Anda di halaman 1dari 40

Biodata Ahli Kumpulan

NABILA IZZATI BTE NUR AZAN Hobi Membaca buku cerita Cita-cita - Saintis

NURUL AINI ASYIKIN Hobi Bersenam Cita-cita - Ahli perniagaan

NURUL AMIRA ATIKAH Hobi Bersenam Cita-cita - Doktor


2

Pertama sekali, kami bersyukur kepada ALLAH SWT kerana diberikan kesihatan yang baik sehingga dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing yang memberikan tunjuk ajar kepada kami iaitu Pn Noraishah binti Yaakop. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami walau apa jua keadaan. Kami berasa gembira kerana dapat menyiapkan folio dengan jayanya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu memberi maklumat sekaligus membantu kami menyiapkan folio ini. Akhir sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Duyong kerana tunjuk ajar yang diberikan selama ini.

Objektif buku kerja folio ini adalah bertujuan untuk mengenali dan mengenal pasti pelbagai warisan budaya masyarakat Malaysia. Disamping itu juga, kita dapat mengenali dengan lebih dekat kepelbagaian kaum dan seterusnya berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0

Bahasa Pakaian Tradisional Tarian Alat Muzik Permainan Makanan Rumusan Bibiliografi
5

BAHASA MALAYSIA
JADUAL
DIALEK KAUM MELAYU:

DIALEK
APA KHABAR?

(CONTOH)
TERIMA KASIH

KELANTAN:
MELAKA: NEGERI SEMBILAN: SARAWAK:

APO KABA?
APA KABAU? APO KOBA? APA KHABA?

TRIMO KASEH.
TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TRIMAK KASEH.

SABAH:

APA KABAR?

TARIMA KASIH.

BAHASA CINA
JADUAL DIALEK KAUM CINA: DIALEK APA KHABAR? (CONTOH) TERIMA KASIH.

KANTONIS:
HOKKIEN: HAKKA:

LEI HOU MA?


LU HO BO? NI HAO MA?

TO CHE.
KAM SIA. MN KOI.

BAHASA INDIA
JADUAL BAHASA (CONTOH) TERIMA KASIH. BAHASA KAUM INDIA: APA KHABAR?

TAMIL:

NALAMAGA IRUKKINRIRKALA?
SUGAMTHANNE? KSHEMAMA?

NANDRI.

MALAYALAM: TELEGU:

VALARE UPAGARAM. DHANYA VADHALU.

BAJU KEBAYA
Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan Asia.

10

BAJU MELAYU

11

CHEONGSAM
Pakaian ceongsam dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Ceongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'ceong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Ceongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

12

CHANGSHAN
Changshan adalah pakaian rasmi lelaki Cina sebelum sut gaya Barat menjadi umum di China. Changshan terdahulunya dipakai dalam gambar, perkahwinan, dan pada upacara rasmi bersejarah Cina. Sebuah changshan hitam, bersamaan dengan topi hitam bulat, dan kadang-kadang ia masih lagi, pakaian pengebumian untuk lelaki Cina.).

13

SARI
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya.

Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah

14

DHOTI
Dhot atau Doti ialah pakaian tradisi untuk kaum lelaki di India. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

15

PAKAIAN KAUM IBAN

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.

16

BUSANA

Busana Melaka Busana Johor


Busana Negeri Sembilan
17

TARIAN TRADISIONAL MALAYSIA

18

TARIAN CINA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
19

TARIAN ULIK MAYANG


Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung. Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

20

TARIAN INDIA
Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam dan Kathak.

21

22

REBANA
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indongindong dan pelanduk-pelanduk.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

23

SAPE
Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga Jute yang beleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu meranti. badannya yang panjang ditebuk berperanan sebagai ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Ianya dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian. Sape terkenal dikalngan suku kaum Kayan dan Kenyah.

24

CANANG
Canang adalah sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.

Ia dimainkan secara berpasangan iaitu canang ibu dan anak. Kini terdapat 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa.

25

SITAR
Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.

26

ERH-HU
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

27

PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA

28

SEPAK RAGA
Permainan sepak raga telah dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh dunia. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
29

BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulanketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

30

KONDI-KONDI
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
31

CAPTEH
Capteh merupakan permainan yang juga dikenali sebagai sepak bulu ayam, Bolanya dibuat daripada bulu ayam. Permainan ini boleh dimainkan samada 2 orang ataupun ramai-ramai yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. .

32

WAU
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

33

MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA

34

MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU


Bagi masyarakat Melayu, selain ketupat dan nasi impit, terdapat juga makanan yang popular ketika musim perayaan dan kenduri kendara. Antaranya :

Nasi Dagang (Terengganu)

Rendang Tok (Perak)

Gulai lemak cili padi (Negeri Sembilan)

Laksa Johor Johor

Nasi kandar (Penang)

Asam Pedas(Melaka)

Nasi Kerabu(Kelantan)

35

MAKANAN TRADISI KAUM INDIA


Vadai

Roti Nan Ayam Tand o-ori


Kari Dhal
36

MAKANAN TRADISI KAUM CINA


Kuih bakul

Jiaozi Yee Sang


37

Seperti yang sedia maklum, negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum mempunyai budaya yang unik dan warisan yang tersendiri. Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

38

1)

Warisan Budaya Malaysia http://bunutrendang.blogspot.com

2)

Warisan Budaya Malaysia 4mmalaysskdoj-fariz.blogspot.com


Pakaian tradisional Malaysia http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com Permainan tradisional Melayu http://permainannordin.blogspot.com

3)

4)

5)

Alat muzik tradisionall http://macambest.com


39