Anda di halaman 1dari 48

2.

0 Masalah Matematik Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Kesukaran dalam membezakan nombor Kanak-kanak ini mengalami masalah dalam membezakan nombor yang kelihatan hampir sama dari segi bentuk atau rupa dan juga sebutan. Nombor yang agak mengelirukan mereka ialah nombor 6 dan 9, nombor 8 dan 0, nombor 3 dan 8.

Tidak faham konsep operasi dalam matematik. Kanak-kanak berkeperluan khas ini juga mempunyai masalah dalam memahami konsep operasi tambah, tolak, darab, bahagi dan sebagainya. Mereka juga tidak dapat memahami perkataan atau operasi yang sama atau sinonim seperti perkataan tambah ditukar kepada perkataan jumlahkan atau himpunkan. Perkataan tolak ditukar menjadi kurangkan,bagi darab diganti dengan perkataan gandakan. Bagi perkataan bahagi yang ditukar kepada pecahkan.

Keliru dengan urutan nombor seperti menaik dan menurun. Kanak-kanak ini juga sukar mengingat nombor-nombor yang terdapat dalam satu urutan sama ada urutan menaik atau menurun. Hal ini disebabkan mereka lemah dalam kemahiran mengingat susunan nombor. Ini ditambah pula dengan ketidakupayaan mereka untuk membaca dan menyusun nombor dengan betul.

Sukar dalam membezakan bentuk. Mereka sukar dalam membezakan bentuk. Masalah ini berkaitan dengan masalah pengamatan peglihatan mereka. Akibatnya, mereka akan mengambil jalan mudah dalam menyebut nombor tersebut tanpa berfikir panjang.

Tidak mahir dalam membezakan warna Mereka mengalami masalah dalam menamakan warna yang hampir-hampir sama. Antara warna yang sering mengelirukan mereka ialah merah dan oren serta hijau dan biru. Menurut kajian warna merah dan merah jambu terang tidak sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap kanak-kanak. Ini kerana warna ini akan menyebabkan gangguan pada penglihatan mereka.

Bermasalah dalam memahami konsep rumah dalam nombor yang melebihi 2 digit. Misalnya, apabila diberi nombor 3 digit misalnya, mereka tidak dapat menyatakan atau membezakan kedudukan bagi nombor tersebut. Disamping itu, mereka tidak tahu menamakan rumah nombor bagi digit yang terdapat dalam nombor tersebut.

Tidak memahami ayat matematik Kanak-kanak dengan masalah ini tidak dapat memahami soalan matematik yang berbentuk ayat. Bagi mereka soalan dalam bentuk ayat adalah sukar ditafsirkan maknanya. Ini disebabkan mereka mengalami masalah dalam membaca.

Tidak memahami konsep bentuk lazim Jika mereka diberi ayat matematik dan dikehendaki menukar ayat matematik tersebut dalam bentuk lazim mereka tidak dapat menukarkannya. Oleh itu mereka

tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dan seterusnya menunjukkan cara kerja bagi menyelesaikan masalah yang diberi.

Tidak mampu membezakan jarak dan ruang Kanak-kanak bisanya belajar melalui bermain dengan objek seperti periuk, kuali, objek yang boleh dimasukkan dalam sesuatu bekas. Tetapi bagi kanak-kanak ini mereka agak sukar dalam menentukan kedudukan sesuatu objek dan agak lemah dalam mengagak jarak. Walaubagaimanapun, ibubapa kepada kanak-kanak ini mendapati kanak-kanak dengan masalah matematik ini tidak seronok bermain dengan bongkah, puzzle, model, atau blok-blok binaan. Kanak-kanak dengan masalah ini akan ketinggalan pengalaman penting dalam belajar nombor. Konsep seperti atas-bawah, permulaan-tamat, luar-dalam, tinggi-rendah, jauh-dekat amat mengelirukan kanak-kanak dengan masalah matematik ini. Gangguan dalam masalah membezakan jarak dan ruang juga ada kaitannya dengan memahami kesuluruhan sistem nombor. Sebagai contoh apabila mereka diminta melukis gambar manusia mereka akan melukis bahagian badan yang tidak berkaitan atau tidak kena pada tempatnya. Antara kemungkinan lukisan yang akan dilukis ialah sepasang kaki akan dilukis pada bahagian tepi muka atau lukisan manusia tanpa anggota badan sama sekali.

Gangguan dalam motor-visual dan kemampuan persepsi visual Murid dengan masalah matematik kadang kala mengalami kesukaran dalam menjalankan aktiviti yang melibatkan motor visual dan kemampuan persepsi visual. Sesetengah kanak-kanak ini tidak boleh mengira objek dalam satu siri susunan dengan menunjuk objek tersebut sambil menyebut nombor satu, dua , tiga, empat, lima dan seterusnya. Memahami merupakan kemahiran awal dalam neuromotor dan perkembangan persepsi daripada terus merujuk kepada objek. Menurut Bley dan Thornton, 1989 ;Thornton, Jones, dan Toohey, 1983 terdapat sesetengah murid yang tidak dapat mengecam atau mengenali set objek atau objek yang terdapat dalam satu kumpulan. Ketika ingin menambah satu set objek dengan
3

bilangan 4 dengan satu set objek dengan bilangan 5, mereka tetap akan mengira objek tersebut satu persatu untuk mengatahui jumlah dua set objek tersebut.

Masalah bahasa dan membaca Konsep awal kuantiti dapat dirujuk kepada penggunaan bahasa seperti itu sahaja, lebih, besar dan sedikit. Sesetengah murid dengan masalah matematik mempunyai penguasaan bahasa pertuturan yang tinggi dan kadangkala akan menjadi pembaca yang hebat. Bagaimanapun masalah matematik ini akan menjadi lebih teruk akibat bahasa oral dan kekurangan atau kelemahan dalam membaca. Masalah bahasa mereka akan menyebabkan mereka keliru dengan istilah tambah, tolak, pinjam dan rumah tempat.

Lemah dalam konsep arah dan masa Konsep asas masa biasanya diperlukan atau digunakan semasa zaman prasekolah. Perkataan seperti 10 minit lagi tinggal, dalam setengah jam, nanti kebiasaannya menjadi kosa kata yang melibatkan konsep masa yang biasa digunakan oleh muridmurid di prasekolah. Setelah melepasi zaman prasekolah mereka akan menggantikan perkataan setengah jam kepada minit yang terdekat. Namun begitu kanak-kanak dengan masalah matematik mempunyai masalah dalam memahami konsep masa dan arah.

Oleh itu, mereka sering sesat ketika ingin mencari jalan pulang ke rumah daripada sekolah atau tidak mampu mencari jalan untuk ke rumah rakannuya. Mereka juga lupa dengan konsep masa seperti pagi atau tengah hari dan akibatnya mereka akan pulang ke rumah ketika waktu rehat, dan mereka menganggap waktu persekolahan telah tamat. Mereka tidak tahu menentukan masa yang diperlukan dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Masalah ingatan

Fakta komputasi seperti penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian harus diingati bagi menjadikan pembelajaran matematik lebih berkesan. Murid dengan masalah ingatan yang teruk kebiasaannya memahami konsep komputasi tetapi mereka tidak memahami sistem nombor di sebalik komputasi tersebut. Ingatan dari penglihatan juga amat penting bagi murid dewasa mempelajari geometri dimana ia menuntut mereka untuk mengingat pelbagai bentuk geometri dan bilangan sisi yang terdapat dalam bentuk

Kekurangan strategi pembelajaran matematik Sesetengah masalah matematik berpunca daripada kekurangan dalam penggunaan strategi yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah. Murid memerlukan strategi yang sesuai bagi memahami masalah, mengetahui apa kehendak soalan dan membuat keputusan terhadap kaedah yang sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah. Kajian menunjukkan murid dengan masalah pembelajaran kebiasannya tidak menggunakan sebarang strategi atau mereka memilih strategi yang salah. Terdapat segelintir murid yang lambat dalam dalam perkembangan dan mengaplikasikan strategi dalam mengingat dan mendapatkan semua maklumat, tetapi mereka mampu memperolehi dan menggunakan strategi pembelajaran matematik jika mereka dibekalkan dengan arahan yang betul.

