Anda di halaman 1dari 3

1. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.

Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.

2. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.

Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini. Cakap Ajuk 1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan. 2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan. 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( .. ) Cakap Pindah 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan. 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat. 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama. 1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya. 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam. 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti. 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu. 5. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu. 6. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia. 7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar. 8. Berikan bola ini kepada Zainal Abidin, kata Dollah Salleh. 8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.

1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani. 2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?" 3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim. 4. Di manakah awak letakkan beg itu ? tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. 5. Kata nenek kepada Siti, Begini cara membuat kuih Bahulu. 6. Kata Hassan kepada Faizal , Ini buku awak. 7. Ayam itu lapar, kata Asmah.

Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara berikut perlu diubah atau diberi perhatian. Cakap Ajuk Cakap Pindah saya, aku, hamba dia, ia, nya, beliau beta baginda kami, kita mereka anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya dia dia beliau beliau mereka mereka ini itu itu itu sini situ, sana, tempat itu begini begitu

demikian ini demikian itu sekarang masa itu, ketika itu malam tadi malam semalamnya semalam semalamnya hari hari itu ini esoknya, keesokan harinya, esok hari itu Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis. Soalan 1 "Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi. "Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi. "Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir. "Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi. "Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir. "Kalau akar gigi kamu masih kuat doctor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi, "Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir. JAWAPAN Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazm imenjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanyakepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doctor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir bersetuju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Soalan 3 Abu :Saya mahu kahwin. Cuma saya tak ada duit.Lagipun, siapa yang nak macam saya ni. Kerja Cuma menggali kubur. Pak Aji :Kerja menggali kubur tu, kerja juga. Malah satu pekerjaan yang mulia.Setiap orang yang mati wajib dimandikan, dikapankan, wajib disembahyangkan dan wajib Abu : (Menyambung) Wajib dikebumikan, he..he..he Jadi kerja saya ni mulia, ya Pak Aji. Pak Aji :Memang mulia kalau tak ada penggali kubur, di mana mayat itu nak dikuburkan. Abu :Hmm, betul juga kata Pak Aji tu.Kalau gitu sekarang saya nak pergi gali kubur Ngah Baba tu.

JAWAPAN Abu mengatakan bahawa dia hendak berkahwin tetapi tidak mempunyai wang.Abu seterusnya mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang hendak berkahwin dengannya kerana dia hanya bekerja sebagai penggali kubur.Pak Aji menjelaskan bahawa penggali kubur juga adalah satu pekerjaan.

Pak Aji turut mengatakan bahawa penggali kubur merupakan kerja yang mulia kerana setiap orang yang meninggal dunia wajib dimandikan, dikapankan, dan disembahyangkan. Sebelum sempat Pak Aji meneruskan kata-katanya, Abu menyampuk dengan mengatakan bahawa orang mati wajib dikebumikan. Kemudian dia ketawa sambil bertanya kepada Pak Aji sama ada kerjanya mulia atau tidak. Pak Aji menegaskan bahawa pekerjaan Abu itu memang mulia kerana kalau tidak ada penggali kubur di mana mayat orang hendak dikebumikan. Abu menyokong kata-kata Pak Aji dan mengatakan yang dia hendak menggali kubur Ngah Baba.

Anda mungkin juga menyukai