Anda di halaman 1dari 9

ANOVA

Analisis Varian (ANOVA) adalah kaedah ujian hipotesis bagi mengenalpasti perbezaan min yang wujud dalam dua ataupun lebih sample ujian. Tujuan utama ANOVA adalah menentukan sama ada perbezaan sampel disebabkan kesilapan proses sampel ataupun kesan rawatan yang sistematik . Terdapat dua jenis ANOVA iaitu One way ANOVA yang melibatkan satu pembolehubah bebas dan Two way ANOVA yang melibatkan dua pembolehubah bebas. Kegunaan ANOVA ialah untuk membandingkan lebih daripada dua min populasi menggunakan analisis varian. Selain itu, ANOVA juga boleh digunakan untuk memperkenalkan taburan F dan mempelajari cara untuk

menggunakannya dalam pentadbiran statistik serta untuk membandingkan taburan F untuk pengujian hipotesis bagi dua populasi varian. Idea wujudnya ANOVA ialah bagi menguji hubungan di antara lebih daripada tiga aras pembolehubah bebas disebabkan ujian-t hanya limit bagi situasi dua aras pembolehubah tak bersandar. Melalui ANOVA, kita dapat tahu perhubungan di antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar dan kesannya. One way ANOVA ialah teknik ujian hipotesis yang digunakan untuk membandingkan min daripada tiga atau lebih populasi. Terdapat beberapa langkah untuk menjalankan ujian ini antaranya ialah : Langkah 1 : Menyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif. Ho : H1 :
1= 2

Langkah 2 : Menyatakan aras keertian = 0.05 Langkah 3 : Menyatakan Taburan Pensampelan ANOVA

Langkah 4 : Mencari nilai kritikal / Langkah 5 : Mencari kawasan penolakan.

16.8119

Langkah 6 : Mencari ujian statistik F = MSB MSw Langkah 7 : Membuat keputusan Ujian Statistik hipotesis nol. Langkah 8 : Menginterpretasikan keputusan Penyataan menerima/menolak hipotesis nol. Kesemua min adalah berbeza ataupun serupa. jatuh/tidak jatuh dalam kawasan penolakan. Menolak/menerima

Sampel tak bersandar bagi sewa bulanan bilik di empat kawasan berhampiran sebuah institusi adalah ditunjukkan dalam jadual di bawah dalam ringgit Malaysia. Taman Midah Bandar Tun Razak Bandar Tasik Permaisuri 420 300 390 280 290 280 360 310 320 270 240 360 280 280 330 Taman Connought 200 320 380 280 250

Pada aras keertian 5%, adakah data tersebut memberi bukti yang cukup untuk merumuskan bahawa perbezaan wujud di antara sewa bulanan bilik di keempat-empat kawasn itu? (i) Nyatakan hipotesis nol dan hipotesis altenatif bagi ujian ini. Ho : H1 :
1= 2

(ii) Nyatakan darjah kebebasan (d.f.) dan nilai kritikal yang digunakan bagi ujian ini. Darjah kebebasan v1 = 4 - 1 =3 v2 = 20 4

= 16 Nilai Kritikal

3.34 (iii) Kira nilai ujian statistik. Penyelesaian Secara Manual Bandar Tun Razak 1 = 336 s21 = 4130 2 = 308 s22 = 1270 Bandar Tasik Permaisuri 3 = 298 s23 = 2220 Taman Connought 4 = 286 s24 = 4680

Taman Midah

SSB =

= 5(336-307)2 + 5(308-307)2 = 5(298-307)2 + 5(286-307)2 = 4205 + 5 + 405 + 2205 = 6820 MSB = SSB k-1 =

= 2273.33

SSw =

= 4(4130) + 4(1270) + 4(2220) + 4(4680) = 49200 MSw = SSw N-k = = 3075 F = MSB MSw = = 0.7393 Penyelesaian Menggunakan Microsoft Excel

1) Langkah pertama yang harus dibuat ialah masukkan data ke dalam Microsoft Excel.

2) Seterusnya, tekan pada komponen Data dan pilih Data Analysis.

3) Kemudian akan keluar kotak seperti di bawah dan pilih Anova : Single Factor dan klik OK.

4) Seterusnya, pilih semua data untuk dimasukkan serta klik columns. Kemudian tekan OK. Pastikan pada ruangan Alpha adalah sama dengan arase keertian yang telah diberikan oleh soalan iaitu = 0.05.

5) Kemudian, microsoft excel akan memberikan jawapannya seperti gambar di bawah. Di sini kita dapat lihat F = 0.739295 dan sama dengan F yang telah dikira menggunakan kaedah manual iaitu perkiraan menggunakan formula dan kalkulator.

(iv) Apakah keputusan yang boleh dibuat berdasarkan soalan (iii) di atas? Melalui ujian statistik secara manual ataupun menggunakan microsoft excel, F = 0.7393 tidak jatuh dalam kawasan penolakan. Oleh yang demikian, tidak cukup bukti untuk menolak hipotesis nol. Ho :
1= 2

(v) Buat interpretasi keputusan anda terhadap ujian di atas. Kesimpulannya, perbezaan tidak wujud di antara sewa bulanan bilik di keempat-empat kawasan iaitu Taman Midah, Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Permaisuri dan Taman Connought. KESIMPULAN SOALAN 2

Saya telah menyelesaikan soalan ini dengan menggunakan Analisis Varian secara manual iaitu menggunakan formula dan kalkulator serta saya juga menggunakan Microsoft Excel untuk membandingkan jawapan. Secara manual, saya mendapat F = 0.7393 dan dengan menggunakan Microsoft Excel, saya telah mendapat F= 0.739295. Kedua-dua jawapan ini tidak jauh berbeza dan apabila dibundarkan tetap mendapat 0.7393. Namun, jawapan yang diberikan dengan menggunakan Excel

adalah lebih tepat dan cepat berbanding membuat pengiraan secara manual. Sesungguhnya penggunaan Microsoft Excel dalam penyelesaian masalah ANOVA amat berguna dan memudahkan para pengkaji untuk mendapat keputusan kajian dengan cepat dan tepat tanpa ada masa yang dibazirkan. Sekiranya menggunakan kalkulator, kita mungkin tersalah kira dan berlaku banyak ralat yang mungkin akan mencacatkan keputusan akhir sesuatu permasalahan. Namun, kedua-dua cara ini sama pentingnya untuk mendapatkan jawapan bagi menentukan hubungan di antara pembolehubah.

Anda mungkin juga menyukai