Anda di halaman 1dari 22

Penglipur lara Sering diperkatakan bahawa Penglipur lara adalah sebagai hiburan, pendidikan dan menganggungkan raja.

Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka cerita cerita penglipur lara menjadi ruang untuk mendidik anggota masyarakatnya dengan nilai-nilai moral yang baik. Perbuatan dan sikap yang baik akan dapat ganjaran yang baik, manakala yang jahat akan tewas. Sikap yang negatif seperti tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang buruk dalam sesebuah keluarga dan masyarakat. Cerita penglipur lara yang kita dapati melalui kajian terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana ciri-ciri ini dilihat dari segi tema, malah cerita penglipur lara ini juga berpusat di kalangan putera-puteri Raja serta cerita ini mempunyai ciri-ciri berbentuk prosa dengan selingan puisi. Berfungsi sebagai alat hiburan

Cerita-cerita Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai alat hiburan bagi masyarakat melayu tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isis ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan menyeronokkan dan ianya dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita Penglipur larajuga dijadikan sebagai suatau perlarian bagi golongan rakyat jelata yang miskin dan hidup dikelingi penderitaan kerana isis cerita Penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah. Dengan ini mereka dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang sebenar. Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral

Cerita-cerita Penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi oleh masyarakat.

Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam cerita Penglipur lara ialah : sifat hormat kepada ibu bapa dan orang tua. sifat tanggungjawab pemimpin (raja), sifat-sifat patriotik dan cintaka tanah air.iv) hubungan harmoni dan mesra antara golongan raja dan rakyat. berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik, sifat berdikari dan mencari untung

Cerita binatang Epos Binatang. Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih besar daripadanya.

Cerita Asal Usul. Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi.

Cerita Sambut-bersambut Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak,misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.

Dalam kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable,iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia.

Sebagai kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar(gajah,harimau,buaya,kerbau) manusia kecil(kura-kura,semut,agas-agas,arnab) manusia cerdik(kancil,pelanduk) dan manusia bodoh(lembu,anjing) dapat dibentuk dan mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri.

Cerita binatang untuk mengisikan waktu dan menghiburkan hati,pada masa kini cerita binatang adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususunya di kalangan kanak-kanak dan kini cerita binatang ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak-kanak. Selain itu cerita binatang juga digunakan sebagai mengajar,mendidik,mnyindir atau mengkritik masyarakat melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini disampaikan dalam bentuk kiasan,sindiran dan lambang. Tetapi yang nyata,cerita-cerita binatang melayu berfungsi sebagai kritikan social yang disamapaikan secara kiasan atau lambang kepada binatang. Kadang-kadang disampaikan secara gurauan tetapi tepat pada sasarannya. Ada juga cerita binatang yang menunujukkan kebodohan,dan kemalasan manusia untuk menyuruh menyedari dan memperbaiki diri dikiaskan kepada binatang. Pada masa dahulu cerita-cerita binatang ini pernah digunakan untuk mengajar anakanak raja atau anak-anak pembesar istana. Oleh kerana kesukaran untuk menyampaikan pengajaran itu secara terus terang,maka pengajaran itu diberikan

secara halus melalui cerita-cerita binarang yang bercorak simbolik. Tujuannya untuk memberikan petujuk dan nasihat kepada kenak-kanak secara halus dan tidak langsung.

Cerita jenaka Sungguhpun tujuan cerita-cerita jenaka untuk memberikan hiburan dan keseronokan bergelak ketawa, tetapi cerita-cerita tersebut juga membawa perutusan yang bercorak pengajaran. Misalnya dalam cerita Pak Pandir di gambarkan bagaimana keburukannya yang terlalu bodoh dan terlalu lurus bendul. Pak pandir yang membuat sesuatu tanpa usul periksa dan tidak memikirkan apa yang hendak dilakukannya sehingga mendatangkan mudarat kepada dirinya dan juga keluarganya.

Tindakan yang terburu-buru dan mengikut emosi selalu menimbulkan akibat yang tidak baik dan menyebabkan penyesalan. Pak pandir yang disuruh oleh isterinya untuk memandikan anaknya dengan air panas telah menyebabkan anaknya mati kerana ia memandikan anaknya itu dengan air panas yang mendidih. Kepintaran dan kecerdikan boleh memberikan faedah kepada diri seseorang.

Mitos Cerita mitos merupakan sekumpulan cerita yang benar-benar berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah dewa dewi dan manusia agung berhubung dengan asal usul raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan menakjubkan. Cerita mitos merupakan kepercayaan kerana ianya dianggap benarbenar berlaku kerana mempunyai hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita tentang Tuhan, dewa dan Nabi. Ciri

Cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional

mempercayai yang cerita metos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku.

b.

Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta

berlawanan kepada sifat duniawi. Cerita mitos adalah certa tentang dewa dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos. Kalau dipatuhi pantang larang itu mendapat kebaikan dan kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka akan menimpa.

c.

Latar masa cerita mitos adalah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman

animisme. Semua masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan animisme.

d.

Latar tempat cerita mitos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan dan di dasar

laut. Latar trmpat sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya, mitos asal usul negeri Melaka sebagaiman yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui mitos dinasti seperti yang digambar dalam sejarah Melayu iaitu seorang daripada anak cucu Raja Iskandar ZulKarnain memasuki dan melawat negeri bawah laut bernama Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja di Palembang, Singapura dan akhirnya menjadi raja negeri Melaka.

e.

Watak-watak dalam cerita mitos pula terdiri daripada Tuhan dan dewa-dewi

sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita metos juga terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah Melayu. Umpamanya nama Samudera-Pasai berasal daripada semut besar. Nama ini diperoleh daripada peritiwa seekor anjing bernama Si Pasai yang menyalak bukit kerana nampak semut sebesar kucing. Sempena dengan peristiwa yang luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang dinamakannya Samudera-Pasai. Melalui metos nama tempat ini, watak-watak yang terlibat melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut besar. Fungsi Cerita mitos memainkan peranan yang tersendiri dalam masyarakat Melayu lama. Pertama, ia berperanan menggambarkan serta memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yag luar biasa serta taraf mereka disamakan dengan golongan dewa-dewi. Contohnya asal usul raja-raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota. Cerita-cerita ini dapat dilihat dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Merong Mahawangsa. Misalnya dalam teks Sejarah Melayu, kemasukan agama Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpinya.

Ia juga memainkan peranan sebagai mengeritik serta menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Umpamanya melalui mitos alegori peristiwa Singapura diserang ikan todak. Peristiwa itu sebenarnya menyindir kezaliaman raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang telah dengan tidak sengaja menilik pohon pinang hingga terbelah dua di hadapan raja pemaisuri. Ekoran sikap zalim itu, maka Singapura menerima bala dan bencana serangan todak.

Dapat menerangkan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu yang tidak terjawab melalui pemikiran biasa.

kejadian alam

Berfungsi menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung- yang diluar daripada batas-batas kehidupan manusia biasa.

Sebagai alat kawalan sosial.

Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan. Memberikan hiburan kepada pendengar-pendengar tentang asal-usul kejadian sesuatu yang terdapat dalam kehidupan mereka. Cerita legenda Legenda Definasi: Lagenda dikenali sebagai dogengan sejarah, kerana cerita lagenda selalunya mengenaii seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan ditempat tersebut yang menarik dan memang wujd hingga masa sekarang. Tokoh lagenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Dari itu tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat. Tokoh ini amat istimewa mempunyai kelebihan yang tinggi dan bersifat kudus serta suci. Fungsi Cerita-cerita Lagenda

Terdapat beberapa fungsi cerita-cerita legenda dalam masyarakat Melayu: 1. Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatun tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah. 2. Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlwanannya dan kegagahannya. Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu; kata-kata Hang Tuah Tak Melayu Hilang Didunia menjadi sebutan orang Melayu. 3. Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagi orang yang gagah dan mulia. 4. Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti keagongan kesultanan Melayu Melaka. 5. Untuk dijadikan sebagai idola/ modal seorang pahlawanan dan pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat. 6. Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam (khasnya cerita-cerita legenda pengaruh Islam. Disamping itu untuk menggantikan legenda yang bersumber dari kepercayaan hindu-buddha). 7. Sebagai media untuk pendidikan bagi masyarakat melayu tradisional, khasnya cerita-cerita lagenda Pendosa. Biasanya cerita-cerita ini bersifat didaktik untuk menjadi ingatan dan teladan kepada anak-anak supaya tidak melakukan penderhakaan kepada ibubapa. 8. Fungsi cerita-cerita legenda juga bertujuan menjdai teladan kepada ibubapa agar tidak harus menunjukkan rasa kasih yang berlebihan kepada anak, terutama anaka tunggal. SIkap ibubapa ini akan membawa kesan buruk kepada jiwa anak-anak.

Ciri Legenda merupakan cerita rakyat yang memiliki ciri-ciri, yaitu sebagai berikut. 1) Oleh yang empunya cerita dianggap sebagai suatu kejadian yang sungguhsungguh pernah terjadi.

2) Bersifat sekuler (keduniawian), terjadinya pada masa yang belum begitu lampau, dan bertempat di dunia seperti yang kita kenal sekarang. Tokoh utama dalam legenda adalah manusia. 3) Sejarah kolektif, maksudnya sejarah yang banyak mengalami distorsi karena seringkali dapat jauh berbeda dengan kisah aslinya.

