Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER MEI / 2013


==================================================================

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF MEI 2013


==================================================================

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

650929075509001 650929075509 0174397433 zusma_4646@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

PPP Kedah

650929075509

/ HBPE 2103

ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

Isi Kandungan Pendahuluan Pengenalan terhadap Persembahan Tema Persembahan Sinopsis Persembahan Senarai Watak dan Peranan yang Dibawa
5.1 Ketua Kampung Tanjung Leman Hj Mat 5.2 Si penoreh getah- Lingam 5.3 Tauke kedai runcit-Ah Chong 5.4 Penduduk kampong-Jarjeet Singh dan Francis Tan

2 3 5 5 7 8
8 8 9 9

6.0

Jenis-jenis pergerakan yang terlibat 6.1 Tarian Melayu


6.2 Tarian Cina 6.3 Tarian India

10 10
11 11

7.0 8.0 9.0 10.0

Muzik Peralatan dan props Lakaran Rekaan Pergerakan Jadual Latihan Rujukan
Lampiran

12 13 14 17 19
20

PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

650929075509

/ HBPE 2103

1.0 Pendahuluan

Sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia telah mengalami satu proses transformasi dan berevolusi secara pesat seiring dengan peredaran zaman. Setiap bentuk perubahan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menambahbaik sistem pendidikan di samping menghasilkan produk hasil tambah dalam bentuk tenaga manusia yang berkualiti serta mampu bersaing dengan negara-negara maju lain di dunia, sama ada menerusi sektor ekonomi, sains dan teknologi maklumat, pembangunan, dan sebagainya. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia merupakan satu bentuk usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi yang ada di dalam diri setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani (Penerbit USM, 2007). Satu konsep asas yang terkandung di dalam falsafah tersebut adalah mengenai ilmu, nilai ilmu, dan peranan yang dimainkan oleh ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Menyokong fungsi ilmu sebagai sesuatu yang berupaya mengubah dan merubah seseorang individu menjadi sesuatu yang lebih baik atau sebaliknya, sistem pendidikan negara ini telah bertransformasi bersesuaian dengan keadaan atau situasi semasa yang sentiasa berubah-ubah dan berkembang pesat. Oleh yang demikian, pendidikan diklasifikasikan sebagai satu proses dan aktiviti sepanjang hayat, di mana manusia sentiasa berada di dalam keadaan yang memerlukan perluasan, pendalaman, dan juga pengesahan terhadap setiap ilmu yang sedia ada. Pengalaman juga bukan sahaja mampu memperkasa dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu-ilmu yang sedia ada pada manusia itu sendiri (upu.mohe.gov. 2012).

Perubahan ketara dalam sistem pendidikan negara sepanjang lima dekad ini dapat dikesan menerusi fasa-fasa pembangunan yang dirancang oleh kerajaan sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang pada hari ini dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) yang mula diwujudkan sekitar tahun 2006 seperti pelaksanaan dasar kurikulum baharu yang lebih bersifat perpaduan serta menyediakan ruang dan peluang kepada generasi muda untuk menjadi lebih proaktif dan berdaya saing. Oleh yang demikian, sukatan kurikulum dan ko-kurikulum digubal bersesuaian dengan perubahan semasa. Tidak 3

650929075509

/ HBPE 2103

hanya bertumpu kepada peningkatan dan pembangunan akademik semata-mata, kegiatan luar bilik darjah turut diberi perhatian seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, di mana ia disertakan bersama silibus pendidikan yang lebih banyak melibatkan pergerakan, iaitu secara artistik dan kreatif (Halem, 2012).

