Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

JURNAL REFLEKTIF

RAHMAH WATI BINTI SYED DALBEH 780713125218001

SEMESTER JANUARI 2012

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER SEPTEMBER 2012 RAHMAH WATI BINTI SYED DALBEH - 780713125218001 JURNAL REFLEKTIF

PRAKATA Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada EOS kami iaitu En Raymie Bin A. Bakar kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan sepanjang menjalankan tugasan dan juga membantu kami dalam menyiapkan laporan. Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Tidak dilupakan kepada ahli keluarga yang tercinta (Fadly, Fatihah dan Farisha) kerana memahami situasi isteri dan ibu mereka ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka. Sekian, Terima Kasih.

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER SEPTEMBER 2012 RAHMAH WATI BINTI SYED DALBEH - 780713125218001 JURNAL REFLEKTIF

JURNAL REFLEKTIF PERAYAAN KRISMAS Melalui prinsip utama yang mendasari 1 Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam suatu keluarga besar, saling hormat-menghormati dan bersikap menerima antara satu sama lain. Melalaui tugasan ini saya dikehendaki untuk membuat kajian dengan lebih mendalam menegani perayaan yang disambut oleh agama lain. Saya telah memilih perayaan Krismas untuk menjadi subjek utama dalam tugasan saya. Setelah melalui pelbagai peringkat dalam penghasilan tugasan ini, saya telah mempelajari pelbagai perkara. Bermula dengan aktiviti Kajian Dokumen di mana saya dikehendaki membuat pencarian maklumat mengenai sejarah atau latarbelakang serta tujuan perayaan Krismas ini disambut oleh penganut Kristian. Selain itu, saya juga telah membuat beberapa pencarian mengenai persediaan yang dilakukan sebelum, semasa dan amalanamalan yang dilakukan oleh penganut Kristian terhadap sambutan perayaan ini. Terdapat beberapa masalah yang saya hadapi semasa menyempurnakan tugasan bagi aktiviti 1 ini. Memandangkan tugasan yang diberikan berkaitan dengan sambutan perayaan berlainan agama. Saya menghadapi beberapa masalah dalam pencarian maklumat yang berkaitan dengan perayaan tersebut dari segi sejarah sambutan perayaan tersebut. Ini disebabkan kekhuatiran saya mendapat dan memberikan maklumat yang salah mengenai perayaan ini, kerana bagi saya sekiranya memberikan maklumat yang salah akan menyebabkan berlakunya salah faham. Disebabkan perasaan risau saya dalam menyampaikan maklumat mengenai perayaan yang saya pilih menyebabkan saya teragak-agak untuk menerima maklumat dan bahan yang saya perolehi daripada sumber internet. Memandangkan perayaan tersebut merupakan perayaan yang disambut oleh rakan saya yang berlainan agama. Saya rasa perkara ini haruslah diselesaikan supaya saya dapat memahami sejarah serta perkara-perkara yang berkaitan dengan perayaan tersebut.

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER SEPTEMBER 2012 RAHMAH WATI BINTI SYED DALBEH - 780713125218001 JURNAL REFLEKTIF

Melalui permasalahan ini saya berpeluang untuk mengetahui lebih baik lagi sejarah serta latarbelakang perayaan ini. Selain itu, saya juga dapat berkomunikasi secara terus dengan rakan serta masyarakat yang menyambut perayaan ini. Walaubagaimanapun, keterbatasan waktu dan bahan yang tidak mencukupi menyebabkan informasi yang diperolehi kurang tepat. Saya juga berasa kurang yakin akan dapat memperolehi maklumat yang diinginkan kerana bimbang kurang respon daripada rakan yang berlainan agama ini. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan menyelesaikan permasalahan ini saya bercadang untuk melakukan perkara berikut, antaranya membuat pencarian lebih banyak lagi melalui internet, membuat kajian lebih mendalam lagi daripada hasil kajian pengkaji yang terdahulu, berkunjung ke Perpustakaan untuk mencari maklumat yang berkaitan serta berinteraksi dengan lebih ramai lagi masyarakat yang menyambut perayaan ini. Setelah melakukan lebih banyak kajian tentang perayaan agama lain ini saya akan menggabungkan kesemua sumber yang saya perolehi untuk dijadikan bahan dalam penghasilan tugasan saya ini. Semasa melakukan aktiviti 2 iaitu Temubual Tiga Generasi, saya mendapati kemerosotan nilai murni serta amalan dalam sambutan perayaan berlaku pada masa kini. Ini dapat diperhatikan melalui perbezaan situasi sambutan masyarakat dahulu dan kini terhadap sesuatu perayaan. Nilai kekeluargaan juga semakin terhakis memandangkan rata-rata sambutan perayaan lebih menjurus kepada hiburan dan cara sambutan yang menyalahi tatacara serta kebiasaan masyarakat setempat. Pada saya, kemungkinan masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh pengaruhpengaruh daripada pihak luar. Selain itu, sistem kekeluarga yang longgar juga menyebabkan kurang ataupun tidak sama sekali diterapkan nilai-nilai murni semasa sambutan perayaan ini diadakan. Saya juga merasakan permasalahan ini harus diselesaikan bukan sahaja memperbaiki sistem kekeluargaan tetapi melibatkan semua pihak. Melalui permasalahan ini saya berpeluang untuk mengkaji cara yang lebih baik dalam memupuk nilai-nilai murni serta meneruskan amalan-amalan mereka yang terdahulu. Selain itu, saya juga dapat menerapkan amalan dan nilai murni ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Mungkin agak susah untuk membentuk semula individu serta memupuk

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER SEPTEMBER 2012 RAHMAH WATI BINTI SYED DALBEH - 780713125218001 JURNAL REFLEKTIF

semula amalan serta nilai murni yang terdapat dalam sesuatu perayaan. Mentaliti masyarakat sekeliling yang sudah terkeluar daripada pegangan agama juga susah untuk dipulihkan. Daripada pemerhatian yang telah saya buat, saya dapat merumuskan bahawa beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini, antaranya kurangnya pendedahan nilainilai dan amalan-amalan baik semasa sambutan perayaan. Kurangnya kesedaran dikalangan generasi muda betapa pentingnya menjaga serta meneruskan amalan tradisi serta nilai murni dalam sambutan perayaan. Pengaruh daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan perbuatan yang tidak bermoral semasa membuat sambutan sesuatu perayaan. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut saya bercadang untuk mengambil tindakan terhadap perkara tersebut, antaranya : a. Memberikan pendedahan mengenai kebaikan serta nilai-nailai yang patut dikekalkan dalam sambutan sesuatu perayaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. b. Menceritakan kepada murid suasana kemeriahan perayaan pada masa dahulu dan membuat perbandingan dengan cara sambutan pada masa kini. c. Mengadakan sambutan setiap perayaan yang disambut oleh semua kaum dan agama di setiap sekolah sambil menerapkan nilai-nilai murni. Saya akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan sentiasa mengingatkan pelajar mengenai keunikan amalan tradisi setipa masyarakat dalam menyambut perayaan dalam sasi pengajaran dan pembelajaran saya. Selain itu, saya juga akan melakukan perkara yang sama kepada anak-anak saya agar mereka tahu sejarah sambutan sesuatu perayaan. Bagi aktiviti 3 pula iaitu Rakaman Suasana Sambutan, suasana yang saya lihat agak berlainan sedikit daripada pembacaan saya, walaubagaimana pun terdapat persamaan melalui hasil temubual saya dengan beberapa generasi tersebut. Saya rasa perbezaan ini berlaku kerana kurangnya gambaran perayaan tersebut melalui pembacaan serta bahan yang telah saya perolehi. Sebagai seorang guru saya akan melakukan sesi sumbangsaran bersama muridmurid saya berkenaan suasana yang mereka hadapi semasa sambutan perayaan itu. Saya juga akan menggalakkan murid-murid ini bertukar-tukar cerita dan pengalaman cara sambutan perayaan mereka. Ini kerana murid-murid ini terdiri daripada penganut agama yang berbeza serta amalan budaya yang berbeza.
5

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER SEPTEMBER 2012 RAHMAH WATI BINTI SYED DALBEH - 780713125218001 JURNAL REFLEKTIF

Jika kita perhatikan pada masa kini, sambutan perayaan ini bukan lagi disambut oleh penganut agama tertentu tetapi semua bangsa, agama dan kaum merasai kemeriah sambutan perayaan sesuatu kaum itu. Inilah kesan dan natijah daripada prinsip 1 Malaysia yang memberikan hak kebersamaan dan kekitaan antara semua kaum sebagai rakyat Malaysia. Kesimpulannya, sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menanamkan semangat 1 Malaysia dikalangan pelajar kita. Kita hendaklah mendidik pelajar kita untuk menghormati pegangan serta perayaan sesuatu kaum itu. Sebagai seoarang ibu atau bapa, kita juga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak kita mengamalkan dan mengekalkan nilai murni dalam perayaan kita bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai seorang anak serta generasi muda pula, kita haruslah meneruskan segala amalan tradisi dan memperbaiki amalan yang boleh membawa kemudaratan kepada sistem kekeluargaan kita. Dan sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah menanamkan perasaan kekitaan serta menerima semua masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, keturunan, kaum dan agama. Sekiranya kita memahami dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat 1 Malaysia kita akan sentiasa hidup dalam aman dan harmoni.