Anda di halaman 1dari 18

AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

LITERASI BAHASA
PENGENALAN Penguasaan literasi bahasa berperanan sebagai pelengkap kepada kewajaran individu sebagai seorang anggota masyarakatnya kerana kecelikan literasi dapat digunakan bagi melibatkan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Umum mengetahui keperluan mendapatkan maklumat selain menerusi aktiviti pendengaran, kita juga perlu membaca untuk mendapatkannya. Takrifan literasi (celik huruf atau kenal huruf ) biasanya memaksudkan keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar, dan bertutur. Bahasa adalah milik manusia yang paling penting untuk membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat sebagai pelat berkomunikasi. Literasi Bahasa Melayu bermaksud proses untuk melihat kemampuan minimum murid membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Perkataan literasi diambil daripada perkataan Inggeris, literacy yang bermaksud kenal huruf. Manakala dalam bahasa Arab pula dikenali sebagai taarub yang bermaksud mengenal huruf. Kegiatan literasi dalam sesuatu bahasa ialah satu proses membina makna. Makna dibina menerusi interaksi antara seseorang individu dengan teks serta konteks persekitaran yang dialaminya. Literasi bahasa berlaku secara serentak dengan menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis
11

dan berfikir. Hal ini bermakna, dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah, semua kemahiran berbahasa diajar kepada murid-murid secara serentak supaya aspek kemahiran tersebut terbina secara bersepadu dan saling membantu antara sama lain.

PRABACAAN Kemampuan murid membaca dan memahami sesuatu bahan sangat berkait dengan kejayaan dan keberkesanan sistem pendidikan kita masa kini. Kefahaman merupakan aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Justeru, membaca boleh dianggap sebagai aktiviti memahami hasil pemikiran penulis atau menyedut maklumat daripada bahan yang ditulis. Membaca merupakan aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar dan bertutur yang melibatkan deria penglihatan dan alat-alat artikulasi, khususnya sebagai gabungan aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Prabacaan merupakan tahap kesediaan murid-murid untuk membaca, iaitu mengenal dan mengecam huruf. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran bertujuan untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pendengaran. Murid-murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong mereka dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan

11

tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca seperti Kaedah Abjad (Tahap prabacaan), Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis), Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman), Kaedah Frasa dan Kaedah Kalimat.

PRATULISAN Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan symbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Pratulisan merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Ia merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Oleh itu, penguasaan kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis. Pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.

11

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas dan boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata.

PEMULIHAN BACAAN Membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pelajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah. Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca:

a)

Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)

11

Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. b) Faktor yang ada pada bahan bacaan. Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan

kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid. Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.

PEMULIHAN TULISAN Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Pemulihan tulisan bermaksud kaedah dan pendekatan yang

11

khusus bagi membantu murid yang sangat bermasalah dalam bidang penulisan. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Kanak-kanak pemulihan mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah mereka termasuklah menulis di mana perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. Selain itu, juga bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong dan tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan. Bentuk-bentuk huruf yang ditulis kadanng-kadang tidak jelas, tepat, betul dan ada juga yang mengalami masalah seperti menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, serta mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. Ada di kalangan kanakkanak juga mengalami masalah pembalikan huruf atau perkataan di mana hurufhuruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan) yang sepatutnya. Pelbagai cara telah diperkenalkan untuk mengesan kebolehan

menulis. Guru menggunakan ayat-ayat perenggan biasa yang mudah bagi mengelakkan murid-murid berdepan dengan kesukaran mengeja yang seterusnya boleh mematikan semangat ingin belajar menulis dalam diri masing-masing. Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan cara memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

11

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan yang harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

PENYERAPAN KESIHATAN Strategi menekankan

MATA

PELAJARAN

PENDIDIKAN

JASMANI

DAN

pengajaran kepada

dan

pembelajaran 5P iaitu

beberapa

mata

pelajaran

konsep

penggabungjalinan,

penyerapan,

pengayaan, pemulihan dan penilaian. Literasi Bahasa Melayu menekankan kepada tiga jenis penyerapan mata pelajaran, iaitu Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan penyerapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Hakikatnya, proses penyerapan mata pelajaran ini memberikan tumpuan kepada kaedah mengajar Literasi Bahasa Melayu menggunakan ketiga-tiga mata pelajaran, supaya pengajaran di dalam bilik darjah menjadi seronok, ceria, gembira, tidak stres, tidak membosankan serta dapat menggalakkan penglibatan murid yang ramai dalam sesuatu aktiviti yang dirancang. Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemikiran dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik, memperoleh pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Pendidikan Kesihatan pula merupakan satu proses untuk mengembang dan membekal pengalaman pembelajaran yang teranang dengan tujuan memberikan maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.

