamah. - Jika mengaku tidak bersalah pendakwa dan tertuduh (bersendirian/ melalui peguam) memeriksa balas semua saksi masing2 3. Hujahan penutup kedua pihak hakim membuat keputusan berdasarkan bukti dan keterangan saksi. 4. Ketiadaan bukti pihak tertuduh dibebaskan - Terdapat bukti kukuh dihukum mengikut undang2 Rayuan boleh dibuat di mahkamah Tinggi Rayuan Persekutuan (rayuan akhir) 5. Hukuman
Read more: Sistem Kehakiman Malaysia (Aturcara/ Prosiding Mahkamah) ~ Cikgu Zainal http://cikguzainal.blogspot.com/2011/03/aturcara-prosiding-mahkamah.html#ixzz2Z70d6uWt

Atur Cara Kes Sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah


1. Kes sivil merangkumi tindakan undang-undang yang diambil oleh seseorang individu (plaintif) untuk mendakwa orang lain (defendan) yang telah melanggar hak-haknya. 2. Contoh-contoh kes sivil ialah pencerobohan, kegagalan membayar balik hutang atau menepati janji, fitnah, kecuaian dan tuntutan pampasan. 3. Lazimnya, perbicaraan di Mahkamah Tinggi dimulakan apabila pihak plaintif berjaya mendapat writ. 4. Writ dokumen rasmi yang digunakan oleh Hakim Besar untuk meminta defendan menghadirkan diri di mahkamah. Dalam writ, dinyatakan siapakah pihak plaintif dan pihak defendan. 5. Sekiranya pihak defendan gagal menghadirkan diri, keputusan mungkin dibuat tanpa kehadirannya. 6. Pengesahan tuntutan oleh pihak plaintif terdapat dalam writ. 7. Seterusnya, writ diserahkan kepada pihak defendan secara langsung atau kepada peguamnya. 8. Sekiranya kedua-dua cara tersebut tidak dapat dilaksanakan, writ boleh ditampalkan di bangunan kediaman pihak defendan atau diiklankan dalam akhbar tempatan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. 9. Pihak defendan boleh melawan writ tersebut dengan menghadirkan diri ke mahkamah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dia boleh memilih sama ada untuk menuntut perbicaraan atau tidak menuntut perbicaraan. 10. Sekiranya pihak defendan menuntut perbicaraan, dia perlu menyakinkan mahkamah bahawa terdapat alasan belaan terdiri terhadap sesuatu tuntutan. Pihak defendan boleh juga membuat tuntutan balasan. 11. Sekiranya pihak defendan tidak menuntut perbicaraan, pihak plaintif boleh menuntut keputusan segera daripada mahkamah. 12. Setiap keputusan yang dibuat oleh hakim mestilah dipatuhi oleh pihak defendan. Jika didapati bersalah, hakim lazimnya juga memerintahkan pihak defendan membayar kos perbicaraan.

Mewakili Diri Sendiri Dalam Perbicaraan Kes Sivil

PERSEDIAAN UNTUK PERBICARAAN DI MAHKAMAH RENDAH (1) Apakah itu perbicaraan? 1.1. Perbicaraan ialah satu proses pengumpulan fakta sebelum sesuatu keputusan dibuat oleh Majistret atau Hakim. (2) Apa itu tuntutan sivil? 2.1. Tuntutan sivil adalah pertikaian di antara dua atau lebih pihak yang melibatkan isu perundangan. 2.2. Contoh tuntutan sivil: Gantirugi untuk kecederaan diri Kemalangan jalanraya Pelanggaran kontrak Pertikaian mengenai harta Pertikaian di antara tuan tanah dan penyewa (3) Adakah saya boleh mewakili diri sendiri tanpa peguam? 3.1. Ya, setiap orang mempunyai hak untuk mewakili diri sendiri di Mahkamah. 3.2. Kerumitan isu-isu khusus dan risiko yang ada perlu dipertimbangkan jika anda ingin meneruskan kes tanpa peguam. 3.3. Sekiranya anda mengalami kesukaran apabila mewakili diri sendiri ketika kes sedang berjalan, anda masih mempunyai pilihan untuk melantik peguam. MEWAKILI DIRI SENDIRI DALAM PERBICARAAN KES SIVIL 3.4. Walau bagaimanapun, bagi nilai tuntutan berjumlah di bawah RM5000 (Kes Tuntutan Kecil), anda diwajibkan mewakili diri sendiri. 3.5. Badan-badan korporat hanya boleh memulakan atau membela diri dalam tindakan sivil melalui peguam. 3.6. Kenal pasti dan ketahui undang-undang dan prosedur yang terpakai kepada kes.

