Anda di halaman 1dari 6

IKATAN ATOM KARBON PENGHIBRIDAN 1.

Campuran dua atau lebih orbital atom yang tidak sama untuk membentuk satu set orbital hibrid yang sama. 2. Proses menyediakan atom pusat untuk pertindihan orbital dengan atom keliling. 3. Penghibridan berlaku dalam nombor kuantum utama yang sama. 4. Terdapat tiga jenis penghibridan. a) Penghibridan sp (linear)

b) Penghibridan sp2 (segi tiga) c) Penghibridan sp3 ( tetrahedral)

Penghibridan sp

Berlaku di antara 1 orbital s dan 1 orbital p untuk menghasilkan 2 orbital hibrid sama yang terletak dalam satu geometri linear.

Contoh : Ethyne (Acetylene), C2H2

Penghibridan sp2 Melibatkan 1 orbital s dan 2 orbital p untuk menghasilkan 3 orbital hibrid sama yang terletak dalam segi tiga sama.

Contoh : Etena, C2H4

Penghibridan sp3 Melibatkan 1 orbital s dan 3 orbital p untuk menghasilkan 4 orbital hibrid yang disusun dalam geometri tetrahedral.

Contoh : Methana, CH4

IKATAN SIGMA DAN IKATAN PI Ikatan sigma adalah ikatan kovalen di mana ketumpatan elektronnya tertumpu pada kawasan sepanjang paksi internuklear. Ikatan sigma () terbentuk melalui pertindihan orbital hujung ke hujung. Ikatan pi adalah ikatan kovalen di mana ketumpatan elektron tertumpu di atas dan bawah satah nuklei. Ikatan pi () terbentuk melalui pertindihan orbital secara sisi. Kekuatan ikatan : > sangat aktif. Kedudukannya sentiasa berubah, tetapi tidak ada perubahan sifat. Bahan yang bertindak balas dengannya akan menyerang tempat lemah supaya ikatan ganda dua terbuka.

SISTEM TIDAK SETEMPAT (DELOCALISED SYSTEM) Cth : C6H6 (benzena) Pasangan elektron pengikatan akan berubah kedudukan ke ikatan tunggal. Benzena ialah satu molekul planar heksagonal yang mempunyai enam atom karbon pada setiap enam hujung. Setiap satu atom karbon dalam molekul akan mengalami penghibridan sp2. Atom karbon tersebut membentuk 3 ikatan sigma dengan 2 atom karbon bersebelahan dan 1 atom hidrogen.

Ini meninggalkan orbital 2p yang tidak mengalami penghibridan atas setiap satu atom karbon. 6 orbital 2p yang tidak mengalami penghibridan tersebut bertindih secara sisi antara satu sama lain untuk membentuk 2 cincin awan elektron, satu di atas dan satu di bawah satah cincin benzena.

6 elektron dalam kedua-dua -awan elektron bebas untuk bergerak mengelilingi cincin benzena. Mereka dikenali sebagai elektron tidak setempat (delocalised electrons). Mereka memberikan kestabilan kepada molekul benzena. Sistem tidak setempat ini diwakili oleh satu bulatan tertutup (enclosed) dalam heksagon.

Semua ikatan C-C dalam benzena adalah sama disebabkan oleh sistem ini.