Anda di halaman 1dari 2

KHaiRuL SyaFIq SuhAimI

SENTIASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIBERIKAN

APLIKASI MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN


PENGARUH MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Sedarkah kita bila wujudnya matematik? Tiada jawapan yang jelas dapat diberikan oleh setiap orang. Setiap orang akan memberikan jawapan yang berbeza jika soalan seperti itu diajukan kepadanya. Tetapi apa yang jelas di sini adalah, matematik mempunyai banyak peranannya dalam kehidupan seharian kita. Tanpa matematik, mungkin kita tidak dapat menikmati hidup yang berteknologi tinggi seperti sekarang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa matematik adalah sebagai jalan untuk memodelkan dunia. Manakala ada juga yang berpendapat, aplikasi matematik merupakan isu sosial, dimana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Ini boleh disimpulkan bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu, kita haruslah pelajari matematik dalam pelbagai bidang, supaya kita dapat menikmati kehidupan d dunia ini. Sebagai contoh, kita boleh mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik, kesenian, dan sebagainya. Sukan (http://khairulsyafiqsuhaimi.files.wordpress.com/2012/03/tennis2.jpg) (http://khairulsyafiqsuhaimi.files.wordpress.com/2012/03/tennis_ball.jpg) Tennis vs matematik?? Pernahkah anda tahu permainan tennis ada kaitannya dengan matematik? Terdapat pelbagai formula dan model matematik yang digunakan untuk menguasai permainan tennis. Contohnya pengaplikasian vektor, kebarangkalian, arithmetik, model Markov chain dan sebagainya. Segala penerangan lanjut tentang kaitannya akan anda perolehi dalam edisi seterusnya. Ketenteraan (http://khairulsyafiqsuhaimi.files.wordpress.com/2012/03/war.jpg) Operational Research (Kajian Penyelidikan)? Apa itu Operational Research (Kajian Penyelidikan)? Operational Research (Kajian Penyelidikan) adalah salah satu cabang matematik. Operational Research (Kajian Penyelidikan) mula wujud sejak awal Perang Dunia ke-2, dimana ia digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah ketenteraan, seperti masalah pengangkutan, penggunaan senjata yang berkesan, menyiasat penyusunan semula bahan-bahan yang musnah dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang ini, penggunaan Operational Research (Kajian Penyelidikan) telah meluas pada bidang cari gali sumber bumi, kawalan barangan import dan eksport, organisasi produk

input dan output bagi syarikat serta banyak lagi. Operational Research (Kajian Penyelidikan) semakin meluas kerana penggunaannya yang berkesan dan bersistem, iaitu mempunyai pelbagai langkah serta kaedah. Kesenian Pernahkah anda fikir bahawa kesenian adalah subset kepada matematik? Mengapa dan dimana bukti bahawa kesenian itu merupakan subset kepada matematik? Hakikatnya wujud hasil-hasil seni yang terbina daripada matematik.Contohnya seni bina, seni lukis dan lain-lain. Seni bina : (http://khairulsyafiqsuhaimi.files.wordpress.com/2012/03/pyramid.gif) Seni lukis : (http://khairulsyafiqsuhaimi.files.wordpress.com/2012/03/monalisa1.gif)

Blog at WordPress.com. The Choco Theme. Entries (RSS) and Comments (RSS)

Anda mungkin juga menyukai