Anda di halaman 1dari 16

Kepentingan Sumber Sejarah kepada Penulisan Sejarah Perkataan Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang

bermaksud Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani iaitu Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian. Pelbagai pandangan atau pengertian yang telah diberikan mengenai definisi sejarah.

Mengikut pandangan "Bapa Sejarah Herodotus, 1Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan

persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku.

Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yangbenar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku. 2Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan
1

Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah, hlm. 7-8

Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Ibid., hlm.50. 1|Muka surat

datang menjadi lebih cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.

Sejarah merupakan istilah generik untuk maklumat masa yang lalu seperti "sejarah geologi bumi". Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan mengenai masyarakat yang lalu. Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.Sejarah merupakan koleksi maklumat ataupun fakta masa lalu. Apabila digunakan sebagai nama bidang pengajian, sejarah merujuk kepada penyelidikan dan tafsiran rekod-rekod masyarakat manusia. Istilah "sejarah" berasal daripada bahasa Greek yang membawa maksud pemerian penyelidikan, dan mempunyai etimologi yang sama dengan perkataan bahasa Inggeris, "story" (cerita).

Ensiklopedia Britannica 1911 mengatakan bahawa dari segi amnya, sejarah adalah kesemua yang terjadi, bukan sahaja mengenai fenomena terhadap hidup manusia, bahkan juga dengan alam semula jadi. Hal ini merangkumi segala yang mengalami perubahan, dan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh sains moden, kesemua alam semesta dan setiap bahagiannya mempunyai sejarah masing-masing kerana tiada sesuatu yang benar-benar tidak
2|Muka surat

berubah-ubah. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, Sejarah merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau, Sejarah juga adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.

Pengertian Sumber Sejarah

Sejarah sebagai peristiwa yang terjadi pada masa lampau, dapat diungkap

kembali oleh para ahli sejarah berdasarkan sumber-sumber sejarah yang dapat ditemukan. Ahli-ahli sejarah memperoleh maklumat mereka daripada dua jenis sumber yang berbeza yang dikenali sebagai primer dan sekunder. Sumber

primer adalah sumber-sumber "first-hand", manakala sumber sekunder pula ialah sumber-sumber "second-hand". Contohnya, bayangkan ada satu kejadian nahas kereta. Huraian tentang nahas yang diberikan oleh seorang saksi kepada polis ialah suatu sumber primer kerana ia datang daripada seseorang yang betul-betul berada di sana pada waktu itu. Berita dalam akhbar pada hari berikutnya adalah satu sumber sekunder kerana pemberita yang menulis berita itu tidak betul-betul menyaksikannya. Pemberita itu mengetengahkan satu cara memahami nahas itu atau suatu tafsiran. Meskipun demikian, tidak semua peristiwa masa lampau dapat diungkap secara lengkap kerana dihadkan oleh sumber sejarah.

Dalam penulisan sejarah, peranan atau kewujudan sumber sejarah menjadi sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Sumber sejarah merupakan bahan utama yang
3

Gillbert J. Garrahgan,S.J., A guide to historical method,Jean Delangez (ed.) , S.J.

Fordham University Press, 1948, hlm. 3. 3|Muka surat

digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan subjek sejarah.


4

Sumber ini dapat diperolehi oleh seseorang dengan memanfaatkan muzium,

perpustakaan, arkib nasional, arkib daerah sebagai tempat untuk mendapatkan informasi yang berkaitan dengan subjek sejarah yang akan ditulis. Secara umumnya, sumber sejarah dibahagikan kepada dua iaitu, sumber primer dan sumber sekunder.

Sumber primer ialah sumber yang berkait langsung dengan peristiwa yang diceritakan. Sumber primer adalah menarik untuk dibaca kerana sifatnya yang memberikan kita pemahaman yang terus dari sumber asal, pemahaman seolah-olah anda berada di sana semasa lampau. Hal ini juga merupakan alat yang sangat penting bagi seorang ahli sejarah untuk membina suatu pemahaman tentang sesuatu peristiwa. Sumber primer berfungsi sebagai bukti yang ahli-ahli sejarah gunakan dalam membina satu tafsiran dan suatu hujah untuk menyokong tafsiran itu. Kegunaan sumber primer tidak hanya untuk menolong memahami sesuatu perkara yang telah berlaku dengan lebih baik, tetapi juga sebagai bukti apabila menjawab soalan-soalan dan membina hujah-hujah mengenai masa lampau Sumber primer ini boleh berbentuk kesaksian langsung dari pelaku sejarah (sumber lisan), dokumen-dokumen, naskah perjanjian, arkib (sumber tertulis), dan benda atau bangunan sejarah atau benda-benda arkeologi (sumber benda).