Anxiety (kerisauan) Anxiety merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatkan perasaan trauma mahupun risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau. Contonhya, mereka akan merasa risau apabila melihat angka-angka. Antara ciri-ciri gangguan masalah anxiety ialah: a) Kognitif Rasa takut pada perkara yang tidak pasti

b) Somatik Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang dirasakan boleh mengancam keselamatannya. Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh serta sistem pencernaan terganggu.

c) Emosi Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci

d) Tingkahlaku Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca anxiety Tidak dapat mengawal diri

Disleksia
6

Disleksia merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis. Dibawah merupakan ciri-ciri murid dengan masalah disleksia: a) Pendengaran Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf Payah menyebut huruf m dan n

b) Pertuturan dan penulisan Kesalahan mengeja perkataan. Sebagai contoh perkataan magic dieja sebagai mjc Susunan huruf terbalik. Contohnya mengeja does sebagai dose Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama. Contohnya should sebagai shud Kesalahan/ kurang tepat sebutan Tidak lancer, tersekat atau gagap

Mathophopia (math anxiety) Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi keupayaanya dalam matematik. Ciri-ciri gangguan bagi masalah ini ialah:

a) Tidak suka matematik b) Berasa tidak pasti /kurang yakin


7

c) Pencapaian lemah d) Kekurangan minat e) Sikap tidak ambil peduli

Diskalkulia

Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara normal. Ciri-ciri gangguan diskalkulia ialah:

a) Pengiraan Sukar mempelajari dan mengingat nombor Sukar memahami konsep nombor

b) Membaca dan menulis nombor Terkeliru nombor 12 dengan 21 Salah membaca nombor 5004 dibaca dengan 504

c) Arah Sukar memahami arah kiri atau kanan Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta

3.0 Punca Masalah Matematik di Kalangan Murid Bekeperluan Khas

Kebanyakan simptom masalah pembelajaran merupakan punca kepada masalah Matematik di kalangan murid pendidikan khas. Antara punca kepada masalah matematik dalam kalangan murid bekeperluan khas adalah seperti berikut:

1. Sekolah
9

a)

Pihak pentadbir Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas PKBP Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid PKBP sebaliknya menumpu kepada murid UPSR

b)

Kelas PKBP Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan

2. Guru Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia ada murid, tiada aktiviti pengukuhan Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai Emosi guru garang, tidak sabar Kurang prihatin Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul Guru kurang berminat Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara individu Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan

3. Ibu Bapa Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku, dan sebagainya Tidak memberi dorongan Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak Sibuk dengan hal sosioekonomi Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak

10

4. Murid a. Masalah kurang kecerdasan @ mental Warisan daripada genetik ibu bapa Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan Kekurangan makanan yang berzat

b. Faktor sikap o Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai tidak berminat

c. Faktor Masalah pengamatan Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor

d. Faktor fizikal o Makanan yang tidak berzat o Murid cepat letih tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah o Keletihan o Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik o Berpenyakit - kerap tidak hadir ketinggalan dalam pelajaran

e. Tidak boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa Inggeris

f.

Penempatan murid yang tidak sesuai Disleksia, slow learner dan sebagainya
11

5. FAKTOR LAIN Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar Sukatan Pelajaran yang terlalu umum Persekitaran P & P yang tidak ceria

4.0 Strategi Menangani Masalah Matematik Dalam Kalangan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Beri murid persediaan dalam pembelajaran matematik Adalah penting bagi para guru untuk mengetahui sebanyak mana tahap pencapaian murid-murid bagi memastikan murid telah betul-betul bersedia dengan apa yang bakal dipelajari kelak. Masa dan usaha perlu ditanamkan dalam membina asas yang
12

kukuh bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak seperti seorang murid mencuba untuk beralih kepada kemahiran yang lebih tinggi dan sesuatu yang lebih abstrak dalam proses matematik. a) Berikut adalah asas pembelajaran dalam mempelajari nombor-nombor asas mengikut Bley & Thornton, 1989. Tambahan lagi mengikut mereka, jika mereka kekurangan asas pembelajaran dalam mengenali nombor asas mereka perlu diajar mengenai: i. ii. iii. iv. Memadankan (konsep sama dan mengelaskan objek) Mengenali sekumpulan objek Mengira (memadankan nombor dengan nombor) Menamakan nombor (boleh menyatakan bahawa nombor 7 datang selepas nombor 8) v. Menulis nombor 1 hingga 10 (menulis nombor dalam susunan yang betul, dapat menulis nombor dengan urutan menaik dan menurun) vi. vii. viii. Mengukur dan memadankan (megagak, memadankan objek) Operasi (boleh menamakan nombor 10 tanpa merujuk kepada objek) Sistem perpuluhan ( mempelajari sistem titik perpuluhan)

Mulakan pengajaran dengan sesuatu yang konkrit kepada abstrak

13

Murid akan lebih memahami konsep matematik apabila guru mengajar sesuatu konsep itu dengan sesuatu yang konkrit kepada abstrak. Seorang guru harus merancang 3 peringkat penyampaian arahan iatu: i. Peringkat konkrit Menggunakan objek sebenar dalam mengajar sesuatu kemahiran. Objek yang digunakan mestilah seuatu yang boleh dilihat, dirasa. ii. Peringkat separa konkrit Persembahan grafik boleh digunakan dalam memberi arahan pada peringkat ini untuk menggantikan penggunaan objek sebenar Sebagai contoh bentuk bulat melambangkan objek dalam bayangan daripada lembara kerja.

+
iii. Peringkat abstrak Pada peringkat ini nombor

digunakan

sepenuhnya

untuk

menggantikan bentuk grafik .

2+3=5

Menyediakan peluang untuk membuat latihan dan ulang kaji Murid memerlukan banyak masa untuk membuat ulangkaji, latih tubi latihan untuk mempelajari konsep matematik, sehingga mereka mampu menggunakan konsep ini secara langsung.Terdapat banyak cara untuk menjalankan latihan ini dan para guru perlu mempelbagaikan kaedah sekerap yang mungkin sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Teknik-teknik yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan lembaran kerja, kad imbasan, permainan, teknik pengurusan tingkahlaku seperti (pemberian ganjaran pada tugasan yang dapat diselesaikan).

14

Ajar murid untuk membuat kesimpulan umum terhadap situasi baru Murid harus belajar membuat kesimpulan tentang banyak situasi. mereka boleh menggunakan fakta komputasi Sebagai contoh

(pecongakan / kiraan) terhadap

pelbagai soalan yang bermasalah yang dibina oleh guru atau murid dan diubah. Sasaran adalah untuk memperoleh kemahiran mengenali konsep operasi komputasi (pecongakan/kiraan) dan gunakannya dalam pelbagai situasi.

Ajar kosakata yang terdapat dalam matematik Kosa kata dan konsep dalam matematik adalah baru bagi sesetengah murid, dan ia perlu dipelajari. Murid mungkin mengetahui operasi matematik tetapi mereka mungkin tidak mengetahui istilah yang tepat bagi operasi tersebut.