Pergerakan merupakan satu bentuk aktiviti yang melibatkan sebarang gerakan yang dilakukan oleh seseorang individu, di mana ia akan menyebabkan perubahan pada kedudukan atau masih kekal di tempat asal. Secara logik akal, manusia mula menggerakkan setiap anggota tubuh badannya, bermula dari kepala, bahu, tangan, sehingga ke kaki selepas lahir. Apabila menginjak ke usia tiga tahun, manusia mulai mampu bergerak dengan kelajuan yang tinggi dan juga rendah, dan berupaya mengawalnya, bergantung kepada keadaan fizikal masing-masing. Menurut teori yang dikemukakan oleh Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti (Zaiton, 2010). Pada ketika melakukan pergerakan, kanak-kanak turut berpeluang meneroka alam sekeliling mereka melalui aktiviti berjalan, bernafas, berehat, berlari, dan melompat. Kenyataan tersebut adalah menyokong teori yang dikemukakan oleh Robert Havighurst di mana beliau menyatakan bahawa perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma, dan budaya masyarakat (Farha, 2012). Perkembangan dan pembangunan aspek fizikal manusia merujuk kepada kematangan fizikal mereka, seperti perkembangan keperibadian, nilai-nilai, pembinaan konsep kendiri, harga diri, serta kemahiran untuk berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak dinafikan bahawa pergerakan banyak membantu kanak-kanak dalam memproses secara aktif dan berkesan sesuatu pengetahuan atau pengalaman yang diperolehi. Malahan, apabila mereka melibatkan diri dalam sebarang kegiatan atau aktiviti yang melibatkan pergerakan, kanak-kanak ini secara tidak langsung melatih diri masing-masing mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah, dan juga mempertingkatkan keupayaan minda mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, pendidikan pergerakan diperkenalkan bagi melatih kanak-kanak menerusi aktiviti-aktiviti yang menggabungkan gerakan anggota badan secara menyeluruh dan ianya dilakukan secara kreatif bagi membantu mereka menyelesaikan masalah di samping belajar bagaimana untuk melahirkan perasaan masing-masing (Yazid, 2012).

650929075509

/ HBPE 2103

2.0 Pengenalan terhadap Persembahan

Pendidikan pergerakan yang diajarkan di peringkat sekolah adalah selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran, iaitu menggubal dan mentransformasikan sistem pendidikan yang dapat membantu kanak-kanak mencurahkan perasaan atau mengekspresikan emosi kendiri masingmasing menerusi pergerakan. Pelaksanaan dan penganjuran Pertandingan Pergerakan Kreatif peringkat daerah bagi tahun 2013 dilihat sebagai satu usaha murni kementerian dalam merealisasikan isi kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ingin melahirkan generasi muda yang berpotensi besar dalam berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Sebagai salah sebuah sekolah yang menyertai Pertandingan Pergerakan Kreatif peringkat daerah bagi tahun 2013, sekumpulan murid-murid yang terdiri daripada pelajar tahun empat, lima, dan enam, iaitu seramai lima orang akan mempersembahkan sebuah drama pendek muzikal yang mengangkat tema perpaduan. Pemilihan peserta adalah berpandukan kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan. Persembahan tersebut akan berdurasi selama kira-kira 10 minit, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan, konflik, seterusnya diakhiri dengan sebuah kesimpulan yang sarat dengan pedoman dan tauladan sebagai panduan hidup masyarakat Malaysia khususnya. Kisah asam garam masyarakat yang sering berlaku telah dipilih dan diangkat untuk diketengahkan dalam drama muzikal pendek ini. Malahan, drama ini merupakan satu karya yang ringan, dan sememangnya dekat dengan masyarakat Malaysia, khususnya di sekeliling kita.

3.0 Tema Persembahan

Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang mendiami sebuah negara kecil di rantau Asia Tenggara. Malahan, berdasarkan keputusan kaji selidik bebas; Global Peace Index (GPI) yang disiarkan pada penghujung Mei 2011 yang telah dijalankan oleh Institute of Economics and Peace yang beribu pejabat di Sydney, Australia, Malaysia berada di anak tangga ke-19 negara-negara yang selamat dan aman di dunia (bharian.com.my. 2011). Lebih membanggakan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara paling 5

650929075509

/ HBPE 2103

selamat di rantau Asia Tenggara, walaupun dihuni oleh masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Oleh sebab itu, tema perpaduan cuba diangkat dalam persembahan drama muzikal ini. Selain daripada suasana perpaduan itu sendiri yang sememangnya dekat dengan rakyat Malaysia, objektif utama tema tersebut dipilih adalah sebagai satu didikan alternatif kepada murid-murid betapa pentingnya perpaduan dan bagaimana suasana tersebut dapat memacu pembangunan negara bagi tempoh masa yang panjang.