4) Bersifat migration yakni dapat berpindah-pindah, sehingga dikenal luas di daerah-daerah yang berbeda.

5) Bersifat siklus, yaitu sekelompok cerita yang berkisar pada suatu tokoh atau kejadian tertentu, misalnya di Jawa legenda-legenda mengenai Panji.

Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yangmenerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun begitu, oleh sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan dua contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih : 1) Pisang emas di bawa belajar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransuransur sehinggalah jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun. Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.

Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalnya sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang daripada menimpa kecelakaan atau kemalangan terutama yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya selagi hayat dikandung badan. Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada penerimanya sekiranya kita mengambil contoh pemberian sedekah, bantuan berbentuk wang tunai atau kerja buat, cederahati kenang-kenangan kepada orang-orang miskin atau mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang perlu ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.

2) Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu

kala amat menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal menantunya berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk meminang untuk anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak. Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal.

Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-temurundalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga, kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana pantun menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.

3.2

Tujuan adat istiadat

Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsipantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat dan huraiannya :

3) Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang; Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang.

Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi dan diamalkan

sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini menceritakan tentang sudah menjadi lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adat ini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan mereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.

4) Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah berpunya.Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuantersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.

Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuahmasyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta

ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsimenyampaikan mesej sematamata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuahmasyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.

3.3

Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantunpantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, pujipujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.

Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini

telah memperlihatkan bahawa masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi. Berikut merupakan dua contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :

5) Bunga melur di atas titi, Mari dibungkus di dalam kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.

Pada rangkap pertama pantun kasih sayang di atas memaparkan mengenai ajaran tentangkesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan sesebuah perhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan sebagainya. Kesetiaan dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran. Rangkap pertama cuba menceritakan mengenai kesetiaan seorang jejaka menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu. Dalam perhubungan, kesetiaan perlu wujud bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan. Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri serta mematangkan seseorang dalam melakukan perhubungan. Seandainya ajaran ini tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapat bertahan lama malah masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana konsep kesetiaan dan ketaatan tidak dilaksanakan dalam perhubungan.

6) Lama sudah tidak ke ladang, Padi sudah dililit kangkung; Selama tuan tidak kupandang, Putus hati pengarang jantung.

Rangkap

kedua

pula

mengutarakan

ajaran

mengenai

keprihatinan

iaitu masyarakat mestilahmempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan. Sifat ini hanya boleh dimiliki oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendak diambil perhatian. Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta. Di samping itu, dapat menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubungan agar aman dan harmoni. Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadis tidak memandang lelaki lain selain daripada

kekasihnya. Keprihatinan ini wajar diikuti oleh masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnya dapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun masyarakat. Sekiranya sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubungan maka ianya tidak akan bertahan dengan lama kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, sikap ini sangat penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakat setempat dinihari.

Kesimpulannya,

pantun

kasih

sayang

menggambarkan

identiti

kehidupan

masyarakat Melayu.Pantun ini juga amat memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi akan datang dan tidak ditelan perubahan zaman.

3.4

Untuk sindiran dan tempelak

Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan dua contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :

7) Pondok robek makan api, Anak Cina main teropong; Katak bertingkir besar hati, Dapat dunia bawah tempurung.

Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu

episod yang diceritakan sebagai situasi yang dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau maksud sosial dan moral sastera.

8) Ayam dikepuk dipanggil pulang, Kain tercarik tersangkut duri; Usah ditepuk air di dulang, Kelak terpercik muka sendiri.

Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat handai akan mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar.

Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah penggunaan kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.

3.5

Menyampaikan mesej berunsur keagamaan

Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah danmeninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama dan penerangannya :

9) Redup bulan nampak nak hujan. Pasang pelita sampai berjelaga; Hidup mati di tangan tuhan, Tiada siapa dapat menduga.

Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petandanya. Contohnya, bulan yang redup menandakan hujan akan turun. Baris kedua pula, pasang pelita sampai berjelaga bermakna hidup manusia ada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga kerana segalanya hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir untuk setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah

mengkehendaki apa yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya.Contohnya, bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari boleh mati dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.

10) Sayang-sayang buah kepayang, Buah kepayang hendak dimakan; Manusia hanya mampu merancang, Kuasa Allah yang menentukan.

Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Manusia boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada siapa hanyalah hambanya.

Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Sebagai sumber ilmu pengetahuan. Sebagai sumber hiburan. Sebagai sumber mengisi masa lapang. Sebagai sumber dakwah/penyebaran agama Islam. Sebagai sumber nasihat/pengajaran/memberi kesedaran/keinsafan. Sebagai sumber sejarah dan budaya. Sebagai media komunikasi dalam masyarakat.

Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll)

Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu shloka. Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap

Rima akhir adalah tidak tetap Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan Seloka tidak mempunyai pembayang

1.

Gurindam merupakan fungsi dan peranannya dalam masyarakat melayu

iaitu sebagai tujuannya ilah didikan ,gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis majlis formal.

2. Unsur -unsur pendidikan yang diketengahkan ialahiman dan moral yang baik
Seloka berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk menyindir, mengejek, bergurau senda, atau berjenaka.

1. Maksud - mempunyai beberapa rangkap seperti rangkap 1, rangkap 2, rangkap 3, rangkap 4 dan rangkap 5. 2. Tema dan Persoalan 3. Mesej 4. Nilai 5. Latar 6. Gaya Bahasa 7. Bentuk - Terdiri daripada;

Rima, Jumlah rangkap, Jumlah baris dalam rangkap, Jumlah perkataan dalam baris Jumlah suku kata dalam baris.

8. Nada - seperti Melankolik, Romantis, Patriotik dan Sinis.

2.3 Fungsi Penggunaan Bahasa yang Indah dalam Kesusasteraan Melayu 2.3.1 Prosa Tradisional Dalam prosa tradisional atau prosa klasik, terkandung begitu banyak unsur-unsur dan nilai warisan budaya masyarakat Melayu yang telah berkembang dan dikekalkan sehingga ke hari ini. Selain itu, terdapat banyak faedah yang boleh ditemui melalui pengajaran dan pembelajaran prosa tradisional. Menurut Prof. Madya Dr. Ishak Ramly (2003), isi kandungan pelajaran prosa tradisional lebih menumpukan kepada gaya bahasa dalam prosa lama dan peristiwaperistiwa yang mengandungi unsur-unsur nilai seperti hormat-menghormati, taat setia, kejujuran, kesederhanaan dan rendah diri, simpati patriotik dan lain-lain. Prosa tradisional mempunyai fungsi penggunaan bahasa indah yang tersendiri. Gaya bacaan prosa tradisional berbeza dengan gaya bacaan prosa moden. Prosa tradisionak harus dibaca dengan menggunakan penjedaan dan intonasi serta tekanan tinggi rendah suara. Contoh >>

2.3.2 Fungsi Penggunaan Bahasa yang Indah dalam Prosa Moden Hasil kesusasteraan mempunyai hubungan timbal balik dengan kebudayaan dan masyarakat sesuatu bangsa. Hasil sastera boleh menjadi cermin masyarakat sesuatu bangsa pada satu-satu ketika tertentu. (A. Wahab Ali, 2004:13). Penggunaan bahasa yang indah merupakan salah satu komponen yang dapat menggambarkan budaya dan peradaban suatu masyarakat dalam karya kesusasteraan, contohnya prosa tradisional dan moden.

Seperti prosa tradisional, penggunaan bahasa yang indah dalam prosa moden turut memainkan peranan yang besar dalam membentuk kemahiran berbahasa,

sekiranya komponen sastera diterapkan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Menurut Ishak (2003), prosa moden seperti drama dapat membawa beberapa perkembangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera, antaranya: Menumpukan perhatian kepada kemahiran bertutur dan mendengar sesuatu bahasa; lebih-lebih lagi cara berinteraksi dalam kalangan murid. Murid-murid terdedah kepada segala peluang yang ada untuk penggunaan bahasa secara kreatif dan imaginatif boleh didapati melalui drama, menulis cerita, membuat cerita lakonan, membuat peranan lakonan dan aktiviti-aktiviti lain yang berhubungan.

Keterampilan bahasa dan berbahasa melalui drama dapat dilihat melalui dialog atau kata bual yang dituturkan oleh pelakon dapat dikesan berbagai-bagai perkara antaranya, pelakon atau watak dalam drama melahirkan isi hati atau fikiran dalamannya. (Ishak Ramly, 2003:167). Dalam drama kanak-kanak, dialog akan membantu murid membuat tanggapan terhadap sesuatu watak melalui penggunaan bahasa indah yang membolehkan kanakkanak membayangkan atau berimaginasi berdasarkan tema drama yang diajarkan. Selain itu, fungsi penggunaan bahasa yang indah dalam drama selain daripada melatih murid melibatkan diri secara terus melalui penuturan bahasa (dialog), penggunaan bahasa juga membantu membuat gerak-geri yang dirancang, melahirkan emosi yang sesuai dan aspek-aspek lain yang dapat membuatkan mereka mempelajari tindak-tanduk manusia.

Anda mungkin juga menyukai