Mengambil berat tentang kelemahan dan kekuatan murid dalam Matematik. Sebelum menggunakan suatu teknik dalam mengajar Matematik, para

guru haruslah mengetahui kemampuan dan ketidakupayaan murid melalui tahap pencapaian dan hasil kerja yang melibatkan operasi yang ditunjukkan oleh murid.

Bina asas yang kukuh tentang konsep dan kemahiran dalam matematik Cara mengajar yang lemah akan membuatkan masalah Matematik murid menjadi

lebih teruk. Matapelajaran ini perlu diajar dengan menggunakan asas yang kukuh melalui pengukuhan terhadap konsep Matematik. Menurut Bereiter (1968) beliau mencadangkan beberapa garis panduan bagi membantu perkembangan murid dalam membina asas yang kukuh dalam pemikiran Matematik: i. Penekanan harus diberikan terhadap arahan dalam matematik. Arahan yang diberi adalah kepada menjawab soalan berbanding membuat sesuatu.

15

ii. Segala kosep yang dipelajari haruslah dapat diaplikasikan terhadap pelbagai jenis soalan dan aplikasi dengan pelbagai cara dalam mengendalikan masalah. iii. Arahan yang disampaikan haruslah lengkap dan jelas agar murid dapat menerima arahan yang mereka perlukan. Hal ini kerana sesetengah program matematik memerlukan masa yang singkat untuk latihan.

Elakkan murid daripada terlalu banyak mengingat. Guru harus menetapkan bilangan atau kuantiti latihan yang diberikan agar segala masalah dapat dikendalikan dengan mudah.

Menyediakan langkah berjaga-jaga dengan membuat pengulangan terhadap suatu topik setelah diajarkan selama sehari atau 2 hari.

Berikan latihan dalam kuantiti yang terkawal. Kuantiti latihan yang dibekalkan kepada murid haruslah dalam kuantiti yang terkawal bagi mengelakkan murid daripada mengamalkan atau melakukan sesuatu yang salah konsepnya.

Buat lakaran bagi soalan Bantu murid dalam memahami masalah matematik dengan menggunakan lakaran atau lukisan agar mereka mendapat gambaran tentang suatu soalan yang diajukan.

16

Beri masa tambahan kepada murid untuk memproses sebarang maklumat Masa tambahan harus diperuntukkan kepada murid bagi membantu murid memahami soalan yang diberi dalam bentuk visual (gambar, carta, graf dan sebagainya).

Gunakan lagu untuk membantu murid mengingat sesuatu konsep yang diajar. Cipta lagu berdasarkan tajuk yang diajar untuk membantu murid mengingat. Guna rentak lagu yang biasa didengar oleh murid kemudian ubah liriknya berdasarkan tajuk atau topik yang diajar. Berikan latihan interaktif dan intensif mengikut kesesuaian usia dalam bentuk permainan sebagai salah satu bahan yang dapat memotivasikan mereka. Cabar dan galakkan minda mereka untuk berfikir sesuatu yang sukar dimana ia berkaitan dengan masalah sebenar dalam kehidupan seharian mereka dan minta mereka mencari jalan penyelesaiannya. Gunakan alat manipulatif dan teknologi seperti pita perakam dan kalkulator bagi membantu murid-murid tersebut.

Integrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia dan diskalkulia. Kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi amat membantu kanak-kanak dengan masalah diskalkulia dan disleksia atau mana- kanak-kanak dengan masalah matematik untuk belajar seperti kanak-kanak normal lain. Menurut Thomas 1992, dan Florian 2004, ICT dapat meningkatkan motivasi, menerapkan rasa ingin bersaing terhadap diri sendiri dan juga dapat timbulkan rasa ingin bersaing. Kedua dua tokoh ini telah menyenaraikan 6 kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaran pembelajaran. Antara kelebihan tersebiuat ialah ia dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar, alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran,
17

alat untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara. Mengintegrasikan ICT dalam kalangan kanak-kanak pendidikan khas tidak hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan perisian khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT yang lain sepeti pembesar suara, projektor , joystick, capaian internet dan sebagainya. Perisian-perisian lain seperti Microsoft office word, Microsoft office excel, Microsoft office paint dan microsoft office power point juga turut membolehkan kanak-kanak ini belajar. Sebagai contoh perisian mudah yang memberi impak yang amat besar ialah perisian Microsoft office powerpoint kerana perisian ini member peluang kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik.

Menggunakan kaedah pelbagai deria Kaedah yang paling berkesan untuk mengajar matematik adalah dengan melibatkan pelbagai deria yang dikenali sebagai kaedah pelbagai deria (kaedah multi sensory). Kajian daripada The National Institute of Child Health and Human Development menunjukkan bahawa kaedah pelbagai deria adalah pendekatan yang paling berkesan untuk kanak-kanak yang menghapi masalah pembelajaran. Menggunakan kaedah ini bermaksud membantu kanak-kanak tersebut belajar melalui lebih daripda satu deria terutamanya melalui sentuhan (touch) dan pergerakan (kinestetik). Kaedah ini dapat meransang pembelajaran kanak-kanak dan menggalakkan mereka menggunakan sebahagian atau kesemua deria untuk : i. ii. Mengumpul maklumat tentang suatu tugasan Melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikan masalah.

iii. Menghubungkan maklumat kepada idea yang mereka telah sedia ketahui dan fahami iv. Tap into non-verbal reasoning skill v. Memahami perhubungan di antara konsep
18

vi. Mempelajari maklumat dan menyimpannya untuk diingati pada masa akan datang.

Kaedah ini dapat membantu guru menyesuaikan gaya pembelajaran murid.Ia juga dapat meransang pembelajaran secara visual. Bahan visual yang mengandungi animasi yang menarik dan berwarna warni juga membolehkan murid memperolehi daya imaginasi yang yang tinggi sehingga dapat menggambarkan bentuk, ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan bahan visual ialah poster, model, filem, video, multi image media, penggunaan warna untuk memaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yang sesuai. Teknik yang melibatkan deria sentuhan juga dapat digunakan untuk mengajar muridmurid ini. Teknik ini dinamakan tactile method . melalui kaedah ini guru boleh menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk mewakilkan nilai nombor untuk mengajar kemahiran mengira, melakukan proses penambahan, penolakan, pembahagian dan pendaraban. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahanbahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan sebagainya untuk membina model terutamanya yang melibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub, kuboid, silinder, Kaedah pelbagai deria menggunakan pergerakan badan yang dinamakan kinestetik juga dapat digunakan. Ia merupakan kebolehan anggota badan dalam melakukan pergerakan hasil daripada penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan masalah. Sebagai contoh permainan yang melibatkan aktiviti mengira seperti permainan Ludo dan dam ular adalah sangat sesuai bagi memberi peluang kepada murid mengira tanpa merasa mereka dipaksa belajar.

Menggunakan kaedah eksperimen / kerja praktik Kaedah ini boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik.
19

Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kaedah ini telah digunakan secara meluas. Berikut adalah contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen: a) Menyukat air dengan menggunakan bekas dan silinder penyukat untuk mempelajari isipadu cecair b) Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali pecahan c) Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang berbagai saiz untuk menemui luas segiempat tepat. d) Mengagihkan sebilangan biji gula ke dalam beberapa bekas yang disediakan untuk memahami konsep bahagi dan purata.

