Anda di halaman 1dari 3

KENAPA SANG TUPAI TETAP MENANG!

Ditulis semula versi Kajang.

Ibnu Muhammad
Saya berkesempatan tinggal di Saujana Impian Kajang selama 5 tahun. Sebuah taman perumahan yang tenang, masih banyak pokok menghijau. Binatang kecil seperti musang, bermacam burung, tupai, malah ayam hutan pun kelihatan melintas jalan. Burung wak-wak (nama yang saya panggil), dipanggil juga burung ayam-ayam sejenis burung yang dikawal sering kelihatan. Seolah-olah haiwan tersebut lebih selamat tinggal di metropolitan berbanding dengan di kampung. Jiran saya, En Harun, seorang agak berumur telah bersara beberapa tahun lalu suka berkebun diwaktu lapang. Saya sering melihat En Harun keluar rumah untuk meletakan makan burung dalam bekas yang dia bina di atas pokok hadapan laman rumahnya. Sesetengah orang meletakan buahbuahan atas tembok pagar bagi tujuan yang sama. Saya sering melihat beberapa ekor tupai berkeliaran depan laman rumah kami. Mereka berlari berkejaran di atas tanah dari rumah ke rumah bagi mendapatkan makanan sebelum pulang ke sarang. Jarang kelihatan mereka memanjat dan melompat. Satu hari saya melihat En Harun memasang kepingan zin di sekeliling pangkal pokok dimana bekas makan burung diletakan. Tujuan En Harun ialah untuk menghalang Sang Tupai mencapai makanan yang dia khaskan untuk burung.

Dengan memasang kepingan zink sekeliling pangkal pokok, En Harun mengharapkan Sang Tupai tidak dapat memanjat pokok untuk mendapatkan makanan burung. Tak berapa lama, makanan burung hilang. Minggu berikutnya saya melihat En Harun memasang zink berbentuk kon di pangkal pokok. Bahagian kon yang lebar menghala ke bawah. Saya pernah lihat kaedah dan tujuan yang sama digunakan oleh orang kampong memasang pada pokok kelapa. Sekali lagi, hari berikutnya makanan yang disediakan hilang. Minggu berikutnya En Harun menggantung bekas makanan burung pada hujung ranting kecil dengan tali. Saya percaya En Harun berfikir bahawa dahan dan tali yang kecil tidak akan dapat menampung berat Sang Tupai dengan itu menghalangnya mencapai makanan. Malangnya idea beliau gagal lagi, makanan burung tetap hilang. Persaingan antara En Harun dan Sang Tupai berterusan selama beberapa tahun. Terlintas juga difikiran saya untuk memberi tahu En Harun bahawa inisiatif beliau tidak akan berjaya dan dia tidak akan menang Peperangan ini. Saya hanya memerhati. Ianya satu hiburan yang menarik. Saya mula berfikir betapa tidak adilnya Peperangan antara seorang lelaki dengan seekor tupai. Saya tidak merasa kesian kepada Sang Tupai. saya merasa lebih kesian kepada En Harun. Walau pun En Harun lebih kuat dan cerdas berbanding Sang Tupai, tetapi dia kurang beberapa kualiti yang melayakan dia untuk menang, iaitu fokus. Anda melihat bagaimana En Harun tiba-tiba memikirkan kaedah menghalang Sang Tupai beraksi mencapai makanan. Sang Tupai sebaliknya sepenuh masa, 24 jam memikirkan untuk mendapat makanan. Kelangsungan kehidupan adalah segalanya, bukan sekadar fokus tetapi tumpuan sepenuhnya menyelesai masalah melepasi halangan. Melainkan En Harun

menunjukan tahap komitmen dan kesabaran yang sama 24 jam, saya yakin Sang Tupai tetap akan menang. Kejayaan bukan untuk siapa yang kuat. Kejayaan bukan untuk siapa yang banyak wang. Kejayaan bukan untuk siapa yang tinggi CGPA. Kejayaan masa depan bukan lagi milik si besar. Kejayaan ialah milik siapa yang lebih fokus dan komited untuk mencapai matlamat. Milik mereka yang cepat bertindak. Sekarang ialah zaman Si Kecil menelan Si Besar seperti yang dinukil penulis J.Jennings dan L.Haughton It's Not The Big That Eat The Small - It's The Fast That Eat The Slow. Anda pembaca, boleh bersaing dengan sesiapa sahaja tanpa mengira siapa mereka. Apa yang anda perlu buat ialah memfokuskan diri kepada matlamat yang menjadi idaman anda. Apabila anda fokus kepada sesuatu matlamat, semua sumber dan pemikiran anda terarah kepada mencapai matlamat dan memperolehi habuannya. Dengan berfokus anda mula mendapatkan maklumat sebanyak dan secepat mungkin kerana anda bersemangat untuk belajar, anda ingin segera mengetahui segala-galanya. Anda akan didorong oleh semangat dan fokus anda untuk berjaya. En Harun sebenarnya bukan pakar untuk menghalang Sang Tupai; ia hanya melaksanakan kerja apabila ada masa lapang. Sebaliknya Sang Tupai adalah pakar menghadapi halangan dan menyelesai masalah sebab dia fokus kepada kerjanya bagi mencapai matlamat akhirnya, iaitu makanan. Dunia tidak memihak kepada generalist, tetapi dunia memenangkan pakar. Dunia memerlukan orang yang bagus dalam melakukan sesuatu kerja, iaitu pakar. Jadilah orang yang pakar dalam kerja anda. Bersungguhlah dalam kerja anda. Bagaimana menjadi pakar?. Jadilah seperti Sang Tupai,iaitu fokus.

Anda mungkin juga menyukai