Anda di halaman 1dari 7

LARI JARAK SEDERHANA

Biasanya terdapat dua acara yang digolongkan sebagai acara jarak sederhana, iaitu
800 meter dan 1500 meter. Kedua-dua acara ini disertai oleh lelaki dan wanita.

1. 800 meter

Lapan ratus meter adalah sejenis acara larian yang dijalankan di atas trek sama ada
berturap atau di atas rumput.

1.1 Peraturan-peraturan

1.1.1 Permulaan

Setiap peserta akan ditentukan lorong masing-masing mengikut undian. Pelari


yang diletakkan di lorong pertama dianggap paling baik, kerana dia dapat
melihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh peserta lain memandangkan
kedudukan mereka adalah di hadapan mengikut lorong.

Apabila mereka melepasi 100 meter pertama, mereka akan memotong masuk
ke lorong pertama. Di sini pelari yang berada di lorong paling luar perlu
memotong masuk mengikut satu garisan lurus.

1.1.2 Pakaian

Dalam acara 800 meter, pelari boleh bertanding sama ada memakai kasut
(spikes) atau tidak memakai kasut. Namun begitu berlari dengan memakai kasut
adalah lebih baik kerana ia dapat memberi cengkaman yang kuat pada trek.

Selain dari itu baju dan seluar yang dipakai mestilah ringan dan tidak serap air
supaya tidak wujud halangan ketika berlari. Peralatan lain yang diperlukan ialah
pistol untuk melepaskan pelari dan alat perakam waktu untuk mencatat masa.
Blok permulaan tidak diperlukan kerana pelari dilepaskan dalam keadaan berdiri.

Pakaian mesti bersih dan tidak lutsinar serta tidak menjolok mata apabila
pakaian peserta basah. Jika pakaian tidak senonoh maka pelari itu boleh
dibatalkan penyertaannya. Ini kerana dia akan mengganggu konsentrasi peserta
lain. Pada setiap pelari, nombor mesti dilekatkan pada baju dan seluarnya
supaya mereka senang dikenal pasti oleh pengadil.

Kasut yang dipakai mestilah mengikut spesifikasi antarabangsa yang telah


ditentukan. Setiap kasut hanya dibenarkan menggunakan sejumlah enam paku
dengan panjangnya tidak melebihi 25 mm (1 inci) dengan diameter paku tidak
boleh melebihi 4 mm (0.16 inci). Ini penting untuk mengelakkan diri semasa
peserta menggunakan kasut untuk tujuan lain.

1.1.3 Arahan dari Pelepas dan Tolak-menolak Ditegah

Semua peserta akan dimulakan dengan arahan ‘ke garisan’ (bersedia) kemudian
pistol akan ditembak. Dalam acara 800 meter, cara permulaan dengan cara
berdiri amat sesuai sekali. Satu perkara yang penting di sini ialah ketika pelari
dilepaskan, mereka perlu mengimbangkan diri di antara turning force dengan
linear force. Begitu juga dengan horizontal force dan vertical force. Ini kerana
dengan adanya keseimbangan diri, peserta dapat berada di dalam trek apabila
ditolak.

Pelari juga dilarang tolak-menolak ketika larian berlangsung. Jika ada di antara
peserta menolak maka penyertaan mereka akan dibatalkan. Selain dari itu
mereka juga ditegah berlari luar dari trek atau cuba menghalang pergerakan
pelari lain. Jika ada di antara pelari yang mendapat sebarang bantuan dari luar
maka dengan automatik larian mereka dibatalkan walaupun mendapat
kedudukan pertama.

1.1.4 Cara Membuat Larian

Bagi pelari dalam acara jarak sederhana atau pertengahan (800 meter) selalu
mengguna cara berdiri semasa permulaan. Ia digunakan kerana kaki dapat
diletak paling dekat dengan garis permulaan dan tangan dapat bergerak bebas
serentak dengan pergerakan kaki.

1.1.5 Ke Garisan Penamat


Setiap peserta perlu menghabiskan dua pusingan dalam sebuah trek 400 meter.
Untuk menghabiskan dua pusingan itu, jika mereka menerima bantuan luar atau
tidak berlari atas trek maka mereka dibatalkan keputusan walaupun mereka tiba
dahulu.

