Anda di halaman 1dari 22

Sejarah Olahraga

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi, kekuatan dan keupayaan manusia

dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang

mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang

berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Maka, kekuatan ini

menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum

lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke

semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.

Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari

siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada

yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi

yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan

dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan

berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan

keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula,

sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih untuk menumpaskan lawan dan

muncul sebagai pemenanng. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah

tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin

ramai individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan dan

keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan, mereka akan berlatih

bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan dan kekuatan sebenar


semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu

lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia.

Walaupun bentuk pertandingan agak berbeza, namun matlamat dan tujuannya

adalah sama.

Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di seluruh dunia, pelbagai

bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia,

malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang mewujudkan

pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah

terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek

Kuno.
Sejarah Awal

Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan

pada awal bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk

mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari,

melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek

Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah,

bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 3000 tahun yang lalu. Jika pendapat

ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia.

Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini

dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai

bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan

awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga

merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudah

mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal

olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang

dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang

seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang

mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan

sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang

bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatatkan bahawa lompat jauh

dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut.


Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap

empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak

dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan

alasannya.

Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa

kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti

sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari,

melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga mempamerkan

kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab

pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus

untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup

meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.

Hal itu berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut,

mereka terus mengadakan ‘pertandingan’ sesama mereka secara kecil-kecilan.

Perkembangan Pada Zaman Moden

Menjelang abad ke-19, barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan

semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Pada masa itu, terdapat pula

usaha negara-negara lain yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk

menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga

berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya

sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap

sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno.

Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-
pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di

England.

Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di

dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut

mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu.

Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga,

begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan

universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan

dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk

mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara

beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu ‘Exeter

College Athletics Club’ yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik

kelab itu masih wujud hingga ke hari ini.

Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England

termasuk sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan

penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga

ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan

tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England. Sambutan

penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan

sukan ini.

Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan

olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara

tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh


menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati

dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga

turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan

sukan ini di England diteruskan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya

mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan

peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland.

Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat

sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan

olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke-

19 dan awal abad ke- 20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja

didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang

membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja

berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang

diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat.

Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika

Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod

yang terdahulu. Ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat

pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Walau

bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan

olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari

Amerika Syarikat.

Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain,

Kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan
ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat,

malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan

olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para

olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai

sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi

dengan kemunculan atlit Amerika Syarikat yang berketurunan Negro yang

menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan.

Di negara-negara lain juga turut diadakan kejohanan olahraga yang

disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-

persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga

sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan

Olimpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia

untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam

bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini

dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia dan olahraga

dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut.

Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang

mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum

mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah

diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Selepas tahun 1960-an, barulah

muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi

dan memberi saingan, tetapi prestasi mereka masih belum mampu menggugat
potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Kini

semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan

Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa

acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya

menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik.

Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-

masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka.

Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap

aktiviti dan kejohanan yang disertai oleh negara berkenaan. Persatuan ini juga

bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan

kemajuan olahraga di negara masing-masing.

Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga

sendiri sejak tahun 1926. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah

memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara

mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang

dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan

Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.
Sukan Olimpik : Perjumpaan Sukan Yang Terbesar Di

Dunia

Jika ditanya apa perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-

ragu kita sudah dapat memberi jawapannya, iaitu Sukan Olimpik. Dengan

penglibatan lebih daripada 10000 orang peserta merangkumi seluruh negara di

dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas, sememangnya

Sukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Malah

sejak pertama kali diadakan hingga kini, Sukan Olimpik berjaya menarik minat

dan tumpuan seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama, warna kulit dan

perbezaan corak hidup. Inilah keunikan sukan ini.

Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi.

Namun seperti yang dinyatakan pada awal bab ini, sukan yang diadakan ketika

itu amat berlainan dari segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik

diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek, ramai yang mengalu-

alukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib dalam sukan ini

sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai

acara Sukan Olimpik, tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi

keutamaannya. Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu

suasana tidak semeriah yang dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan

empat tahun sekali di pelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan

persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur.


Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga

terus menjadi acara utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun

1992 di Barcelona Sepanyol, dengan penyertaan 135 buah negara, termasuk

Malaysia. Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Motto atau

cogan katanya berbunyi : Citius, Attius, Fortius (Swifter, Higher, Stronger) jelas

menunjukkan bahawa sukan olahragalah menjadi tunjang kepada cogan kata ini.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan

Olimpik, iaitu : Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan,

tetapi mengambil bahagian. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negara-

negara kecil untuk turut serta dan telah mengakui bahawa kemenangan

bukanlah harapan atau cita-cita negara mereka.