Mengambil kira kepelbagaian kaum di Malaysia, ahli kumpulan yang dipilih untuk pertandingan juga terdiri daripada beberapa kaum dan etnik Malaysia seperti Haji Mat mewakili masyarakat Melayu, Lingam mewakili kaum India, Ah Chong daripada kaum Cina, Jarjeet Singh daripada etnik Sikh, dan Francis Tan yang mewakili etnik Baba Nyonya. Suasana harmoni yang wujud di kalangan penduduk kampung di samping keberkesanan pentadbiran di bawah pengurusan Haji Mat dipersembahkan melalui alunan lagu Ala Canggung di mana penduduk penduduk kampung menari sambil bergurau-senda sesama mereka. Suasana meriah dan ceria yang dipamerkan menggambarkan keadaan kampung yang harmoni dan aman damai walaupun dihuni oleh pelbagai kaum.

Tema perpaduan terus ditunjukkan sepanjang persembahan drama muzikal melalui klimaks penceritaan di mana Ah Chong mengalami kesukaran selepas ditimpa kemalangan, penduduk-penduduk kampung bersama-sama membantu keluarga Cina itu seperti menghulurkan bantuan makanan dan bergotong-royong membina semula kedai yang hangus terbakar. Mereka bersama-sama menyanyikan lagu Sahabat Selamanya sambil melakukan aktiviti gotong-royong dengan hati yang gembira. Kesepakatan dan muafakat yang ditunjukkan oleh pendudukpenduduk kampung tersebut jelas menunjukkan bahawa semangat perpaduan merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam satu-satu komuniti. Sikap bertolak-ansur dan saling memaafkan yang diamalkan oleh penduduk kampung telah mengubah perangai sombong Ah Chong yang sering bermegah-megah dengan kesenangan hidup yang dikecapinya sebelum ini. Bertitik tolak daripada kejadian itu, Ah Chong insaf dan memohon maaf kepada semua penduduk kampung terutamanya Lingam yang sebelum ini pernah dihina dan diejek kerana hidup dalam kemiskinan.

650929075509

/ HBPE 2103

4.0 Sinopsis Persembahan

Drama muzikal pendek ini berkisar mengenai suasana Kampung Tanjung Leman, sebuah perkampungan nelayan yang jauh dari capaian pembangunan. Penduduk-penduduk kampung tersebut yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, dan India yang sama-sama mendiami penempatan tersebut. malangnya, masih terdapat segelintir daripada mereka yang menolak semangat kerjasama dan sering meluahkan perasaan tidak puas hati apabila melihat mana-mana individu yang hidup senang berbanding mereka. Ketua Kampung Tanjung Leman, Haji Mat merupakan seorang pemimpin yang disegani dek kebijaksanaan dan sikapnya yang merendah diri walaupun beliau sendiri merupakan orang kaya di kampung tersebut. Kewibawaan yang ditunjukkan oleh Haji Mat telah membuatkan ramai penduduk kampung menghormati dan menyanjungi beliau. Walaupun begitu, Haji Mat tidak bersikap tinggi diri, malah beliau sering mengambil tahu perihal anak-anak buahnya. Lingam, seorang penoreh getah yang sangat rajin bekerja. Walaupun hidupnya sebatang kara dan miskin, namun dia tak pernah menyakiti orang lain, malah sangat disenangi oleh penduduk kampung dek sikapnya yang ringan tulang dan berbudi bahasa. Berbeza pula dengan Ah Chong, salah seorang penduduk kampung yang suka memperkecilkan orang lain. Pemuda berketurunan Cina ini terlalu sombong dan seringkali memperlekehkan mana-mana penduduk kampung yang miskin atau susah. Walaupun Haji Mat sudah banyak kali menegur dan menasihatinya secara lembut dan berhemah, Ah Chong masih tetap begitu. Konflik mula berlaku apabila penduduk kampung mula memboikot dan tidak mengendahkan Ah Chong gara-gara perangai buruknya itu. Perniagaan kedai runcit yang diusahakan oleh Ah Chong mula mengalami kerugian saban hari. Bertambah malang apabila kedai warisan milik keluarganya hangus terbakar gara-gara dia terlupa memadamkan lilin ketika bekalan elektrik terputus. Di kala Ah Chong dilanda kesusahan, penduduk kampung datang beramai-ramai menghulurkan bantuan. Sebagai pengakhiran drama, Ah Chong insaf dan mula berubah menjadi seorang penduduk kampung yang rendah diri dan suka membantu orang lain yang berada dalam kesulitan. Malahan dia juga memohon maaf kepada semua penduduk kampung dan berjanji akan berubah menjadi seorang individu yang baik dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira kaum mahupun kepercayaan agama.

