Anda di halaman 1dari 14

D.

BAHAYANYA TAFSIR ISRAILIYAT KEPADA MASYARAKAT ISLAM Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah mengenai kitab Al-Quran serta kesahihannya. Firman Allah :

Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Al-Baqarah: 2 Ayat di atas menjelaskan fungsi al-Quran sebagai memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa. Bagaimanapun, bukan semua daripada kita memahami bahasa arab yang menjadi bahasa al-Quran. Justeru kita memerlukan kepada penafsiran ayatayat Allah. Hal ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada munculnya tafsiran Israiliyat oleh sesetengah pihak termasuk juga segelintir pendakwah. Menurut Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad yang mana beliau merupakan pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, secara mudahnya, Israiliyat merupakan satu istilah yang merujuk kepada maklumat, cerita dan riwayat-riwayat yang diambil daripada Bani Israel iaitu golongan Yahudi dan Nasrani. Ia merangkumi kisah-kisah umat dahulu kala, kisah para nabi dan rasul serta aspek-aspek yang berkaitan dengan kejadian dan penciptaan. Namun begitu, ada sebahagian ulama Islam yang memperluaskan definisi ini dengan merangkumkan semua unsur asing yang menyerap ke dalam tamadun Islam termasuk kisah-kisah dongeng yang dinukilkan daripada Majusi. Oleh itu, apabila dikaitkan Israiliyat dengan tafsir atau tafsiran Israiliyat maka ia bermaksud tafsiran-tafsiran yang dibuat bersandarkan kepada cerita-cerita atau riwayat-riwayat yang bersumber

daripada Yahudi dan Nasrani atau semua unsur asing yang diserap masuk ke dalam kitab tafsir. Lafaz Israiliyat sepertimana zahirnya adalah kalimah jamak. Kata tunggalnya lebih membawa maksud kepada kisah atau cerita yang diriwayatkan yang timbul daripada daripada bangsa Israil. Bangsa Israil pula keruturunan daripada Nabi Yaqub bin Ishak bin Iberahim iaitu bapa kepada Asbat (keturunan) dua belas orang adik beradik, orang-orang Yahudi berketurunan daripada mereka ini, maka mereka digelar Bani Israil. Sesungguhnya banyak tersebut di dalam Al-Quran ayat-ayatyang menyebut Yahudi sebagai Iarail. Diantara firman Allah SWT :

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan melanggar peraturan. Al-Maidah : 78 Firman Allah lagi :

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Al-Isra : 4 Allah SWT berfirman lagi dalam surah An-Naml ayat 76 :


Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal agama) yang mereka berselisihan padanya. An-Naml : 76 Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra Bahwa sekelompok orang Yahudi telah datang pada Nabi, lalu beliau bertanya pada mereka, Tahukah anda sekalian bahwa sesungguhnya Israil itu adalah Nabi Yaqub? Mereka menjawab, Benar. Lalu Nabi berdoa:Ya Allah, Saksikanlah pengakuan mereka. (HR. Abu Daud) Perkataan Israiliyat walaupun pada zahirnya menunjukkan kisah-kisah yang pada asalnya diriwayatkan daripada bangsa Yahudi, namun para ulama tafsir dan hadith menggunakan juga terhadap beberapa perkara yang lebih luas daripada hanya kisahkisah Yahudiah. Lafaz tersebut di sisi mereka adalah perkara yang menunjukkan kepada setiap sesuatu yang masuk ke dalam tafsir dan hadith yang terdiri daripada cerita-cerita yang tidak ada asalnya daripada cerita lama. Ia hanyalah semata-mata cerita rekaan musuh-musuh Islam. Mencipta cerita-cerita sedemikian dengan niat yang buruk kemudian memasukkannya pula ke dalam tafsir dan hadith untuk meroskakkan aqidah orang Islam seperti kisah Gharanik, kisah Zainab binti Jahsy dan perkhawinannya dengan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam. Sesungguhnya ulama tafsir dan hadith mentakrifkan pengertian Israiliyatdengan semua jenis rekaan seperti diatas, kerana menurut ghalibnya majority sumber Yahudi lebih daripada yang lainnya dalam hal yang demikian. Ini adalah kerana periwayatan kisah-kisah khurafat dan palsu adalah berasal dari kisah dogengan bangsa Yahudi, dan mereka amat terkenal dengan kebatilan mereka. Mereka sangat memusuhi dan membenci Islam serta seluruh kaum Muslimin. Allah subhanahu wa taala telah berfiman dalam surah Al-Maidah ayat 82 ialah :

