Anda di halaman 1dari 10

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG.

KLING, 76400 MELAKA. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK TEMPOH PELAKSANAAN OBJEKTIF : NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMMAD MASKURI : PISMP SAINS AMBILAN JAN 2010 : SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR : CERAMAH NUZUL QURAN : 26 JULAI 2013 (7.40- 9.00 PAGI) :

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk: 1) Menggalakkan murid melaksanakan amalan-amalan ibadat di Bulan Ramadhan 2) Menyambut hari-hari kebesaran Islam dengan program yang tersusun bagi membina sahsiah murid 3) Melahirkan warga sekolah yang memahami peristiwa penting dalam Islam seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian 4) Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA. STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Pada 3 Julai 2013, saya, rakan guru pelatih dan mentor (guru) telah

membuat perbincangan tentang projek- projek yang boleh dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut, kami bersetuju untuk menjadikan Program Ihya Ramadan sebagai projek internship kami di sekolah ini. Program ini merangkumi tiga majlis iaitu Ceramah Sambutan Nuzul Quran, Slot Tazkirah Syoknya Puasa dan Perasmian Ihya Ramadan untuk seluruh warga sekolah. 2. Kami telah berjumpa dengan Ketua Panatia Pendidikan Islam iaitu Puan Romaini binti Mamat untuk memohon kerjasama dan penglibatan daripada persatuan tersebut bagi melaksanakan projek yang dirancang. Kami juga menunjukkan draf pertama kertas cadangan di samping meminta pendapat dan cadangan penambahbaikan untuk projek ini. 3. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar segera. Setelah kertas cadangan disokong oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam iaitu Puan Romaini binti Mamat, ia terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar iaitu Puan Saleha binti Osman pada 8 Julai 2013. Kemudian, saya bersama rakan-rakan guru pelatih telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan penyelaras program dan AJK yang terlibat untuk pembahagian tugasan. Dalam mesyuarat ini juga, kami telah bersetuju untuk menjemput seorang pensyarah dari IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka sebagai penceramah iaitu Ustaz Rizuan Hj Abd. Rasip.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA. 4. Pada 18 Julai 2013, kami telah berbincang dengan tentang isi kandungan ceramah yang akan disampaikan. Beliau merupakan seorang pensyarah merangkap Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM). Kami telah menghantar faks surat sebagai surat lantikan beliau sebagai penceramah kerana majlis ini dijalankan melibatkan waktu kerja beliau. Pada 20 Julai 2013, kami juga membeli sedikit hadiah untuk dijadikan sebagai hadiah kuiz Nuzul Quran untuk soalan diajukan selepas sesi ceramah. 5. Kemudian, pada 24 Julai 2013, kami telah menyiapkan brosur untuk dihantar terlebih dahulu ke pihak pengurusan iaitu Encik Alias bagi tujuan cetakan. Brosur tersebut akan diperbanyakkan dan diedarkan kepada semua guru pada hari berlangsung majlis tersebut. 6. Kami juga turut menguji setiap peralatan yang digunakan sepanjang majlis seperti PA Sistem dengan meminta bantuan kepada guru yang selalu mengendalikannya.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA. REFLEKSI: 1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI Kekuatan yang pertama ialah dapat memberi peringatan awal kepada warga sekolah terutamanya murid berkaitan dengan kelebihan bulan Ramadhan. Program ini dijalankan jatuh pada tarikh peristiwa Nuzul Quran iaitu pada 17 Ramadan bertujuan untuk mengingatkan kembali perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah hari kebesaran umat Islam, kebesaran dan keberkatan yang terdapat di dalam bulan ini. Melaluinya, diharapkan semua pihak dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan . Kekuatan yang kedua ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan tentang Ramadhan seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

Walaupun isi pelajaran tentang Ramadhan telah diajar dalam subjek Pendidikan Islam, namun dengan adanya program ini, ia dapat menambahkan pengetahuan baharu yang belum dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh, mungkin sebelum ini murid hanya mengetahui cara bacaan Al Quran. Namun, melalui pogram ini, murid mendapat pengetahuan baharu bahawa umat Islam perlu menjaga tujuh anggota iaitu termasuk tangan, kaki, telinga, mulut, lidah, perut dan kemaluan selain daripada berpuasa. Kekuatan yang ketiga ialah melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi dan terpuji. Pertamanya, melalui pendedahan tentang kelebihan dan manfaat yang akan diperoleh pada bulan Ramadhan, ia akan memberi kesedaran dan mendorong murid untuk melakukan kebaikan secara berterusan dan meninggalkan perkara kejahatan.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA. Kekuatan yang seterusnya ialah penceramah tiba tepat pada masanya sebelum sesi ceramah bermula dan ini membuatkan perjalanan program ceramah berjalan lancar KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI Kelemahan yang pertama ialah keadaan tempat yang kurang kondusif iaitu terdedah pada cahaya matahari dan murid kelihatan seperti panas. Mujurlah cahaya matahari tidak begitu terik ketika penceramah menyampaikan isi ceramahnya. Ceramah diadakan di dataran sekolah selepas waktu perhimpunan pagi untuk menjimatkan masa pergerakan murid. Kelemahan yang kedua ialah soalan kuiz tidak dapat diberikan keseluruhannya. Hanya 5 daripada 10 soalan kuiz dapat disampaikan kerana kekangan masa. Murid kelihatan agak kecewa kerana kuiz yang diberikan tidak banyak dan sememangnya perlu diperbanyakkan lagi untuk menarik minat murid.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang: Penambahbaikan yang pertama ialah melaksanakan program di tempat yang lebih selesa kurang terdedah pada cahaya matahari seperti di dewan sekolah yang tertutup. Selain daripada berasa lebih selesa dan senang untuk dipantau, semua murid akan berpeluang mendapat pengetahuan dan pengisian yang sama. Penambahbaikan yang kedua ialah melantik jawatankuasa bagi kawalan murid dengan menambah bilangan guru yang memantau murid. Jumlah murid yang ramai memerlukan bilangan guru yang ramai untuk mengawal murid supaya suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan. Seterusnya, soalan kuiz perlu dirancang sebaiknya untuk memudahkan pembahagian soalan kepada tahap yang berbeza dengan jumlah soalan yang sama. Jawapan soalan kuiz juga perlu disemak berulang kali untuk memastikan pemenang betul-betul layak menerima hadiah untuk mengelakkan rasa tidak puas hati

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA. KESIMPULAN: Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat menghayati dan tidak melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah semasa menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menyatakan Jangan kamu jadikan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain. Selain itu, diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA.
GALERI FOTO :

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin berjemaah

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA.

Penceramah jemputan, Ustaz Rizuan bin Mohd Rasip merupakan pensyarah dari IPGKPM

Kuiz Nuzul Quran

PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR TG. KLING, 76400 MELAKA.

Encik Ehsanudin, GPK 1 menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Ucapan perpisahan daripada guru praktikum Cik Anis Syuhada dan ucapan perpisahan Encik Faizul yang akan berpindah ke SK Cheng.

Anda mungkin juga menyukai