650929075509

/ HBPE 2103

5.0 Senarai Watak dan Peranan yang Dibawa 5.1 Ketua Kampung Tanjung Leman Haji Mat

Watak sebagai penghulu kampung dimainkan oleh adik Muhamad Afiq, murid tahun enam. Penghulu kampung, atau lebih dikenali sebagai Ketua Kampung Tanjung Leman, Haji Mat merupakan seorang pemimpin yang bersikap lemah lembut, sentiasa berhemah, dan bijak dalam menguruskan sesuatu hal terutamanya melibatkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan kampung. Beliau juga selalu turun padang, dan rajin melawat pendudukpenduduk kampung dengan tujuan bertanyakan khabar dan menyelidik sekiranya ada di antara mereka yang mungkin memerlukan pertolongan. Disebabkan sifat beliau yang peramah dan berbudi bahasa, penduduk kampung amat menyenangi dan menghormati Haji Mat. Haji Mat juga pernah disindir oleh Ah Chong yang amat mengagung-agungkan kekayaan yang diwarisi oleh keturunan nenek moyangnya gara-gara sifat suka menolong yang ditunjukkan oleh ketua kampung itu. Walaupun begitu, Haji Mat langsung tidak mengendahkan perangai buruk Ah Chong, malahan sanggup menyeru dan memujuk penduduk kampung yang lain untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada Ah Chong dan keluarganya apabila ditimpa kesusahan. 5.2 Si penoreh getah Lingam

Lingam, seorang lelaki yang tinggal di pinggir kampung dan menyara hidupnya dengan menoreh getah dan melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah menebas dan membersihkan kebun, menghantar barang-barang kedai yang dipesan, dan dikenali ramai dek sikap ringan tulangnya. Walaupun hidup susah, Lingam tak pernah meminta-minta malah dengan senang hati menawarkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Watak Lingam dimainkan oleh adik Nathan a/l Subramaniam, seorang murid tahun enam. Peranan yang dibawa oleh watak Lingam juga tidak banyak berbeza dengan Haji Mat, di mana kedua-dua individu mempunyai sikap yang hampir sama iaitu suka membantu dan mengambil berat terhadap orang di sekeliling mereka.

650929075509

/ HBPE 2103

5.3 Taukeh kedai runcit Ah Chong

Dia merupakan satu-satunya keluarga dari masyarakat Cina yang tinggal di Kampung Tanjung Leman. Ah Chong mewarisi perniagaan kedai runcit daripada bapanya, dan semua penduduk kampung bertumpu pada kedai yang diusahakan olehnya. Walaupun Ah Chong seorang peniaga yang baik, namun dia gemar membangga-banggakan diri dan menunjuknunjuk harta kekayaan yang dimiliki kepada orang ramai. Watak Ah Chong dimainkan oleh adik Lee Wan Teoh, seorang murid tahun lima yang fasih berbahasa Melayu. Tabiat buruk yang dibawakan oleh watak Ah Chong tidak disenangi oleh penduduk kampung sehingga menyebabkan mereka hampir sahaja memulaukan keluarganya. Lingam merupakan individu yang sering diejek dan dipersendakan oleh Ah Chong gara-gara sikapnya yang rajin melakukan apa saja pekerjaan demi menyara hidup. Bagi Ah Chong, perbuatan Lingam hanya memenatkan dan hasil yang diperolehinya tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang hidup senang lenang. Apa yang dibanggakan oleh Ah Chong tidak berkekalan apabila satu insiden malang menimpa kedai runcit yang menjadi punca pendapatannya selama ini. Nasibnya begitu baik kerana penduduk kampung masih lagi mahu menolong dan menghulurkan bantuan kepada dirinya walaupun Ah Chong seringkali memperlekehkan mereka.