Apabila tiba di garisan penamat, pelari masing-masing berusaha melepasi


badan dan kaki mereka. Dengan kata lain bahagian dada menjadi ukuran
penting. Masa diambil apabila api kelihatan dari pistol hingga peserta tiba ke
garisan penamat (dada menyentuh benang).

1.2 Aplikasi

Dalam larian 800 meter, teknik permulaan amat penting supaya dapat mencari
kedudukan yang baik sebaik sahaja peserta-peserta dilepaskan. Bagi 200 meter
pertama, pelari mesti berelari agak laju tetapi langkah kaki jangan terlalu lebar.
Dengan berada di hadapan maka seseorang itu dapat berlari di lorong paling
dalam terutama larian di lengkung trek yang dapat menjimatkan banyak masa
dan tenaga. Selain dari itu pelari juga harus berhati-hati dengan pelari lain, dan
supaya mereka tidak memotongnya maka dia perlu berlari tidak terlalu ke dalam.
Pelari yang mendahului pelari-pelari lain juga ada kelemahan di mana tidak
dapat melihat apa yang nerlaku di belakang dan terpaksa mengikuti rentak larian
sendiri.

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian apabial seseorang pelari itu
sedang mengatasi pelari lain, ialah cuba menjarakkan diri daripada pelari lain
setelah mendahului dalam larian itu. Ini sebagai satu kaedah untuk mengelakkan
saingan peserta lain serta memberi satu kesan psikologi kepada mereka. Selain
dari mengetahui kebolehan diri sendiri, seorang pelari jarak pertengahan perlu
juga tahu akan kebolehan dan kelemahan pelari lain, dan ini merupakan taktik
yang baik. Dengan adanya sedikit pengetahuan tentang pelari lain, sedikit
sebanyak dapat membantu pelari mengatur strategi serta mengurangkan
variebel dalam satu-satu larian.

1.3 Kesimpulan
Pada keseluruhannya acara 800 meter sangat digemari oleh peserta walaupun
kadang-kadang sangat meletihkan mereka kerana pelari 800 meter dapat
membaca taktik saingannya sebelum membuat keputusan. Namun untuk
berjaya dalam acara ini seorang pelari itu mesti bersedia dari segi mental dan
fizikal supaya dapat mengatasi segala halangan.

2. 1500 meter

Dalam acara 1500 meter latihan yang intensif dan konsisten amat penting untuk
mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi. Oleh itu, kaedah latihan dari cara
progresif, iaitu dari senang kepada yang susah bertambah penting untuk mencapai
kejayaan.

Larian ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana masa yang diperlukan
untuk menghabiskannya kurang daripada dua minit. Untuk mencapai peringkat-
peringkat seperti yang dinyatakan, seorang pelari harus melalui latihan yang lama
dan bersistem agar jantung, paru-paru dan otot pelari dapat dilazimkan supaya
dapat memenuhi keperluan oksigen apabila kadar bekerja meningkat.

Peralatan uang diperlukan boleh dikatakan hamper sama dengan peralatan untuk
acara 800 meter seperti kasut (spikes), pistol, alat perakam masa dan pakaian yang
bersesuian. Tetapi uang berbeza sedikit ialah memandangkan larian ini lebih jauh
daripada larian 800 meter kasut yang dipakai bibenarkan tanpa paku. Ada beberapa
peralatan penting yang perlu digunakan seperti loceng penamat pusingan, benang di
garis penamat.

2.1 Peraturan-peraturan

2.1.1 Permulaan

Setiap peserta akan bermula di lengkung kedua trek 400 meter dan mereka
diletakkan mengikut undi yang telah dijalankan. Di sini pelari yang diundi untuk
lorong pertama paling beruntung. Sebaik sahaja mereka dilepaskan, semua
pelari akan cuba memasuki lorong pertama atau lorong paling dalam agar masa
larian dapat dicepatkan. Manakala bagi pelari yang berada di lorong luar sekali
perlu berlari dalam garisan lurus untuk suatu jarak sebelum menuju ke lorong
pertama.

Mengenai cara bermula, kebanyakan pelari menggunakan kaedah berdiri, sama


seperti acara 800 meter. Begitu juga dari segi arahan yang dikeluarkan oleh
pengadil tidak berbeza dengan larian 800 meter, iaitu ‘bersedia’ dan ‘mula
berlari’ sebaik sahaja pistol ditembak.