Eksposisi atau direct instruction Satu kaedah dimana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering dinamakan sebagai systemic teaching, explicit instruction, explicit teaching, dan active teaching menurut Husen & Postlehwaite, 1970. Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan: a) Penerangan dan peghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar b) Demonstrasi cara melukis atau membuat sesuatu binaan geometri c) Penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah

Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan
20

sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ia perlu dirancang dengan teliti supaya perlaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.

Permainan dan simulasi

Permainan merupakan satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik menurut D Augustine, 1973 ;Sabel & Maletsky, 1972. Dengan bermain rasa bosan murid dapat dikurangkan khususnya semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan kepada prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan ataupun penyelesaian dalam rekreasi matematik.

Maths is more than rote memorization and practise. Maths is a creative activity, like drawing or writing or playing basketball. In fact, one of the best definitions of creativity that i have heard says thatncreativity is play (Flansburg, 1994:17)

21

5.0 Kaedah Pembelajaran Matematik Pendidikan Khas

Setiap guru mempunyai gaya dan teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima oleh guru tersebut. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara dan gaya penyampaian serta pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam P & P masih sama. Kaedah merujuk kepada tindakan guru yang bersistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran tertentu dalam jangka pendek. Ia juga cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkan susunan yang teliti dan rapi. Menurut Mok Soon Sang (1995), antara kaedah-kaedah pengajaran matematik yang perlu difahami dan dikuasai oleh guru adalah kaedah kerja praktik, kaedah penemuan, kaedah induksi dan deduksi. Walaupun begitu terdapat beberapa lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan pengajaran matematik pendidikan khas di dalam kelas. Manakala menurut Modul OUM HBSS 2203 (2009), terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik iaitu pendekatan berpusatkan
22

murid, pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru. Tetapi untuk pembelajaran pendidikan khas, di sini kita hanya akan membincangkan dua pendekatan sahaja iaitu pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Ini adalah kerana dalam matematik pendidikan khas, guru biasanya akan menjalankan pengajaran lebih kepada berpusatkan murid dan juga penggunaan bahan.

a. Pendekatan berpusatkan murid Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksi secara terkawal. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untuk menyuarakan pendapat (Modul OUM HBSL2203, 2009). Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini membolehkan guru membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktivitiaktiviti pemulihan. Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (DAgustine, 1973), permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti
23

dan memupuk minat murid terhadap matematik (http://mujahid.tripod.com). Ianya dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik. Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian. Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara lazimnya, tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan. Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk rekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yang mudah diingati oleh murid. Juga menjadi kelaziman seseorang, pengetahuan atau pembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati berbanding pembelajaran secara formal. Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada seorang murid yang memerlukan pemulihan untuk menggunakan bahasa yang biasa dengan mereka. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Murid juga akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Dalam masa yang sama guru mesti menyediakan bahan, situasi cerita yang boleh merangsang mereka bercerita dan berbincang samada dengan guru atau rakan. Ramai pakar pendidikan menyatakan bahawa jika menggunakan pengalaman sedia ada murid sesuatu pengajaran dan pembelajaran ia akan lebih berkesan. Bermula dengan pengalaman mereka, guru boleh membimbing murid mempelajari sesuatu konsep matematik dengan lebih baik dan berkesan. b. Pendekatan pemusatan bahan Penyampaian pengajaran dan pembelajaran matematik haruslah disertai dengan penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran murid ke arah zaman maklumat. Misalnya pada peringkat awal untuk
24

mengenal nombor, guru boleh menggunakan flash card sebagai bahan bantu yang ringkas (Modul OUM HBSS2203, 2009). Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web dalam pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru boleh memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian perhatian murid untuk mempelajari matematik. Guru juga boleh menggunakan laman web untuk mengakses permainan-permainan matematik secara online Selain itu guru boleh menggunakan model-model dan bahan-bahan maujud seperti kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk mengajar geometri dan bentuk benda. Murid juga digalakkan untuk membina bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid dari plastesin atau tanah liat. Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk overhead projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau CD yang dibeli oleh pihak sekolah sendiri. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar akan dapat meningkatkan minat murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran matematik untuk mempelajari matematik dengan lebih gigih lagi. Alat bantu mengajar tebahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Tujuan menggunakan bahan bantu belajar adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik.

Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran yang hendak diajar adalah seperti bahan bahan aktiviti, bahan kit bantu mengajar Matematik dan Set Permainan Matematik.
25

Contoh set permainan matematik ialah: Set permainan matematik Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik yang lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda yang tersembunyi. Menyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan keluar. Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar. Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid. Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor. Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Membentuk gambar daripada tangram. Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey) Jigsaw puzzle bernombor Boling nombor Roda impian Dart bermagnet Pancing ikan

Lisan

Latih tubi / congak

Bahan konkrit Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah

Antara kaedah lain yang boleh di lakukan ialah : 1. Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan
26

juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.

Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri.Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

2. Kaedah Konstruktivisme

27

Konstruktivisme bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivisme dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivisme yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.

Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan ( Discovery Learning) Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivism adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.

3. Teknik Pembelajaran Aktif


28

Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah konsep nombor yang dihadapi oleh murid ialah penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran dimana murid terlibat secara aktif seperti menulis dan berbincang bersama guru serta pergerakan yang melibatkan anggota badan. Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pembinaan konsep baru atau kemahiran penguasaan baru. Penglibatan aktif pelajar merupakan asas yang penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. Apabila guru mengajar murid membilang nombor, guru perlu libatkan pelajar dalam pembelajaran, contohnya, guru menyuruh murid mengira nombor yang ditulis atas papan hitam. Guru perlu menekankan pembelajaran berpusatkan murid supaya murid bertindak lebih aktif dalam pembelajaran dan mengelakkan rasa bosan terhadap pengajaran guru

4. Teknik latihan berterusan dan pelbagai Setelah guru mengajar murid mengenal dan menghafal nombor yang tertentu, murid perlu dilibatkan dengan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran ynag telah diajar. Penguasaan Matematik tidak hanya bergantung pada kefahaman konsep semata-mata sebaliknya latihan yang mencukupi perlu dilakukan oleh guru dari masa ke semasa sehingga murid mencapai kemahiran yang hendak diajar. Guru boleh memberikan lembaran kerja kepada murid untuk meningkatkan kemahiran murid dalam konsep mengenal nombor.Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan bahan bantu belajar untuk murid supaya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih mendalam lagi. Guru juga boleh membina bahan bantu mengajar yang
29

bersesuaian dengan mengaitkan dengan persekitaran murid, contohnya menggunakan bahan maujud, bahan 3D dan sebagainya.

6.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Kelas: 1 Bestari Matapelajaran: Matematik Tarikh: 7 September 2011 Masa: 8.45 pagi-9.45 pagi Bilangan murid: 5 orang Kumpulan 1 (sederhana): 3 orang (slow learner)
30

Kumpulan 2 (lemah): 2 orang (1 sindrom down, 1 hiperkatif) Tajuk: 3.0 Operasi Tambah Kemahiran: 3.1.1 Penyatuan dua kumpulan Hasil pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat: Kumpulan 1 (sederhana) 1) Menambah sebarang nombor 1 digit dengan 1 digit 2) Menjawab sekurang-kurangnya 4 daripda 5 soalan yang diberikan Kumpulan 2 (lemah) 1) Menyebut dan menunjukkan simbol tambah dengan betul 2) Menjawab sekurang-kurangnya 2 daripada 5 soalan yang diberikan

Pengetahuan sedia ada: Murid sudah mengenal nombor dalam lingkungan 1 hingga 20 Perentasan kurikulum: Bahasa Melayu, Kemahiran manipulatif Penerapan nilai: kerjasama, kerajinan, ketilitian Kecerdasan pelbagai: muzik, kinstetik, linguistik Terapi: motor halus, pertuturan BBB: bongkah dadu, lembaran kerja

Langkah Set induksi

Isi Kandungan Nyanyian

Aktiviti -Guru menyanyikan lagu yang mempunyai kaitan dengan konsep penambahan.