5.4 Penduduk kampung Jarjeet Singh dan Francis Tan

Kedua-dua watak ini mewakili etnik minoriti Malaysia, iaitu merupakan hasil daripada perkahwinan campur yang berlaku di kalangan imigran asing dengan penduduk asal negara ini satu ketika dahulu. Jarjeet Singh dan Francis Tan merupakan sebahagian daripada penduduk kampung yang menetap di perkampungan nelayan itu. Watak Jarjeet Singh dimainkan oleh adik Darshan Singh, manakala adik Helmy Farhan membawakan watak sebagai Francis Tan. Mereka berdua berperanan sebagai penduduk kampung yang datang membantu Ah Chong ketika dia dilanda kesusahan. Mereka berdua juga mewakili penduduk kampung yang mendiami perkampungan itu.

650929075509

/ HBPE 2103

6.0 Jenis-jenis pergerakan yang terlibat

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama, dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain, pergerakan kreatif melibatkan suatu tafsiran idea, perasaan, dan juga tanggapan deria yang mampu melahirkan impak sebagai simbolik ketika melakukan pergerakan. Persembahan drama muzikal ini melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor didefinisikan sebagai pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dan menyebakan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat itu. Manakala pergerakan bukan lokomotor pula ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang tanpa menyebabkan dia berubah kedudukan atau beredar dari situ (NurHusna, et. al. 2010). Pergerakan kreatif yang terlibat dalam persembahan ini dilakukan secara bersendirian, berpasangan, dan juga dalam bentuk berkumpulan atau dilakukan beramai-ramai. Ia dilakukan bertujuan untuk meningkatkan potensi diri sedia ada yang berkaitan dengan ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan. Berfokuskan kepada penggunaan pancaindera, murid-murid berupaya untuk belajar mencipta sesuatu pergerakan yang berterusan. Antara pergerakan kreatif terlibat bersama-sama dengan persembahan ini ialah;

6.1 Tarian Melayu

Pergerakan Lokomotor Bukan Lokomotor

Anggota badan/ Manipulasi peralatan

Aras/ Arah

Berjalan Memusingkan badan Duduk Berdiri Skip

Kaki

Rendah

Kaki dan tangan Sederhana dikepak-kepakkan Badan dan lutut Kaki Menepuk tangan Bawah Tinggi Tinggi

10

650929075509

/ HBPE 2103

Membongkokkan badan Berlari Berjalan Menundukkan kepala

Tangan dan badan

Sederhana

Badan, kaki Badan,

Sederhana kaki Sederhana,

dihayun mengikut bergerak ke depan lenggok lagu dan ke belakang

6.2 Tarian Cina

Pergerakan Lokomotor Berjalan Bukan Lokomotor

Anggota badan/ Manipulasi alatan

Aras/ Arah

Kaki dan tangan Tinggi, bergerak ke membawa kipas Berdiri Meregangkan badan Berdiri Badan digerakkan Tinggi, sederhana, seperti ombak Berdiri Menggerakkan Tinggi, sederhana, alunan dan rendah Kaki Badan dan tangan kanan dan ke kiri Tinggi Tinggi