Dalam bidang sejarah, sumber primer dikenali dengan pelbagai nama seperti sumber awalan, sumber pertama, sumber utama dan sumber sezaman (first-hand sources). Bagi penyelidik sejarah yang dikenali sebagai Louis Gottschalk dalambukunya Understanding
4

Muhd.Yusof Ibrahim,1986, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.6. 4|Muka surat

Teori dan

History: A Primer of Historical Method, beliau menyifatkan sumber primer sebagai sumber yang diperoleh daripada saksi utama berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Sumber primer tidak "bercakap" dengan sendiri. Oleh sebab itu, sumber ini mesti ditafsirkan. Dengan itu, kita tidak boleh selalu memahami serta-merta tentang apa yang satu sumber primer itu maksudkan, terutama jika sumber tersebut datang daripada suatu budaya yang sangat berbeza daripada budaya kita sendiri. Oleh sebab itu, kita perlu cuba memahami apa yang dimaksudkan dan digambarkan oleh sumber itu tentang masa lampau. Sumber lisan adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperolehi secara langsung dari para pelaku atau saksi peristiwa tersebut. Misalnya, keterangan yang diberikan oleh orang-orang yang mengalami sendiri atau menyaksikan terjadinya sesuatu peristiwa. Sumber tulisan adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh melalui prasasti, dokumen, naskah, dan rekaman suatu kejadian. Sumber tertulis merupakan sumber sejarah yang paling baik. Sumber benda adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh melalui benda-benda peninggalan. Fosil, alat-alat atau benda-benda budaya (kapak, tombak, gerabah, perhiasan, manik-manik, dan sebagainya), tugu peringatan, bangunan, dan sebagainya merupakan peninggalan sejarah yang sangat penting, terutama bagi masyarakat pra-tulisan.

Sumber primer boleh ditemui di beberapa lokasi atau dalam simpanan orangorang yang tertentu. Bagi tujuan penyelidikan dalam bidang sejarah sudah tentusumber primer menjadi rujukan utama kepada penyelidik sejarah. Penyelidik sejarah akan cuba untuk mengesan sumber primer untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian mereka. Penyelidik sejarah akan mencari sumber primer seperti surat-surat tulisan tangan, fail dan rekod kerajaan ataupun laporan-laporan
5|Muka surat

tahunan sama ada yang disimpan secara rasmi di Arkib Negara Malaysia atau arkib luar negara. Selain itu, terdapat juga sumber primer disimpan oleh individu ataupun orang perseorangan yang memiliki dan mewarisi dokumen-dokumen penting tersebut. Bagi memperoleh sumber primer yang bersifat sedemikian, penyelidik sejarah perlu mendapat kerjasama daripada penyimpan dokumen tersebut untuk membuat rujukan. Berbanding dengan sumber primer yang disimpan baik di Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan Perpustakaan-perpustakaan Negeri, bahanbahan tersebut boleh dirujuk oleh pengkaji-pengkaji tanpa banyak prosedur. Namun begitu, terdapat juga fail dan rekod kerajaan yang berstatus sulit masih tidak boleh dirujuk walaupun telah melebihi tempoh 25 tahun kerana faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Sebagai contohnya, fail-fail yang melibatkan status sulit yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia terutamanya Peristiwa 13 Mei 1969.

