Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Internship Tajuk Jurnal

: : :

Pertama Pertama (11 Julai 2011 15 Julai 2011)

Masalah Menganalisis Hasil Dapatan Kajian

Masalah / Peristiwa Pada minggu pertama ini, masalah ini berlaku semasa proses kajian berlaku di dalam kelas. Semasa ujian diagnosis dibuat untuk mengenalpasti murid lemah dalam kajian saya, saya sukar untuk mengenalpasti murid yang perlu saya kategorikan dalam kumpulan rawatan. Ini kerana keputusan ujian mereka dilihat kurang memuaskan dan semua hampir ditahap yang sama.

Analisis Masalah ini timbul kerana mungkin kerana bentuk soalan yang dirangka oleh saya kurang difahami oleh murid dan bukan ditahap mereka. Kebarangkalian soalan ujian yang dibina itu agak kabur.

Cadangan Untuk Memperbaiki Saya sepatutnya merujuk kepada pensyarah pembimbing terlebih dahulu bagaimana untuk membina soalan yang jelas. Saya akan menemuramah guru pendidikan Islam bagi kelas tersebut untuk mengenalpasti murid lemah. Disamping itu, saya akan memperbanyakkan bacaan mengenai bagaimana merancang sesuatu ujian dan menganalisis hasil dapatan.

Tempoh Masa Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Sekiranya tindakan lambat dibuat, maka kajian ini akan tertangguh.

Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang keberkesanan kajian saya disamping meminta pandangan dari rakan sebaya.

Tindakan Susulan Semasa harus meneliti data dan menganalisis data secara berkesan.

Disemak oleh Guru Besar

................................................................... Nama Tarikh : :