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orangorang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani. Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. Al-Maidah : 82 Golongan Yahudi adalah golongan ahli kitab yang paling rapat kaitannya dengan orang-orang Islam. Pengetahuan mereka lebih luas diri pengetahuan golongan lain dan helah mereka di dalam memberikan gambaran salah terhadap kecantikan Islam adalah tipudaya semata-mata. Abdullah bin Saba adalah ketua pemfitnah dan kesesatan. Di belakangnya berdiri para pengikutnya yang banyak berpura-pura menganut Islam di samping hebat memperjuangkan ahlul bait hanya semata-mata utuk memperluaskan lagi tipudaya mereka dan menyebarkan kerosakan di kalangan umat Islam serta merosakkan aqidah dan keagungan mereka. Mereka mempunyai peluang yang besar hasil dari perpecahan yang tidak terbendung itu untuk menyebarkan dongeng Israiliyat terhadap Kitabullah Sunnah RasulNya Shallallahualaihiwasallam. Hasil dari faktor semua ini lebih banyaklah peranan Yahudi berbanding bangsa lain di dalam pelbagai bentuk perkara masuk kedalam tafsir dan hadith. Oleh kerana itu, adalah ditakrifkan secara umum lafaz Israiliyat terhadap semua cerita palsu itu. Secara umumnya, riwayat Israiliyyat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian antaranya Israiliyyat yang sahih dan bertepatan dengan nas-nas al-Quran dan alSunnah. Israiliyyat daripada bahagian ini harus diriwayatkan berdasarkan Hadith Nabi (s.a.w.) yang bermaksud Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat. Perkatakanlah tentang kisah-kisah Bani Israil dan ianya bukan menjadi satu kesalahan. Dan sesiapa

berdusta terhadapku maka disediakan baginya tempat di dalam neraka. (al-Bukhari). Yang kedua ialah Israiliyyat yang bercanggah dengan nas daripada al-Quran dan juga al-Sunnah, serta menyalahi logik akal. Israiliyyat daripada bahagian ini tidak harus diriwayatkan. Bahagian yang ketiga ialah Israiliyyat yang Maskut Anhu iaitu yang tidak disokong oleh nas al-Quran dan juga al-Sunnah iaitu ia bukan dari bahagian pertama dan juga bahagian kedua. Bahagian ini tidak perlu kita membenarkannya dan tidak juga mendustakannya. Sejak tahun 70 M kaum Ahli Kitab yang majoriti orang Yahudi telah bermigrasi secara besar-besaran ke Jazirah Arab untuk menghindari tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh Nitus, seorang panglima Romawi. Dan mereka sering mengadakan perjalanan baik ke arah barat mahupun ke arah timur. Dengan demikian, banyak mempengaruhi orang-orang timur dan sebaliknya juga mempengaruhi orang-orang barat. Sementara itu, Bangsa Arab di zaman Jahiliyah juga banyak pergi ke negeri lain. Keadaan seperti ini terus berlanjut hingga Islam lahir dan berkembang di Jazirah Arab. Sesungguhnya masuknya Israiliyat ke dalam tafsir tidak lepas dari kebudayaan masyarakat Arab Jahiliyah. Diantara penduduk Arab itu terdapat masyarakat Yahudi yang pertama kali memasuki Jazirah Arab. Al-Dzahabi mengutip dari kitab Tarikh alYahudi fi Bilad al-Arab,bahwa hijrah kubra mereka pada tahun 70 M., kerana ada seksaan dan desakan dari Titus, seorang panglima Rumawai. Di samping itu, orang Arab Jahiliyah mengadakan perjalanan menuju barat dan timur. Sebagaimana disebutkan dalam al-Quran:

) 1( )2(
Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, (yaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas. Surah Al-Quraisy : 1 dan 2