Malaysia Dan Sukan Olimpik

Berbicara tentang Sukan Olimpik, tentu ada antara kita yang tertanya-

tanya bila negara kita mula mengambil bahagian dan pernah kita memenangi

sebarang pingat sepanjang penyertaan kita. Negara kita mula mengambil

bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu diadakan di

Melbourne, Australia. Pada penyertaan kali pertama itu, kita mengambil

bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara

kita tidak pernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai

menyokong pemulauan terhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas

Afghanistan ketika itu.

Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu,

cuma satu pingat gangsa yang mampu kita menangi, iaitu menerusi acara

badminton pada tahun 1992, yang pertama kali memasukkan badminton sebagai

salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain, kita masih belum mampu

memenangi sebarang pingat. Semangat Olimpik, pengalaman dan

persahabatan, serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor

penyertaan kita dan mungkin sebilangan besar negara lain. Sukan olahraga telah

berjaya meletakkan Sukan Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu

menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta dunia. Di samping itu, Sukan

Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang

timbul. Secara tidak langsung, sukan ini berjaya menyelesaikan sebarang

pertikaian antarabangsa.
Sukan Olimpik bejing 2008

Secara keseluruhannya, sembilan acara baru akan dipertandingkan dua

daripada disiplin sukan berbasikal iaitu BMX. Wanita dapat menyertai

acara lari berhalangan 3000 meter buat kali pertama. Tambahan pula,

acara renang marathon untuk lelaki dan wanita melebihi jarak 10 kilometer,

akan ditambah dalam disiplin renang. Acara berpasukan (lelaki dan

wanita) dalam sukan ping pong akan menggantikan acara beregu. Dalam

acara lawan pedang, pasukan foil wanita dan pasukan sabre wanita akan

menggantikan acara pasukan foil lelaki dan pasukan wanita.

Kedudukan pingat Negara dalam sukan Olimpik 2008

**Malaysia telah mendapat kedudukan 71 dalam Sukan Olimpik

dengan Perolehan Pingat Perak dalam acara Badminton

Perseorangan oleh pemain Lee Chong Wei.


Persatuan Dan Organisasi Olahraga

Seperti kebanyakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk

mengembang dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan

termasuk olahraga ialah menerusi persatuan. Oleh itu, adalah penting

ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu. Bagi

olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah Persekutuan

Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912.

Keahlian badan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat

nasional negara masing-masing. Setiap negara boleh bergabung dalam

persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

(MAAU) turut menganggotai badan ini.

Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan

olahraga di peringkat antarabangsa hendaklah mendapat kebenaran dan

pengiktirafan IAAF atau pun dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan. Badan ini

juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian

yang mungkin timbul di kalangan negara-negara atau persatuan-persatuan

gabungannya. Umpamanya, dalam menganjurkan perjumpaan sukan utama

seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan sebagainya, badan

berkenaan harus mendapat persetujuan daripada Majlis Olimpik Antarabangsa

(IOC) dan IAAF.


Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan

mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan

sukan olahraga untuk dipatuhi oleh semua negara anggota. Begitu juga dengan

rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta, rekod yang mendapat

kelulusan IAAF akan dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap

masa. Ringkasnya, IAAF sememangnya berperanan dalam semua hal yang

berkaitan dengan sukan olahraga di peringkat dunia.

Peraturan 116/117/118

Refri

1. Seorang refri dikehendaki untuk setiap acara berikut

• Acara trek

• Acara padang

• Acara larian lain

• Acara jalan kaki di luar stadiu

2. Refri membantu dalam membuat keputusan bila haki m tidak dapat

berbuat demikian tetapi tidak berfungsi sebagai hakim dan pengadil.

3. Refri memeriksa semua keputusan akhie

4. Dalam acara padang, refri memerhati dan menyelia semua ukuran untuk

pengesahan rekod.

5. Dalam acra padang, refri membuat keputusan untuk mengubah tempat

pertandingan (selepas satu pusingan).


Hakim

1. Seorang Ketua Hakim dilantik,beliau menentukan tugas hakim-hakim

lain.

2. Hakim bertanggungjawab ke atas semua acara trek dan acara di jalan

raya yang tamat di trek.

3. Hakim menentukan penamat mengikut turutan, bila tidak dapat

membuat keputusan hakim merujuk kepada refri.

4. Hakim berada pada tangga sekurang-kurangnya 5m dari garis dalam

dan segaris dengan garis tamat.

