Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN A 1.

Ciri-ciri wajib bagi ayat hanya terdapat dalam satu ayat sahaja daripada senarai ayat di bawah ini. Pilih ayat yang menepati definisi ciri-ciri wajib ayat yang sebenar. A. B. C. D. Adik saya berlari. Pemain itu telah menendang bola. Budak-budak itu berjalan kaki ke asrama. Encik Hamidin membeli sebuah rumah baharu.

2. Pilih ayat perintah jenis permintaan yang betul. A. B. C. D. Tolong ketepikan meja. Kamu tunggulah dia di dewan ini. Usah difikirkan masalah kenaikan pangkat itu lagi. Silalah datang ke majlis perasmian itu pada hujung minggu nanti.

3. Semua ayat di bawah terbentuk dalam ragam ayat yang sama kecuali A. B. C. D. Ketinggalan baslah murid-murid itu. Akan saya sertai pertandingan syarahan itu. Masalah staf saya itu belum dapat saya selesaikan. Tidak akan bertolak oleh kamilah kereta yang rosak itu.

4. Konstituen frasa nama terdiri daripada A. B. C. D. sepatah kata yang berasal daripada kata nama dua patah kata yang terbentuk daripada kata nama dan kata-kata lain. kata nama dalam frasa nama ialah intinya sedangkan kata-kata lain hanya sebagai penerang. kata nama atau sekumpulan kata yang kata utamanya kata nama dan yang dapat berfungsi sebagai subjek, predikat atau objek dalam ayat.

5. Pilih frasa nama di bawah yang termasuk dalam kekecualian peraturan hukum D-M. A. B. C. D. Isu-isu lain Ketua hakim Menteri Pelajaran Pejabat pos besar

6. Ayat-ayat yang berikut menggunakan hukum D-M yang betul dalam bahasa Melayu kecuali A. B. C. D. Studio mini yang dimilikinya terbakar. Air tangki di kawasan perumahan itu bocor. Hantu raya sering mengganggu penduduk di situ. Kami ke lapangan terbang dengan menaiki kereta api laju.

7.

Samad berjalan kaki ke sekolah setiap hati.

Kata kaki dalam ayat di atas bukan frasa nama. Hal ini demikian kerana kata kaki hanya berfungsi sebagai A. B. C. D. objek subjek predikat pelengkap

8. Semua ayat di bawah menggunakan kata bantu. Pilih ayat yang tepat penggunaan kata bantunya. i Saya telah meniduri tilam baharu itu. ii Dia sudah pulang ke rumah barangkali. iii Mereka akan selesaikan masalah itu minggu depan. iv Belumkah pelajar institut perguruan itu menduduki peperiksaan?

A B C D

I, II dan IV II, III dan IV I, III dan IV I, II, III dan IV

9. Dalam bahasa Melayu, frasa adjektif boleh hadir dengan kata penguat. Pilih ayat yang paling tepat penggunaan kata penguat. i Masakan tukang masak itu sedap sekali. ii Pergerakan kereta lembu itu perlahan benar iii Tutur kata pemuda itu sungguh kurang sopan iv Nyanyian kumpulan nasyid itu sungguh amat merdu A B C D i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

10. Pilih binaan ayat yang tergolong dalam ayat majmuk kerana ayat-ayat itu ada klausa dengan tugas-tugasnya yang tertentu. i Kereta baharu itu tinggi harganya. ii Keempat-empat orang pelajar itulah yang dicarinya. iii Semua anggota parti itu mengetahui siapa nama calon presiden parti mereka. iv Bahawa soalan peperiksaan itu agak sukar dibuktikan oleh jawapan pelajar yang salah. A B C D i dan iii ii dan iii i, ii, dan iv i, iii dan iv

11. Unsur tatabahasa ini tidak dapat diwakili oleh frasa sendi. A. B C D subjek predikat penerang frasa nama keterangan frasa objektif

12. Ayat yang manakah yang betul penggunaan frasa sendinya? A B C D Menjelang hari raya mereka balik kampung. Mereka tertarik dengan keindahan Pulau Tioman. Dia telah mengambil tindakan seperti yang disarankan. Bangunan yang indah itu diperbuat dengan batu kristal diimport.

13. Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada binaan yang berikut kecuali A B C D Kata Sendi + Frasa Nama Kata Sendi + Frasa Nama + Penerang Kata Sendi + Kata Bantu + Frasa Nama Kata Sendi + Kata Nama Arah + Kata Adjektif

14. Pilih ayat yang bukan ayat inti antara ayat yang berikut A B C D Rumah itu ialah rumah Encik Badrul. Rambut artis lelaki itu sangat panjang. Encik Rajoo di Kuala Lumpur semalam. Mereka bermain bola sepak di padang sekolah.

15. Terdapat empat pola ayat dasar dalam b.Melayu. Berdasarkan pernyataan di atas, kelompok manakah yang tepat mewakili pola FN + FA dan FN + FK?

Gadis itu kemalu-maluan Cita-citanya setinggi gunung Tingkah lakunya kebudak-budakan. Pemuda itu melangkahi longkang itu. Dia menjeling ke arah rakannya. Budak itu menangisi kematian kucingnya. Wajah gadis itu sungguh cantik. Warna kereta Honda abang saya itu seputih kapas.

16.

Amit telah memberitahukan berita itu kepada keluarganya.

Pilih ayat yang terbit daripada ayat dasar yang tercatat dalam petak di atas. i Telah diberitahukan Amit berita itu kepada keluarganya. ii Telah memberitahukan berita it kepada keluarganyalah Amit. iii Amit telah memberitahu keluarganya berita itu? iv Keluarganya telah diberitahukan oleh Amit tentang berita itu. A B C D i, ii dan iii i, iii dan iv ii, iii dan iv ii, iii dan iv

17. Pernyataan manakah yang benar tentang intonasi ayat pasif biasa? A B C D 2-4-2-3 1-2-3-4 2-1-3-4 1-3-2-4

18.

Gadis itu cantik.

Tingkat nada dalam intonasi ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Pilih penanda ucapan bagi ayat di atas. A B C D 2-4-2-3 2-4-3-4 2-4-2-4 2-3-1-4

19. Ayat majmuk mesti mempunyai subjek atau predikat atau objek yang lebih daripada satu.

Rajah 1 merupakan rajah pohon ayat majmuk yang mengalami proses penerbitan ayat yang mengakibatkan pengguguran. Proses transformasi yang terlibat ialah pengguguran A B Subjek frasa nama A2 predikat frasa nama A2 C D Predikat frasa sendi nama A2 Subjek dan predikat frasa nama A2

20. Pilih pembentukan ayat yang berbeza daripada tiga ayat yang lain. A B C D Kerana berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan SPM, dia dianugerahi biasiswa. Dengan ilmu yang ada padanya, dia menubuhkan syarikat penerbitan sendiri. Mereka masih bermesyuarat meskipun hari sudah lewat malam. Dia menerangkan bagaimana peristiwa itu terjadi.

BAHAGIAN B 1. Frasa dan ayat tidak dapat dipisahkan. Kehadiran frasa amat penting untuk pembentukan ayat yang sempurna.

a) Lengkapkan ayat di bawah dengan kata atau kata-kata yang sesuai agar membentuk frasa yang lengkap. i. Senarai barang yang perlu dibawa adalah seperti yang berikut, iaitu cadar, sarung bantal, dan barang keperluan sendiri. Antara fakta yang berikut, yang manakah yang benar tentang punca kejayaan pelajar? Yang ditahan yang membawa senjata yang berbahaya sahaja. Dengan berpandu pada kompas, mereka masuk ke hutan. Dua orang pelajar itu sahajalah yang mencapai keputusan yang cemerlang. (5m)

ii

iii iv v

b)

Berikan 5 contoh ayat dasar atau ayat inti yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi yang disertai oleh keterangan. Keterangan boleh terdiri dripada k. nama dan frasa sendi. Contoh: Ibu di dapur pada pagi tadi. Ibu ke Kuala Lumpur semalam. (5m)

2 a)

Bina 3 ayat pasif songsang dan setiap ayat mesti mempunyai predikat yang di dalamnya disertai oleh mana-mana kata penguat di atas. i ii iii Sungguh cantik gadis itu. Besar sekali rumahnya. Tinggi sungguh gunung itu.

