Anda di halaman 1dari 11

IBADAH UMRAH..

sebelum, semasa dan selepas


IBADAH UMRAH (Berdasarkan pengalaman saya..)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pertama-tamanya marilah kita mengucapkan salam serta berselawat keatas junjungan Nabi kita Nabi Muhamad saw yang mana beliau adalah sebaik-baik insan yang dianugerahkan Allah kepada umat ini.

Perbanyakkanlah penglafasan rasa syukur alhamdulillah kerana kita semua telah dilahirkan sebagai seorang Islam dan dapat merasai nikmat Iman dan Islam kerana tanpanya maka teramat rugilah kita lahir didunia dan diakhirat.

Oleh kerana terdapatnya beberapa orang sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini, terasa ingin saya berkongsi sedikit pengalaman tatapan para pembaca sekelian terutamanya mereka yang pertama kali akan mengerjakan umrah ditanah suci.

Dengan ilmu dan pengalaman yang amat sedikit ini, ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat serta pembaca beberapa tips apabila kita hendak menunaikan ibadah umrah ditanah suci.

Tips-tips ini lebih berbentuk persediaan menunaikan ibadah tersebut hasil dari pengalaman saya mengerjakan Haji dan Umrah. Semoga dengan titipan nukilan ini dapat membantu persediaan dan perjalanan sahabat-sahabat. dan semoga Allah meredhai serta memberikan ganjaran yang setimpal dengan ibadah kita.

Saya bahagikan tips-tips ini kepada tiga perkara iaitu;

a. b. c.

Persediaan sebelum pergi menunaikan umrah Semasa berada di tanah suci (Mekah dan Madinah) Selepas kembali menunaikan umrah.

a. Persediaan Sebelum Pergi Menunaikan Umrah 1. Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal. Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid.

Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir dimajlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kitainsyallah.

2. Perbanyakkanlah Solat Sunat. Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatanperbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita.

Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

3. Perbanyakkan membaca Al Quran. Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanahsuci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam alQuran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

4.

Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah.

Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buku-buku seperti caracara mengerjakan ibadah umrah serta Travelog Haji tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.

5. Buatlah Latihan Fizikal. Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 - 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik keMasjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita kesana.

b. Semasa Berada DiTanah Suci Mekah dan Madinah 1. Sikap dan Mentaliti. Berada di bumi yang diberkati ini memerlukan kita fokus dalam ibadah kita seharian. Diantara sikap dan mentaliti yang utama yang perlu kita terapkan adalah sifat sabar dalam banyak perkara terutama hubungan dengan Allah dan manusia kerana disinilah kita akan berjumpa dengan sekelian manusia dari seluruh pelusuk dunia ini dengan pelbagai ragam menurut adat serta peradaban mereka.

Sifat sabar ini merangkumi semua aspek terutamanya apabila kita mula menjejakkan kaki kita di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah, cara layanan kaunter Imigresen, sikap mat-mat bangla yang membantu mengangkat luggage jemaah dan mengenakan tips yang cukup tinggi (kalau boleh tolaklah sendiri trolley), pengangkutan, kebersihan, hotel tempat tinggal samada jauh atau dekat dari masjid, makanan yang kita makan, sikap masyarakat Arab yang kadangkalanya kasar dan kadangkalanya sombong, adab-adab didalam masjid yang kadangkala akan benar-benar menguji kesabaran kita.

Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau ahli jemaah kita sendiri. Ada kalanya pergaduhan suami atau isteri berlaku dan sebagainya.

Jauhilah sikap suka merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah swt yang mahu melihat akan tahap kesabaran kita.

2. Persoalan-persoalan Mengenai Ibadah Umrah. Walau berapa kali pun kita telah menjejakkan kaki kita ke tanah suci, perkara-perkara yang kita tidak berapa faham atau mushkil, tanyalah kepada para mutawif atau ustaz atau ustazah yang mengiringi

kita. Kadangkala apabila disana, terpandang oleh kita jemaah-jemaah lain yang datangnya dari Turki, Iran, China, India atau Pakistan berbuat sesuatu yang lain dari apa yang kita buat. Janganlah kita membuta tuli mengikuti cara mereka contoh adakalanya semasa solat fardu mereka bersamasama isteri mereka solat sebelah menyebelah suami isteri dikawasan jemaah lelaki. Kita pun sebab takut isteri kita hilang atau berjauhan dengan mereka, kita pun berbuat demikian. Nampaknya seperti dibolehkan tetapi tanyalah kepada ustaz untuk mendapat kepastian. Lakukanlah ibadah umrah dengan hati yang ikhlas, tenang dan sabar.

3. Ungkapan Lisan dan Hati. Dalam bab ini, saya ingin merujuk kembali mengenai persediaan kita sebelum berangkat iaitu dengan kita selalu solat taubat, solat hajat dan beberapa solat sunat lagi ia membantu menmbersihkan hati kita apabila kita berada di tanah suci.

