Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN

SAMBUTAN NUZUL ALQURAN


TARIKH: 30 JULAI 2013 21 RAMADHAN 1434H TEMPAT: DEWAN SK SULAIMAN ANJURAN: UNIT BINA INSAN SK SULAIMAN

LAPORAN SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 1434H


Tarikh Masa Tempat : 30 Julai 2013 (Selasa) : 8.10- 9.10 pagi : Dewan Sekolah Kebangsaan Sulaiman, Bentong

1.

PENDAHULUAN

Sambutan Nuzul Al-quran pada kali ini dirancang dengan baik dan tersusun. Unit bina Insan SK Sulaiman telah menganjurkan Ceramah Nuzul Al-quran. Disamping itu program ini juga bermatlamat dalam membina satu golongan muridmurid yang beriman, berpengetahuan, bersahsiah mulia, berdaya tahan, berkemahiran menguruskan diri, masa, masalah dan berkemampuan menghadapi cabaran mendatang dengan tabah dan jaya. Kerjasama semua guru dan pelajar islam dilihat amat baik dan sangat komitmen sepanjang majlis sambutan tersebut berlangsung.

2.

OBJEKTIF 1. Menilai tahap kefahaman, pengetahuan dan penguasaan murid-murid dalam subjek Pendidikan Islam yang telah dipelajari khususnya Tilawah Al-Quran. 2. Meningkat dan memantapkan lagi amalan-amalan fardu ain dikalangan murid-murid. 3. Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadhan al-Mubarak. 4. Meraikan kedatangan bulan ramadhan yang mana disyariatkan berpuasa bagi seluruh umat Islam.

3.

SASARAN Semua murid tahap 2 dan semua guru-guru Sk Sulaiman

5. PENGISIAN AKTIVITI Ceramah Nuzul Al-quran Ustaz Junaidi bin Mohamad (SJKC Lurah Bilut)

6.

ANALISA PENILAIAN PROGRAM Sambutan program berjalan dengan baik dan lancar. Penceramah datang tepat dengan waktu yang dijanjikan.Tumpuan murid dan guru amat khusyuk kerana dengan penyampaian yang disampaikan oleh penceramah dan isi ceramah bertepatan dengan sasaran.

7.

KEKUATAN PROGRAM 7.1 Sambutan yang baik daripada semua murid-murid tahap 2 dan guru-guru dalam memberi tumpuan terhadap ceramah yang disampaikan. 7.2 Setiap AJK menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bagus dalam menjaga disiplin murid semasa ceramah disampaikan.

8.

KELEMAHAN PROGRAM 8.1 Penglibatan guru terbatas kerana ada segelintir daripada mereka terlibat dengan PdP.

9.

CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN

Penambahbaikan perlu difikirkan bagi melibatkan semua guru agar samasama dapat berkongsi dalam majlis ilmu seperti yang dilaksanakan.Pembahagian tugas pula perlu diperbaiki lagi agar setiap ajk dapat menjalankan sepenuh amanah yang diberikan bagi melancarkan lagi setiap program yang dijalankan.

KESIMPULAN DAN PENUTUP Secara kesimpulanya, sambutan Nuzul Al-quran pada kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Begitu juga dengan disiplin murid terkawal dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam menghayati ceramah pada kali ini. Diharapkan pada tahun hadapan ianya akan lebih berjaya dan berlangsung dengan lebih baik. Disediakan oleh :

_____________________________ (MOHD AFIQ FIRDAUS BIN MASHUDI) Setiausaha Bina Insan SK Sulaiman

Disemak oleh, _________________________________ ________________________ (PN NORASHIDAH BT JAMALUDDIN) YUSOF) Panitia Pendidikan Islam

Disahkan oleh,

(EN AZOR BIN Guru Besar SK Sulaiman