Pengkaji-pengkaji yang ingin merujuk fail dan rekod kementerian atau jabatan kerajaan perlu juga mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkenaan dengan menyatakan tujuan penyelidikan dijalankan. 5Satu lagi bentuk sumber primer yang kurang dirujuk oleh penyelidik sejarah ialah sumber arkeologi yang khusus dirujuk oleh ahli arkeologi. Perkara ini berlaku kerana ahli arkeologi merujuk kepada sumber arkeologi berbentuk artifak-artifak sejarah seperti jumpaan manik, serpihan tembikar, runtuhan candi, inskripsi di tapak-tapak arkeologi, manakala penyelidik sejarah lebih banyak merujuk kepada sumber bertulis. Namun demikian, sumber arkeologi ini masih dianggap penting kerana dapat memberikan petunjuk kepada asal usul sesuatu tamadun manusia dan sesebuah kerajaan pada zaman dahulu. Walaupun sumber arkeologi berfungsi secara khusus kepada bidang arkeologi
5

R. Suntralingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Merican and Sons,Sdn.Bhd,Kuala

Lumpur,1985,hlm.58 6|Muka surat

semata-mata, sumber arkeologi juga boleh ditafsir oleh penyelidik sejarah dengan melihat kepada signifikan jumpaan-jumpaan artifak tersebut kepada sejarah sesebuah tamadun manusia. Misalnya mengaitkan jumpaan ribuan manik di Sungai Mas, Kedah dengan aktiviti perdagangan dan teknologi pembuatan manik yang dimiliki oleh masyarakatpada ketika itu yang begitu tinggi.

Penyelidik sejarah perlu melakukan kajian demi kajian terhadap jenis-jenis sumber primer yang akan mereka gunakan. Penyelidik sejarah perlu mengenal pasti lokasi dan simpanan sumber-sumber tersebut supaya memudahkan mereka membuat rujukan seterusnya. Setelah berjaya mengesan sumber primer tersebut, penyelidik sejarah perlu menentukan adakah sumber yang diperoleh adalah asli ataupun telah mengalami proses tafsiran sebelumnya oleh pengkaji yang terdahulu. Seorang penyelidik sejarah yang mahir dalam bidang penyelidikan akan menggunakan metod yang betul dalam bidang penyelidikan sejarah. Sumbersumber primer yang diperoleh akan melalui proses pembacaan dan tafsiran yang teliti oleh penyelidik sejarah. Pada peringkat ini, mereka akan membuat analisis sumber dari pelbagai sudut dengan merujuk kepada bilakah sumber itu dihasilkan, di manakah sumber dihasilkan dan siapakah yang menghasilkan sumber tersebut.

Penyelidik sejarah yang bertanggungjawab akan memeriksa sumber-sumber tersebut dan mengambil kira terhadap semua kritikan dan pandangan yang dibuat. Usaha penyelidik sejarah untuk menggunakan sumber primer akan terhalang jika sumber tersebut sukar didapati dan sukar untuk ditafsirkan. Kesukaran untuk mendapatkan sumber primer disebabkan pelbagai aspek seperti pemilik enggan bekerjasama untuk memberi kebenaran kepada pengkaji untuk merujuk sumber
7|Muka surat

tersebut, status dokumen sulit menyebabkan dokumen tersebut disekat oleh pihak yang menyimpannya seperti Arkib Negara kerana takut disalahgunakan, sumber primer yang telah mengalami kerosakan fizikal yang begitu teruk menyebabkan pengkaji gagal membaca isi kandungan dokumen-dokumen tersebut, dokumen ditulis dalam tulisan yang tidak boleh dibaca oleh pengkaji misalnya dalam Sanskrit, Jawa kuno, Belanda, Portugis dan sebagainya. Perkara-perkara ini akan menghalang usaha pengkaji untuk menggunakan dokumen-dokumen tersebut sebagai bahan rujukan utama.

Setelah penyelidik sejarah berjaya menemukan sumber-sumber primer tersebut tugas seterusnya ialah melakukan proses tafsiran ke atas sumber-sumber tersebut. Sumber primer yang ditemui tidak akan bermakna sekiranya penyelidik sejarah gagal memberikan tafsiran yang tepat tentang sumber tersebut. Penyelidik sejarah perlu membaca satu persatu sumber primer tersebut dan mentafsirnya supaya dapat menjelaskan maksud yang terkandung di sebalik sumber primer tersebut. Ini kerana sifat sumber primer yang sukar untuk dikenal pasti disebabkan oleh perbezaan faktor masa dan budaya pada zaman lampau.