kipas ke atas dan dan rendah ke bawah

6.3 Tarian India

Pergerakan Lokomotor Bukan Lokomotor

Anggota badan/ manipulasi alatan

Aras/ Arah

11

650929075509

/ HBPE 2103

Membongkok

Badan, menoreh getah

Sederhana, rendah

Meregangkan badan Berlari Berdiri Mengangkat kaki Memusing

Tangan dan badan

Tinggi

Kaki Bahu dan pinggul Tangan dan kaki

Tinggi Sederhana Tinggi, bergerak ke kiri dan ke kanan

7.0 Muzik

Muzik merupakan bahagian penting dalam kehidupan manusia, di mana pelajar-pelajar memerlukan muzik untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih baik dan menarik. Muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat, dan tidak dinafikan bahawa perkembangan muzik masa kini banyak menarik perhatian generasi muda untuk lebih kreatif dalam berkarya. Umumnya, muzik diklasifikasikan sebagai salah satu cabang seni dan Sains, yang mana melibatkan gabungan bunyi vocal menerusi instrument semulajadi mahupun buatan manusia, yang diperolehi secara semulajadi mahupun direka menerusi penggunaan mesin atau peralatan elektronik. Muzik juga dikaitkan dengan emosi dan corak pemikiran manusia yang membantu mereka mencerminkan satu identiti tersendiri bagi sesebuah budaya di kalangan masyarakat.

Sepanjang drama muzikal ini berlangsung, beberapa buah muzik dan lagu dari pelbagai genre dan bahasa dimuatkan ke dalam persembahan ini. Setiap lagu yang dipilih adalah disesuaikan dengan situasi yang cuba dipersembahkan melalui pementasan drama kanak-kanak ini; iaitu lagu tradisional atau lagu rakyat yang popular di kalangan masyarakat Malaysia, lagu Cina, lagu moden, dan lagu Hindustan. Lagu-lagu yang diselitkan ke dalam drama ini mempunyai lirik yang mudah difahami, rentak irama lagu yang menarik dan catchy, dan berupaya melibatkan pelbagai jenis pergerakan artistik bagi menambahkan suasana yang seronok sepanjang proses persembahan berlangsung. Antara muzik atau lagu yang diselitkan sepanjang persembahan drama ini ialah; 12

650929075509

/ HBPE 2103

7.1 Lagu rakyat Pak Pung Pak Mustape dan Lenggang Lenggang Kangkung yang dimuat turun dari laman sesawang YouTube.com. dimainkan sebagai permulaan persembahan. Lagu ini dimainkan sebagai mencerminkan suasana harmoni dan saling membantu yang diamalkan oleh masyarakat Kampung Tanjung Leman. Semua pelakon terlibat dalam bahagian pembukaan drama ini, dan mereka akan menari sambil bergurau senda sesama sendiri bagi mencerminkan persekitaran mesra yang terdapat di kalangan penduduk kampung tersebut. 7.2 Lagu Can Mali Can dimuat turun dari laman sesawang YouTube.com. dimainkan ketika memperkenalkan Ah Chong sebagai penduduk Cina yang menghuni Kampung Tanjung Leman, di mana pelakon beraksi sebagai seorang yang berlagak dan menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki. 7.3 Lagu Hindustan Main Hoon Na, nyanyian duet Sonu Nigam dan Shreya Goshal (sumber: YouTube.com) dimainkan ketika adegan Lingam memujuk Ah Chong selepas dia ditimpa kemalangan. 7.4 Lagu Sahabat Selamanya, lagu tema bagi rancangan kartun Upin Ipin nyanyian kumpulan Padi dinyanyikan bersama-sama oleh semua watak yang terlibat sambil memegang tangan sesama mereka ketika menari pada pengakhiran cerita. 8.0 Peralatan dan props Kebanyakan peralatan dan props yang diperlukan sepanjang persembahan adalah bagi mewujudkan suasana perkampungan nelayan yang sebenar seperti latar belakang keadaan rumah di kawasan kampung, bot dan sampan nelayan, pokok-pokok getah, kedai runcit, dan keadaan kedai ketika terbakar. Semua props adalah diperbuat daripada kepingan polisterin dan kadbod, manakala permandangan kebun getah, perkampungan nelayan, dan keadaan kedai terbakar adalah daripada kain rentang yang dilukis sendiri oleh guru yang terlibat.

