Anda di halaman 1dari 3

Sebelum Praktikum Program praktikum pada kali ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tawang, Bachok iaitu di kawasan

saya berpraktikum pada semester lepas. Walaupun mengalami sedikit masalah berkenaan dengan penempatan dan juga kewangan , namun saya dan rakan-rakan sentiasa berusaha untuk mencuba yang terbaik. Masalah penenpatan

yang saya hadapi adalah homestay yang ditempah agak jauh dengan sekolah dan alaun semester ini masih beli diperolehi menyebabkan kesukaran untuk membayar deposit rumah sewa. Saya pasti ini adalah diantara pengalaman yang saya tidak akan lupakan. Selain itu, persediaan penting yang perlu saya lakukan adalah dari segi persediaan mental dan juga fizikal.kedua-duanya mestilah seimbang. Disebabkan ini adalah program praktikum fasa yang kedua, oleh itu, pengalaman yang lalu sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan sama ada dari segi mental mahupun fizikal untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Sebelum praktikum bermula lagi saya sudah menyiapkan diri dengan portfolio dan juga buku persediaan Rancangan Pengajaran Harian. Saya telah menghias dan menyediakan apa yang patut. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dan membina hubungan yang baik dengan warga sekolah. Saya berharap sepanjang tempoh berpraktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan seluruh warga sekolah Kebangsaan Taman Sutera. Untuk persediaan dari segi fizikal, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah agak jauh dan sepanjang jalan akan berkemungkinan untuk menghadapi kesesakan lalu lintas ,namun, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal. Untuk praktikum pada kali ini juga , saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tmat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak. Untuk buku persediaan mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit

praktikum, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai. Tiga hari sebelum saya melapor diri , saya dan rakan rakan saya pergi meninjau kawasan sekolah tersebut. Kami juga ke rumah sewa kami yang berada berdekatan di kawasan sekolah tersebut.masa perjalanan dari rumah sewa ke sekolah adalah 15 minit .

URNAL 1 (21/6/2009-25/6/2009) MASALAH AWAL : MURID DAN SEKOLAH JURNAL CERGAS JURNAL MURID JURNAL 6 (26/7/2009-30/7/2009) DAYA TUMPUAN MURID @ FOKUS JURNAL 3M JURNAL 9 (16/8/2009-20/8/2009) KEBERSIHAN DIRI MURID JURNAL 10 (30/8/2009-3/9/2009) BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) JURNAL JURNAL 12 11 (6/9/2009-10/9/2009) SEKOLAH UPSR KLUSTER (13/9/2009-17/9/2009) 7 (2/8/2009-6/8/2009) KOMUNIKASI BERKESAN JURNAL 8 (9/8/2009-13/8/2009) MASALAH KEMAHIRAN ASAS 4 (12/7/2009-16/7/2009) IDEA KREATIF GURU JURNAL 5 (19/7/2009-23/7/2009) LATIHAN DAN KERJA RUMAH 2 (28/6/2009-2/7/2009) SIKAP MURID JURNAL 3 (5/7/2009-9/7/2009) HIPERAKTIF @ MURID TERLEBIH

KECEMERLANGAN