5. Untuk acara padang, hakim mengukur dan merekod semua percubaan

atlit.

6. Hakim menunjukkan sah (angkat bendera putih) atau sebalik-baliknya

(angkat bendera merah) bagi setiap percubaan.

7. Dalam kes rekod telah dicipta, 3 orang hakim mesti mengukur jarak

yang berkenaan.

Pengadil

1. Pengadil bertanggungjawab ke atas acara trek sahaja.

2. Pengadil ialah pembantu kepada refri tetapi tidak ada hak untuk membuat

keputusan, buat laporan kepada refri dan mengangkat bendera merah

untuk menunjukkan kesalahan.


3. Dalam acara lari berganti-ganti, bila terdapat larian di luar lorong atau

menukar baton di luar zon, hakim mesti tanda tempat kesalahan

dilakukan.

Olahraga

Acara-acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :

1. Acara-acara balapan

2. Acara-acara padang

3. Lain-lain

Acara-acara Balapan

Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau

litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara

balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di atas trek.

Acara-acara balapan termasuk lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar,

steeplechase, lari jarak sederhana dan jauh dan berjalan kaki.

Antara acara-acara yang termasuk dalam acara balapan :

1. Lari pecut

a) 100 meter

b) 200 meter

c) 400 meter
2. Lari berganti-ganti

a) 4 × 100 meter

b) 4 × 200 meter

c) 4 × 400 meter

3. Lari berpagar

a) 100 meter (wanita)

b) 110 meter (lelaki)

c) 400 meter

4. Steeplechase : 3000 meter

5. Lari jarak sederhana dan jauh

a) 800 meter

b) 1500 meter

c) 3000 meter

d) 5000 meter

e) 10000 meter

6. Berjalan kaki

a) 20 km

b) 50 km

Acara-acara Padang
Acara-acara padang mengandungi :

1. Acara lompatan

2. Acara Balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan :

a) Untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah.

b) Untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang.

Acara-acara balingan pula termasuk :

a) Lempar cakera

b) Rejam lembing

c) Lempar tukul

d) Lontar peluru

Acara-acara Lain

Selain daripada acara-acara balapan dan padang seperti yang disebutkan

di atas, terdapat juga acara-acara lain yang dipertandingkan dalam temasya

olahraga. Antaranya ialah :

1. Decathlon

2. Pentathlon

3. Marathon
4. Merentas desa

Decathlon

Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana

atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut :

1. lari 100 meter

2. lompat jauh

3. lontar peluru Hari pertama

4. lompat tinggi

5. lari 400 meter

6. 110 meter lari berpagar

7. lempar cakera

8. lompat bergalah Hari kedua

9. rejam lembing

10. lari 1500 meter

Pentathlon

Ini adalah pertandingan untuk atlet wanita. Acara-acara yang

dipertandingkan adalah seperti berikut :

1. lari pagar 100 meter

2. lontar peluru

3. lompat tinggi

4. lompat jauh
5. acara 800 meter

Marathon

Marathon ialah satu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan.

Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela). Permulaan dan

penamat acara ini biasanya dilakukan di arena, tetapi perjalanan laluan

keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas Desa

Acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan

berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara

individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis

pertandingan.

Jarak yang akan dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu

antara 2 – 5 km, 12 km atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan selepas

larian / perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan

dijumlahkan. Pasukan yang mendapat agregat terbaik akan diisytiharkan sebagai

pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari terakhir dari pasukan yang mendahului

pelari-pelari terakhir daripada pasukan lain akan diberi kedudukan yang lebih

tinggi.

Kadangkala, acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu

kumpulan seperti di bawah :

1. Lari pecut (sprints)


a) 100 meter

b) 200 meter

c) 400 meter

d) 4 × 100 meter lari berganti-ganti

e) 4 × 200 meter lari berganti-ganti

f) 4 × 400 meter lari berganti-ganti

2. Lari berpagar

a) 100 meter lari berpagar

b) 110 meter lari berpagar

c) 400 meter lari berpagar

3. Jarak sederhana

a) 800 meter

b) 1500 meter

c) 3000 meter

d) 5000 meter

4. Jarak jauh

a) 10000 meter

b) Marathon

c) Merentas desa
5. Berjalan kaki

a) 20 km

b) 50 km

6. Lompatan

a) Lompat jauh

b) Lompat tinggi

c) Lompat kijang

d) Lompat bergalah

7. Balingan

a) Lontar peluru

b) Lempar cakera

c) Rejam lembing

d) Lempar tukul

8. Acara beranika

a) Decathlon

b) Pentathlon

Anda mungkin juga menyukai