Anda di halaman 1dari 16

8.

0 Pengenalan Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah telah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan murid yang bukan hanya hebat dari segi akademik tetapi mempunyai nilai tambah yang amat diperlukan dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Penerapan unsur-unsur ini adalah penting untuk melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Komponen dalam kemahiran bernilai tambah ini adalah kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kecerdasan pelbagai, konstruktivisme, kontekstual dan kajian masa depan. Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis kreatif dalam mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea,

menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi pula perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima mel elektronik, memnggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian mengakses maklumat yang terdapat dalam internet. (Sukatan Pelajaran) Kemahiran belajar cara belajar diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kajian masa depan pula adalah satu pendekatan bagi membolehkan pelajar menyedari sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Seterusnya kecerdasan pelbagai merangkumi linguistik, logik matematik, kinestetik, ruang, intrapersonal, interpersonal dan naturalis yang perlu disedari oleh guru bagi setiap anak muridnya. Pembelajaran secara konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dan yang terakhir ialah kontekstual iaitu kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dalam alam pekerjaan. dan

8.1 Kemahiran Berfikir

Terdapat beberapa definisi kemahiran berfikir yang telah dikemukakan oleh berapa orang tokoh yang terkenal seperti Dewey (1933) menyatakan pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah. George (1970), pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) Mengaitkan KB dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Edward de Bono dalam buku I Am Right You Are Wrong (1990) : Berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila seseorang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Mayer (1977) Pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Chaffee (1988) Pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. ( Azieah Ali).

Kemahiran Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi. Kepintaran akal atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.(Wan Mohd Zahid Mohd Noordin: 1993,Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian)

8.1.1 Berfikir Secara Kreatif. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan

menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka. Pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi inovasi dan kreativiti untuk

mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru.

Menjana idea

Membuat inferens

Membuat gambaran

Mengsintesiskan Kemahiran berfikir kreatif Mengitlak

Menganalogikan

Menghubungkaitka n

Membuat hipotesis

Meramalkan

Mereka cipta

RAJAH 13 : KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

8.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan idea berdasarkan alasan dan bukti yang

atau kewajaran sesuatu dan mendorong ke idea bagi

munasabah penjelasan

arah pertimbangan yang baik. - Melibatkan mempertingkatkan dengan berkesan pemahaman

dan keupayaan untuk menggunakan maklumat

Mencirikan Membandin gkan

Membezakan

Mengumpul dan Mengelaskan

Menyusan Ikut Urutan

Kemahiran Berfikir Kritis

Membuat Urutan

Menganalisis

Membuat Keputusan Menilai

Mengesan Kecondongan

RAJAH 14 : KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Logik

Kemahiran Berfikir Menaakul

Rasiona l

RAJAH 15 : KEMAHIRAN BERFIKIR MENAAKUL

Terdapat tiga strategi berfikir iaitu mengkonsepsikan, menyelasaikan masalah dan membuat keputusan. Terdapat tiga peringkat pemikiran) concrete thinking (Pemikiran konkrit) abstract thinking (Pemikiran abstrak) creative thinking (Pemikiran kreatif) Tujuan Penyebatian Strategi KBKK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah untuk membolehkan murid : a) mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak, b) mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran berfikir

secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah c) menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif, d) mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur, dan sempit, e) meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka, f) bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, g) membina keyakinan diri untuk berhujah, membuat pertimbangan

berdasarkan dan bukti, serta alasan berani memberi pandangan dan kritik.