Adakalanya hati berdetik berkenaan sesuatu, sesuatu itu akan berlaku tanpa kita sedari. Kebanyakkan detik hati pada isu keburukan malah apapun perbuatan yang mendatangkan rasa riak, sombong mestilah dijauhi. Kadangkala hanya dengan pengucapan kita, jangan takut..tak hilang seliper tu kalau letak kat situ, ada kalanya betul-betul hilang selipar itu.Sekiranya kita tersedar dari perkara-perkara ini, berisgtifarlah dan memohon keampunan dariNya.

4. Kepentingan Doa Dalam Setiap Perkara. Doa amat memainkan peranannya dalam aspek kehidupan kita lebih-lebih lagi apabila berada ditanah suci Mekah dan Madinah. Setiap apa kesusahan atau perkara-perkara yang hendak kita lakukan, berdoalah dengan seyakin-yakin doa, insyallah Allah akan memakbulkan seperti contoh kita mahu melakukan tawaf diwaktu puncak. Sebelum memulakan, berdoalah supaya dipermudahkan, insyallah akan dipermudahkan ibadah tersebut.

5. Aktiviti Didalam Masjid. Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah 2 masjid tersuci pada umat Islam. Setelah beribu batu datang dari Malaysia dan membayar beribu ringgit untuk sampai kesana maka pergunakalah masa yang ada untuk membuat ibadah umrah, solat berjemaah dimasjid dan berikhtikaf didalamnya kecuali ditimpa musibab seperti demam atau tidak berupaya kemasjid.

DiMasjidil Haram, gunakanlah masjid untuk beribadah sepenuh-penuhnya seperti tawaf sunat, solat sunat, membaca al Quran, melihat Kaabah (melihat Kaabah mendapat pahala disisi Allah). Kadangkalanya kita akan berikhtikaf dimasjid bermula dari waktu maghrib ke Isyak, kadang-kadang dari waktu Asar sehingga Isyak. Semasa kita berikhtikaf ini, lakukanlah perkara-perkara seperti tawaf sunat, membaca al Quran, solat sunat, bersedekah seperti mengambilkan air zam-zam untuk diberikan kepada jemaah berdekatan.

Itulah diantara sebabnya pada tips persediaan untuk menunaikan umrah itu saya selitkan faktor seperti menjinakkan diri kita dengan menghadiri majlis ilmu agar kita dapat berikhtikaf dimasjid ditempat tinggal kita. Dengan demikian tidaklah terasa kekok atau akan berputar persoalan dikepala apa nak buat dalam masjid sementara menunggu waktu Asar sehingga Isya.

Apabila di Masjid Nabawi, ingatlah supaya kita perlu meletakkan tertib kita lebih tinggi apabila berada didalam masjid terutamanya apabila kita berbual-bual. Didalam sirah Nabi saw, perkara ini dinyatakan agar kita tidak menninggikan suara kita dan terdapat ayat al Quran tersebut yang diletakkan diatas dinding Makam Nabi saw apabila kita menziarahi makam beliau.

Semasa berada ditanah suci, janganlah kita melakukan sebarang perlakuan kurafat yang membolehkan gugurnya akidah.

6. Lawatan Ziarah . Turutilah lawatan-lawatan dan ziarah ini agar kita dapat memahami keperitan, kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang bersama-sama Rasulullah saw memperjuangkan Islam.

7. Kesihatan. Untuk menjalankan ibadah-ibadah ditanah suci ini amat memerlukan kudrat. Sekiranya permergian kita itu diwaktu musim panas, disarankan perbanyakanlah minum air kerana air zam-zam dimasjid ada disetiap laluan atau tiang agar kesihatan terpelihara walaupun padaNya kita berserah.

c. Selepas Kembali Menunaikan Umrah. 1. Semasa Perjalanan Balik. Dalam perjalanan (pergi/)balik ini ada diantara jemaah yang tertinggal solat fardunya. Cuba elakkan ini daripada berlaku dalam perjalanan kita. Islam itu mudah, kita boleh solat dimana-mana.... dalam kapalterbang, di tempat menunggu di airport dan sebagainya selagi mana kita yakin tempat itu bersih.

2. Solat Sunat Dua Rakaat Dan Majlis Kenduri Setelah kapalterbang mendarat diKLIA, dalam perjalanan balik kerumah, jangan lupa untuk solat 2 rakaat dimana-mana masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah kita sebelum kita melangkah kedalam rumah. Sebaik-baiknya semasa pulang ini kita adakan majlis kenduri dirumah kita semasa hari sampainya kita dirumah. Ini adalah beberapa adab yang saya perolehi dari beberapa ustaz apabila kita pulang dari menunaikan umrah

3. Istiqamah Beristiqamahlah kita selepas mengerjakan umrah ini dengan selalu berjemaah di surau atau masjid dan menghadiri majlis ilmu agar hubungan kita denga Allah itu tidak putus ditengah jalan.

Begitulah sedikit coretan dari pengamatan saya sebagai insan yang kerdil dalam agama Allah ini melalui pengalaman saya menunaikan Haji dan Umrah.