(3 cth x 2m = 6m)

b)

Frasa adjektif boleh juga diluaskan dengan frasa sendi sebagai keterangan untuk membentuk predikat ayat. Berikan 2 cth ayat inti yg predikatnya tdiri drpd frasa adjektif dgn frasa sendi sbgai keterangan. i ii Dia jujur terhadap saingannya. Rumahnya jauh dari sini. ( 2 cth x 2m = 4m)

Ayat dalam bahasa Melayu terdiri drpd ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk ( Ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan) Nyatakan maksud konsep ayat majmuk gabungan. i) konsep ayat majmuk gabungan Ayat majmuk gabunganialah ayat yang terbentuk daripada 2 ayat tunggal sekurangkurangnya dan digabungkan dengan kata hubung seperti atau, dan, lalu dan sebagainya.

a)

ii) konsep ayat dasar Ayat dasar ialah ayat yang paling kecil dan menjadi asas kepada ayat-ayat yang lain. Ayat dasar mempunyai 4 pola iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FSN dan semua ayat dasar mestilah bermula dengan FN. ( 2 cth x 2 m = 4m)

b)

Berikan 2 cth ayat tunggal yang menggunakan kata tanya dan satu cth ayat tunggal yang menggunakan frasa kerja pasif pelaku diri kedua. Ayat tunggal dengan kata tanya i ii iii iv Nama ibu awak siapa? Mengapa peristiwa itu berlaku? Awak dilahirkan di mana? Bilakah peristiwa itu berlaku?

( **semua jenis ayat tunggal diterima asalkan menggunakan kata tanya)

Ayat tunggal dengan frasa kerja pasif pelaku diri kedua. i ii iii iv Kereta itu awak pandu. Rumah itu kamu beli. Gelas it awak pecahkan. Bilik itu kamu masuki?

( **semua jenis ayat tunggal diterima asalkan menggunakan frasa kerja pasif pelaku diri kedua)

Penyusunan semula ayat merupakan satu ciri yang terdapat dalam b. Melayu. Antara ayat yang melibatkan penyusunan itu termasuklah ayat songsang. a) Susun ayat di bawah ini menjadi dua jenis ayat tanya bersusunan songsang. Kelima-lima orang pelajar itu sedang mengulang kaji pelajaran. i) Sedang mengulang kaji pelajarankah kelima-lima orang pelajar itu? ii) Sedangkah kelima-lima orang pelajar itu mengulang kaji pelajaran?

b)

Tukarkanlah ayat-ayat di bawah ini menjadi ayat pasif songsang. i) Institut itu belum pernah saya kunjungi? Belum pernah saya kunjungi institut itu. ii) Kamu telah dapat mengatasi masalah tersebut? Telah dapat kamu atasi masalah tersebut.

iii) Mereka pernah mendiami taman itu? Pernah didiami oleh mereka taman itu.

BAHAGIAN C 1. Ayat pasif ialah sejenis ragam ayat dlm bahasa Melayu. Dalam pola ayat biasa (ayat pasif biasa), banyak sekali jenis ayat pasif yang ditemukan. Ayat pasif tersebut terdiri daripada ayat pasif berpelaku, ayat pasif dengan kata imbuhan tertentu, ayat pasif berimbuhan dan pelengkap serta ayat pasif bantuan dengan kata kena. Bincangkan pembentukan ayat pasif biasa tersebut dengan memberikan satu contoh ayat bagi setiap pembentukannya.

(20 m)

Pendahuluan Ayat pasif ialah ayat yang subjeknya berperanan sebagai pencerita Isi Dalam pola ayat pasif biasa, terdapat 8 jenis ayat pasif yang ditemukan iaitu 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. huraian ttg ayat pasif pelaku diri pertama huraian ttg ayat pasif pelaku diri kedua huraian ttg ayat pasif pelaku diri ketiga huraian ttg ayat pasif ber huraian ttg ayat pasif ter huraian ttg ayat pasif ke....an huraian ttg ayat pasif ke...an dan disertai oleh pelengkap huraian ttg ayat pasif bantuan yg disertai kata kena 1 huraian, 1 cth = 2m 8 huraian, 8 cth = 16 m pendahuluan = 4m

2.

