Anda di halaman 1dari 3

PELUANG KERJAYA BERSAMA MAJLIS AMANAH RAKYAT

MARA sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya kreativiti & innovasi, dan komitmen ke arah kecemerlangan pendidikan adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA.
SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
KLASIFIKASI:

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Setiap permohonan hendaklah dipastikan jawatan yang dipohon adalah berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa). Sila rujuk syarat-syarat permohonan jawatan di lampiran dan lengkapkan permohonan secara on-line di laman web MARA.

www.mara.gov.my TARIKH TUTUP : 9 OGOS 2013

SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


A. SYARAT LANTIKAN UTAMA Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a. Warganegara Malaysia; b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; c. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

d. Kelayakan i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau ` Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,018.52 atau ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,222.94 atau e. Calon-calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Am/Kep) tanpa kelulusan Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan pengkhususan mengikut subjek turut boleh membuat permohonan. Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DC41: RM 1,806.24 f. Pemohon hendaklah memohon jawatan ini, berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang di pohon.

B. SYARAT ASAS PERMOHONAN Warganegara Malaysia Sihat Fizikal dan Mental Aktif dalam kegiatan kokurikulum Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi ( memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon; Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (innovasi), kemahiran bahasa asing dan lain lain. Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah Guru Pengajian Hafazan, hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah/Maktab yang diiktiraf.

C.

TARAF JAWATAN:

Tetap / Sementara / Kontrak

D.

CARA MEMOHON: i. Permohonan hendaklah dibuat secara online/ atas talian yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my. Tarikh tutup permohonan pada 9 OGOS 2013 Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu: www.jpa.gov.my dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa sesi penilaian.

ii. iii.

E.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan dari semasa ke semasa.

F.

UMUR : i.

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

ii.

G.

KAEDAH PELAKSANAAN : i. ii. Permohonan yang menepati syarat skim sahaja akan diproses ; Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria kriteria yang telah ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang tepat dengan bidang/subek mengajar yang dipohon. Permohonan yang berjaya sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Center). Calon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas sms dan sila semak laman web MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan yang berjaya. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

iii. iv. v.

H.

PERTANYAAN: Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai permohonan jawatan ini, boleh dimaklumkan ke Unit Pengambilan & Penempatan dengan menghubungi talian utama MARA 03 2613 2000 sambungan 34425/34434/34426/34742 atau email di bsmupp@gmail.com