Sifat sumber primer yang sukar dikenal pasti, tidak terkumpul dan tersusun menyebabkan anda menghadapi masalah untuk merujuk sumber tersebut. Kebanyakan sumber primer seperti dokumen, tersimpan di dalam fail, kotak,bilik gelap dan gedung. Keadaan ini menyukarkan lagi anda untuk mengesan dimanakah letaknya sumber-sumber tersebut semasa menjalankan penyelidikan. Masalah ini menyebabkan banyak masa diperuntukkan oleh penyelidik sejarah bagi mengesan sumber primer tersebut. Usaha penyelidik sejarah untuk mengesan sumber secara
8|Muka surat

berterusan adalah amat penting bagi menjalankan penyelidikan secara berterusan. Kegagalan penyelidik sejarah mengesan sumber primer di tempat-tempat itu menyebabkan penyelidikan yang dijalankan akan terganggu. Keadaan fizikal sumber primer telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi turut mengganggu usaha penyelidik sejarah untuk merujuk dan menggunakan sumber yang tepat dan sahih dari segi kebenarannya. Sumber primer yang bertulis seperti surat-surat tulisan tangan, perjanjian, dokumen peribadi yang disimpan terlalu lama akan

menyebabkan sumber-sumber itu mengalami kerosakan fizikal yang amat teruk. Selain itu, masalah juga timbul disebabkan oleh sifat sumber primer yang ditulis dalam keadaan cuai dengan banyak kesilapan dan kesalahan. Ini akan menghalang tugas penyelidik sejarah untuk mentafsir sumber primer berkenaan dalam keadaan yang sempurna. Penyelidik sejarah akan menghadapi masalah untuk membaca dan membuat tafsiran yang tepat ke atas sumber tersebut disebabkan masalah-masalah yang wujud. Ini menyebabkan minat penyelidik sejarah untuk merujuk sumber primer akan berkurangan kerana menghadapi masalah-masalah yang dinyatakan diatas.

Apabila penyelidik sejarah gagal menggunakan sumber primer dengan efisien, maka mereka akan beralih arah dengan merujuk sumber sekunder sebagai bahan rujukan utama yang banyak terdapat dan mudah diperolehi. Sikap penyelidik sejarah yang sedemikian akan menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk mengesan dan mencari sumber primer yang terdapat di arkib,perpustakaan mahupun muzium. Masalah juga akan timbul apabila penyelidik sejarah merujuk kepada sumber sekunder yang telah berubah daripada bentuk asal yang telah mengamali proses tafsiran yang awal. Penyelidik sejarah tidak boleh bersikap putus

9|Muka surat

asa apabila gagal merujuk kepada sumber primer sedangkan masih banyak lagi sumber primer yang boleh dikesan dan dirujuk yang masih belum dikaji.

Penggunaan sumber primer secara efisien dalam bidang penyelidikan sejarah memberikan banyak kelebihan kepada penyelidik sejarah. Kepentingan sumber primer dapat dilihat dari segi kebenaran Sejarah iaitu penggunaan sumber primer yang berkesan oleh penyelidik sejarah dapat menjelaskan tentang aspek kebenaran dari sudut kesahihan (validity), boleh dipercayai (reliability) dan mutlak (absolute) dalam bidang sejarah. Selain itu, hasil yang berkualiti iaitu penyelidikan dan penulisan sejarah yang banyak menggunakan sumber primer akan dapat menghasilkan bentuk-bentuk kajian dan penulisan yang berkualiti.

Kajian yang terhasil sukar untuk dipertikaikan kerana penyelidik sejarah berjaya merujuk sumber primer sebagai bahan rujukan utama. Kepentingan lain pula dari segi mengelak kesilapan fakta bermaksud penyelidikan dan penulisan yang berkualiti akan dapat mengelak kesilapan fakta-fakta sejarah yang dihasilkan oleh penyelidik sejarah. Rujukan Utama iaitu penulisan sejarah yang berlandaskan sumber primer akan dijadikan sebagai bahan rujukan utama dalam penyelidikan sejarah seterusnya oleh penyelidik sejarah yang lain. Manakala bukti Sejarah membawa maksud sumber primer berfungsi sebagai bukti sejarah yang kukuh dan sukar untuk dipertikaikan setelah ditafsir oleh penyelidik sejarah.