8.2 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid iaitu satu proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru ataupun tidak. Murid perlu menguasai kemahiran belajar lebih-lebih lagi apabila tiada guru bersama mereka. Kemahiran belajar juga perlu dikuasai untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam kehidupan mereka. Kemahiran belajar pula merangkumi beberapa kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran menyalin nota dan kemahiran mengingat. Kemahiran mendengar perlu dikuasai kerana inilah permulaan bagi murid mendapat maklumat awal tentang apa yang dipelajari oleh mereka. Manakala kemahiran membaca pula melibatkan beberapa proses iaitu skimming iaitu untuk mencari maklumat secara ringkas dan pantas iaitu hanya tajuk, pendahuluan dan rumusan tentang sesuatu pelajaran. Seterusnya ialah proses imbasan iaitu mendapatkan maklumat yang lebih sedikit daripada skimming iaitu selain tajuk, pendahuluan dan rumusan, murid perlu tahu kata kunci, konsep, gambar rajah serta grafik. Apa yang lebih penting ialah pembacaan secara intensif iaitu untuk mendapatkan maklumat secara lebih terperinci seterusnya dapat memahami apa yang disampaikan dalam sesuatu pelajaran. Dalam hal ini, beberapa teknik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci iaitu menggunakan teknik SQ3R. Survey iaitu meninjau tentang pendahuluan, tajuk dan ringkasan, question iaitu teknik membuat soalan daripada tajuk yang diberikan, yang dimaksudkan dengan 3R pula ialah read(membaca) perenggan untuk maklumat, recite(ulang) ringkaskan dalam bentuk frasa, record(merekod) sebagai catatan yang diolah dan ditambah dengan review(ulang balik) iaitu melihat kembali nota dan mengingat isi.Bagi kemahiran membaca juga murid boleh menggunakan teknik secara membaca laju tetapi mestilah memahami isi kandungan dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping membuat catatan seperti menggariskan manamana isi penting. ( Pusat Perkembangan Kurikulum,KPM) Mencatat nota pula adalah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, didengar atau dilihat. Murid perlu membiasakan diri sentiasa mencatat nota dalam apa jua suasana pembelajaran.

Kemahiran belajar yang seterusnya pula ialah kemahiran menulis yang terbahagi kepada kemahiran menulis cepat dan menulis laporan. Menulis cepat didefinisikan sebagai keupayaan menulis dengan kadar yang cepat dan tulisan tersebut hendaklah boleh dibaca oleh individu lain. Unsur yang terlibat dalam menulis cepat ialah kelajuan menulis, tulisan yang boleh dibaca dan kandungannya difahami. ( Unit Teknik Dan Vokasional,JPN Terengganu) Seterusnya ialah kemahiran mengingat. Kemahiran ini memerlukan kerjasama yang baik di antara deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran ini memerlukan kita dapat mengingat kembali dengan menyebut kembali atau menulis fakta yang telah berlaku walaupun setelah beberapa jam. Kesimpulannya, kemahiran belajar cara belajar perlu diterapkan oleh gura dan perlu dikuasai olehmurid kerana masa dan pengetahuan yang diterima secara

langsung di dalam kelas adalah sangat terhad, murid juga bertanggungjawab di dalam pembelajaran dengan bukan hanya menyerahkn kepada guru sahaja. Kemahiran ini juga dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mempelajari sesuatu. Balajar cara belajar juga adalah selari dengan pembelajaran seumur hidup seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru. Kemahiran belajar cara belajar dapat menyediakan murid berupaya belajar tanpa guru, membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran seterusnya murid dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka. 8.3 Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kemahiran bernilai tambah turut menyenaraikan kemahiran teknologi makluamat sebagai salah satu unsurnya. Kemahiran teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bererti menggunakan ICT secara terpandu, terancang dan bertepatan untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi melaksanakan kemahiran ini, seseorang guru tidak perlu menjadi pakar dalam bidang ICT, cukuplah sekadar menguasai kemahiran asas dalam ICT. ( Mohd Hafiz Bin Hamzah)