Catatan Teknik: Nyanyian

5 minit

Contoh lirik lagu: 1 tambah 1 sama dengan dua 2 tambah 1 ada tiga 3 tambah satu sama
31

-Murid menyanyi bersamasama guru.

Terapi: pertuturan

dengan empat 4 tambah satu ada lima

Langkah 1

Pengenalan tentang konsep tambah

15 minit Meneka benda di dalam balang/kotak

-Guru meletakkan 4 buah kotak di atas meja yang berisi beberapa jenis objek yang berlainan.

BBB: kotak/baling, kereta mainan, manik

-Murid diminta untuk meneka barang yang terdapat di dalam 4 buah kotak tersebut

-Murid diminta untuk mengelompokkan objek yang sama jenis dan murid mengira bilangan objek bersama-sama guru.

-Murid diperkenalkan konsep dan istilah tambah dengan menunjukkan penyatuan bagi 2 kumpulan. Langkah 2 Penyatuan 2 kumpulan -Murid diberikan beberapa batang ais krim dan kad nombor. Teknik: kuiz

20 minit -Guru akan membaling dadu dan murid diminta untuk menyebut nombor yang terdapat pada dadu.

Terapi: cara kerja

MI: kinestetik

32

-Murid akan mengambil bilangan batang ais krim mengikut nombor pada dadu yang dibaling oleh guru.

Nilai: kesungguhan

-Langkah 2 dan 3 diulang beberapa kali.

BBB: dadu, manik, kad nombor

Langkah 3

Latihan Pengukuhan

-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid

Teknik: latih tubi

15 minit Kumpulan lemah: -murid-murid dikehendaki untuk mengisi ruang kosong dengan nombor yang bersesuaian dan MI: logik menjumlahkannya dengan matematik bantuan gambar. Terapi: cara kerja

Kumpulan sederhana -Murid dikehendaki menjawab soalan yang berkaitan dengan operasi tambh yang diedarkan oleh guru.

BBB: lembaran kerja

Penutup 5 minit

Magic Show

Guru menunjukkan satu pertunjukkan magik kepada murid-murid.

BBB: duit syiling 20 sen

REFLEKSI GURU PELATIH:


Kekuatan :

33

Kelemahan:

Cadangan:

ULASAN PENSYARAH/ GURU PEMBIMBING:

Nama Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________________ Tandantangan / Tarikh : _____________________________________________

7.0 Laporan

Pada tugasan kali ini kami diminta menjalankan tugasan secara berpasangan. Tugasan yang perlu kami laksanaka ialah membina instrumen ujian diagnostik bagi menguji tahap pencapaian murid-murid berkeperluan khas. Oleh itu kami telah bersepakat untuk memilih tajuk 2.0 iaitu nombor bulat dalam lingkungan 10 untuk dijadikan tajuk soalan bagi ujian diagnostik kami. Kami telah menjalankan ujian diagnostic terhadap murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu pada 3 Ogos 2011. Murid yang kami pilih bernama Nurul Aslizai. Adik Nurul berusia 11 tahun dan berasal dari Batu Burok. Sepanjang pemerhatian kami terhadap adik Nurul, kami dapati dia telah mengenal nombor bulat 1- 10. Malah dia boleh menulis dan menyebut nombor dengan baik. Walaubagaimanapun, adik Nurul keliru dengan nombor urutan menaik dan menurun. Contohnya, selepas nombor 7, dia masih lagi menulis 7 bukannya 8. Hasil dari ujian tersebut, kami hanya dapat mengenalpasti satu kesilapan sahaja. Kami seharusnya menyediakan
34

pelbagai set ujian soalan diangnostik yang berlainan tajuk bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini. Dalam kes ini adik Nurul dapat menguasai tajuk 2.0 dengan baik. Dia seharusnya diuji dengan satu set ujian dengan tajuk yang lebih tinggi aras kesukarannya seperti ujian yang melibatkan tajuk wang, masa, operasi tambah atau tolak ada sebagainya. Setelah program ujian diagnostik selesai, kami dikehendaki untuk

menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Belajar(BBB) untuk subjek Matematik bagi persediaan macroteaching. Kami telah dinasihati oleh pensyarah pembimbing, iaitu Pn Maznah supaya ditingkatkan aras kemahiran yang hendak diajar. Oleh itu, kami telah memilih operasi tambah. Rentetan daripada itu kami dikehendaki membina set Bahan Bantu Belajar (BBB) yang berkaitan dengan tajuk yang telah kami pilih. Bahan bantu belajar yang dibina haruslah tahan lasak dan kukuh, kemas, berwarna-warni, menarik perhatian, saiz yang sesuai dengan bilangan murid-murid, konkrit, mudah dikendalikan, tidak mencederakan, dan sebagainya. Kami telah membina sebuah dadu daripada mounting board untuk dijadikan BBB kami. Bahan bantu belajar lain yang kami gunakan sbagai BBB kami ialah bahan-bahan maujud seperti pembaris, pengasah pensel, pemadam dan pensel. Kami juga menggunakan batang ais krim yang bewarna-warni. Pelaksanaan macroteaching baru-baru ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 7 September 2011. Program macroteaching tidak dapat dilaksanakan di SK Seri Budiman II kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanpun, program macroteaching yang diadakan barubaru ini telah berjalan dengan lancar. Setiap kumpulan diberikan satu kelas untuk mengajar yang terdiri daripada 5-6 orang murid. Kumpulan saya telah memperoleh murid-murid pendidikan khas dari kumpulan empat. Menurut guru-guru yang mengajar kelas 4, murid-murid di dalam kelas 4 memiliki tahap pencapaian yang sangat rendah. Dimana mereka tidak mampu untuk membaca. Bagi tahap pencapaian dalam matapelajaran matematik pula mereka masih dalam proses mengenal nombor 1 hingga 10 walaupun telah mempelajari tajuk tersebut selama 3 tahun. Kenyataan daripada guru-guru tersebut telah membuat kami bertambah berdebar-debar untuk mengajar mereka.
35

Namun begitu kami tetap berusaha semaksima yang mungkin untuk mengajar topik penambahan kepada murid-murid. kami sangat teruja melihat kelakuan muridmurid yang sungguh bersemangat untuk belajar. Kami cuba untuk menerangkan kepada mereka tentang konsep penambahan dengan menggunakan bahan-bahan maujud seperti pembaris, pengasah pensel, pemadam dan pensel. Kami juga menggunakan batang ais krim yang bewarna-warni untuk melakukan aktiviti penambahan berdasarkan balingan dadu. Penggunaan batang ais krim yang bewarna-warni dapat dijadikan sebagai terapi visual. Ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan daya tumpuan belajar dan sebagai rangsangan kepada muridmurid. Semasa sesi pengajaran berlangsung, kami dapati kebanyakan murid-murid tidak dapat menguasai apa yang diajar. Hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang dapat memahami topik yang diajar. Hal ini demikian kerana mereka belum didedahkan lagi dengan topik penambahan. Tindak balas daripada murid-murid ini membuatkan kami agak panik dan kelam kabut ketika mengajar ditambah pula saya terlalu terikat dengan langkah yang telah kami rancang dalam RPH. Ditambah lagi dengan keberadaan guru sekolah tersebut sebagai pemerhati membuatkan kami lebih cemas dan hilang arah apabila respon yang kami harapkan langsung tidak kedengaran. Segala masalah ini berpunca daripada kekurangan pengalaman kami mengajar di dalam satu kelas pendidikan khas yang sebenar. Kami merasakan bahawa seorang guru haruslah lebih kreatif dalam menukar corak PnP mengikut situasi serta keperluan dan bukan hanya bergantung kepada RPH semata-mata. RPH merupakan panduan pengajaran kepada guru semata-mata dan ini bikan bermakna guru tidak boleh mengubah corak pembelajarannya. Saya berasa agak kecewa kerana objektif pembelajaran kumpulan saya tidak tercapai. Walau apa pun, kami akan jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran bagi untuk memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan yang telah kami lakukan sepanjang program itu berlangsung.