Sumber sekunder merupakan dokumen yang disusun dan diterbitkan semula d a l a m b e n t u k y a n g b e r l a i n a n b e r d a s a r k a n d o k u me n d a r i s u m b e r p r i me r . K i t a t e l a h mengetahui bahawa data sekunder adalah data sedia
10 | M u k a s u r a t

ada. Ia terdiri daripada buku-buku

statistik, penerbitan oleh kerajaan, swasta

atau persendirian, data sedia ada dari penyelidik t e r d a h u l u s e r t a r e k o d r e k o d d i p e r p u s t a k a a n a t a u l a ma n - l a ma n w e b d a l a m i n d u s t r i teknologi maklumat terkini. Data sekunder adalah data yang dikutip bukan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam tangan tetapi untuk tujuan sebaliknya. Ciri-ciri yang dapat didalam sumber sekunder ialah ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru; ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses dan ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan, atau pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini samada ianya berwibawa atau berat sebelah atau condong kearah tertentu (bias).Kita boleh bahagikan data sekunder kepada dua jenis iaitu data sekunder dalaman dan data sekunder luaran.

Data dalaman adalah data yang diperolehi dari dalam organisasi di mana penyelidikan dijalankan. Data-data ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan yang akan datang. Antara maklumat yang boleh diperolehi dari sumber

dalaman adalah nama dan lokasi pelanggan, produk/perkhidmatan yang dijual, volum transaksi yang telibat, terma jualan, diskaun yang diberikan, syarat bayaran, cara kutipan dan sebagainya. Data Sekunder luaran adalah data-data yang diperolehi dari luar organisasi. Misalnya, maklumat bercetak yang diperolehi dari firma-firma lain samada kerajaan atau swasta, panduandan informasi pemasaran oleh agensi tertentu dan pencarian data melalui komputer/internet. Contoh sumbersumber sekunder ialah terbitan berkala /Terbitan bersiri /Jurnal (yang memberi
11 | M u k a s u r a t

laporan tentang perkembangan sumber primer), perkhidmatan indeks dan abstraks, ulasan (Reviews) dan buku teks/Monograf.

Ahli sejarah mendapatkan maklumat mengenai masa lampau daripada pelbagai sumber, seperti catatan yang ditulis atau dicetak, mata wang atau benda bersejarah lainnya, bangunan dan monumen, serta dari wawancara (yang sering disebut sebagai "sejarah penceritaan", ataupun oral history dalam Bahasa Inggeris. Untuk sejarah moden, sumber-sumber utama maklumat sejarah adalah: foto, gambar bergerak (misalnya: film layar lebar), audio, dan rakaman video. Tidak semua sumber-sumber ini boleh digunakan untuk kajian sejarah, kerana bergantung kepada bahan yang hendak diteliti atau dipelajari.

Penelitian sejarah juga bergantung pada historiografi, atau cara pandang sejarah, yang berbeza satu dengan yang lainnya. Ada banyak alasan mengapa orang menyimpan dan menjaga catatan sejarah, termasuk alasan pentadbiran (contohnya: keperluan bancian, rekod cukai, dan nota perdagangan), alasan politik (guna memberi pujian atau kritik tentang pemimpin negara, ahli politik, atau orangorang penting), alasan keagamaan, kesenian, pencapaian sukan (misalnya: rekod Olimpik), nota keturunan (genealogi), nota peribadi (misalnya surat-menyurat), dan hiburan. Namun dalam penulisan sejarah, sumber-sumber tersebut perlu dipilih-pilih. Kaedah ini disebut dengan kritik sumber. Kritik sumber dibahagi menjadi dua, iaitu luaran dan dalaman. Kritik luaran adalah kritik yang pertama kali harus dilakukan oleh sejarahwan pada permulaan dia menulis karyanya, terutama jika sumber sejarah tersebut berupa benda. Iaitu dengan melihat validisasi bentuk fizikal karya tersebut, mulai dari bentuk, warna dan apa sahaja yang boleh dilihat secara fizikal.
12 | M u k a s u r a t