3.7. Patuhi tempoh masa untuk pemfailan dan penyerahan dokumen. 3.8. Sentiasa bersedia untuk perbicaraan. SEBELUM PERBICARAAN DI MAHKAMAH RENDAH (4) Di mana saya hendak memfailkan tuntutan sivil? 4.1. Tuntutan hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang berkaitan. Jumlah fi tertentu hendaklah dibayar. (5) Apakah tindakan saya yang seterusnya? 5.1. Setelah tuntutan difailkan, anda perlu menyerahkannya kepada pihak yang satu lagi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pihak-pihak hendaklah memfailkan Ikatan Pliding yang mengandungi penyataan tuntutan, penyataan pembelaan, tuntutan balas (jika ada) dan jawapan dan Ikatan Dokumen Pihak-pihak hendaklah saling bertukar ikatan dokumen tersebut sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perbicaraan. SEMASA PERBICARAAN DI MAHKAMAH RENDAH (6) Apakah yang berlaku semasa perbicaraan? Plaintif Pihak menuntut Defendan Pihak dituntut Plaintif mesti membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Plaintif akan memanggil saksi untuk memberi keterangan semasa pemeriksaan utama. Saksi ini akan disoal dalam pemeriksaan balas oleh Defendan dan kemudiannya akan disoal semula oleh Plaintif di dalam pemeriksaan semula. Defendan pula akan memanggil saksinya. Defendan perlu menimbulkan dan membuktikan pembelaan terhadap apa yang dituntut oleh Plaintif. Selepas kedua-dua belah pihak menutup kes masing-masing, hujahan akan diberikan. SELEPAS PERBICARAAN DI MAHKAMAH RENDAH Selepas pihak-pihak menggulung kes masing-masing di akhir perbicaraan keputusan akan diberikan.

Apakah itu keputusan? Keputusan adalah penghakiman atau perintah Mahkamah. Ia akan diberikan sertamerta selepas penutupan perbicaraan ataupun pada hari yang lain. Ia akan diberikan pada hari yang lain, pihak-pihak akan dimaklumkan untuk hadir pada tarikh tersebut. Apa akan berlaku jika salah satu pihak tidak melaksanakan keputusan Mahkamah? Perintah pelaksanaan hendaklah dipohon oleh pihak yang terkilan. Bagaimana jika saya tidak berpuashati dengan penghakiman? Rayuan boleh difailkan. Bagi rayuan ke Mahkamah Tinggi, Notis Rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman diberikan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah di mana keputusan tersebut dibuat. ******************************************************************* PENAFIAN: Maklumat yang dipaparkan ini bukan merupakan nasihat undang-undang dan hanya merupakan panduan sahaja. Jika anda memerlukan nasihat undang-undang, anda dinasihatkan merujuk kepada peguam.

Mahkamah Syariah

Tujuan & Peranan[sunting]



Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama. Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya. Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah[sunting]


Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi(dahulunya sebelum pemisahan antara dua agensi ini berlaku) telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil. Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam.Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam.

Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah[sunting]


Mahkamah Rendah Syariah[sunting]

Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah bicarakan kes-kes di peringkat daerah.

Mahkamah Tinggi Syariah[sunting]



Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid Menguruskan kes-kes rayuan Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)

Mahkamah Rayuan Syariah[sunting]



Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Mengurangkan hukuman Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

Bidang kuasa[sunting]
Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan [1][2] dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas


Ditulis oleh Siti Shamsiah Binti Md Supi. Posted in Artikel

Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai 'al-wilayah', yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan. Disebabkan perundangan di Malaysia mengamalkan sistem dualisme, maka dengan adanya bidang kuasa ini secara dasarnya kita tidak mengalami konflik dalam menentukan kuasa mendengar dan memutus sebarang kes. Bidang kuasa yang tertentu juga dapat menentukan kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah. Secara umumnya, bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah Syariah di Malaysia tidaklah berbeza jika hendak dibandingkan ketika zaman kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, Mahkamah Syariah mengalami perkembangan yang positif dan lebih baik dari aspek status kakitangan, pentadbiran, penaikan taraf mahkamah itu sendiri dan infrastrukturnya. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang ditubuhkan adalah sebahagian daripada perkembangan yang positif ini. Masyarakat Islam di negara ini khususnya perlu menghargai dan melihatnya sebagai suatu perkara yang positif sekalipun ia bukanlah perubahan yang sangat ketara. Sumber Bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan Jadual Sembilan memperuntukkan Senarai 1 kepada bidang kuasa Persekutuan, Senarai 2 kepada bidang kuasa negeri dan Senarai 3 kepada bidang kuasa bersama. Dalam konteks Mahkamah Syariah, sumber bidang kuasanya adalah berdasarkan kepada Senarai 2, yakni Senarai Negeri. Jadual Sembilan memberikan kuasa perundangan kepada negeri melainkan dalam soal-soal jenayah. Badan Perundangan Negeri yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal-ehwal Islam di negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan, yang diletakkan di bawah Persekutuan. Jadual Kesembilan, Senarai 2 ' Senarai Negeri, dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan; 1. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan Khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil ugama yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mermpunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu. Di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan ini juga, pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri, dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah ditubuhkan. Serentak dengan ini juga, di bawah enakmen inilah diperuntukkan bidang kuasa dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang akan mengendalikannya. Pentadbiran mahkamah ini juga telah diasingkan daripada pentadbiran agama Islam negeri. Oleh sebab itu terdapat