Keadaan dua kebudayaan ini, yaitu Yahudi dan muslim melahirkan pemikiranpemikiran yang berbeza hingga seringkali terjadinya pertukaran pendapat antara

keduanya. Mereka saling bertukar fikiran mengenai hal ehwal masalah-masalah keagamaan. Bahkan, Rasulullah sendiri sering dihujani pertanyaan oleh orang-orang Yahudi, terutama menyangkut keabsahan beliau sebagai Nabi dan utusan. Akan tetapi, kerana keabsahan Nubuwah dan risalah agama Islam berikut Al-Quran sebagai petunjuk hidupnya dapat dibuktikan secara konkrit, maka Rasulullah dapat menarik mereka masuk ke dalam agama Islam. Pada era Rasulullah, informasi dari kaum Yahudi yang dikenal sebagai Israiliyat tidak banyak berkembang dalam penafsiran Al-Quran, sebab hanya beliau satu-satunya yang menjelaskan berbagai masalah atau pengertian yang berkaitan dengan ayat-ayat Al-Quran. Israiliyat sebenarnya sudah muncul dan lama berkembang di kalangan bangsa Arab jauh sebelum Rasulullah lahir, yang kemudian terus bertahan pada era Rasulullah. Hanya saja, pada waktu itu Israiliyat belum menjada khazanah dalam penafsiran Al-Quran. Permasalahan yang muncul kemudian adalah bahawa sepeninggalan

Rasulullah, tidak seorang pun yang berhak menjadi penjelas atau penyampai wahyu Allah. Oleh kerana itu, jalan yang ditempuh para sahabat adalah dengan melakukan ijtihad sendiri, manakala mereka menjumpai masalah tersebut, seperti kisah-kisah nabi atau umat-umat terdahulu. Hal ini terjadi mengingat kadang-kadang ada persamaan antara, Al-Quran, Taurat, dan Injil. Hanya Al-Quran sahaja yang berbicara secara ringkas dan padat, sementara Taurat dan Injil membicarakan setiap isi dengan panjang lebar. Sumber-sumber Israiliyat yang terkenal di kalangan Yahudi adalah Abdullah bin Salam, Kaab bin Akhbar, Wahab bin Munabbih, dan Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij. Sementara di kalangan para sahabat adalah Abu Hurairah, Ibn Abbas, dan Abdullah bin Amr bin Ash. Mereka ini adalah sumber kedua. Pada era sahabat inilah kisah Israiliyat mulai berkembang dan tumbuh subur. Hanya saja, dalam menerima riwayat dari kalangan Yahudi dan Nasrani pada umumnya mereka amat ketat. Mereka hanya membatasi pada sekitar kisah-kisah dalam Al-Quran yang diterangkan secara global dan Nabi sendiri tidak menerangkan kepada mereka mengenai kisah-kisah tersebut. Di samping itu, mereka terkenal sebagai orang-orang yang konsisten dan konsekuen pada ajaran yang diterima dari Rasulullah, sehingga

ketika mereka menjumpai kisah-kisah Israiliyat yang bertentangan dengan syariat Islam mereka langsung menentangnya sebaliknya, apabila kisah-kisah Israiliyat itu benar maka merekapun menerimanya. Dan apabila kisah-kisah itu diperselisihkan

kebenarannya, mereka menangguhkannnya. Pelbagai kisah dan contoh mengenai Israiliyat. Secara garis besar berita Israiliyyat terbagi menjadi tiga antaranya ialah : 1. Berita yang dikuatkan oleh Islam dan diakui kebenarannya, maka berita itu

dianggap sebagai sebuah kebenaran. Contohnya: Sepertimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan juga perawi yang lainnya dari Ibnu Masud RA dia berkata: telah datang seorang pendeta kepada Rasulullah SAW, kemudian dia berkata: ya Muhammad sesungguhnya kami mendapati bahwa Allah menjadikan langit dengan satu jari, menjadikan bumi dengan satu jari, menjadikan pohon dengan satu jari, menjadikan air dan kekayaan dengan satu jari dan menjadikan seluruh makhluk dengan satu jari, kemudian Dia berkata: aku adalah penguasa (Raja). Maka Rasulullah SAW tertawa sampai terlihat gigi geraham beliau membenarkan perkataan pendeta itu. 2. Berita yang diingkari oleh Islam dan diakui kedustaannya, maka berita itu bathil.