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan aspek

pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam p&p oleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh digunakan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi supaya pembelajaran akan menjadi lebih efisien dan menyeronokkan pelajar. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam p&p. Kemudiannya, istilah Intelligent Copmputer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan. Sebelum guru menggunakan pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan iaitu ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid. Ada peralatan ICT yang sesuai untuk melaksana perisian dan ada kemahiran mengendali peralatan ICT. Ada keperluan untuk menggunakan ICT ( penggunaan ICT dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki). Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah

merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut iaitu lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau luar kelas), penggunaan secara berkumpulan atau individu, penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Terdapat banyak faedah penggunaan ICT dalam p&p iaitu dapat

mengindividukan pembelajaran iaitu murid belajar mengikut kemampuan sendiri. Di samping itu, meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran, memberi peluang

pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid, membolehkan pembelajaran bersendiri (individualisme learning), membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi, membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau

terlalu

mahal

untuk

diperolehi,

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menyeronokan dan mencabar, membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid, memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang maksimum dan meningkatkan kemahiran ICT untuk dilaksanakan dengan cara biasa. 8.4 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah, atau mencipta barangan yang bernilai dalam lingkungan satu atau lebih latar budaya. ( Howard Gardner)

Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Kecerdasan dibahagikan kepada lapan jenis iaitu yang pertama ialah verballinguistik iaitu menggunakan kata-kata yang berkesan sama ada dalam aktiviti lisan mahupun tulisan. Kebolehan mengingat maklumat, meyakinkan orang lain serta bercakap tentang bahasa juga tergolong dalam kemahiran ini. Kecerdasan kedua ialah logik-matematik iaitu kebolehan menggunakan nombor secara efektif dan bijak mengeluarkan hujah. Kategori ini termasuk memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka. Seterusnya ialah kecerdasan visual-ruang iaitu keupayaan mengesan dan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Keempat ialah kinestetik iaitu kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. Diikuti dengan kecerdasan muzik yang ditakrifkan sebagai kemahiran untuk mengesan irama dan lagu, mengenal lagu yang mudah serta membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah. Kecerdasan yang keenam pula ialah kecerdasan

interpersonal iaitu kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan murid melibatkan diri dalam sesuati aktiviti. Di samping itu, kecerdasan intrapersonal turut tergolong dalam kelompok kecerdasan pelbagai iaitu kebolehan yang dapat memahami diri sendiri daripada segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini dapat membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mengawal

kemarahan atau kesedihan diri. Kecerdasan yang terakhir ialah kecerdasan naturalis iaitu kebolehan mengenali dan mengaplikasikan tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batan serta pelbagai flora dan fauna. Hal ini juga adalah untuk mengenali artifak budaya daripada segi pakaian dan makanan.

8.5 Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu kemahiran bernilai tambah yang turut diterapkan di dalam proses p&p sebagai satu cara belajar berpusatkan pelajar. Kemahiran ini membina perspektif tentang dunia melalui pengalaman individu. Kemahiran ini menitikberatkan murid menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Pengetahuan yang dibina secara aktif oleh murid berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dengan kata lain murid tidak menerima pengetahuan baru secara pasif tanpa berfikir secara kritis terlebih Terengganu). Dalam hal ini, murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Murid mereka. selalu berbincang dengan guru dan sesama dahulu. ( Unit Teknik Dan Vokasional, JPN

Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas

idea-idea mereka. dan mendengar

pengetahuan yang mereka faham. Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak

ruang

dan peluang

untuk

menguji

hipotesis

mereka terutamanya

melalui

perbincangan dalam kumpulan. Manakala, guru pula berperanan untuk menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka, menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid, membantu murid menyedari kesesuaian kurikulum

kepada kehidupan mereka, mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis, menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis, menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka, menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain, memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan dan memberi masa secukupnya kepada murid untuk memberi jawapan. Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme 1. Pembelajaran berpusatkan murid. 2. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran. 3. Guru sebagai fasilitator. 4. Pembelajaran pembelajaran. 5. Menyokong pembelajaran secara koperatif. 6. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. 7. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. 8. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. 9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experimen 10. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil

8.6 Kontekstual

Dalam menghuraikan konsep pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran pembelajaran bahasa Melayu, Zulkifli Osman telah menyatakan kontekstual membawa pengertian relevan, ada hubungan atau kaitan langsung dan mengikut konteks. Pembelajaran berasaskan konteks merupakan pembelajaran yang

mengeitkan perkara yang dipelajari oleh murid dengan kehidupan sebenar mereka ( Howey, 1998). Dengan kata lain, pembelajaran ini menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat yang disampaikan oleh guru melibatkan konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran agar pembelajaranmenjadi lebih bermakna.