13

650929075509

/ HBPE 2103

Watak-watak yang dimainkan tidak memerlukan pakaian yang spesifik kerana pemakaian penduduk di perkampungan nelayan adalah hampir serupa iaitu kain pelekat, t-shirt dan seluar, serta berselipar. Sebuah basikal diperlukan untuk watak Lingam, replika sebuah kereta bagi watak Ah Chong, dan peralatan memadam kebakaran seperti paip getah, baldi, timba, dan besen air.

9.0 Lakaran Rekaan Pergerakan 9.1 Babak pertama Pembukaan

Petunjuk:

Permandangan kampung nelayan Pelakon Kedai runcit Ah Chong Kawasan kebun getah

14

650929075509

/ HBPE 2103

9.2 Babak kedua Konflik

Petunjuk:

Pelakon

Kedai Ah Chong terbakar

15

650929075509

/ HBPE 2103

9.3 Babak ketiga - Penutup

Petunjuk:

Pelakon

Permandangan kampung nelayan

Kedai runcit Ah Chong yang baharu

Kebun getah

16

650929075509

/ HBPE 2103

10.0

Jadual latihan

Murid-murid yang terlibat dalam persembahan akan berlatih selepas waktu persekolahan, dan membuat persiapan watak masing-masing di Bilik Kaunseling. Ruangan pentas dewan sekolah digunakan sebagai tempat membuat latihan sebagai persediaan sebelum pertandingan.

Fasa 1. Pemilihan watak

Aktiviti (i) Semua peserta yang terpilih akan melakonkan kesemua watak yang terdapat dalam skrip. (ii) Beberapa sesi latihan dibuat bagi memilih peserta yang sesuai dengan satu-satu watak. (iii)Pada peringkat awal, semua pelakon akan berlatih di hadapan murid-murid yang lain ketika sesi Kokurikulum waktu petang bagi melatih dan

Catatan Muridyang

murid terpilih

diberikan masa untuk memahami kesemua watak yang terlibat.

memupuk keyakinan diri untuk berdiri di khalayak ramai. 2. Sesi latihan menari (i) Para pelakon akan dilatih untuk Fasa

melakukan pergerakan artistik dan kreatif. (ii) Sesi alunan latihan menari berpandukan bagi

menyediakan para kepada pergerakan kreatif. pelakon

muzik

dijalankan

membiasakan para pelakon dengan ritma lagu-lagu yang digunakan untuk persembahan. 3. Latihan beserta props (i) Persembahan dilakukan drama ketika muzikal perhimpunan

Tujuan

untuk membiasakan 17

mingguan dan harian.

650929075509

/ HBPE 2103 pelakon

dan peralatan yang lengkap.

(ii) Para pelakon akan mempersembahkan seni lakon mereka beserta props dan pakaian kostum yang lengkap.

para

dengan situasi pentas sebenar. yang

(2992 perkataan)

18

650929075509

/ HBPE 2103

Rujukan

bharian.com.my. 2011. Malaysia negara ke-19 paling selamat: GPI (Julai 22, 2011) [atas talian] Diperolehi daripada: http://www.bharian.com.my/articles/Malaysianegarake19palingselamatdidunia_GLOBALPEACEINDEX/Article/ [Diakses pada Jun 25, 2013].

Farha, A. 2012. Teori Perkembangan Robert Havighurts (Ogos 25, 2012) [atas talian] Diperolehi daripada: http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-roberthavighust.html [Diakses pada Jun 12, 2013].

Halem, H. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dari 2013-2025 (September 12, 2012) [atas talian] Diperolehi daripada: http://hhalem.blogspot.com/2012/09/pelan-pembangunanpendidikan-ppp-dari.html [Diakses pada Jun 15, 2013].

NurHusna, et. al. 2010. Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor [atas talian] Diperolehi daripada: http://pergerakanlokomotor.blogspot.com/ [Diakses pada Jun 19, 2013].

Penerbit USM. 2007. 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM).

upu.mohe.gov.my. 2012. Falsafah Pendidikan Negara [atas talian] Diperolehi daripada: http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php [Diakses pada Jun 28, 2013].

