Anda di halaman 1dari 4

SR ARAB JAIM PERNU BERCERITA KISAH AL- QURAN LELAKI

MTAQ 2013

1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis,
Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Giliran saya pula menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Kisah Nabi Daud a.s. .

Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan.
Yang terdengar, fikir-fikirkan.

Sesungguhnya kisah Nabi Daud a.s. yang diceritakan di dalam al-Quran adalah satu kisah yang benar
untuk dijadikan pedoman bagi umat selepasnya. Firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 62:
Ep) -EOE- 4O_ =^-
O-E^- _ 4`4 ;}g` O) ) +.- _
])4 -.- 4O_ +OCjOE^-
O1E^- ^gg
Maksudnya:
"Sesungguhnya Ini adalah kisah yang benar, dan tak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan
Sesungguhnya Allah, dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" .

Daud bin Yisya nama diberi,
Anak bongsu akalnya tajam,
Biru matanya orangnya rendah,
Rambutnya sedikit hatinya bersih.

Nabi Ibrahim keturunan baginda,
Kitab zabur mukjizat besar,
Empat puluh tahun baginda berdakwah,
Agar kaumnya beriman yang Esa.

SR ARAB JAIM PERNU BERCERITA KISAH AL- QURAN LELAKI
MTAQ 2013

2


Para hadirin dan hadirat yang dirahmati oleh Allah ta`ala,
Telah diriwayatkan bahawa nama Nabi Daud telah disebut di dalam al-Quran sebanyak 16 kali. Dan sudah
semestinya kisahnya amat menarik sekali. Antaranya ialah di dalam Surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah,
al-Anam, al-Anbiya, an-Namlu, Saba dan Shoad.
Semenjak kecil lagi Nabi Allah Daud a.s. amat suka bermain dengan lastik. Baginda pula amat mahir serta
handal menggunakannya. Yah.....Dengan kehendak Allah yang maha Berkuasa, kemahiran dan kepandaian
baginda itu menggunakan lastik sejak dari kecil, telah menjadi senjata bagi baginda menentang Jalut yang
zalim lagi kejam.
Siapakah Jalut? Jalut adalah seorang pemimpin angkatan musuh yang amat digeruni. Terkenal sebagai
panglima yang gagah berani. Sesiapa yang menentang pasti kecundang menyembah bumi. Namanya
cukup ditakuti di setiap negeri.
Walaupun ketulan batu yang menjadi peluru, namun kuasa Allah yang menentukan segalanya.
Disebabkan kepintaran dan kekuatan baginda yang luar biasa maka Jalut dan tenteranya dapat
dikalahkan oleh baginda dengan begitu mudah tanpa banyak halangan. Bak kata pepatah kecil-kecil cili
padi, diam-diam ubi berisi, jangan disangka kecil itu anak dan besar itu bapa. Maka janganlah memandang
rendah pada mereka yang lemah.

Suara merdu tiada tandingnya,
Angin menghembus, bayu mengelus,
Burung dan gunung turut bersama,
Bertasbih memuji Allah yang Quddus.

Bekerja sendiri amalan baginda,
Bijak melentur, mencairkan besi,
Pelbagai alatan dapat dicipta,
Kemahiran yang ada anugerah Illahi.

Kehebatan Nabi Daud a.s bukan sahaja dapat melenturkan besi dengan jarinya, namun baginda
dianugerahkan juga dengan suara yang sungguh lunak dan merdu. Perkara ini dapat dilihat melalui firman
Allah di dalam surah Shoad ayat 18 19 yang bermaksud:
SR ARAB JAIM PERNU BERCERITA KISAH AL- QURAN LELAKI
MTAQ 2013

3

Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) pada waktu pagi
dan petang. Dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul.
Keistimewaan yang dimiliki oleh baginda Nabi Daud a.s. merupakan bukti keagungan dan kekuasaan Allah
selaku maha Pencipta. Kehebatan dan kebesaran Allah ada di mana-mana, jika kita bijak menaakul dan
mengkajinya. Lihat sahaja kebesaran Allah yang berlaku di sekeliling kita seperti kejadian kalimah Allah
yang terdapat pada ikan, daging, pokok, dan banyak lagi yang membuktikan pada kita tentang kekuasaan
Allah taala selaku Pencipta. Sebagai contoh yang membuktikan Allah maha Berkuasa ialah kejadian
tsunami yang membawa gulungan ombak ombak yang menggunung tingginya, mampu membinasa dan
memusnahkan tempat tinggal manusia. Dan ianya juga adalah tanda kekuasaan serta peringatan dari
Allah.

Kitab Zabur kurniaan Allah,
Berisi petunjuk dan juga bimbingan,
Orang yang sakit menjadi sembuh,
Apabila baginda mengalun melagukan.

Di dalam al-Quran, surah Al-Israa ayat 55, Allah telah berfirman:
El4O4 OU;N }E) O)
g4OEOO- ^O-4 ;4
4LU_ 4*u4 =}j1)E4- _O>4N
*u4 W E4uO>-474 E1N-E1
-4OO+Ee ^))
Dan Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan Sesungguhnya telah kami
lebihkan sebahagian nabi-nabi itu atas sebahagian (yang lain), dan kami berikan Zabur kepada Daud.
Ya, alangkah baiknya jika umat Islam sekarang ini memperbanyakkan lagu-lagu yang berunsur dakwah dan
ketuhanan yang dilagukan dengan suara merdu dan asyik agar hati manusia menjadi cair dan
bersemangat untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.
Begitulah secebis kisah yang dapat diambil daripada kisah Nabi Daud a.s. dan diharap ianya dapat
dijadikan pedoman dan tauladan dan menjadi iktibar kepada setiap insan dalam menjalani liku-liku
kehidupan di alam fana ini.
Sebelum mengundur diri, mari kita fikirkan untuk diambil pedoman.
Kata benar dijaja sudah,
Bercakap bohong jangan dipalu,
SR ARAB JAIM PERNU BERCERITA KISAH AL- QURAN LELAKI
MTAQ 2013

4

Hidup manusia bersendikan aqidah,
Agar jiwa dan roh tenang selalu.
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang berduri.
Kini cerita sudah tamat,
Mohon hamba mengundur diri.

Sekian, terima kasih.