Menghubungkaitkan

Mengalami

Strategi pembelajaran berasaskan kontekstual

Bekerjasama

Memindahkan

Mengaplikasi

RAJAH 16 : STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL

Menghubungkaitkan adalah belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup. Mengalami pula ialah Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta manakala memindahkan belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui dan mengaplikasi ialah belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau formasi boleh digunakan dalam situasi lain dan yang terakhir ialah bekerjasama iaitu belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah: Menghubungkait - Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi

pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Mengalami - Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin, pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin seterika tertanggal. Mengaplikasi - murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan

mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar. Bekerjasama Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk

menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama.

Memindahkan - Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudu tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh

memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

8.7 Kajian Masa Depan

Pengajaran berasaskan kajian masa depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran. Antara objektif kajian masa depan yang digariskan dalam kurikulum adalah untuk melatih murid supaya dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. Sebagai contoh yang mudah, murid ditanya tentang cita-cita mereka dan bagaimana mereka berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut. Murid juga dilatih berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan seperti perkembangan dalam hidup mereka iaitu perubahan dari mereka kecil dan dapat meramal hari-hari esok mereka. Guru juga dapat membina sikap dan nilai tentang masa depan dalam diri murid dengan satu pandangan yang positif. Melalui KMD ini juga, diharap pelajar dapat membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. Murid murid perlu berpandangan jauh dalam kehidupan mereka supaya dapat melahirkan generasi pewaris negara yang berketrampilan. ( JPN,Terengganu) Konsep penting yang ditekankan dalam pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan ialah masa depan merupakan satu keadaan yang dinamik kerana sentiasa berlaku perubahan. Masalah berkaitan dengan perubahan masa depan lazimnya kompleks dan sukar ditentukan serta penyelesaiannya bersifat global. Keadaan ini bertambah sukar apabila nilai dan norma, keinginan dan kehendak manusia berbeza-beza. Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi saintifik yang dibina untuk menambah kaupayaan murid dan membuat keputusan ( PPK,2002).

Prinsip perubahan

Prinsip perancangan strategik

Prinsip Kajian Masa Depan

Prinsip pandangan jauh

Prinsip pengupayaan

RAJAH 17 : PRINSIP KAJIAN MASA DEPAN PPK turut menggariskan tiga cara penyampaian pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan iaitu menggunakan matriks sepenuhnya, menyisipkan Kajian Masa Depan dalam pengajaran dan menggunakan unsur-unsur Kajian Masa Depan sebagai induksi atau susulan pengajaran. Contoh penerapan hasil pembelajaran: Menilai peranan mata wang dalam perkembangan ekonomi. Memikirkan imperialisme dalam bentuk baru menyekat imperialisme bentuk baru. Merasionalkan imperialisme. Berpandangan jauh memajukan ekonomi tradisional. keistimewaan Asia Tenggara menjadi tarikan

Kajian masa depan

Kemahiran Asas

Kemahiran Khusus

a) Membuat ramalan b) Menjangka akibat c) Mengendali perubahan

a) Pemahaman konsep masa depan b) Pengumpulan maklumat dan analisis trend c) Ramalan dan analisis d) Penggunaan kreativiti dan imaginasi. e) Strategi mengatasi kebimbangan f) Proses inovasi sosial g) Pembinaan senario. h) Penjelasan nilai dan masa depan. i) Pemahaman dimensi kemapanan.

RAJAH 18 : KAJIAN MASA DEPAN

Anda mungkin juga menyukai