Yazid, M. 2012. Pergerakan Kreatif (Oktober 6, 2012) [atas talian] Diperolehi daripada: http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2012/10/pergerakan-kreatif.html [Diakses pada Jun 10, 2013].

Zaiton, N. 2010. Pergerakan Kreatif [atas talian] Diperolehi daripada: http://nikzaitonmatnoor.blogspot.com/p/nama-ahli-1-jalaludin-bin-jamal-2-nur.html [Diakses pada Jun 5, 2013] 19

650929075509

/ HBPE 2103

LAMPIRAN 1. Lirik lagu Pak Pung Pak Mustape Pak pung pak mustafe Siduleh di rumahnye Ade tepong ade kelape Masak gule ade enaknye Pak pung pak mustafe Siduleh di rumahnye Ade tepong ade kelape Masak gule ade enaknye Jangan engkau sendiri saja Mari-mari ikut menyanyi Tak berguna hatimu gusar Ditinggalkan kekasih hati Pak pung pak mustafe Siduleh di rumahnye Ade tepong ade kelape Masak gule ade enaknye Pak pung pak mustafe Siduleh di rumahnye Ade tepong ade kelape Masak gule ade enaknye Bunga mekar bunga kesuma Harumnya bagai bidadari Hilang pacar soal biasa Jodoh nanti datang sendiri Pak pung pak mustafe Siduleh di rumahnye Ada tepong ade kelape Masak gule ade enaknye

20

650929075509

/ HBPE 2103

2. Lirik lagu Lenggang Lenggang Kangkung

Lenggang lenggang kangkung (2x) Kangkung tepi telaga Balik dari menyabung (2x) Makanlah nasi sahaja Lenggang lenggang kangkung (2x) Kangkung di tepi paya Malam ini kita berkampung (2x) Esok berpisahlah pula Lenggang lenggang kangkung (2x) Kangkung di tepi muara Jangan duduk termenung (2x) Mari kita bersuka ria

3. Lirik lagu Can Mali Can

Dimana dia anak kambing saya? anak kambing saya yang makan daun talas dimana dia buah hati saya? buah hati saya bagai telur dikupas

Chan mali chan, chan mali chan chan mali chan, ketipung payung

Di mana dia, anak kambing saya? anak kambing saya main di tepi sawah di mana dia, cinta hati saya? cinta hati saya yang pakai baju merah

21

650929075509

/ HBPE 2103

Di mana dia anak kambing tuan? anak kambing tuan di atas jambatan yang mana dia si bunga pujaan? si bunga tanjung dihujung dahan

Kalau nak tahu anak kambing saya anak kambing saya di dalam bilik kalau nak tahu intan payung saya intan payung saya yang kecil lah molek

Di mana dia anak kambing tuan? anak kambing tuan yang bulunya kuning yang mana dia buah hati tuan? buah hati tuan yang putih lah kuning 4. Lirik lagu Sahabat Selamanya Dua tiga kapal belayar di samudera Ayuh sahabatku kita bergembira Bermain bernyanyi bersama Menikmati indahnya dunia Kerna Sahabat untuk selamanya Bersama untuk selamanya Kau dan aku sahabat Untuk selamanya setia Berakit-rakit kita ke hulu Berenang-renang kita ke tepian Kita berbeda Untuk saling mengisi Segala kekurangan kita menjadi

22

650929075509

/ HBPE 2103

Sahabat untuk selamanya Atasi semua perbedaan Kau dan aku sahabat Untuk selamanya Selama-lamanya setia Tiada bukit yang terlalu tinggi Untuk kita daki bersama Dan tak ada laut yang terlalu dalam Untuk diselami Sahabat untuk selamanya Bersama untuk selamanya Kau dan aku sahabat Untuk selamanya Sahabat untuk selamanya Berbagi dan saling menjaga Kau dan aku sahabat Untuk selamanya Selama-lamanya Untuk selamanya setia Setia setia

23

650929075509

/ HBPE 2103

PROPS 5. Penghulu

6. Penoreh Getah

24

650929075509

/ HBPE 2103

7. Penduduk Kampung

8. Tauke Kedai

25