36

8.0 Refleksi Individu


(Disediakan oleh: Verawati bt Boiran) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah dan kurnia-Nya saya dan rakan saya iatu Tengku Nur Ain Binti Tengku Mohd Khairi telah berjaya menyelesaikan Tugasan Projek bagi matapelajaran Kaedah Khas Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik (PKB 3108) pada masa yang telah ditetapkan. Kali ini kami diminta menyelesaikan tugasan ini secara berpasangan agar segala bebanan tugasan dapat saya selesaikan dengan mudah dan terancang mengikut kehendak soalan. Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Maznah Binti Madu selaku pensyarah matapelajaran Kaedah Khas Pengajaran dan Pembelajaran Matematik kerana telah memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan, sumbangan idea yang bernas dan membina serta panduan yang amat berguna buat saya dan rakan sekumpulan bagi menyelesaikan tugasan ini. Segala bimbingan dan tunjuk ajar yang puan telah curahkan tidak ternilai harganya dan tidak akan dapat kami bayar degan wang ringgit. Segala-galanya amat bernilai buat kami yang masih mentah dan tidak berpegalaman. Maka dengan adanya bantuan daripada puan, saya dan rakan sekumpulan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lebih sistematik. Ribuan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya kerana tidak lelah
37

dan jemu memberi sokongan dan dorongan terhadap saya. Segala sokongan dan bantuan dalam bentuk material dan bukan material dan telah mereka berikan amat saya hargai dan rasa syukur itu tidak dapat saya ungkapkan dengan bait kata-kata. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya ucapkan kepada rakan kerja saya kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik tanpa mengira masa serta tidak kedekut berkongsi pandangan, pendapat dan juga idea yang amat berguna dan bernas sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini. Tidak dilupakan juga, rakan-rakan yang lain kerana sudi berkongsi bahan rujukan dan sedia memberi pandangan serta pendapat yang sangat membina buat saya dan rakan sekumpulan. Bagi tugasan projek kali ini, saya dan rakan sekumpulan dikehendaki mencari dan mengumpul maklumat mengenai masalah matematik kanak-kanak bekeperluan khas, strategi bagi mengatasi masalah tersebut, punca kepada masalah matematik, dan kaedah pengajaran matematik dalam pendidikan khas dan membina instrumen ujian diagnostik bagi menguji tahap pemahaman matematik murid-murid berkeperluan khas ini. Menerusi ujian diagnostik tersebut kami dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai dengan tahap kemampuan dan pencapai murid berkeperluan khas ini. setelah itu kami dikehendaki membina set Bahan Bantu Belajar (BBB) yang lengkap dan dapat digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang telah dirancang dalam RPH yang telah kami sediakan. BBB yang kami bina haruslah sesuai dengan masalah dan keperluan murid-murid agar sebarang masalah yang telah dikesan melalui ujian dapat ditangani dan ditangani lantas murid ini dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Langkah pertama yang telah saya dan rakan sekumpulan ambil setelah mendapat tugasan ialah pembahagian tugas. Dengan adanya pembahagian tugas ini kami akan dapat menyelesaikan tugas dengan teratur dan kami lebih faham dan jelas dengan tugasan yang perlu diselesaikan kelak. Setelah itu, kami membuat perbincangan bagi memilih dan menentukan tajuk yang ingin kami pilih bagi membina ujian diagnostik. Secara jujurnya dapat saya katakan disini proses membina ujian diagnostik ini agak kurang membebankan kami kerana kami telah mempunyai sedikit asas dalam membina set ujian diagnostik. Hal ini kerana pada semester lepas, kami telah mempelarinya dalam matapelajaran Pentaksiran Dalam
38

Pendidikan Khas. Dapat saya ringkaskan disini bahawa ujian diagnostik merupakan satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Ujian diagnostik bertujuan dapat membantu guru mengenal pasti secara khusus kawasan kesukaran murid, membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran, membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid, membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik, dan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid. Rentetan daripada itu saya dan ahli kumpulan telah sepakat untuk memilih tajuk 2.0 iaitu nombor bulat dalam lingkungan 10 bagi tajuk soalan ujian diagnostik kami. Bagi memudahkan kerja kami, saya dan rakan telah membuat rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan bahan-bahan ujian tersebut. Kami juga telah mengakses internet bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terdapat banyak bahan rujukan bercetak seperti buku di perpustakaan yang dapat membantu kami. Tidak kurang juga dengan maklumat daripada internet. Kemudian, kami membina satu draf soalan ujian diagnostik seperti yang telah kami rancangkan untuk disemak. Terdapat beberapa penambahbaikan perlu ditambah setelah semakan. Melalui semakan tersebut saya dan rakan sekumpulan dikehendaki membaiki gambar yang kami gunakan di dalam soalan tersebut. Hal ini kerana gambar yang kami gunakan agak kabur dan ini akan mengelirukan murid. Kemudian pada 3 ogos 2011 saya dan rakan sekelas telah ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II bagi menjalankan ujian diagnostik. Syukur Alhamdulillah kesemua rakan seperjuangan saya dapat menjalankan ujian diagnostik seperti yang dirancang walau mengalami beberapa masalah. Bagi saya dan pasangan , kami tidak mengalami masalah kerana murid yang kami pilih iatu nurul aslizai dapat mengenal nombor dalam lingkungan 1 hingga 10. Adik nurul juga mampu menjawab ujian yang telah kami sediakan dengan hanya melakukan satu kesalahan. Dia mengalami sedikit masalah dalam menulis urutan nombor dalam susuanan menaik, dimana dia tidak dapat menulis nombor 8 setelah nombor 7. Namun begitu dia mampu menyebut urutan nombor tersebut dengan betul tanpa
39