11

Penyerapan PJK dalam Literasi Bahasa Melayu adalah proses asas pembelajaran kemahiran menulis dan membaca melalui aktiviti fizikal yang diperkukuh dengan pengalaman murid dengan tujuan memberikan maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku.

AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Terdapat banyak aktiviti yang boleh digunakan guru untuk menyerapkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam Literasi Bahasa Melayu. Antaranya adalah seperti berikut: a) Aktiviti Bermain Dengan Huruf Dan Perkataan Secara Lokomotor Dan Bukan Lokomotor. Pergerakan Lokomotor Pergerakan lokomotor bermaksud pergerakan yang menyebabkan

keseluruhan badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain (pergerakan bebas).

Pergerakan Bukan Lokomotor Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan, juga disebut bergerak tanpa beredar (pergerakan statik). Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.

11

i)

Sorok-sorok Abjad (Lokomotor) Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan diberi satu perkataan nama warna, seperti merah, kuning dan biru. Kemudian, setiap kumpulan diminta mencari huruf-huruf yang tersembunyi di sekitar padang untuk membentuk perkataan yang diberi. Murid-murid akan menampalkan huruf-huruf yang dicari pada papan yang disediakan untuk membentuk perkataan tersebut.

ii)

Bola Muzik (Bukan lokomotor) Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan berdiri dalam barisan lurus. Setiap kumpulan akan diberi sebiji bola untuk dipas ke belakang secara atas dan bawah. Semasa murid-murid pas bola, muzik akan dimainkan. Apabila muzik dihentikan, murid-murid yang memegang bola akan diberi satu huruf oleh guru. Murid-murid tersebut diminta menyebut nama warna yang bermula dengan huruf yang diberi.Contohnya: M- Merah, K-Kuning, B-Biru, H-Hijau.

b) Permainan Mengeja i) Kuiz Mengeja Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menjalankan kuiz mengeja. Guru akan menunjukkan gambar buah-buahan kepada kumpulan mengikut urutan. Ahli kumpulan dikehendaki menyebut nama dan mengeja nama buah-buahan yang ditunjukkan. Kumpulan yang salah akan ditolak markah dan peluang diberi kepada kumpulan lain. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan menang. ii) Helang Menangkap Anak Ayam Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk bermain permainan Helang Menangkap Anak Ayam. Dua orang murid dari setiap kumpulan masing-masing akan berwatak sebagai helang dan ibu

11

ayam manakala ahli kumulan yang lain berwatak sebagai anak ayam. Helang akan menangkap anak ayam manakala ibu ayam akan mencuba sedaya upaya untuk melindungi anak-anaknya. Dua orang murid dari setiap kumpulan yang ditangkap terlebih dahulu oleh helang akan keluar untuk menyamar cara binatang berbunyi. Ahli-ahli kumpulan pula dikehendaki meneka binatang tersebut dan mengeja nama binatang tersebut.

c) Permainan Membentuk Ayat i) Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi Murid-murid diberi helaian yang mengandungi pelbagai huruf dan dikehendaki mencari dan mewarnakan perkataan nama sukan yang tersembunyi seperti berenang, badminton, pingpong dan lain-lain. Kemudian, murid-murid diminta membina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang dicari itu. ii) Sampul Abjad Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Seorang ahli dari setiap kumpulan akan berlari ke meja yang disediakan untuk mendapat sebuah sampul yang mengandungi perkataan-perkataan dan berlari balik ke tempat asal. Setiap kumpulan dikehendaki menyusun perkataan-perkataan yang terdapat dalam sampul untuk membentuk ayat yang betul. Setelah siap, ahli yang kedua akan berlari ke meja tersebut untuk mengambil sampul yang kedua. Kumpulan yang paling cepat dan mendapat jawapan yang betul akan menang.