2.1.2 Larian batal

Setiap pelari yang berlari sebelum dilepaskan oleh pelepas akan dianggap batal
dan akan diberi amaran. Jika orang yang sama mengulangi kesilapan akan
dikeluarkan daripada menyertai acara tersebut. Manakala pelari yang sengaja
berlari di luar trek juga akan dibatalkan penyertaannya kecuali ia ditolak dan bagi
yang menolak akan dianggap sebagai penyertaan tidak sah.

2.1.3 Jenis Trek

Semua jenis trek sama ada berumput, bitumen atau tiruan boleh digunakan
kecuali trek yang diubahsuai seperti meletak spring yang boleh membantu pelari
tidak boleh digunakan.

2.1.4 Tamat Larian

Peraturannya adalah sama seperti acara 800 meter. Begitu juga cara masa
diambil.

2.2 Aplikasi

Apabial pistol dibunyikan, boleh dikatakan hamper semua pelari jarak 1500
meter cuba mendapat kedudukan terbaik di depan kerana dapat berada di
lorong terdalam. Ia ada banyak manfaat, seperti menjimatkan tenaga dan masa
serta dapat mengelakkan diri daripada dihimpit oleh pelari lain. Oleh itu, satu
taktik yang perlu digunakan ketika perlumbaan bermula, pelari mesti berlari
dengan pantas pada 100-150 meter pertama kemudian berlari dengan kelajuan
biasa.
Selalunya dalam satu-satu perlumbaan, pelari mempunyai dua matlamat, iaitu
membaiki masa ciptaannya, dan mendapat kedudukan terbaik semasa berlari.
Jadi untuk mencapai kedua-dua hasrat di atas, seorang atlit mesti tahu akan
kebolehan serta siapa lawan mereka. Selain dari itu dia juga mesti ada strategi
yang tersendiri. Adalah dicadangkan jika boleh seorang pelari harus berlari
dalam kelajuan yang sama bagi menamatkan larian dan pada pusingan ketiga
iaitu 220-400 meter terakhir, pelari mesti memecahkan diri daripada kumpulan
yang mengekorinya. Ini bukan sahaja memberi semangat kepada diri sendiri
malah memberi satu kesan psikologi kepada pesaingnya.

Apabial mengatakan tentang aplikasi, ia mempunyai hubungan yang rapat


dengan strategi (larian untuk mengatasi masa) dan taktik (pengubahsuaian
ketika berlari untuk menghadapi lawan). Berkenaan dengan kelajuan, ia harus
dipelbagaikan dalam satu larian 1500 meter seperti menambahakan kelajuan
untuk mencapai satu rentak yang dikehendaki, meninggikan kelajuan untuk
mengejar pelari lain atau meninggalkan peserta lain dari awal hingga akhir
perlumbaan.

Daripada perbincangan di atas dapatlah dikatakan bahawa bukanlah mudah


untuk mempraktikkan segala strategi di atas tanpa latihan yang mencukupi. Ini
kerana jika seorang peserta itu tidak mempunyai kecergasan yang diperlukan,
maka ia akan ketinggalan atau menarik diri atau berlumba separuh jalan. Jadi
seorang pelari yang ingin berjaya patut berlatih secara konsisten serta ,eliputi
berbagai jenis latihan seperti memecut, larian jauh, jogging dan sebagainya. Ini
perlu untuk membina satu daya tahan, kelajuan, teknik dan semangat apabila
berlari dalam satu-satu pertandingan.

2.3 Kesimpulan

Ternyata bahawa acara jarak pertengahan atau sederhana tidak jauh bezanya
dengan acara larian jarak jauh apabila ditinjau dari aspek latihan. Yang menjadi
penekanan ketika berlatih ialah daya tahan dan penggunaan teknik yang
berkesan semasa berlumba. Oleh itu, dicadangkan agar untuk menjadi seorang
pelari jarak sederhana, semangat dan kehendak memainkan peranan terpenting
untuk berjaya. Ini adalah kerana jika seorang pelari itu tidak bersemangat
sebagaimana minatnya untuk mencapai kecergasan yang tinggi dengan latihan
yang keras.