Semoga apa yang saya loretkan ini akan menambahkan rasa ketaqwaan dan rasa kemanisan iman agar kita terus beristiqamah mengerjakan apa-apa yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya.

Yang baik itu datangnya dari Allah swt manakala sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini adalah kerana kurangnya ilmu serta pemahaman saya terhadap ilmu agama ini.

Semoga ia memberikan menafaat kepada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pertama kali dan saya berdoa agar sahabat-sahabat yang pergi menunaikan ibadah itu mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah.

Ingatlah bahawa pemergian insan ketanah suci itu adalah jemputan dariNya maka bersihkanlah hati dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah swt. Amatilah apa yang terkandung dalam lafaz kita;

Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Nimata Laka Wal Mulka La Syarikalah.

Ikhlas dari, Hj Rose Ady Hj Ramli Bandar Baru Bangi 19 Safar 1433 13 Januari 2012
Posted by HJ ROSE ADY HJ RAMLI at Friday, January 13, 2012

3 comments:
1. Nora binti OthmanJune 29, 2012 2:10 PM a'kum Tuan, di sini saya ingin bertanyakan tentang majlis kesyukuran tu, dalam tulisan tuan menyatakan dibuat selepas balik umrah. sekiranya pergi buat haji majlis tu kena buat sebelum ataupun selepas buat haji?ape pandangan tuan. terima kasih. Reply

2. Nora binti OthmanJune 29, 2012 2:11 PM a'kum Tuan, di sini saya ingin bertanyakan tentang majlis kesyukuran tu, dalam tulisan tuan menyatakan dibuat selepas balik umrah. sekiranya pergi buat haji majlis tu kena buat sebelum ataupun selepas buat haji?ape pandangan tuan. terima kasih. Reply

3. Johari SulaimanOctober 10, 2012 9:48 AM Majlis kesyukuran sunat dilakukan setelah kembali ke Malaysia..... saya pernah terbaca bab ini...... Wallahualam! Harap dapat rujuk kepada Ustaz...

Persiapan Diri Menunaikan Umrah


Persiapan Diri Menunaikan Umrah Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T. Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila: - diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.; - caranya menepati syariat yang ditetapkan; - tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan - ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan. Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuantujuan lain.

Mendapatkan ilmu yang cukup Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain. Menggunakan sumber wang yang halal Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan. Pastikan wang ringgit yang digunakan untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan. Menjaga kesihatan jasmani dan rohani Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan. Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat. Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya. Memperbanyakkan amalan sedekah Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia. Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan. Menunaikan sembahyang berjemaah Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah. Menjauhi amalan-amalan syirik Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya. Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka. Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela) Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati.

Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api. Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah. Membersihkan diri dari dosa Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan: - meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa; - berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi; - merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan - jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang diambil dari manusia tersebut. Berdoa dan bertawakkal Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya. Para jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang berada di Tanah Suci.

KOTA Jeddah Madinah Makkah Mina Arafah

SUHU RATA-RATA DI SAUDI ARABIA Dingin Panas Minimal Maksimal Minimal Maksimal 18C 29C 38C 46C 18C 24C 18C 55C 18C 31C 18C 49C 21C 21C 18C 55C 19C 28C 18C 55C

1 2 3 4 5 6 7

Januari-Maret April Mei Juni-September Oktober November Desember

Udara dingin sekali & siang hari waktunya lebih singkat Udara dalam keadaan sedang Udara mulai terasa panas & semakin hari semakin panas Udara panas sekali dan siang hari waktunya lebih panjang Udara panas mulai berkurang Mulai dingin dan siang hari waktunya semakin singkat Berangsur dingin, malam hari waktunya lebih panjang

Diambil dari buku perjalanan spiritual Umrah Amsa Nur

INFORMASI CUACA NEGARA ARAB SAUDI Kota Madinah Climatological Information MeanTemperature oC Month Daily Daily Minimum Maximum Jan 11.6 23.9 Feb 12.9 25.8 Mar 16.4 29.6 Apr 20.8 34.7 May 25.3 39.2 Jun 28.1 42.7 Jul 28.8 42.7 Aug 29.2 43.1 Sep 27.6 42.0 Oct 22.6 36.8 Nov 17.3 30.0 Dec 13.5 25.7 Mean Total Rainfall (mm) 5.8 3.0 12.5 15.4 7.6 0.4 0.0 4.1 0.5 4.2 16.0 8.1 Mean Number of Rain Days 2.4 1.4 3.3 4.7 2.8 0.2 0.3 1.0 0.6 2.3 4.4 2.8

Kota Mekah Climatological Information Mean Temperature oC Month Daily Daily Minimum Maximum Jan 18.6 30.2 Feb 18.3 31.2 Mar 20.6 34.4 Apr 24.0 38.3 May 27.4 41.8 Jun 28.0 43.6 Jul 28.6 42.8 Aug 28.9 42.6 Sep 28.5 42.6 Mean Total Rainfall (mm) 16.1 1.3 6.0 9.9 0.7 0.0 2.1 6.3 4.7 Mean Number of Rain Days 3.9 0.9 1.8 1.9 0.8 0.1 0.3 1.6