Sedang kritik dalaman adalah kritik yang dilihat daripada kandungan sumber tersebut, apakah boleh dipertanggungjawabkan atau tidak. Wawancara juga dipakai sebagai sumber sejarah. Namun perlu pula sejarahwan bertindak kritis baik dalam pemilihan sumber sampai dengan terjemahan kepada bentuk digital atau tulisan. Satu tafsiran ialah bagaimana seorang ahli sejarah memberi makna kepada sesetengah bahagian daripada masa lampau (makes sense of some part of the past). Seperti sebuah cerita yang bagus, sejarah yang ditulis dengan baik mendedahkan tidak hanya masa lampau tetapi sesuatu mengenai masa kini juga. Ahli-ahli sejarah yang hebat menolong kita melihat aspek-aspek masa lampau dan mengenai keadaan manusia yang kita tidak akan dapat temui sendiri.

Sesetengah fakta adalah "ambiguous". Ahli-ahli sejarah menanyakan persoalan-persoalan yang berbeza mengenai masa lampau. Ahli-ahli sejarah mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan sampai kepada bahan-bahan dengan kepercayaan yang berbeza mengenai dunia (Historians have different values and come to the material with different beliefs aboutthe world). Untuk alasan ini atau lainlain alasan, ahli-ahli sejarah kerap tiba pada tafsiran yang berbeza mengenai peristiwa yang sama. Misalnya, ramai ahli sejarah melihat Revolusi Perancis (the French Revolution) sebagai hasil daripada kepercayaan kepada kebebasan (liberty) dan persamaan (equality); ahli sejarah lain melihat Revolusi Perancis sebagai hasil daripada tuntutan-tuntutan ekonomi daripada satu kelas menengah yang sedang bangkit. Oleh itu, adalah penting untuk dapat menilai tafsiran seorang ahli sejarah secara kritis.

13 | M u k a s u r a t

Penulisan sejarah yang baik mesti melalui prosedur pengenalan, bidang penyelidikan, tajuk penyelidikan, kajian perpustakaan mengenai bidang kajian dan prosedur yang terakhir adalah tujuan kajian. Apabila ahli sejarah hendak

menjelaskan kronologi sesuatu peristiwa sejarah menerusi kronologi, mereka memerlukan sumber yang betul dan tepat. Maka, dengan adanya sumber-sumber barulah dapat memberikan ahli sejarah gambaran yang tepat bagaimana peristiwa terjadi dan ini akan memudahakan mereka untuk membuat penulisan sejarah. Oleh yang demikian, sumber memang memainkan peranan yang amat penting dalam penulisan sejarah.

Kepentingan sumber adalah kepentingan yang asasi. Hal ini kerana sumber bagi penulisan sejarah berbeza dengan penulisan karya kreatif. Sumber adalah sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber sejarawan tidak dapat menghasilkan pensejarahannya. Sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan serta

memastikan sumbernya.

Kepada sumberlah seseorang

sejarawan berharap akan dapat

bergantung

untuk menghasilkan penulisannya. Sejarawan juga bergantung kepada sumber untuk mendapatkan faktanya iaitu salah satu daripada unsur yang akan memperkukuhkan kebenaran penulisannya. Bukti-bukti dan sumberTanpanya, kita akan

sumber sejarah adalah penting dalam penulisan sejarah. menemui banyak kesulitan untuk mengungkap

dan menulis sejarah secara benar

dan objektif. Ilmu sejarah tidak dapat berdiri tanpa bukti. Tanpa sumber-sumber maka tidak dapat diketahui sejarah ataupun kebenaran tersebut boleh dikatakan

14 | M u k a s u r a t

tidak kukuh. Oleh sebab itu, sumber sejarah dianggap penting dalam penulisan sejarah.

Bibliografi
15 | M u k a s u r a t

1.Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah, hlm. 7-82

2.Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Ibid., hlm.50.

3.Gillbert J. Garrahgan,S.J., A guide to historical method,Jean Delangez (ed.) , S.J.Fordham University Press, 1948, hlm. 3.

4. R. Suntralingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Merican and Sons,Sdn.Bhd,Kuala Lumpur,1985,hlm.58

5. Muhd.Yusof Ibrahim,1986, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur, hlm.6.

16 | M u k a s u r a t