11

PENUTUP Kemahiran membaca dan menulis sangat penting dikuasai oleh kanakkanak kerana melalui pembacaan dan penulisan, mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca dan menulis. Keupayaan membaca dan menulis di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan dan tulisan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan dan tulisan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca dan menulis yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan dan tulisan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan penting kepada murid-murid dalam membantu membangunkan tahap kecergasan melalui aktiviti fizikal. Ia juga membangunkan kemahiran pergerakan asas, kreatif, sukan dan gimnastik sambil mempelajari Literasi bahasa. Selain itu, kefahaman tentang keselamatan diri dan orang lain, peralatan dan tempat aktiviti juga disampaikan sambil mempelajari Literasi Bahasa.

11

RUJUKAN

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. http://akitom.blogspot.com/2008/04/pergerakan-lokomotor.html http://anuarsped.blogspot.com/2009_04_01_archive.html http://ctfazira.blogspot.com/2009/09/pratulisan.html? zx=85df6c4a6bcae231 http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/31pratulisan.html http://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.html http://www.scribd.com/doc/20747438/18/AKTIVITI-AKTIVITILATIHAN-PRATULISAN http://www.scribd.com/doc/36002650/Pendidikan-Jasmani-DanKesihatan http://www.scribd.com/doc/40125002/Pemulihan-Tulisan http://www.scribd.com/doc/50287697/PEMULIHAN-BACAAN http://www.scribd.com/doc/52528134/Pemulihan-Tulisan-KKBILiterasi-Bahasa http://www.slideshare.net/prabagaranr/notaprabacaantulisan

11

REFLEKSI 1
Saya berasa syukur kerana sempat menyiapkan kerja kursus ini sebelum Tahun Baru Cina. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan kumpulan saya kerana sudi berkongsi pendapat dan sudi meluangkan masa terutamanya mereka yang sudah berumahtangga untuk sama-sama meluangkan masa membuat perbincangan dalam kumpulan. Saya juga berasa syukur kerana semua rakan sudi mengorbankan masa tidur untuk melayari facebook khas untuk perbincangan. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En Rosli kerana kesabaran dan keprofesionalan beliau banyak menolong kami semasa tutorial dijalankan. Beliau juga memberikan tajuk yang begitu jelas kepada kami supaya lebih faham semasa menyiapkan kerja kursus ini. Semasa kerja kursus ini diedarkan, kami berasa keliru kerana masih tidak faham. Banyak masalah telah wujud. Umpamanya, kami langsung tidak tahu apa yang harus disertakan dalam kerja kursus ini. Nasib baik En. Rosli sempat memberikan kami proforma kursus dan buku yang dicadangkan beli. Kami juga melayari laman web untuk mencari bahan. Setelah memahami apa yang sepatutnya, kami dibahagikan untuk memulakan tugasan. Dalam perbincangan, ahli kumpulan kami bekerjasama menjana idea tentang pelbagai permainan yang berkaitan dengan mengeja huruf, membina ayat dan sebagainya. Barulah saya sedari rupanya masa PJ boleh juga menyerapkan Bahasa Melayu. Jika ini dilakukan di sekolah untuk murid tahap 1, pasti dapat membantu mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sepanjang kerja kursus ini dijalankan, walaupun telah mengorbankan masa membuat kuih raya untuk menyiapkannya tetapi saya mempelajari banyak di situ. Sekaranglah baru saya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan harus diajar

11

dengan cara yang lebih seronok di samping dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid tahap 1. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Leong Cheang Yeng

11

REFLEKSI 2
Pada tutorial kali pertama iaitu 7 JANUARI 2012, Encik Rosli Abd.Razak telah memberi kerja kursus Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104) kepada kami. Tempoh tugasan adalah dari 7 JANUARI 2012 hingga 21 JANUARI 2012. Saya berasa amat gembira kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Walaupun tugasan ini tidak begitu lengkap dan mungkin tidak mencapai sasarannya tetapi inilah yang terbaik yang dapat saya hasilkan. Saya tetap bersyukur dan gembira kerana saya dapat membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai seorang isteri, guru kelas, guru mata pelajaran dan juga seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang tetapi akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang singkat ini. Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini daripada Encik Rosli Abd. Razak, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Saya berulang kali membaca tugasan itu barulah saya dapat memahami kehendak soalan. Dalam kandungan pemerolehan ilmu, kami dikehendaki mengumpul maklumat dan membuat analisis tentang aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan. Sebelum membuat bahagian ini, saya dan ahli kumpulan masing-masing mencari maklumat dari pelbagai sumber. Setelah kami mencari maklumat, kami berbincang dan membahagikan tugasan. Setelah kami menyiapkan bahagian masing-masing, kami menghantar emel kepada ahli untuk menyemak. Ini dapat menghasilkan kerja kursus dengan lebih baik dan sempurna. Kemudian apabila masing-masing telah menyiapkan tugas, hasil tugasan dikumpulkan. Dalam tugasan ini, saya mengambil masa yang agak lama kerana kekangan masa dan keletihan akibat rutin hidup seharian. Adakalanya saya

11

menaip pada waktu awal pagi dan adakalanya pada lewat malam kerana pada waktu itulah saja yang sesuai dan tenang. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru dan pengalaman baru yang saya perolehi tidak dapat saya belajar dari buku. Dalam tugasan ini, saya juga mempelajari nilai bekerjasama dan tolongmenolong antara satu sama lain. Walaupun kami sudah mengagihkan bahagian tugasan, tetapi kami juga membantu ahli yang lain mencari maklumat. Selain itu, saya telah mempelajari cara membantu murid-murid yang lemah dalam membaca dan menulis. Saya dapati aktiviti-aktiviti mengeja boleh digunakan dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya kemahiran membaca. Daripada tugasan ini, saya mendapati banyak aktiviti-aktiviti yang belum saya gunakan dalam pengajaran saya. Oleh itu, saya akan menggunakan aktiviti-aktiviti untuk membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran membaca pada masa akan datang. Dengan kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Rosli Abd.Razak yang telah memberikan bimbingan kepada saya, kedua ibubapa, suami yang tersayang yang begitu memahami diri dan rakan-rakan kumpulan yang telah memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Disediakan oleh: Liew Pei Ying

REFLEKSI 3
11

Pada 7 Januari 2012, kami telah diberi kerja kursus untuk kursus WAJ3104 oleh En. Rosli bin Ab. Razak yang perlu dihantar pada 20 Januari 2012. Saya berasa bersyukur dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan, walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian, terutamanya Tahun Baru Cina semakin menjelang. Walaupun ianya tidak begitu lengkap dan mungkin tidak mencapai sasarannya, tetapi saya rasa inilah yang terbaik yang dapat saya hasilkan. Saya tetap gembira kerana jerih perih saya membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu kepada seorang cahaya mata yang baru berumur satu tahun, guru akademik dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, tetapi akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Kerja kursus ini merangkumi beberapa bahagian yang memerlukan kami melaksanakannya secrara berkumpulan. Kami telah diberi kebebasan untuk memilih ahli kumpulan sendiri. Pada peringkat permulaan menerima tugasan ini, saya rasa sangat susah untuk melakukannya kerana tidak faham dengan kehendak soalan dan kekangan masa. Namun, setelah diadakan penerangan oleh pensyarah dan pertemuan serta perbincangan sesama ahli kumpulan, akhirnya tugasan ini menjadi sedikit mudah berbanding sebelumnya. Sepanjang masa membuat tugasan, kami telah mengumpul maklumat mengenai aktiviti prabacaan, pratulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan melalui internet dan buku Literasi Bahasa. Setiap kali perjumpaan, kami menyumbang idea-idea supaya dapat menghasilkan tugasan yang baik. Malalui tugasan ini, kami telah mempelajari nilai-nilai seperti bekerjasama, saling fahammemahami dan bertolak ansur. Disebabkan kami berasal dari sekolah yang berlainan dan tinggal agak berjauhan, kami biasanya berkolaberasi melalui Facebook, e-mel dan SMS.

11

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru dan pengalaman baru yang saya perolehi. Saya dapat menambah pengetahuan tentang bagaimana cara mengaplikasikan penyerapan mata pelajaran lain dalam aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah berbanding pengetahuan sedia ada. Aktivitiaktiviti ini dapat membantu murid-murid yang lemah dan menarik minat mereka untuk belajar. Selain itu, pengajaran yang saya dapat adalah perlu pandai menguruskan masa dan berfikiran positif untuk menerima pandangan rakanrakan lain. Semua ini menginsafkan diri betapa kerdilnya saya sebelum ini. Berkesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Rosli bin Ab. Razak yang telah memberikan nasihat dan bimbingan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini. Tidak lupa juga untuk suami tersayang yang begitu memahami diri dan rakan-rakan kumpulan yang sedia menolong. Saya berharap boleh mendapat markah yang tinggi untuk tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, LOW HUEY FEN

11