bantuan daripada kami. Melalui tugasan ini saya telah mempelajari satu ilmu di mana seorang guru haruslah sentiasa berfikiran jauh dan berjaga-jaga dalam segala hal dan kemungkinan. Apa yang dapat saya katakan disini ialah saya seharusnya perlu menyediakan pelbagai set ujian soalan diangnostik yang berlainan tajuk bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini. Dalam kes ini adik Nurul dapat menguasai tajuk 2.0 dengan baik. Dia seharusnya diuji dengan satu set ujian dengan tajuk yang lebih tinggi aras kesukarannya seperti ujian yang melibatkan tajuk wang, masa, operasi tambah atau tolak ada sebagainya. Setelah menyelesaikan segala tugasan mengenai ujian diagnostik, saya dan rakan telah membuat perbincangan dengan pensyarah matapelajaran iatu Puan Maznah terhadap hasil ujian diagnostik kami terhadap adik Nurul bagi membuat tindakan susulan iatu merancang satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kami dinasihati agar merancang satu RPH yang lebih tinggi aras kemahirannya. Menerusi perbincangan dan percambahan idea antara kami bertiga, kami dapati tajuk yang paling sesuai ialah tajuk operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh. Sepanjang proses merancang RPH ini saya dapati banyak ilmu baru yang telah saya pelajari antaranya ialah kemahiran dalam memilih jenis soalan latihan yang ingin digunakan bagi lembaran kerja. Bagi menjadikan lembaran kerja yang kami sediakan lebih menarik kami telah menyelitkan unsur seni seperti yang telah kami pelajari dalam lembaran kerja yang kami sediakan. Secara tidak langsung, sekali lagi saya telah didedahkan dengan penyediaan satu RPH yang penting dalam komponen matapelajaran Pendidikan Khas iatu matapelajaran matematik. Dapat saya katakana disini perancangan dalam membina RPH ini perlulah teliti kerana murid-murid ini memiliki tahap pemikiran yang agak rendah berbanding murid biasa. Langkah seterusnya ialah membina satu set Bahan Bantu Belajar (BBB) yang berkaitan dengan tajuk operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. BBB ini haruslah dapat membantu guru dalam menangani masalah yang dialami oleh murid, disamping dapat menjimatkan masa guru dalam mengajar. Bahan bantu belajar yang dibina haruslah tahan lasak dan kukuh, kemas, berwarna-warni, menarik perhatian, saiz yang sesuai dengan bilangan murid-murid, konkrit, mudah dikendalikan, tidak mencederakan, dan sebagainya.

40

Pada tanggal 7 September 2011 saya dan rakan yang lain telah ke Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu bagi menjalankan macroteaching kami. Aktiviti macroteaching ini tidak dapat kami jalankan di sekolah yang sama kerana beberapa terdapat beberapa kekangan masalah yang tidak dapat kami elakkan. Maka sebagai jalan keluarnya kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran. Dengan izin daripada ALLAH SWT program microteaching kami telah berlanjalan dengan lancar di SK padang hiliran. Setiap kumpulan akan mendapat 5 hingga 6 orang murid untuk diajar. Saya dan rakan telah diberi amanah untuk menjalankan macroteaching ke atas murid dari kelas 4. Menurut guru-guru yang mengajar kelas 4, murid-murid di dalam kelas 4 memiliki tahap pencapaian yang sangat rendah. Dimana mereka tidak mampu untuk membaca. Bagi tahap pencapaian dalam matapelajaran matematik pula mereka masih dalam proses mengenal nombor 1 hingga 10 walaupun telah mempelajari tajuk tersebut selama 3 tahun. Kenyataan daripada guru-guru tersebut telah membuat saya bertambah berdebar-debar untuk mengajar mereka. Namun atas semangat ingin bergelar seorang pendidik suatu hari kelak, segala perasaan itu saya ketepikan dan saya bertekad untuk mengajar mengajar dengan semampu yang mungkin. Rakan sekumpulan saya iatu Ain telah memulakan proses pengaaran dan pembelajaran dengan memulakan set induksi kami dengan menyanyi lagu kmari mengira. Semua murid di dalam kelas kelihatan sangat bersemangat untuk belajar. Semangat ingin belajar mereka membuatkan saya terharu dan lebih bersemangat untuk mengajar. Saya dan rakan menggunakan bahan-bahan maujud untuk menerangkan konsep penambahan. Dimana pada awal proses pembelajaran murid diminta mengelompokkan barang yang sama jenis lalu menjumlahkannya. Antara bahan maujud yang kami gunakan ialah pensel, pemadam, pengasah, pembaris, dan batang ais krim yang berwarna warni bagi menarik perhatian mereka. Setelah beberapa minit proses pengajaran dan pembelajaran berjalan saya dapati murid-murid tidak dapat memahami apa yang kami cuba sampaikan. Hanya beberapa segelintir daripada mereka dapat memahami apa yang kami sampaikan. Hal ini kerana mereka belum didedahkan dengan kemahiran ini. Respon daripada murid-murid ini membuatkan saya agak panik dan kelam kabut ketika mengajar ditambah pula saya terlalu terikat dengan langkah yang telah kami rancang dalam
41

RPH kami. Kekalutan ini berpunca daripada kekurangan pengalaman mengajar di dalam satu kelas pendidikan khas yang sebenar. Iktibarnya, saya haruslah menjadi seorang guru yang lebih kreatif di dalam kelas satu masa nanti dan tidak hanya bergantung pada RPH semata-mata. Benar kata orang proses mengajar ini memerlukan seni. Oleh itu, saya telah bertekad di dalam hati untuk menjadi seorang pendidikan yang kreatif dan sentiasa mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sejujurnya, dapat saya nyatakan di sini, saya agak kecewa kerana objektif saya tidak tercapai sepenuhnya seperti yang saya dan rakan rancangkan. Kami mengharapakan sesuatu yang lebih baik dengan adanya bahan bantu belajar yang telah kami bina. Tuntasnya, dapat saya rasakan bahawa segala aktiviti yang kami jalankan di sekolah sepanjang menyelesaikan tugasan ini telah banyak memberi pendedahan tentang dunia sekolah yang sebenar buat saya setelah bergelar guru suatu masa nanti. Saya berharap agar segala pengalaman ini dapat saya jadikan panduan dan peringatan buat diri saya sendiri pada tahun hadapan. Ini kerana tahun hadapan praktikum pertama saya akan bermula. Segala yang baik itu akan saya jadikan teladan dan akan saya amalkan. Bagi mana yang kurang dan lemah itu akan saya jadikan sempadan dan peringatan buat saya. Diharapkan tugasan ini memenuhi segala kriteria yang telah dipetapkan. Saya juga berharap agar sebarang kelemahan dan kekurangan yang saya lakukan pada tugasan kali ini dapat saya perbaiki pada masa yang akan datang. Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian. Wallahualam

42

Refleksi (Disediakan oleh: Tg Nur Ain bt Tg Mohd Khairi) Bersukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan projek ini bagi matapelajaran Kaedah Khas Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (PKB3108) pada masa yang telah ditetapkan. Mengikut senarai tugasan yang diberi, kami perlu mencari dan mengumpul maklumat mengenai masalah matematik kanak-kanak bekeperluan khas, strategi bagi mengatasi masalah tersebut, punca kepada masalah matematik, dan kaedah pengajaran matematik dalam pendidikan khas. Selain itu, kami juga perlu menyediakan satu instrumen ujian matematik terhadap murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan melaksanakan macroteaching terhadap murid-murid di sekolah. Saya dan ahli kumpulan saya, Verawati bt Boiran telah bersepakat untuk memilih tajuk 2.0 iaitu nombor bulat dalam lingkungan 10 untuk dijadikan soalan bagi ujian diagnostik. Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru untuk mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Ujian diagnostik bertujuan untuk membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid, membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran, membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid, membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik, dan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

