Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti. Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun 2011. Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Ia mula dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 dan dijadualkan menjelang tahun 2016, murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah ditambah baik. Bagi peringkat sekolah menengah, sistem PBS baru digerakkan dan dijangka dalam tempoh dua tahun berikutnya, ia akan mula dilaksanakan bagi penambahbaikan pada Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada masa yang sama, kata Mohd. Ghazali, latihan dan pemahaman yang disalurkan kepada guru perlu dilaksanakan secara berperingkat sebelum sistem baharu dapat dilaksanakan sepenuhnya nanti. Tegasnya, selain guru, para ibu bapa juga perlu diberikan pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu (Utusan Malaysia, 22 Oktober 2012).

1.1 Guru

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH memainkan peranan penting dan dalam mengesan perkembangan, penilaian,

kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang membina instrumen melaksanakan penilaian,merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PBS.

Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid (Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah, 2011). Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

1.2

PERKAITAN ANTARA PBS DAN PENILAIAN BERPUSAT

PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PBS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat pencapaian murid di seluruh negara. PBS melengkapi dalam sistem penilaian. PBS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan memberi maklumat tentang dan penilaian berpusat saling

pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui PBS guru akan dapat : 1. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; 2. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal 3. dari semasa kesemasa; 4. mengetahui keberkesanan pengajarannya; 5. merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan 6. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. Ciri-Ciri PBS PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi

supaya kelemahan

tersebut

tidak

terhimpun

seterusnya.

Di samping

itu

kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat. PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut: A Dikendalikan oleh guru menilai muridnya sendiri B Berasaskan Kriteria menilai penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan C Formatif dijalankan berterusan mengesan perkembangan,kemajuan dan pencapaian murid D Pelbagai kaedah pemerhatian lisan penulisan E Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh intelek rohani emosi jasmani F Menekankan Perkembangan Individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu G Bersistem merancang

Oleh itu menurut Morgan & Watson (2002) melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, pelajar dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yangkukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah, aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Pentaksiran formatif merupakan satu proses yang mana penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklumbalas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang pelajar dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya (Holmes & Gardner, 2008).

Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balas dan sepadu. Sambil mengajar, guru membuat pentaksiran secara tidak formal kerana guru tahu menilai sama ada pelajar telah menguasai apa yang diajar atau belum. Selain itu, berdasarkan pentaksiran, guru tahu sama ada pelajar perlu mengulang balik atau mengambil langkah untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Pentaksiran berasaskan sekolah juga menggalakkan hubungan dua hala melalui peluang yang diberi kepada pelajar untuk bertanya dan seterusnya mendapat bimbingan dan penjelasan lebih lanjut tentang prestasi yang ditunjukkan danbagaimana meningkatkannya. Hal ini kerana maklum balas daripada pentaksir dapat diberikan terus kepada pelajar dan dengan kadar yang segera. Pentaksiran sekolah berfungsi bagi mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid untuk mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat. Melalui proses pentaksiran, guru dapat mengumpul maklumat yang sah dan boleh dipercayai tentang prestasi murid secara berterusan berdasarkan standard prestasi (performance standard). Maklumat yang diperolehi ini akan melaporkan tahap penguasaan murid dan dengan ini dapat membantu murid memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran mereka. Selain menjadi motivasi kepada murid untuk
5

belajar, guru juga dapat mengubahsuai strategi pengajarannya. Maklumat ini dapat dikelola, direkod, diterjemah dan dilaporkan dengan menggunakan pelbagai kaedah, alat dan teknik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). ISU-ISU PELAKSANAAN PBS Hamzah dan Sinnasamy (2009) mendapati bahawa pelaksanaan ujian lisan berasaskan sekolah (PLBS dan ULBS) tidak akur sepenuhnya dengan kehendak garis panduan LPM. Hal itu berpunca daripada tahap kesedaran inovasi dan perubahan yang masih belum mencukupi. Kepimpinan PBS yang diterajui oleh pengetua juga belum benar-benar mantap dari segi kefahaman konseptual PBS dan peranan ikhtisas yang perlu dipatuhi.

Dari Segi Pengurusan Kecairan maklumat akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah, jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran mengakibatkan proses pendedahan kepada guru pelaksana PBS menjadi suntuk. Jurulatih utama (JU) berkursus selama seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia, taklimat hanya mengambil masa dua jam. Guru juga berhadapan dengan peruntukan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain. Pemantauan oleh pakar dan pihak berkuasa pelajaran juga berhadapan dengan kekangan kewangan dan tatacara pergerakan guru keluar daripada kawasan sekolah masing-masing. JU dan pentaksir kawasan tidak boleh bertugas di luar kawasan sekolah melebihi 30 peratus daripada waktu rasmi di sekolah. Maka, tanggungjawab pemantauan diserahkan pula kepada pengetua, penolong kanan (pentadbiran dan kurikulum) dan guru-guru kanan mata pelajaran yang sudah sedia sibuk dengan pelbagai jenis borang dan data.

Bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur dengan konsep PBS, pengetua dikehendaki menyediakan sistem data dan fail yang berfungsi sebagai bukti hitam putih hasil kerja setiap orang murid. Bilangan fail mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan. Sistem kod dan nombor fail
6

mesti seragam supaya carian fail dapat dilakukan secara serta-merta jika diminta oleh pegawai atasan yang memantau pelaksanaan PBS secara mengejut. Pengurusan PBS Secara Atas Talian Kemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan fail dan pembaziran kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untuk projek pendidikan seni visual atau kerja pertukangan kemahiran hidup. Eza Shafinaz (2011) menerusi kertas projek sarjana sains maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencadangkan sistem e-folio. Eza menyenaraikan manfaat e-folio yang dapat menangani masalah kehilangan bukti dokumentasi bertulis, ciplak, ruang penyimpanan, kos cetak dan jilid, melengkapkan pelbagai format borang, kecuaian manusia dan sebaran maklumat PBS kepada semua pihak yang berkepentingan. Penggunaan e-folio juga memberi kesempatan kepada murid untuk

mempersembahkan hasil kerja mereka secara multimedia. Folio kerja kursus tidak lagi terhad kepada bentuk kertas berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf kepada format audio visual, animasi dan grafik yang canggih. Nilai tambah pelaksanaan PBS menerusi sistem e-folio sudah tentu lebih ketara.

Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet, serta boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-only dan had akses untuk orang awam. Capaian penuh hanya dibenarkan untuk pemilik folio, pentaksir dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi. Pihak lain hanya boleh membaca bahagian abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat keizinan pemilik folio menerusi e-mel yang tertera jika hendak memperoleh versi folio yang lengkap. Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) sedia ada dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM. Untuk keselamatan data, segala fail hendaklah juga disimpan secara talian tempatan (off-line, LAN) dan peranti mudah alih lain seperti cakera padat (CD), pemacu jari (thumb-drive) dan lain-lain. Selain itu, murid dan pentaksir sekolah juga digalakkan mewujudkan sistem e-mel sebagai salinan fail tambahan untuk pelan B kepada risiko ancaman serangan penggodam dan virus terhadap sistem induk e-folio.
7

Cabaran Pelaksanaan PBS PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia. Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara berpusat dalam tempoh 9 tahun persekolahan awal kanak-kanak. Australia, Hong Kong dan New Zealand juga boleh dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik. Kepesatan perubahan persekitaran pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera. Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa. Pembaharuan akan mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha menarik perhatian ke arah melemahkan rintangan terhadap perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan perlu dikendalikan secara paling bijaksana, cermat dan hormat.

Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat. Murid akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak LPM dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau, penyelaras dan penjaga kesahan, serta kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan. Langkah Memperkasa PBS Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Maka, keperluan latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service training atau Inset) harus berorientasi praktikum (hands-on). Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus aras komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan PBS mestilah sentiasa akur dan sejajar.

Memandangkan begitu banyak data dan fail yang hendak diuruskan, pelantikan pembantu guru hendaklah dibuat dengan segera. Pembantu guru hanya dikhususkan untuk meningkatkan kecekapan kemasukan data pembelajaran, bukan untuk membantu kerja-kerja pejabat seperti urusan stok dan percetakan. Spesifikasi dan terma tugas pembantu guru hendaklah secara jelas menegaskan hal berkenaan, terutama sistem pengurusan data dan fail PBS. Kuasa Autonomi Guru PBS yang dilaksanakan adalah sesuatu yang patut dimurnikan oleh semua guru kerana ianya memberi penilaian lebih terhadap murid. PBS dilihat sebagai satu usaha oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi penambahbaikan terhadap pencapaian murid di dalam peperiksaan utama, khususnya UPSR dan PMR. PBS dilihat sebagai satu langkah penting bagi menentukan penguasaan murid secara lebih bersistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran. PBS merujuk kepada pentaksiran yang bersifat holistik yang merangkumi nilai intelek, emosi dan rohani serta jasmani selaras dengan FPK dan KSSR. Ini kerana PBS mencakupi dan mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Guru diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan ketika proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan sekolah. Pentaksiran Sekolah menjadi satu elemen utama dalam proses P&P kerana ia dilihat berfungsi mengukuhkan pembelajaran murid serta meningkatkan pengajaran guru serta berupaya memberi maklumat yang sah mengenai apa sahaja pencapaian dan pelaksanaan dalam setiap proses P&P. dasar ini dilihat sebagai satu permulaan kepada keupayaan guru, namun persoalan adakah langkah ini mampu meningkatkan mutu kualiti pendidikan Negara.

Keperluan Pendidikan Semasa Pada tahun 2014, PMR akan ditambahbaik melalui pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang telah dimulakan pada tahun 2012 bagi kohot pertama murid tingkatan 1. Pada tahun 2016, gred UPSR tidak lagi akan ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja, tetapi digabungkan dengan pentaksiran berasaskan sekolah yang terdiri daripada pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat. Ini bererti sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi merupakan penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Kemajuan dan pertumbuhan seseorang murid dinilai secara adil dengan menggunakan Standard Prestasi. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan Standard Prestasi. KPM juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan kemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam. Soalan yang berasaskan Taksonomi Bloom ini akan menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis, dan penilaian. Menjelang 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% dalam soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Format pentaksiran baharu ini membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang, seperti yang dihasratkan oleh dasar Kementerian.
10

KESIMPULAN PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan per se yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa, negara dan umat dan pada masa yang sama memastikan pendidikan di Malaysia standing dengan Negara maju lain.

11

RUJUKAN Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2011). Apa Itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah?. Sektor Penilaian dan Peperiksaan: Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Eza Shafinaz bt Mohamed Zaharin. (2010). A Generic Requirements Model: SchoolBased Assessment and E-Portfolio Management System. Thesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia. Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers perception of the implementation of school-based oral English assessment. In The English Teacher, Vol 38, pp. 13 29. Morgan, C., & Watson, A. (2002). The Interpretative Nature of Teachers

Assessment of Students Mathematics: Issues for Equity. Journal for Research in Mathematics Education, 33(2), 78-110. Utusan Malaysia. (Rabu, 22.10. 2012). Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Atas talian 14 Disember 2012, dari http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121022/pe_02/Guru-perlufahami-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah.

12