Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PROJEK MINGGU ANTI DADAH 1.0.

Pendahuluan Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada

pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan sekolah bebas dadah 2012.

2.0.

Persediaan

Untuk memulakan projek ini, terlebih dahulu perbincangan bersama guru pembimbing telah dilakukan. Setelah bertukar-tukar pandangan dan idea untuk projek, kata sepakat telah diambil untuk membuat minggu antidadah peringkat SK. Luagan. Perancangan yang rapi telah disusun untuk aktiviti sepanjang minggu antidadah peringkat sekolah S.K. Luagan. Antara aktiviti yang telah dirancang ialah aktiviti melukis poster bagi tahun 4, 5 dan 6, kuiz terkumpul, menulis esei dan ceramah dadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Keningau . Untuk melaksanakan aktiviti tersebut, Agensi Antidadah Kebangsaan Keningau telah dihubungi untuk memastikan bahawa agensi mereka boleh mengadakan ceramah untuk murid tahun 5 S.K. Luagan. Surat-menyurat telah dihantar pada agensi tersebut dan agensi tersebut menerima pelawaan sekolah untuk mengadakan ceramah serta pameran pada tarikh yang telah ditetapkan. Persediaan untuk melukis poster pula, guru pelaksana program antidadah dadah ingin menggunakan masa PSV murid tahun 4, 5, dan 6 pada minggu tersebut untuk pertandingan melukis poster. Pada minggu tersebut, guru-guru PSV kelas masing-masing telah diberikan notis bahawa minggu seterusnya adalah pertandingan melukis poster dan dilaksanakan pada waktu PSV untuk semua kelas tahap 2. Bagi melancarkan aktiviti pertandingan tersebut, guru pelaksana program telah memberikan notis kepada murid-murid dan guru-guru

bahawa minggu seterusnya ialah minggu antidadah dan murid-murid diminta untuk membawa peralatan melukis 2.1. Jadual pelaksanaan Bil Acara Tarikh Catatan Waktu Perhimpunan 15 Julai hingga 19 Julai Murid menjawab (Isnin hingga Jumaat) kuiz pada waktu rehat Pertandingan 3 melukis poster 15 Julai hingga 19 Julai Waktu (Isnin hingga Jumaat) subjek

Pelancaran Minggu 15 Julai 2013 (Isnin) Anti Dadah Kuiz terkumpul

PSV bagi kelas tahun 4 sahaja.

Pertandingan 4 melukis poster

15 Julai hingga 19 Julai Waktu (Isnin hingga Jumaat)

subjek

PSV bagi kelas tahun 5 dan 6 sahaja.

Ceramah 5 Dadah

Anti 17 Julai 2013 (Rabu)

11.10 12.10 hari

pagi

tengah (Tahun 5

sahaja) Edaran Risalah 16 Julai 2013 dan 18 Julai Waktu rehat 2013 (Selasa dan Khamis) Pertandingan menulis esei 15 Julai hingga 19 Julai (Isnin hingga Khamis)

2.2. Kos Perbelanjaan Hadiah berupa alat tulis diberikan kepada pemenang setiap kategori. Setiap Kategori mempunyai 5 pemenang iaitu tempat pertama, tempat kedua,tempat ketiga dan dua hadiah sagu hati Hadiah tempat pertama berjumlah RM18.00, hadiah tempat kedua berjumlah RM13.00 dan tempat ketiga berjumlah RM10.00. Manakala hadiah sagu hati berjumlah RM5.00. Selain hadiah untuk murid yang menang kategori yang dipertandingkan semasa minggu antidadah, sagu hati hamper bernilai RM30.00 berserta sijil diberikan kepada Agensi Antidadah sebagai tanda berterima kasih. Jumlah keseluruhan kos perbelanjaan tersebut ialah RM207.15 sen. Sumber kewangan diperolehi daripada pihak sekolah.

3.0.