Frasa kerja transitif terbentuk drpd kata kerja transitif dan frasa nama sbg objeknya. Huraikan semua jenis imbuhan yg membentuk kata kerja transitif dan sekali gus mnjd frasa kerja transitif apabila disertai oleh frasa nama untuk berfungsi sbgai predikat ayat. Tulis satu contoh ayat bg setiap cntoh frasa kerja transitif itu. (20 m)

Kata kerja transitif dapat dibentuk daripada 6 imbuhan iaitu 1. imbuhan awalan meN....yg memerlukan objek selepasnya untuk berfungsi sbgai predikat ayat cth: Ali menendang bola. 2. Imbuhan apitan meN...i cth: Ali memasuki rumah. 3. Imbuhan apitan meN...kan cth: Ali memecahkan pinggan itu. 4. Imbuhan rangkap mempeR... cth: Pekerja-pekerja itu sedang memperbesar bilik 5. Imbuhan apitan mempeR...i cth: Ayah saya memperkebuni tanah terbiar itu. 6. Imbuhan apitan mempeR..kan cth: Pekerja-pekerja itu sedang mempertingkatkan bangunan.

*huraian ttg 1 imbuhan dan 1 cth = 3m 6 imbuhan, 6 cth = 18 m cara berbahasa = 2m

3.

klausa objek, klausa pelengkap, klausa penerang, dan klausa keterangan dapat dikemukakan dlam ayat mjmuk pancangan. Bincangkan pembentukan keempat-empat klausa tersebut dalam ayat mjmuk pancangan dgn memberikan cthbg setiap klausa yg berkenaan. pndahuluan; Klausa ialah sekelompok kata yg ada subjek dan predikat spt ayat juga. Klausa merupakan ayat tambahan atau ayat dalam ayat.

Antara klausa yg terdpt dalam ayat mjmuk pancangan termasuklah klausa objek, klausa pelengkap, klausa penerang dan klausa keterangan. Klausa objek wujud selepas kata kerja transitif dlm ayat mjmuk pancangan. Klausa yang asalnya daripada ayat biasa boleh dipancangkan dgn ayat lain (klausa utama) dgn mnggunakan kata hubung bahawa, sekiranya klausa itu berasal drpd ayat tnya yg mggunakan kata tanya, klausa itu boleh dipancangkan terus selepas kata kerja transitif tnpa menggunakan kata hubung bahawa dan tanda tanyanya ditinggalkan. Cth: Dia menyatakan bahawa ibunya sihat. Dia menerangkan bagaimana peristiwa itu berlaku. Klausa pelengkap wjud selepas kk tak transitif atau kata adjktif dalam ayat mjmuk pancangan. Klausa yg asalnya drpd ayat biasa boleh dipancangkan dgn ayat lain ( klausa utama) dngan mggunakan kata hubung bahawa, sekiranya klausa itu berasal drpd ayat tanya yg menggunakan kata tanya, klausa itu boleh dipancangkan terus selepas kk transitif tanpa menggunakan kata hubung bahawa dan tanda tanyanya ditinggalkan. cth: Dia berkata bahawa ibunya sihat. Dia yakin bahawa ibunya selamat. Dia bertanya siapa nama orang itu. Klausa penerang wujud selepas frasa nama yg mnjdi objek ayat. Klausa yg asalnya drpd ayat biasa boleh dipancangkan selepas frasa nama sebagai objek dgn mnggunakan kata hubung bahawa, sekiranya klausa itu berasal dripada ayat tanya yg menggunakan kata tnya, klausa itu boleh dipancangkan terus selepas frasa nama sebagai objek tnpa menggunakan kata hubung bahawa dan tanda tanyanya ditinggalkan. cth: Kamal mendengar khabar bahawa ibunya sihat. Dia mendengar penjelasan bagaimana perkara itu terjadi. Klausa keterangan Klausa keterangan ialah klausa bawahan (tak bebas, terikat, kecil) yg bertugas sbgai keterangan dlam ayat pancangan. Klausa ini digabungkan dngan klausa utama dgn menggunakan kata hubung jika, kerana, walaupun, sekiranya, supaya, dengan dan lain-lain. cth: Dia menangis kerana (dia) gagal dalam temu duga. Padi itu saya jemur supaya (padi itu)kering. Orang itu menebang pohon belimbing dengan (dia) menggunakan gergaji. Engkau akan berjaya dalam perniagaan jika (engkau ) rajin berusaha.

(bahagian yg bercetak italik ialah klausa keterangan) huraian 1 jenis klausa dan 2 cth ayat = 5 m huraian 4 jenis klausa dan 8 cntoh ayat = 20 m