Contohnya: Bagaimana yang telah diriwayatkan dari Bukhari dari Jabir RA, dia berkata: Seorang Yahudi berkata: Apabila menggauli wanita dari belakangnya, maka akan melahirkan anak yang juling matanya, berkenaan dengan berita itu maka Allah pun berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 223 :

Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanaman mu itu sebagaimana yang kamu kehendaki. Al-baqarah: 223

3.

Berita yang tidak dikuatkan atau ditetapkan oleh Islam dan tidak diingkari, maka

wajib tawaqquf (diam) tentangnya. Berdasarkan apa yang diriwatkan oleh imam Bukhari dari Abu Hurairah RA, dia berkata: ahli kitab membaca Taurat dengan bahasa Ibrani dan mereka menafsirkannya dengan bahasa arab kepada pemeluk Islam, maka Rasulullah SAW bersabda:

)( .. ,
janganlah kamu membenarkan ahli kitab dan jangan pula mendustakan mereka . (HR. Bukhori) Lalu Allah pun Berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 46 :

kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu. AL-Ankabut: 46 Akan tetapi menceritakan berita israiliyyat dari jenis ini adalah boleh apabila tidak dikhuatiri akan ada bahayanya. Berdasarkan sabda Nabi SAW: "

, ,

". ()
sampaikan dariku meskipun satu ayat, dan kabarkanlah dari bani israil dan jangan merasa berat. Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja,maka disiapkan tempat duduknya di neraka. (HR.Bukhari). Sebagaimana telah dikemukakan bahawa kecenderungan para mufassir mengambil Israiliyat makin berleluasa di masa Tabiin dan sudah semestinya Ahli Kitab memberikan Israiliyat semakin sukar dibendung. Disinilah terjadinya

bercampuraduknya Israiliyat yang benar atau yang salah. Dari majoroti sumber mahupun kebanyakan riwayat ,Israiliyat selalu dikaitkan dengan empat tokoh yang ternama, iaitu Abdullah Ibn Salam, Kaab al Akhbar, Wahb bin Munabbih, dan Abdul Malik Ibn Abdul Aziz Ibn Juraij. Abdullah Ibn Salam atau nama lengkapnya adalah Abu Yusuf Abdullah Ibn Salam Ibn Harist Al-Israil Al-Anshari. Statusnya cukup tinggi di mata Rasulullah dan dia termasuk di antara para sahabat yang diberi khabar gembira masuk surga oleh Rasulullah. Dalam perjuangan menegakkan Islam, dia termasuk Mujahid di perang Badar dan ikut menyaksikan penyerahan Bait al Maqdis ke tangan kaum Muslimin bersama Umar Ibn Khattab.. Dari segi adalah-nya kalangan ahli hadis dan tafsir tak ada yang meragukan. Ketinggian ilmu pengetahuannya diakui sebagai seorang yang paling a lim di kalangan bangsa Yahudi pada masa sebelum masuk Islam dan sesudah masuk Islam.. Kitabkitab tafsir banyak memuat Riwayat-riwayat yang disandarkan kepadanya;diantaranya Tafsir Ath Thabari. Kaab Al Akhbar; Nama lengkapnya adalah Abu Ishaq Kaab Ibn Ma ni AlHimyari. Kemudian beliau terkenal dengan gelar Kaab al Akhbar karena kedalaman ilmunya. Dia berasal dari Yahudi Yaman dari keluarga Zi Rain.. Wahab Ibn Munabbih; Nama lengkapnya adalah Abu Abdillah Wahab Ibn AlMunabbih Ibn Sij Zinas Al Yamani Al Shaani. Lahir pada tahun 34 H dari keluarga keturunan Persia yang migrasi ke negri Yaman, dan meninggal tahun 110 H. Ayahnya, Munabbih Ibn Sij masuk Islam pada masa Rasulullah. Abd Al Malik Ibn Abd Al Aziz ibn Juraij; Nama lengkapnya adalah Abu Al Walissd (Abu Al Khalid) Abd Malik Ibn abd Aziz Ibn Juraiz Al-Amawi. Dia berasal dari bangsa Romawi yang beragama Kristen. Lahir pada tahun 80 H di Mekah dan meninggal pada tahun 150 H (Rachmad Syafei ;110 -114). Para Ulama berbeda pendapat dalam mengakui dan memepercayai Ahli Kitab tersebut; ada yang mencela (mencacat, menolak) dan ada pula yang mempercayai