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri dan di bawah jabatan ini, diwujudkan mahkamah-mahkamah yang diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri masing-masing. Pada pengamatan penulis, ini sebenarnya ruang yang amat besar kepada kerajaan negeri untuk mentadbirkan Undang-Undang Islam dengan secara lebih cekap dan berdaya saing berbanding pada ketika struktur pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam bersama dengan lain-lain pentadbiran di bawah jabatan ini. Bidang kuasa Jenayah Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah. Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia,kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat: 1) Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri, 2) Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, dan 3) Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan. Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan perceraian dilakukan di luar mahkamah. Sehubungan dengan ini, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor telah membentuk beberapa kategori jenayah yang tertentu, iaitu: 1) Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan doktrin palsu dan takfir. 2) Berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina perkara-perkara yang berkait dengan agama, pihak berkuasa agama, fatwa, ingkar perintah mahkamah, berjudi, minum arak dan minuman yang memabukkan, tidak menghormati bulan Ramadan, tidak menunaikan solat Jumaat dan tidak membayar zakat atau fitrah. 3) Berhubung dengan kesusilaan seperti sumbang mahram, pelacuran, hubungan jenis, khalwat, lelaki berlagak seperti pondan dan perlakuan tidak sopan di khalayak awam. 4) Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita yang sudah bersuami, menghalang pasangan yang telah bernikah daripada menjalani kehidupan sebagai suami isteri, menghasut suami isteri supaya bercerai atau meninggalkan kewajipan, menjual atau memberi anak kepada bukan Islam, qazaf (menuduh zina), mengutip zakat tanpa kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal. Bidang kuasa Mal Istilah 'mal' sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. Dan sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam:

1) Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan. Seperti putus tunang, permohonan kebenaran untuk berkahwin dan permohonan untuk berpoligami. 2) Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan. Seperti permohonan mengesahkan perkahwinan, permohonan membatalkan perkahwinan yang tidak sah, permohonan nafkah diri, nafkah anak, mensabitkan isteri nusyuz, permohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dan sebagainya. 3) Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan. Permohonan cerai khulu,lian, fasakh, talak, taliq, perceraian dengan perintah, kerana murtad dan juga secara anggapan mati. 4) Sebarang permohonan di dalam sesuatu kes sedang berjalan (interlocutory order) Contohnya, permohonan sementara nafkah sama ada diri dan anak, hadanah, perintah larangan terhadap harta dan gangguan. Bagi perkara ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu kes perbicaraan mengambil masa yang lama, kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan. Dalam sepanjang tempoh berkenaan, banyak perkara yang timbul yang perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. Sekiranya tidak diselesaikan, akan menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, undang-undang memberikan ruang supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat permohonan sementara, sementara perbicaraan dijalankan. Umpamanya, adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon larangan (injunksi) terhadap bekas suaminya untuk tidak mengganggunya. Begitu juga memohon perintah larangan agar harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk dilibatkan dalam sebarang urusan. 5) Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian. Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada bidang kuasanya, iaitu selepas perceraian berlaku. Umpamanya, sagu hati (mutaah) selepas perceraian, harta sepencarian, nafkah iddah, nafkah anak, nafkah tertunggak dan juga soal hadanah (penjagaan anak). 6) Permohonan-permohonan mengenai wasiat, wakaf dan harta pusaka. 7) Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah. Ini berlaku apabila keputusan yang dikeluarkan tidak diikuti oleh pihak yang kena tanggungan. Maka, pihak-pihak yang satu lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah. Rumusan Mahkamah Syariah telahpun mengalami banyak perubahan terutama dari sudut pentadbiran yang lebih cekap, efisien dan sebagainya. Dan inilah sebenarnya yang diharapkan oleh masyarakat. Ini adalah kerana salah satu prinsip pemakaian undang-undang yang agak penting ialah soal pengiktirafan (recognition) masyarakat. Apabila masyarakat merasakan Mahkamah Syariah boleh diharapkan, diberi kepercayaan dan boleh menyelesaikan masalah-masalah masyarakat, maka di situlah wujudnya pengiktirafan di kalangan masyarakat. Pada hemat penulis, Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun diberi pengiktirafan oleh masyarakat. Ini adalah kerana, kita sama-sama dapat melihat mahkamah telahpun menangani banyak kes kekeluargaan di kalangan masyarakat Islam. Begitu juga dalam soal jenayah syariah. Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun mengendalikan kes-kes jenayah syariah. Walau bagaimanapun, persoalannya bagaimana hendak memaksimumkan pemahaman masyarakat mengenai bidang kuasa mahkamah? Ini kerana disebabkan pemahaman inilah yang menyebabkan mereka yang menghadapi masalah, membawa masalah mereka itu ke hadapan mahkamah. Dalam keadaan mereka boleh mengharapkan

Mahkamah Syariah memberikan keadilan kepada mereka, memberikan hak yang dituntut dan boleh menghukum mana-mana pihak yang mengabaikan tanggungjawab mereka ataupun bagi mereka yang telah melakukan kesalahan. Maka, maklumat sebegini amatlah diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat awam, khususnya masyarakat Islam di Malaysia memahami bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai