Anda di halaman 1dari 6

Laporan Reflektif

Pengenalan: Pada 27 Januari 2010, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Lintang telah mengadakan satu ceramah yang berkaitan dengan etika pakaian dan sosial seorang guru yang bertajuk Etiket sosial. Etiket sosial merupakan norma-norma perlakuan yang perlu diamalkan di khalayak ramai. Sebagai bakal guru yang berkualiti bukan sahaja perlu lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran dalam menjalankan tanggungjawab tetapi perlu juga mempamerkan imej yang boleh dihormati dan disegani. Imej seseorang dibentuk dari cara ia menguruskan dirinya dari segi pakaian, cara bertutur, gerak geri, sopan santun dan budi bahasa serta dapat membuat penyesuaian dalam menghadiri majlis-majlis rasmi. Adalah sangat penting, bagi seorang bakal guru mempunyai cara penampilan diri yang baik supaya ia dapat membina kepercayaan masyarakat terhadap mereka tidak tergugat. Justeru, pengetahuan dan kemahiran berkaitan etiket sosial merupakan satu aspek yang penting yang perlu diberikan kepada bakal guru sebelum mereka menamatkan pengajian di kampus. Ceramah itu telah disampaikan oleh Puan Rojiah yang merupakan pensyarah institut kami. Ceramah tersebut telah diadakan di Dewan Brooke. Semua kumpulan telah menghadiri ke ceramah tersebut kecuali junior- junior kami dalam kumpulan PPISMP. Melalui ceramah itu, kami terdedah dengan pengenalan tentang etikaetika berpakaian seorang guru dan personaliti seorang guru.

Objektif: Mengetahui cara- cara pemakaian yang sesuai untuk seorang guru. Menanam dan membina perasaan yakin kepada diri sendiri dalam pelbagai situasi. mengeratkan perhubungan dan menaikkan imej sosial dan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Untuk memperolehi pengetahuan umum dari aspek penampilan dan kesesuaian pakaian. Menyedari betapa pentingnya personaliti dan pemakaian mempengaruhi imej seseorang guru. Mengamalkan etiket dalam pelbagai situasi dan tempat. Menjelas dan memberi kefahaman kepada pelajar tentang tatacara dan adab berhubung penampilan, kesopanan dan ketertiban dalam pelbagai situasi rasmi dan tidak rasmi.

Refleksi Kendiri: Puan Rojiah telah menyampaikan satu ceramah tentang etika pakaian dan sosial pelajar pada pagi ini. Tajuk pertama yang Puan Rojiah sampaikan pada hari ini adalah tentang cara- cara para guru pelatih berpakaian. Beliau telah menyuruh beberapa orang guru pelatih yang berpakaian sesuai dan tidak sesuai naik ke pentas supaya perbandingan dapat dibuat. Beliau memerhatikan cara mereka

berpakaian satu demi satu dan memberikan komen kepada mereka. Terdapat sesetengah lelaki yang tidak memakai tali leher yang bersesuaian dengan baju formal mereka. Contohnya, baju formal yang berpetak tidak seharusnya dipadankan dengan tali leher berbelang. Puan Rojiah juga menyuruh guru pelatih lelaki mengilap kasut hitam mereka supaya kasut mereka kilat kerana beliau menyatakan bahawa kasut yang usang secara tidak langsung akan mencerminkan personaliti seseorang itu. Selepas itu, Puan Rojiah meneruskan penerangannya dengan memanggil beberapa orang guru pelatih perempuan ke atas pentas. Kebanyakan guru pelatih yang disuruh ke atas pentas tidak mempunyai masalah pemakaian. Sesetengah guru pelatih perempuan yang berpakaian sesuai seperti batik dan kebaya telah dipuji oleh beliau. Beliau menyuruh kami jadikan mereka teladan kami. Selain itu, Puan Rojiah menegaskan bahawa lengan baju perempuan mestilah melebihi siku mereka. Baju yang dipakai ke kuliah juga tidak boleh terlalu ketat. Puan Rojiah juga menyarankan dan menasihati para guru pelatih supaya tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi dan gelap seperti masjid dan koridor blok c untuk menjaga keselamatan diri mereka. Sebelum mengakhiri ceramahnya, beliau juga menyampaikan ceramah tentang cara-cara untuk mengawal perasaan marah diri kita. Ia amat berguna kepada setiap guru pelatih memandangkan kita semua bakal menjadi seorang guru sekolah rendah dan harus berdepan dengan pelajarpelajar sekolah rendah yang nakal dan tidak berdisplin. Untuk menjadi seorang guru yang profesional dan efektif, kita mesti mempunyai etika yang baik Beliau menasihati kami bahawa marah dan bergaduh bukanlan jalan penyelesaian suatu masalah yang terbaik. Panas baran dan selalu menyelesaikan masalah dengan memarahi orang lain hanya akan menjurangkan anda dengan orang tersebut. Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk berubah dan mengawal emosi sendiri. Saya merasakan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek etiket sosial amat penting khususnya bagi penyediaan diri sebelum meninggalkan kampus dan berkecimpung dalam dunia kerjaya.

Justeru, kita sebagai seorang bakal guru haruslah menjaga tingkah laku kita semua. Hal ini disebabkan jikalau kita tiada etika, maka bagaimana kita dapat mendidik dan mengajar pelajar-pelajar kita untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beretika. Secara keseluruhannya, ceramah ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan sedia ada saya tentang etiket sosial. Saya amat suka dengan cara Puan Rojiah menyampaikan ceramah beliau. Beliau banyak berjenaka semasa menyampaikan ceramah dan ini amatlah menghiburkan. Perhatian semua orang kelihatan berjaya ditarik olehnya.

Penutup: Secara kesimpulannya, ceramah itu telah membawa banyak manfaat dan faedah kepada saya dan rakan-rakan saya. Saya ingin berterima kasih kepada Puan Rojiah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berfaedah kepada kami.

Melalui ceramah tersebut, saya mengetahui bahawa Etiket sosial melibatkan tingkah laku yang baik, budi pekerti yang baik, imej sosial yang baik serta keyakinan diri dan gaya diri yang baik. Konsep berpakaian ialah mencerminkan personaliti, menutup aurat, menampakkan ketampanan, menonjolkan kejelitaan, serta kesesuaian dan keselesaan. Cara berpakaian menjelaskan kedudukan ekonomi, tahap pelajaran, kedudukan sosial, kerjayanya, moral, kehebatan dan imej diri. Ceramah itu telah banyak membantu dalam kerjaya saya sebagai seorang guru yang beretika pada masa hadapan. Saya berharap ceramah sedemikian dapat dianjurkan selalu oleh pihak institut pada masa yang akan datang supaya lebih orang yang dapat memperolehi manfaat bersama.

Anda mungkin juga menyukai