b) Masalah Pada minggu pertama internship di SK Tengku Bariah ini, isu yang saya ingin fokuskan adalahperancangan untuk membina kerja kerja bagi projek sepanjang 4 minggu di sekolah. Sedikit masalah yang dihadapi kerana saya akan tiga minggu seterusnya adalah bulan Ramadhan. Maka, hanya tempoh seminggu awal sahaja saya dapat merancang projek yang lebih besar kerana tidak mahu projek yang akan kami laksanakan membebankan dan mengganggu ketika di bulan puasa nanti.
c) Analisis Masalah Ketika perbincangan bersama rakan-rakan praktikum yang lain, beberapa cadangan projek telah dicadangkan antaranya Projek Kitar Semula dan Projek Latihan Kebakaran. Walau bagaimanapun, masa yang agak suntuk dikhuatiri akan mengekang perlaksanaan dan perjalanan projek kami kelak kerana projek tersebut akan melibatkan pihak sekolah dan murid-murid. Justeru, kami telah bertemu dengan Guru Penolong Kanan 1 untuk membincangkan masalah ini. Hasil daripada perbincangan, kami telah membuat kata putus untuk menjalankan projek Mural I-Think serta projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart. Apa yang paling mudah adalah projek ini hanya melibatkan guru pelatih sahaja dan tidak akan mengganggu proses P&P di bilik darjah.
e) Tempoh Penyelesaian Tugasan ini telah dirancang seperti berikut: i) Projek Mural I-Think : 3 Julai 2013 6 Julai 2013 ii) Projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart : Sebelum Pertandingan Sketsa Petronas Streetsmart Peringkat Daerah Kuala Terengganu, iaitu 3 Julai 2013 7 Julai 2013.Pertandingan diadakan pada 8 Julai 2013 di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu.
f) Tindakan Susulan
Saya dan rakan-rakan lain telah merancang untuk menghabiskan sepanjang hujung minggu kami iaitu 5 dan 6 Julai 2013 (pagi ke petang) di sekolah untuk menyelesaikan projek kami dengan secepat mungkin. Berikut adalah jadual perlaksanaan tindakan projek kami. i) Projek Mural I-Think
Bil 1.
Tindakan Perbincangan Kertas Kerja Projek Mural I-Think - Perancangan Grafik dan perlaksanaan tindakan projek.
2.
4 Julai 2013
3.
- Proses menyiapkan mural I-Think di laluan ke kantin SK Tengku Bariah. - Dokumentasi projek
4.
7 Julai 2013
- Laporan projek.
Bil 1.
Tindakan Perbincangan Kertas Kerja Projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart - Pembinaan skrip drama Kereta Millenium
2.
4 Julai 2013
Penyerahan kertas kerja Projek Projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart kepada GPK Ko.
3. 4.
5.
8 Julai 2013
6.
9 Julai 2013
- Laporan Projek
_________________________________ ( )