43

Pelaksanaan

ujian

diagnostik,

telah

dilakukan

terhadap

murid-murid

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu pada 3 Ogos 2011. Alhamdulillah, semua kumpulan telah berjaya melaksanakan ujian diagnostik dengan jayanya. Kumpulan saya telah melakukan ujian diagnostik terhadap seorang murid PKBP iaitu adik Nurul. Sepanjang pemerhatian kami terhadap adik Nurul, kami dapati dia telah mengenal nombor bulat 1- 10. Malah dia boleh menulis dan menyebut nombor dengan baik. Walaubagaimanapun, adik Nurul keliru dengan nombor urutan menaik dan menurun. Contohnya, selepas nombor 7, dia masih lagi menulis 7 bukannya 8. Hasil dari ujian tersebut, kami hanya dapat mengenalpasti satu kesilapan sahaja. Oleh itu, apa yang telah dapat saya pelajari di sini ialah guru harus menyediakan beberapa tajuk lain untuk diuji kepada murid-murid dan bukannya satu tajuk sahaja. Kumpulan saya telah memilih tajuk nombor bulat 1-10 dan kami dapati, murid tersebut telah pun menguasai nombor 1-10. Kami sepatutnya menyediakan beberapa tajuk lagi untuk diuji setelah murid tersebut telah mengusai tajuk nombor bulat. Penyediaan soalan bagi tajuk lain bertujuan untuk mengenalpasti apakah kelemahan atau kesulitan lain yang dihadapai oleh murid tersebut. Contohnya, guru menyediakan 3 tajuk untuk diuji seperti nombor bulat 1-10, operasi tambah dan tolak, dan wang. Setelah program ujian diagnostik selesai, kami dikehendaki untuk

menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Belajar(BBB) untuk subjek Matematik bagi persediaan macroteaching. Kami telah dinasihati oleh pensyarah pembimbing, iaitu Pn Maznah supaya ditingkatkan aras kemahiran yang hendak diajar. Oleh itu, kami telah memilih operasi tambah. Di sini kami sekali lagi didedahkan dengan cara membuat RPH Matematik Pendidikan Khas Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Format RPH Matematik Pendidikan Khas hampir sama dengan format RPH bagi Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris. Syukur alhamdilillah, kami tidak mengahdapai sebarang kesulitan dalam pembikinan RPH tersebut kerana sebelum kami telah didedahkan dengan RPH bagi subjek lain. Penggunaan bahan bantu belajar (BBB) sangatlah penting digunakan

semasa pengajaran dan pembelajaran (PnP). Bahan bantu mengajar merangkumi alat, benda, perkakasan dan kelengkapan daripada sumber pendidikan. Tujuan utama mengadakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran adalah untuk
44

memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran. BBB yang dihasilkan mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut; tahan lasak dan kukuh, kemas, menarik perhatian, saiz yang sesuai dengan bilangan murid-murid, konkrit dan sebagainya Setelah RPH dan BBB telah lengkap, tibalah masa untuk melakukan pengajaran macroteaching di sekolah. Pelaksanaan macroteaching baru-baru ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 7 September 2011. Program macroteaching tidak dapat dilaksanakan di SK Seri Budiman kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanpun, program macroteaching yang diadakan baru-baru ini telah berjalan dengan lancar. Setiap kumpulan diberikan satu kelas untuk mengajar yang terdiri daripada 5-6 orang murid. Kumpulan saya telah memperoleh murid-murid pendidikan khas dari kumpulan empat. Kami dimaklumkan oleh guru pendidikan khas di situ bahawa murid-murid dari kelas 4 masih tidak boleh membaca. Tambahan lagi, guru matematik juga memaklumkan kepada kami bahawa mereka telah diajar mengenal nombor selama 3 bulan, tetapi masih terdapat diantara mereka yang masih tidak mengusai tajuk nombor bulat 1-10. Ini merupakan satu cabaran bagi kumpulan saya untuk mengajar, kerana kami mengajar mengenai penambahan nombor bulat 1-10 sedangkan murid-murid belum diajar topik ini. Walaubagaimanpun, saya dan Verawati berusaha sedaya upaya untuk mengajar topik penambahan kepada murid-murid. Saya sangat teruja melihat kelakuan murid-murid yang sungguh bersemangat untuk belajar. Kami cuba untuk menerangkan kepada mereka tentang konsep penambahan dengan menggunakan bahan-bahan maujud seperti pembaris, pengasah pensel, pemadam dan pensel. Kami juga menggunakan batang ais krim yang bewarna-warni untuk melakukan aktiviti penambahan berdasarkan balingan dadu. Penggunaan batang ais krim yang bewarna-warni dapat dijadikan sebagai terapi visual. Ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan daya tumpuan belajar dan sebagai rangsangan kepada muridmurid. Semasa sesi pengajaran berlangsung, kami dapati kebanyakan murid-murid tidak dapat menguasai apa yang diajar. Hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang dapat memahami topik yang diajar. Hal ini demikian kerana mereka belum didedahkan lagi dengan topik penambahan.
45

Semasa sesi PnP berlangsung, kami rasakan yang kami terlalu ikutkan RPH yang telah dirancang menyebabkan kami berasa panik apabila murid tidak dapat memahami apa yang diajar. Hal ini disebabkan kurangnya pengalaman kami mengajar murid-murid pendidikan khas di kelas sebenar. Pada pandangan saya, sebagai guru, kita haruslah lebih kreatif menukar corak PnP mengikut pemahaman murid-murid dan bukannya hanya bergantung kepada RPH semata-mata. Segala kelemahan dan kesilapan yang telah kami lakukan akan kami perbaiki supaya perkara ini tidak berulang lagi semasa kami menjalani praktikum pada semester hadapan. Walaupun RPH merupakan panduan pengajaran kepada guru, tetapi tidak bermakna guru tidak boleh mengubah corak pembelajaran. Saya berasa agak kecewa kerana objektif pembelajaran kumpulan saya tidak tercapai. Walau apa pun, saya akan jadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran bagi saya untuk memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan sepanjang program itu berlangsung. Setelah saya mengimbas kembali rentetan peristiwa atau aktviti sepanjang penyiapan tugasan projek ini, saya dapati terdapat beberapa kelemahan yang berpunca dari saya sendiri terutamanya yang melibatkan interaksi dengan pihak sekolah yang kami kunjungi. Pihak sekolah tidak dapat meyediakan sebarang persiapan dewan kepada kami kerana maklumat lambat diterima oleh pihak sekolah. Hal ini kerana, terdapat kesilpan teknikal dari pihak kami yang menyebabkan surat tidak dapat difakskan pada masa yang ditetapkan. Oleh itu pada masa hadapan, kami seharusnya memaklumkan seminggu sebelum program itu dijalankan supaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancarnya. Kesimpulannya, program ujian diagnostik dan macroteaching telah banyak memberikan pengalaman dan pengajaran kepada saya. Mengenai ujian diagnostik, seseorang guru haruslah menyediakan lebih dari satu kemahiran untuk diuji. Manakala bagi macroteaching pula, guru seharusnya lebih kreatif untuk menukar strategi pengajaran bergantung kepada tahap pengusaan dan pemahaman muridmurid dan bukannya hanya bergantung kepada RPH semata-mata. Segala kelamahan dan kekurangan datangya dari kesilapan asya sendiri dan segala kebaikan datang dari Allah s.w.t. Sekian.

46

Bibliografi
Janet Lerner, (1993), Leraning Disabilities: Theories, Diagnosis & Teaching Strategies, Houghton Mifflin Company.

Kauffman. M, Hallahan. P, (2006), Exceptinal Learners: An Introduction to Special Education, United States: Pearson Education.

http://www.sheppardsoftware.com/preschool/animals/ocean/animalocea nfindcountgame.htm (diakses pada 23 Augus 2011)

http://www.aaamath.com/plc31_x2.htm (diakses pada 23 Augus 2011)

http://www.ismartboard.com/kindergarten-first-second-grade/k-1-2-mathsmartboard-lessons/ (diakses pada 23 Augus 2011)

47

48

Anda mungkin juga menyukai