Anda di halaman 1dari 2

Pencemaran Alam Dalam menempuh era globalisasi yang rancak berkembang ini, pencemaran alam di negara kita semakin

berleluasa dan tidak terkawal. Isu ini menjadi buah mulut masyarakat yang hangat diperkatakan. Persoalannya, mengapakah masalah ini boleh tercetus? Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Lazimnya, semua pihak perlu sedar bahawa sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan sememangnya akan menjadi perkara serius yang melibatkan masa depan negara. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Pernahkah terlintas dalam benak kita, apakah punca yang mendorong dalam hal ini dan apakah langkah yang harus diambil untuk mengatasi masalah ini? Kilang-kilang industri merupakan antara pendorong utama kepada pencemaran alam. Kilang-kilang industri yang melibatkan bahan toksik dalam hasil pengeluaran mereka akan mencemarkan alam sekitar seperti sungai dan udara. Sebagai contohnya, kilang yang menggunakan bahan-bahan toksik seperti kilang nuklear akan mengambil langkah mudah dengan membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai sekiranya kilang tersebut berdekatan dengan sungai. Begitu juga dengan kilang simen. Apabila mereka membakar, gas-gas beracun seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida akan dilepaskan. Secara tidak langsung, udara yang kian segar ini akan tercemar dan akan mengancam sistem pernafasan serta kesihatan manusia. Selain itu, masyarakat yang tidak berperikmanusiaan juga mendorong dalam hal ini. Bagi sesetengah pihak, mereka sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Sebagai contoh, helaian tisu yang digunakan akan dibuang di longkang sedangkan tong sampah telah disediakan oleh pihak kerajaan. Hal ini jelas mereka tidak mempunyai kesedaran sivik dan moral dalam sanubari mereka untuk mengjaga dan menghargai alam sekitar yang merupakan anugerah tuhan. Impaknya, alam sekitar akan tercemar dengan sampah-sarap yang dibuang merata tempat. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerajaan memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam yang kian berleluasa ini. Kerajaan dan badan bukan kerajaan seyogianya aktif dalam mengadakan kempen-kempen untuk mewujudkan keinsafan dan kesedaran tentang peri pentingnya alam sekitar dalam sanubari masyarakat. Sebagai contohnya, pihak kementeriaan sumber asli dan alam sekitar haruslah mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong di taman-taman perumahan. Maklumat mengenai gotong-royong boleh disebarkan melalui media massa bercetak, media massa elektronik atau poster. Impaknya, kebersihan alam sekitar akan terjamin di samping menyemai perasaan cinta akan alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung, hubungan silaturahim antara satu sama lain juga dapat dieratkan. Bak kata pepatah, negara bersih rakyat sihat. Selain itu, kerajaan juga haruslah menggubal dan menegakkan undang-undang untuk membendung masalah pencemaran alam sekitar ini. Hal ini dapat mengawal, mencegah dan

menghapuskan pencemaran alam sekitar. Sebagai contohnya, merujuk kepada Seksyen 22 di Akta Kualiti dan Alam Sekeliling, seseorang yang melepaskan bahan buangan ke udara akan dikenakan denda sebanyak RM100 ,000 atau dipenjarakan selama 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Dengan ini, pencemaran alam sekitar tentu dapat dikurangkan dengan berkesan atas denda-denda berat yang dikenakan. Akhirnya, ibu bapa seyogianya memainkan peranan mereka dalam mendidik anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anakanak haruslah dididik tentang kepentingan alam sekitar terhadap manusia dan cara-cara untuk memelihara alam sekitar dengan baik. Ini dapat memastikan anak-anak berpelakuan elok ketika dewasa kelak dengan tidak mejejaskan alam sekitar. Tambahan pula, ibu bapa juga haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak yang masih kecil mudah mempelajari sesuatu daripada ibu bapa mereka.Sebagai contohnya, ibu bapa boleh melatih anak-anak mereka dengan menanam pokok bunga di rumah. Hal ini dapat melahirkan perasaan cinta akan alam sekitar dalam sanubari anak-anak. Jika amalan ini dipraktikkan sejak dahulu lagi, masalah pencemaran alam tentulah dapat dikurangkan. Tegasnya, ibu bapa sememangnya memikul tanggungjawab yang berat dalam mengatasi masalah pencemaran alam yang semakin serius ini. Implikasinya, masalah pencemaran alam dapat ditangani sekiranya semua pihak berganding bahu bagai aur dengan tebing. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika persekitaran yang bersih dapat diwujudkan, nescaya rakyat yang sihat dapat dilahirkan. Hal ini penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin,kesihatan serta kehidupan flora dan fauna dapat dikekalkan untuk generasi depan yang akan datang.