(menerima). Perbedaan pendapat paling besar ialah mengenai Kaab AlAkhbar. Sedangkan Abdullah Ibn Salam adalah orang yang paling pandai dan paling tinggi kedudukannya. Karena itu Bukhori dan Ahli Hadis lainnya memegangi dan mempercayainya. Di samping itu kepadanya tidak dituduhkan hal-hal buruk seperti yang dituduhkan pada Kaab Al Akhbar dan Wahab ibn Munabih ( Manna Khalil Al Qattan/terj. Studi Ilmu-Ilmu AlQuran, 493 ). Seperti yang kita ketahui, Israiliyat dengan isi kandungannya yang penuh dengan cerita-cerita batil dan khurafat yang kebanyakannya dinisbahkan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat, dan yang telah dijadikanoleh sebahagian mereka yang cenderung kepada ilmu tafsir sebagai satu madah yang dijadikan huraian bagi sebahagian nas-nas al-Quran. Ia menggariskan satu kebimbangan yang besar dan keburukan yang nyata dengan bentuknya sedemikian kerana boleh membawa kepada kesesatan. Antara kesan-kesan Israiliyat ialah ini boleh merosakkan aqidah umat Islam dengan isi kandungannya yang boleh mentasybihkan yakni menyerupakan dengan makhluk dan menjisimkan terhadap Allah Subhanahu wa Taala dan sifat-sifatNYA dengan sesuatu yang tidak layak dengan kebesaran dan kesempurnaanNYA. Antara satu kisah yang tidak layak bagi kemuliaan Allah S.W.T dan kesempurnaannnya . Kisah berikut merupakan bab yang membahaskan tentang pemusnahan kaum lut yang dipetik dari kitab Safar Atl-Takwin Fi Al-Idhah Al-Samin. Kisah tersebut adalah seperti berikut. Bahawa Allah s.w.t dan dua orang malaikat yang ada bersamanya telah menzahirkan diri dalam bentuk tiga orang lelaki di hadapan Nabi Ibrahim A.S. maka mudahlah bagi Ibrahim untuk menerima mereka dan mengajak mereka berehat disisinya dan agar mereka membasuh kaki dan makan. Maka mereka pun bersetuju Walaubagaimanapun, di dalam Al-Quran diceritakan bahawa orang yang datang kepada Nabi Ibrahim ketika itu ialah hanyalah para malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Mereka datang dengan berupa manusia dan nabi Ibrahim tidak tahu bahawa mereka adalah para malaikat. Nabi Ibrahim menyediakan makanan kepada mereka

tetapi mereka tidak memakannya. Nabi Ibrahim menjadi ragu-ragu terhadap mereka. Setelah itu, mereka memberitahu bahawa mereka adalah para malaikat yang telah diutuskan oleh Allah S.W.T. Kisah tersebut telah dicerita dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah Hud ayat 69 hingga 70 Dan sesungguhnya utusan-utusan kami (para malaikat) telah datang kepada Ibrahim dengan membawa khabar gembira, mereka mengucapkan: Selamat Ibrahim menjawab: Selamatlah. Maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak

menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka dan merasa takut kepada mereka. malaikat itu berkata: janganlah kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat) yang diutus kepada kaum Lut. Disamping itu, di dalam Israiliyat, terdapat beberapa penafian terhadap sifat maksum para anbiya dan mursalin, dan menggambarkan mereka menolak kelazatan dan kenikmatan pemberian Tuhan kepada kekejian dan keaiban yang tidak layak bagi manusia yang biasa sebagai kelebihan anugerah tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Antara contoh kemungkaran Israiliyat yang mengeji para anbiya adalah seperti yang disebut dalam Al-Ishah al-Tasi Asyar Min Safar al-Takwin iaitu bahawa dua orang anak perempuan Nabi Luth alaihi salamtelah memberi ayahanda mereka minum arak. Hasilnya kedua-duanya telah pun hamil dan melahirkan anak. Anak daripada saudara tua merupakan bapa bagi kaum Mawabiyyin dan anak daripada saudara muda merupakan bapa bagi Bani Amuan dan sehinggalah ke hari ini. Bagaimanakah Nabi Luth boleh berzina sedangkan al-Quran menerangkan bahawa Nabi Luth mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh kaumnya sepertimana dalam firman Allah dalam surah Al-Syuara ayat 165 dan 166 mafhumnya mengapa kamu mendatangi jenis lelaki manusia. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang yang melampaui batas. Selain itu, Israiliyat juga hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian ulama salaf daripada kalangan sahabat dan tabiin. Sesungguhnya para tabiin merupakan orang yang terkenal dengan keadilannya dan

menjadi tempat rujukan agama yang penting serta terkenal dengan ilmu tafsir dan ulum hadith. Namun Israiliyat telah memberi tomahan buruk kepada mereka. mereka dianggap menipu Islam dan penganutnya. Antara golongan ulama yang mendapat banyak tomahan ialah Abu Hurairah, Abdullah Bin Salam, Kaab Al-Akhbar dan Wahab Bin Munabbih. Antara kesan lain tafsir Israiliyat kepada masyarakat ialah mencemarkan agama Islam. Hal ini kerana tafsir Israiliyat lebih kepada akal semata-mata dan mempunyai unsur-unsur yang tidak logik. Seperti yang kita ketahui ayat Al-Quran menjadi panduan dan memberi banyak pengajaran kepada kita. Walaubagaimanapun tafsir Israiliyat lebih menitikberatkan pentafsiran mengenai perkara lain dalam ayat al-quran tersebut. sebagai contoh surah Luqman ayat 12 yang bermaksud, Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada ALLAH (akan segala nikmat-Nya kepadamu). Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji . Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat tersebut ialah bersyukur dengan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Walaubagaimanapun tafsir Israiliyat mentafsirkan ayat tersebut iaitu mengenai Luqman yakni seorang hamba abdi yang berketurunan habsyi. Israiliyat mentafsir ayat tersebut mengenai fizikal Luqman iaitu seorang yang pendek, hidungnnya penyek, bibir tebal, mempunyai tapak kaki yang lebar dan lain-lain. Berdasarkan tafsiran Israiliyat, ianya mampu mencemarkan agama Islam dan ilmu yang disampaikan. Oleh itu, riwayat daripada Israiliyat sepatutnya tidak boleh diambil kerana sifatnya yang lemah dan jahil. Hal ini dapat memberikan pandangan buruk terhadap agama Islam itu sendiri. Hal ini kerana Islam merrupakan agama yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan bersumberkan Al-Quran serta syumul. Israiliyat hanya bertujuan untuk mencemarkan agama sepertimana yang telah dinyatakan oleh Dr.Yusuf al-Qaradawi :

"Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan." Katanya juga: "Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum Muslimin". ( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da'iyyah) Tafsir Israiliyat juga memalingkan manusia daripada tujuan asal penurunan AlQuran dan melalaikan mereka daripada menghayati maksud sebenar ayat Al-Quran. Alquran merupakan panduan kepada umat Islam dan mengandungi nasihat dan pengajaran yang dapat dijadikan peringatan kepada umat Islam. Al-Quran juga merupakan sumber ilmu yang lengkap kerana merangkumi pelbagai bidang seperti hukum, sirah, akidah, sains dan sebagainya. Manakala unsur Israiliyat hanya membincang mengenai perkara yang sia-sia dan tidak mempunyai manfaat dan unsur pengajaran. Antara contoh unsur perbahasan Israiliyat yang tidak memberi manfaat ialah membincangkan mengenai warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, nama budak kecil yang membunuh Khidir, tongkat nabi Musa a.s, lebar dan tinggi bahtera nabi Nuh a.s dan sebagainya. Perkara-perkara tersebut tidak dilanjutkan di dalam Al-Quran dan menyebabkan berlakunya unsur Israiliyat dalam kisah tersebut. Hal ini membimbangkan dan mampu mengganggu gugat akidah umat Islam. Kaum Yahudi juga sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah umat Islam melalui riwayat Israiliyat. Hal ini juga melemahkan pegangan umat Islam terhadap Al-Quran serta golongan salaf yang menjadi sumber rujukan ajaran Islam kerana melalui Israiliyat inilah pelbagai perkara benar didongengkan dan ditokok tambah mengikut kesesuaian logik akal pada ketika itu.

Sebagai umat Islam, berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerana Rasulullah sendiri telah bersabda mafhumnya bahawasanya tidak akan sesat umat Islam itu selagi mana mereka berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah ku.

Anda mungkin juga menyukai