Pelaksanaan Pada 15 Julai sehingga 19 Julai 2013, sekolah kebangsaan Luagan telah

mengadakan minggu anti dadah peringkat sekolah. Pelbagai

aktiviti yang

dijalankan untuk pengisian minggu tersebut.terdapat 4 kategori pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya ialah pertandingan melukis poster bagi tahun 4 dan melukis poster bagi tahun 5 dan 6, pertandingan menulis esei bagi tahun 5 dan 6, dan kuiz terkumpul. Selain itu juga terdapat ceramah dadah yang diadakan untuk murid tahun 5 sahaja. Pada 15 Julai 2013, majlis pelancaran minggu Anti dadah telah disempurnakan oleh En. Samion Amin selaku guru besar S.K. Luagan. Majlis telah diadakan semasa perhimpunan pagi di dewan terbuka S.K. Luagan. Untuk pertandingan yang telah dilaksanakan seperti melukis poster, pertandingan itu telah dilakukan pada waktu pendidikan seni visual untuk setiap kelas. Pertandingan melukis poster berdasarkan kepada tema yang diberikan iaitu tema anti dadah 2013 iaitu 1 Malaysia Membenteras Dadah. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tahun 4 sahaja dan tahun 5 dan 6. Kuiz terkumpul juga telah dilaksanakan semasa minggu anti dadah S.K. Luagan. Kuiz ini berlangsung selama 5 hari iaitu sepanjang minggu persekolahan tersebut. Setiap waktu rehat iaitu 9.20 pagi sehingga 9.40 pagi, soalan akan ditampal di dewan terbuka dan murid mesti menjawab soalan setiap hari. Soalan yang diberikan adalah berbeza-beza setiap hari.

Selain pertandingan melukis poster, pertandingan menulis esei telah dipertandingkan untuk tahun 5 dan 6. Walaupun begitu, tahun 4 digalakkan untuk menyertai pertandingan tersebut. Pada 17 Julai bersamaan hari rabu, ceramah dadah telah diadakan di Pusat Sumber S.K. Luagan pada pukul 11.10 pagi sehingga 12.10 tengah hari. Hanya murid tahun 5 yang terlibat untuk sesi ceramah tersebut. Antara aktiviti yang telah diadakan iaitu ceramah dan pameran dari Agensi Antidadah Kebangsaan Keningau. 4.0. Penutupan Majlis penutupan minggu antidadah telah diadakan 22 Julai 2013 pada waktu perhimpunan. Majlis penutupan diakhiri dengan acara penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Encik Samion Amin selaku guru besar S.K. Luagan.

5.0. Refleksi Minggu perancangan telah dibuat pada minggu pertama internship iaitu pada 01 Julai 2013 sehingga 05 Julai 2013. Perancangan telah dibuat bersama guru pembimbing dan rakan guru pelatih yang lain. Setelah itu, persetujuan telah dicapai dan bermulah perancangan aktiviti untuk pengisian minggu tersebut. Minggu seterusnya ialah minggu persediaan. Pada minggu ini merupakan minggu untuk menyerahkan dan mengesahkan program tersebut kepada guru besar. Setelah beberapa kali berkolaborasi bersama guru pembimbing dan guru besar, akhirnya kertas kerja lulus dan surat-menyurat dihantar ke agensi yang terlibat. Pada minggu pelaksanaan, Cikgu Yusnira telah mengambil alih majlis perhimpunan untuk majlis perasmian. Untuk sedikit masa yang telah diambil, cikgu Yusnira telah memberitahu serba sedikit tentang minggu tersebut. Setelah itu, guru besar telah dijemput untuk menandatangani banner bagi merasmikan minggu antidadah. Sepanjang minggu tersebut, pertandingan yang telah dirancang telah berjalan dengan lancar. Aktiviti yang telah dirancang mendapat sambutan yang baik daripada murid. Terutama sekali kuiz terkumpul yang telah dilaksanakan setiap hari pada waktu rehat di dewan terbuka S.K. Luagan. Ceramah dan Pameran telah diadakan pada hari rabu iaitu 17 Julai 2013 di pusat sumber S.K. Luagan. Ceramah berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat

sedikit kesilapan teknikal pada waktu tersebut. Namun dengan bantuan guru pembimbing dan rakan guru pelatih, akhirnya masalah dapat diselesaikan dan ceramah mula pada tepat pukul 11.10 pagi dan berakhir pada 11.55 pagi. Setelah ceramah diadakan,seterusnya murid dibawa ke dewan terbuka untuk melihat pameran berkenaan dadah. Projek minggu antidadah ini banyak memberi kami pengalaman yang berharga kepada pelatih guru yang bakal menjejakkan kaki ke dunia pendidikan. Kami telah mempelajari banyak ilmu yang baru seperti membuat kertas kerja projek, berurusan dengan agensi yang terlibat, mengatur aktiviti, dan pelbagai lagi. Oleh itu ilmu ini tidak akan kami sia-siakan dan akan dimanfaatkan untuk kegunaan masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai